Bab 7
Seawal jam 5
pagi Ayla sudah pun bangun. Bersiap untuk solat dan menyiapkan tempahannya di
rumah sahaja. 100 biji tart buah. 50 biji cheese tart telah pun disiapkan
semalam sambil menunggu Rashid mengambil tempahan kek. Tidak disangka langsung,
Rashid dan Ayla mungkin sering kali bertemu atau berselisih. Mereka tinggal di
kawasan yang sama kerana tidak saling mengenali mereka tidak sedar, mereka
telahpun berjumpa sebelum ini.
“Ya encik,
boleh datang ambil jam 9.30 pagi. Saya dah siapkan semua. Okay. Jumpa nanti.”
Ayla yang kelam kabut mahu ke kedainya, bersiap sambil menjawab panggilan
pelanggan yang membuat tempahan. Jam di tangan dibelek sekilas. 8.00 pagi. Laju
benar masa berlalu.
Ayla
mengangkat semua barangan yang perlu dibawa ke kedai. Pintu rumah dibuka.
Alangkah terkejutnya apabila mendapati Rashid sudah berada betul-betul di depan
pagar.
“Hai,
Assalamualaikum. Baru nak call, tengok-tengok dah keluar. Kuat jodoh ni.” Sapa
Rashid dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Ayla menggeleng kepala.
Parah!
“Buat apa
pagi-pagi kat sini?” Ayla menyoal laju.
“Kut ye pun,
jawablah salam dulu Cik Ayla.” Tegur Rashid sekadar bergurau.
“Waalaikummussalam.
Ada apa kemari Encik Rashid? Awal pagi dah terpacak sini.” Ayla membalas,
sambil sibuk memasukkan semua barangan ke dalam perut kereta.
“Saya tak
nak bazirkan tempoh seminggu saya. Kebetulan, saya nak breakfast depan ni.
Jom?” Ayla memandang ke arah Rashid sambil bercekak pinggang. Ayla pandang
tidak lepas. Rashid mengangkat kening.
“What? Jom
breakfast?” Rashid menyoal lagi. Ayla menggeleng laju, keluhan kecil
dilepaskan.
“Saya dah
breakfast. Saya nak cepat, nak bukak kedai, nak hantar kereta dan selesaikan
order hari ni.” Ujar Ayla. Pagar dibuka, untuk mengeluarkan kereta dari garaj.
Rashid mengangguk kepala, Ayla jual mahal!
“Saya
tolong. Awak pergi bukak kedai, saya hantarkan kereta, lepas selesai customer
awak ambik order tu, kita breakfast.” Rashid membuat rancangan.
“By that
time, dah brunch Rashid. Awak pergi breakfast dulu, nanti kita jumpa di kedai
saya. Boleh?” Ayla tahu, dengan Rashid dia tidak boleh terlalu menolak. Lelaki
ini ada sahaja idea dan pusingan U turn yang tidak dijangka akan dilakukan.
Macam pagi ini.
“Tak
bestlah, saya nak makan dengan awak.” Rashid bersuara, lebih lembut dan
perlahan. Ayla berdecit.
“Okay, saya
pergi kedai, bukak kedai and settle a few things nanti saya join awak
breakfast.” Ayla mengalah.
“No, nanti
saya tunggu sampai berjanggut awak tak datang. Saya follow awak.” Rashid terus
masuk ke dalam keretanya tanpa sempat Ayla membalas.
Ayla
kemudian bergerak dengan keretanya ke kedai yang hanya beberapa meter dari
rumahnya. Sebab itu, hari hari biasa dia hanya berjalan kaki ke kedai. Lebih
cepat dan mudah.
“Dah berapa
lama awak bukak kedai ni?” Ujar Rashid yang entah bila sudah berada di sisi
Ayla yang sedang membuka kunci pintu kedai. Rashid membantu Ayla membawa
barangan ke dalam kedai setelah pintu dibuka.
“Hujung
tahun ni, Alhamdulillah 2 tahun.” Ayla tersenyum.
“Eh, pusing
sini and senyum sekali lagi.” Ujar Rashid tiba-tiba membuatkan Ayla yang sibuk
memasukkan semua tempahan ke dalam pendingin, berkerut seribu.
“No, jangan
buat muka tu. Senyum macam tadi tu.”
“Mengarut
apa ni. Lapar sangat la tu.” Ayla malas melayan. Rashid berdecit.
