Monday, May 18, 2020

Mini Novel 2020: Muzikal Cinta 6




Bab 6

Ayla merebahkan diri ke atas katilnya. Terasa empuk dan sangat selesa. Ayla merenggangkan badannya yang terasa amat keletihan kerana sepanjang hari berdiri menyiapkan tempahan. Inilah cabaran bekerja sendiri. Balik sahaja dari kedai, dia terus menyambung tempahan untuk esok pagi. Rezeki, jangan pernah sekali mengeluh.

Telefon yang berbunyi menandakan satu mesej diterima, di ambil dan terus sahaja dibuka. Nombor yang tidak dikenali. Tiada tulisan, hanya satu pesanan suara. Butang play ditekan. Petikan gitar itu membuatkan Ayla bangkit dari pembaringannya.

***Berapa kali ku harus katakan cinta
Berapa lama ku harus menunggumu
Di ujung gelisah ini aku
Tak sedetik pun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu
Luka luka luka yang ku rasakan
Bertubi tubi tubi engkau berikan
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Tapi aku balas senyum keindahan
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu c i n t a
Ayla mendengar sahaja, tiada riak. Tidak faham, tidak tahu pengirimnya. Ayla membalas pesanan suara tersebut dengan satu mesej.

+ Assalamualaikum. Siapa ya? Lagu apa ni?

Ayla menanti jawapan dengan sabar setelah melihat si pemilik kelihatan sedang menulis sesuatu. Setelah mendapat balasan Ayla mengeluh. Butang play ditekan sekali lagi. Masih bunyi petikan gitar dengan susulan suara pemilik nombor tidak dikenali itu sekali lagi.

***Hatiku berkata ingin katakan cinta
Namun aku malu untuk mengawalinya
Jantungku berdebar saat kau menatapku
Jadi salah tingkah bicara sama kamu
Bibirku terbungkam melihat senyummu
Aku tak kuasa saat di depanmu
Sebenarnya aku ingin Mengungkapkan rasa
Tapi mengapa aku selalu tak bisa
Bagaimana caranya agar dirimu
Bisa tahu kalau aku suka
Suka suka suka sama kamu

Ayla mendengar. Kali ini dia mengamati suara yang seakan pernah didengarinya sebelum ini. Suara yang sangat biasa ditelinganya. Sehinggalah, Ayla terlopong sendiri. Nombor tersebut terus dihubungi tanpa ragu-ragu lagi.

“Rashid!” Tempik Ayla, sebaik sahaja panggilannya disambung. Kedengaran Rashid ketawa kuat di hujung sana.

“Saja ja kan? Tak dak kerja dah ka malam-malam buta ni dok menyanyi?” Ayla buat – buat marah. Rashid masih bersisa ketawa.

“Tak... malam ni bulan terang....” Balas Rashid dengan suara yang sangat romantis di telinga Ayla. Ayla menggeleng membuang rasa yang seakan mulai menghimpit.

“Jadi?”

“Cahaya bulan malam ni terang, menarik hati saya... sama macam Nur Ayla.” Balas Rashid, membuatkan Ayla terdiam sesaat dua.

“Mengarut ja kerja dia. Ada apa ni nyanyi lagu gatai-gatai ni.” Ayla menukar topik sebelum Rashid terus melalut mencari jalan ke hatinya. Rashid ketawa perlahan namun masih jelas di telinga Ayla.

“Menyampaikan apa yang ada dalam hati saya untuk awak.” Balasan yang membuatkan Ayla terdiam sekali lagi.

“Ayla...” Rashid bersuara setelah Ayla seakan membatukan dirinya.

“Ada... jangan mengarut sangat Rashid. Jangan mengharap apa-apa. Saya dah bagitaukan. Saya dah putus asa untuk ada hubungan dengan sesiapa.” Balas Ayla, menjelaskan. Tidak mahu Rashid kecewa akhirnya.

“Sampai bila bila ke?” Ujar Rashid.

“Taklah tapi...”

“Haa kiranya saya masih ada peluang. Jangan risau Ayla, izinkan saya berusaha untuk padam perkataan putus ada tu. Just give me the chance, boleh?” laju Rashid memotong kata-kata Ayla. Ayla mengeluh perlahan.

“Malas nak bagi izin, tak bagi izin pun awak dah melalut semacam, cuba saya kata okay, haa jenuh melayan perangai merapu awak.” Ayla membalas, jujur. Rashid ketawa lagi.

“Kira okay lagi ni kan?”

“No, tak... tak boleh.” Tegas Ayla.

“But, why?” Ayla mengeluh lagi, baru hendak membalas. Petikan gitar dari hujung panggilan menghentikan Ayla.

