PART 4
Nur Ayla melepas lelah. Duduk
dilabuhkan ke kerusi. Semua bas Ipoh sudah bertolak. Dia terlambat. Terpaksa
menunggu ayah pulang dari surau selepas isyak, tentu sahaja bas sudah tiada.
Ayah sudah pun disuruh pulang ke rumah kerana sudah lebih jam sepuluh malam.
Ayah tidak boleh memandu malam risau juga sewaktu ayah mahu menghantar dia ke
Shahab Perdana. Mak sudah bising-bising. Nur Ayla redha. Sejak dahulu, itu
sahaja modal mak kepada dia, loq-laq!
“Teruknya hari awak.” Suara yang
dikenali itu menampaq telinga. Nur Ayla memperbetulkan duduk dan memandang ke
sisi kanan. Rashid lagi?
“Buat apa dekat sini?” Nur Ayla
pantas menyoal melihat Rashid dan senyumannya. Asyik senyum saja, jual minyak
ka?
“Tunggu Ayla sudi balik dengan
saya.”
“Erm. Berani ka? Dah tanya Megat
dengan Suzanna?”
“Dah. Saya tak percaya. Jomlah balik
dengan saya, lewat dah ni. Esok Ayla kerja kan?” Rashid masih menanti
persetujuan. Nur Ayla berkerut kening.
“Saya jujur ya Rashid. Saya ni takut
dengan orang tak dikenali. Awak ni saya tau nama ja. Merbahaya untuk saya. Tak
mau cari nahas.” Nur Ayla berterus terang. Rashid ketawa.
“Yang penting tau nama. Okay dah tu.
Megat dengan Suzanna kenal saya. Jadi kalau Ayla rasa takut sangat, mesej
siap-siap dekat Suzanna yang kita balik Ipoh sama-sama. Okay?” Rashid memberi
cadangan. Ayla pula memikirkan. Nak ikut atau tidak? Esok kerja, sudahlah kerja
sendiri, rugi kalau esok pun tutup kedai!
“Okay. Boleh tapi kita wefie dulu.”
Ayla mengeluarkan telefon dari beg tangan. Rashid sudah hairan, wefie?
“Bukti yang kita memang balik
sekali.” Terus sahaja Ayla membetulkan kedudukan dan mengambil gambar dia dan
Rashid bersama-sama. Sempat pula Rashid membuat tanda peace.
“Dah hantar. Okay jom. Esok kerja.”
Laju sahaja Ayla bangun dari duduknya.
“Beg baju tak ada?” Rashid menyoal
sebaik sahaja melihat Ayla sekadar melenggang.
“Balik sehari saja. Baju semua dah
ada dekat rumah Mak Ayah.” Ujar Ayla.
“Rugi pula saya tak pergi rumah awak
jumpa mak dengan ayah.”
“Kenapa?”
“Boleh book Ayla siap-siap.”
“Dah kenapa pula?”
“Book jadi isteri.”
“Mengarut betul.”
“Serious.”
“Kenal tak sampai sehari kut, tak
payahlah beri harapan. Saya ni lepas putus putuih tunang haritu, dah buang
segala harapan dah. Kalau Encik Rashid nak jugak, kena usaha lebih bagi Allah
taala bukak hati saya ni lepas dah rasa putuih habih harapan untuk bercinta.”
Ujar Ayla panjang lebar, jujur dan terus terang. Rashid terlopong.
“Wow, kira green light la ni?”
“Tak dak lampu merah dia dok warna
oren saja, tapi tu la, bukan oren hat nak pi hijau, dia oren sedia. Rosak.”
Ayla ketawa, Rashid juga.
“Jom lah. Kalau oren pun oren lah, mana
tau buleh pi jadi hijau esok esok ni.” Lancar sahaja kata-kata itu membuatkan
Ayla menelan liur. Terlajak kata, habih la hang!
Sepanjang perjalanan, mereka berdua
hanya membatu diri. Bukanlah terasa segan, Ayla cuma terlalu letih dan Rashid
pula yang tahu Ayla keletihan hanya membiarkan radio bersuara sepanjang
perjalanan.
“Uishh, saya suka lagu ni.” Ujar
Ayla memecah keheningan tatkala lagu Cinta Luar Biasa diputarkan DJ di radio. Ayla
berdehem mengikut alunan muzik.