“Awak ada
senyuman yang amat manis, lebih manis dari semua manisan yang awak buat tapi
sayang... awak sembunyikan.” Ujar Rashid, dengan suara lelaki yang begitu
romantis di telinga mana-mana wanita. Ayla menjungkit bahu.
“Kalau tak
sembunyi nanti ramai semut ligan saya.” Ayla bergurau. Rashid ketawa nipis.
“Biar saya
aje semut yang ligan awak ya, simpan senyum tu untuk saya aje, boleh?” Rashid
bersuara lagi. Menguji hati Ayla. Ayla memandang dengan gelengan.
“Gelilah.
Saya geli sweet-sweet ni. Ish... dah la, nak breakfast kan? Karang saya cancel
naya ja awak lapaq.” Ayla mengambil tas tangannya dan bergerak keluar kedai.
Rashid tersenyum lebar dan membuntuti langkah Ayla.
“Kaya ya
awak ni?” Soal Ayla sewaktu mereka sedang menikmati makanan. Rashid menjungkit
keningnya. Pandangannya beralih ke arah pandangan Ayla yang ralit memandang
kereta yang diparkir di hadapan kedai Ayla.
“Ayah saya
yang kaya, saya pinjam je kereta tu. Kan kereta saya dekat bengkel.” Ujar
Rashid seakan memahami soalan Ayla tadi. Ayla mencebik bibir.
“Haa, berapa
nak kena bayar kereta awak tu. Lama sangat nak bagitau. Awat, sampai 10k ka?”
Sindir Ayla. Rashid ketawa.
“Amboi
perli. Tak lah sampai 10k, kereta emas ke apa. Saya tengah fikirkan cara untuk
awak bayar.” Rashid membalas.
“Bagi resit,
nanti saya bayar. Nak cash atau tak bagitau ke.” Ayla menghulurkan tangan.
Rashid yang nakal, cuba meletakkan tangannya di atas tangan Ayla. Ayla yang
menyedari hal itu, laju sahaja menarik tangannya. Rashid ketawa lagi, Ayla pula
cuak, berdebar hatinya.
“Saya nak
awak belanja saya makan, sampailah selesai hutang awak tu dengan saya.” Ujar
Rashid selepas Ayla mendiamkan diri kerana perbuatannya tadi. Keadaan menjadi
janggal seketika.
“Berapa
banyak? Macam mana saya nak tahu semua tu dah selesai atau belum. Boleh percaya
ke awak ni?” Ayla mengecilkan matanya. Muka diseriuskan sehabisnya. Rashid
tersenyum.
“Comel awak
ni.” Ujar Rashid, membuatkan Ayla terus berpaling. Rashid suka usik hatinya!
“Saya tak
akan tipu awak. Kalau saya bagitau jumlahnya nanti awak ....” Belum
menghabiskan kata-kata, Ayla memberikan tanda supaya dia berhenti sebentar.
Telefon Ayla yang berdering disambung panggilannya. Ayla menjawab telefon dan
terus bangun dari kerusi dan bergerak ke kedainya. Ayla memberikan isyarat
kepada Rashid bahawa dia ke kedai sebentar, Rashid hanya mengangguk kepalanya.
Setelah
hampir 15 minit, Ayla kembali ke meja. Rashid waktu itu sedang membelek telefon
bimbitnya.
“Alah....
dah sejuk.” Rungut Ayla selepas menghirup mee sup yang belum dihabiskan tadi.
Rashid memandang.
“Order yang
baru.” Ujarnya. Ayla menggeleng, sambil menikmati mee sup sejuknya.
“Membazir.
Eh, ni untuk awak. Semalam kata nak makan.” Ayla menolak tart buah yang dibawa
dari kedai. Rashid menguntum senyum yang kian melebar.
“Kata tak
buat harini?” Soal Rashid sambil tangannya laju membuka bekas tart buah.
“Customer
tadi order tart buah, saya buat lebih, special for you.” Ujar Ayla, sengaja
mengusik rasa. Senyuman termanis diukirkan. Rashid terpana. Matanya tidak lepas
memandang Ayla. Mata mereka bertentangan seketika. Lama kemudian masing-masing
melarikan pandangan. Baik Rashid mahupun Ayla terdiam. Kejanggalan menguasai
diri masing-masing.
“Jangan
senyum macam tu dekat orang lain tau. Dekat saya je.” Ujar Rashid membelah
kesunyian antara mereka. Ayla ketawa kecil.
“I am
serious Ayla.” Rashid bersuara, tegas. Ayla mencebik.
“Kenapa
pulak?”
“You freeze
me, and saya tak nak ada lelaki lain yang jumpa atau tengok killer smile awak
tu.” Ujar Rashid membuatkan Ayla tersenyum lagi dan lagi sehingga meletus
ketawanya. Rashid bangkit dan menutup mulut Ayla dari tempatnya, tangannya
terawang-awang di depan muka Ayla.
“Ish...
orang tengoklah.” Ayla menepis tangan Rashid yang sedari tadi cuba menutup
mulutnya.
“Dah kata
jangan senyum, lagi dia senyum melebar. Senyuman awak hanya untuk saya. Ingat
tu.”
“Sorry sikit
eh, kan saya kata seminggu ni kita berkawan, bukan berkahwin. Bercinta pun tak.
Saya milik mak ayah saya, milik Allah. Bukan milik lelaki bernama Rashid.” Ayla
menepis.
“Not yet,
soon...” Rashid membalas penuh yakin.
“Kun fa ya
kun. Kalau Allah dah tentukan saya ni milik awak, masa tu barulah senyuman ni
milik awak. Sekarang ia milik saya.” Ayla menjeling, tegas.
“Okay, soon
to be mine.”
“We’ll
see....” Ayla juga tidak mahu mengalah. Rashid tersenyum sahaja. Sengaja
berbalah.
“Saya nak
pergi hantar kereta, lepas tu nak urus kedai. Jom?” Ujar Ayla sambil membelek
jam di tangan. Rashid terus sahaja membuat pembayaran.
“La kan kata
saya kena belanja?” Ayla yang sudah mengeluarkan dompet, mengeluh besar.
“Takpa bukan
sekarang.”
“Ini memang
taktik awak ni, karang 100 kali keluar makan pun tak settle lagi la...” Rashid
ketawa lagi, Ayla cepat menangkap gerak gerinya.
“Tau pulak
ye. Tak apalah, kita mungkin akan keluar 100 kali lagi atau selalu dan kerap?”
“Haa tengok
perangai dia, melampaulah awak ni. Saya serius tau nak bayar duit repair kereta
awak tu. Jangan bagi saya berhutang. Please?”
“Jangan bagi
saya harapan, please?”
“Laaa
harapan pulak, siapa yang bagi harapan dekat siapa sekarang?” Ayla mencerlung
marah.
“Jangan
marah. Yelah saya aje yang beri harapan, awak tak...”
“Jangan ubah
topik.” Tegas Ayla. Rashid menghentikan langkah, saat Ayla membatukan diri,
tidak berganjak.
“Okay baik,
saya akan bagi resit tu, tapi dengan syarat...”
“Apa
syaratnya?”
“Jumpa mak
ayah saya jom? Esok malam.” Ayla ternganga. Gila!
“Nonsense...
biarlah berhutang. Bye.” Ayla melangkah laju ke arah keretanya, meninggalkan
Rashid yang terkebil-kebil dengan jawapan Ayla. Ayla, seperti maksudnya. Indah
dipandang, tetapi jauh untuk dicapai. Jadilah Rashid seperti pungguk rindukan
bulan.
Selesai
menguruskan hal kereta, Ayla kembali ke kedainya. Hari ini tidak banyak jualan.
Hanya sekadar membuka kedai bagi membolehkan dia mengemas dan menyusun atur
kembali kedai kesayangannya itu. Husna cuti hari ini, memenuhi kehendak Umi
yang hendak ‘window shopping’.
“Ada pun
hang!” Suara wanita itu menampar telinga Ayla yang asyik mengemop lantai.
Hampir tersentak dibuatnya.
“Tak reti
nak bagi salam dah ke?” Marah Ayla, Suzanna dan Megat mengambil tempat di meja
kopi yang memang tersedia di situ. Ayla bercadang mahu ubah suai kedai menjadi
sebuah kafe, tempat orang mengopi dalam gaya lebih moden. Urban kononnya.
“Assalamualaikum
sahabat. Balik Ipoh takdak khabar berita.” Ucap Suzanna panjang.
“Waalaikumussalam.