“Saya pun suka.... nanti kalau Ayla
terima untuk saya kenal Ayla lebih lagi, saya akan selalu nyanyikan lagu ni
untuk Ayla.” Rashid mencuba lagi. Ayla tersengih sahaja seperti kerang busuk,
malas melayan.
“Kalau dah tahu perjalanan pergi
balik ni meletihkan kenapa rushing nak balik Ipoh, kan boleh rehat rumah Mak
Ayah?” Soal Rashid. Ayla mengangguk perlahan sebelum menjawab persoalan.
“Mulanya memang la nak dok sat. Tapi
bila Mak mula start enjin, start ungkit pasai putuih tunang. Haishh, malaslah. Hati
saya ni tak ada orang ubat sejak putuih. Tak nak bagi retak banyak sangat. Sedih.”
Ayla jujur dan sangat berterus terang. Entah kenapa, dia tidak simpan-simpan
dengan Rashid. Semua dalam hati diluahkan sahaja. Dia rasa senang begitu.
“Mak biasalah. Tak boleh ambik hati
sangat. Bab tak ada orang nak ubat tu, bagi saya ubatkan. Seminggu, elok macam
asal.” Ayla ketawa lagi mendengar kata-kata Rashid.
“Confident betul ye awak ni.”
“Nak seribu daya tak nak seribu
dalih. Nak kan seseorang kena terus mencuba, kalau Allah izin, berjaya. Kalau Allah
tak izin, redha aje.” Ayla mengangguk dengan senyuman. Suhu dalam kereta yang
terasa dingin membuatkan Ayla memeluk tubuh dan menggosok-gosokkan lengannya.
“Sejuk sangat ke? Saya dah turunkan
suhu ni. Kalau masih sejuk....” Rashid cuba menggapai jaketnya di belakang
membuatkan dia seakan mendekati Ayla, Ayla dengan pantas melarikan diri ke
pintu kereta sehingga membuatkan Rashid terpinga. Ayla memalang tangannya
seakan melindungi diri.
“Awak jangan macam-macam, nanti saya
smash haaa senget awak nanti.” Ujar Ayla sedikit tegas. Rashid ketawa, mula
kecil, lama kelamaan semakin kuat.
“Saya starlight dahi baru ada akai. Ni
ha, saya nak ambik jaket saya bagi awak. Kan sejuk sangat kan. Perasan betul.”
Rashid meletakkan jaket yang berjaya dicapai ke pangkuan Ayla. Ayla
perlahan-lahan menurunkan tangan dan mengambil jaket, terus dipakai ke
tubuhnya.
“Saya berhati-hati, tak mau pisang
berbuah lagi. Kang tak pasal, kenduri kita 7 hari 7 malam.” Ujar Ayla
membuatkan kening Rashid bertaut.
“Maksud awak?”
“Ye lah, awak gatai-gatai kacau
saya, saya smash haa tak ke accident kita.”
“Bukan, maksud awak tentang pisang
berbuah dua kali tu...”
“Ye lah, ada ke pisang berbuah lagi
lepas dah pernah berbuah sekali?”
“Jangan melalut sangat. Dulu Malik
buat apa dekat awak sampai accident tu?”
“Tau pulak saya accident dengan dia,
kenal ke Malik?”
“Su dengan Megat ada cerita. Lepas accident
tu la awak putus tunang kan?”
“Mau tak putus, kalau tak accident
pun saya memang tak mau dekat dia. Mak yang berkenan sangat.”
“Dia buat apa?”
“Sibuk aje nak tau.”
“Kena la, risau saya buat jugak tak
dapat nak tackle awak.”
“Haa jangan dok gatai....”
“Dia menggatai dengan awak ka?”
Rashid menyoal lagi, loghat Kedahnya agak menjadi. Ayla mencebik.
“Tak yah tau, aib orang. Walaupun saya
mangsa, saya tak rasa saya boleh cerita. Biaq lah dia tak akan berani kacau
saya lagi dah.” Rashid mengangguk tanda terima dan faham. Satu lagi sikap Ayla
yang membuatkan hatinya semakin terpaut. Rashid kembali memandu, lagi satu jam
setengah mereka akan sampai di Ipoh. Ayla cuma melayan perasan dengan mata
terpejam. Mereka membiarkan DJ dan lagu di radio mengisi ruang kosong yang ada.
Perkenalan yang singkat dek kecuaian Ayla membawa kepada suatu perkenalan yang
entah di mana penghujungnya. Mereka sama-sama menantikannya.
1 comment:
Accident tu mesti pasal Malik buat benda tak elok kan...
Post a Comment