Ada apa tiba-tiba sampai sini, hang kan kata kek, pastri aku tak sedap, mai buat
apa?” Ayla membalas. Kadang-kadang sakit hati dan amat terasa hati dengan
kawan-kawan sendiri. Bergurau sampai tak jaga hati orang. Julia seorang lagi,
selepas kes pelaminnya jatuh, dituduhnya Ayla sampai sekarang tak nampak muka.
Putus kawan ke?
“Amboi
perli. Aku mai sini nak tengok hang la. Balik dengan abang Rashid haritu senyap
terus.” Ujar Suzanna. Ayla berdecit dengan senyuman sinis.
“Aku hidup
lagi. Aku atau abang Rashid tak kemalangan, tak cedera. Tu yang hampa nak tau
kan?” Ayla bersuara lagi. Suzanna dan Megat terdiam.
“Bukan macam
tu Ayla, kami risaulah...” Megat cuba bersuara namun laju disekat Ayla.
“Tak
payahlah berlapik Megat. Cakap terus depan-depan. Kalau kawan sendiri pun pikir
aku ni sial, terus terang ja lah. Aku dah lali.” Ayla membidas.
“Hang ni,
kami balik dari Kedah terus mai sini tau. Risau kat hang, mak hang pun kata
hang diam ja lepas balik sini, tu ja.” Ujar Suzanna, serba salah.
“Aku sibuk.
Bisnes baru nak bertapak kan.” Ayla menghabiskan kerjanya. Sedang mereka
bertiga diam tanpa suara, Rashid masuk ke dalam kedai dengan 2 kopi di tangan.
“Hai, korang
bila sampai?” sapa Rashid setelah melihat Suzanna dan Megat berada di situ.
Megat dan Rashid saling bersalaman.
“Baru aje,
terus datang sini jenguk Ayla. Mak dia bising dia tak call tak mesej. Risau
apa-apa jadi.” Ujar Megat. Rashid mengangguk.
“Korang
risau kami accident eh?” Rashid meneka. Ayla yang baru kembali dari belakang
kedai tersengih hujung bibir. Sama tekaannya.
“Kan aku
kata, tengok abang Rashid pun kata yang sama. Betul ke tak?” Ayla memeluk
tubuh, Suzanna dipandang.
“You call me
abang Rashid, awww sweet.” Rashid mengusik, dalam masa yang sama dia
menghulurkan kopi kepada Ayla. Ayla berdecit perlahan.
“Diorang kan
panggil awak abang Rashid. Bukan saya.” Kopi bertukar tangan. Rashid masih
tersenyum lebar.
“Hampa dua
ada apa-apa ka ni?” Suzanna mula meneka.
“Kami ...”
Rashid mahu membalas tetapi Ayla lebih cepat memotong dan membalas.
“Tok sah
ubah topik, betul ke tak hampa mai nak tengok apa jadi kat kami kan?” Ayla
kembali memandang tajam ke arah Suzanna dan Megat. Suzanna mengeluh perlahan.
“Ye Ayla.
Haa puas hati. Hang kan loqlaq. Risau la kami, dok senyap takdak berita.” Ujar
Suzanna jujur.
“Awat tak
call Rashid saja tanya.”
“Laa mana pi
abang tu...” Rashid sempat mencelah dan mengusik.
“Ish..
mengada aih.”
“Hampa dua
ni pasaipa? Aku rasa pelik.” Suzanna menyoal lagi.
“Tu lah, ada
something between them...” Megat juga mengagak yang sama. Ayla dan Rashid
saling berpandangan.
“Kami
accident, tapi accident di sini.” Rashid laju membalas, tangannya menunjuk ke
arah dada. Ayla terlopong, laju sahaja tangannya menampar kuat lengan Rashid.
Geram! Suasana antara mereka menjadi kelam kabut, Ayla menafi dan Rashid pula
beria mengiyakan hubungan mereka. Suzanna dan Megat hanya memerhati dan saling
berpandangan dengan senyuman yang terukir di bibirnya.
6 comments:
Kenapalah suzana tu kawan tak guna?kuno..mulut laser..cakap tak jaga hati kawan..akak kenapa suka buat cerita yg ada kaitan nasib 'sial' ye..biasa jumpa ke org yg masih ada kepercayaan karut khurafat ni..
Bukan teman yg baik...hmmm
Nasib bek ada abg Rashid...
Iman lily: dik ramai aje org macam tu. huhuhuhu pemikiran cetek
Siti: betul2
Sambung la kakðŸ˜
Sambung la kakðŸ˜
Thank you for sharingg this
Post a Comment