Hatiku Masih Berdebar Tiap Kali Bertemu
Aku Cuba Bersuara Walaupun Lidahku Kelu
Perasaanku Padamu Seluas Lautan Biru
Beriku Satu Peluang Untuk Mengenalimu
Aku Suka Cara Jalanan Kamu
Aku Suka Hilang Dalam Manismu
Siapa Lagi Sini Seperti Kamu
Tindak Balas Kamu Sangat Terkawal
Itu Tanda-tanda Kau Jual Mahal
Siapa Lagi Sini Seperti Kamu
Dame Solo Una
Dame Solo Una
Berikan Aku Hanya Satu Peluang
Satu Peluang
Dame Solo Una
Dame Solo Una
Berikan Aku Hanya Satu Peluang
Satu Peluang
“Boleh berikan saya satu peluang?” Rashid menyoal sebaik sahaja menamatkan muzik dan nyanyiannya. Soalan yang membuat Ayla terdiam lagi. Ayla memejam matanya, erat. Kepalanya laju memikirkan jawapan.

“Macam ni lah. Saya tak kata okay atau tak. Bagi saya bercinta ni buang masa, berbulan, bertahun akhirnya putus. Bila putus, kita saling membenci. Saya tak suka keadaan tu berlaku dekat saya.” Ujar Ayla panjang, belum sempat menyambung kata-kata, Rashid memintas.

“Jadi kita kahwin?” Ayla terlopong sendiri.

“Mengarutlah! Awak kenal saya tak sampai seminggu.”

“Kita kenal lepas kahwin.”

“Tak naklah saya, saya tak kenal awak, nama penuh awak, kerja awak, umur awak, family awak.”

“Okay, esok saya bawak awak jumpa family saya, on the same time, saya akan cerita semua tentang saya. Boleh?” Rashid membalas, bersungguh-sungguh. Ayla menghela nafasnya, berat.

“Rashid, ni bukan main-main ya. Hati, perasaan apatah lagi perkahwinan. Bukan benda mudah. Once broken....” Ayla tidak menghabiskan ayat.

“Consider sold.” Sambung Rashid.

“Tengok tu, main-main.” Rashid ketawa kecil.

“Tapi saya tak main-main dengan perasaan saya dekat awak.” Tegas Rashid.

“Kenapa ya? Bersungguh-sungguh sangat?”

“I’m getting older Ayla.”

“Desparate ke?”

“Not yet, tapi bila si bujang hampir terlajak ni jumpa seseorang yang dia yakin adalah soulmate dia, dia perlu berusaha mendapatkannya.” Ujar Rashid lagi.

“Aduhai, awak buat saya tersepit tau tak.”

“Saya tak sepit awak saja-saja, saya sepit dengan cinta.”

“Banyaklah... macam ni. Saya bagi tempoh seminggu, kita kenal, kita kawan bukan bercinta. Dalam masa seminggu tu, kita tengok, betul ke saya ni soulmate awak. Dan... awak ni soulmate saya ke? Haa hat tu penting, bukan perasaan awak sorang, perasaaan saya kena ambik kira.”

“Deal!” Laju Rashid bersetuju.

“Laju sangat aih.”

“Demi mu Ayla...”

“Dah... pi lena pi... cukup-cukup merapu tengah malam.”

“Jumpa esok boleh? Saya ambik awak.”

“Saya ada order esok.”

“Esok sabtu, weekend.”

“Saya bekerja sendiri, hari-hari kerja. Kalau tak nak makan apa?”

“Sunday?”

“Ahad? Ahad boleh tapi pukul 8 pagi sampai pukul 12 tengah hari ja noh.”

“Tudia macam cinderella.” Usik Rashid.

“Yalah, cinderella hilang kasutnya saya hilang bumper kereta.” Rashid ketawa.

“Bila nak repair tu?” Soal Rashid.

“Esoklah. Pi hantaq workshop depan ni ja.”

“Saya teman?”

“Tak payah. Saya hantaq lepas tu saya pi kedai.”

“Okay, jumpa di kedai.”

“Adui, perlu ka?”

“Perlu, esok rasa nak makan tart buah Ayla’s Bakery. Yummmss” Ujar Rashid terus sahaja mencuba untuk bertemu empat mata.

“Pulun noh. Esok takdak tart buah.” Ayla masih menolak.

“Takpa saya makan hat ada ja.” Ayla menggeleng dengan senyuman. Lelaki itu sentiasa mencuba!

“Suka hatilah Rashid. Saya dah nak tidur. Esok ada tempahan awal pagi. Jangan dok melalut lagi nah, bulan pun nak lena. Baca doa, lena. Bye.” Ayla terus mematikan talian. Kalau dibiarkan sampai subuh belum tentu tamat. Rashid, Ayla tersenyum lagi. Lelaki itu begitu berusaha tetapi Ayla masih berusaha menjaga hatinya. Perjalanan hidup manusia tak sama. Kadang kala memori hitam tetap menyakitkan biarpun sudah bertahun berlalu.

2 comments:

Iman lily said...

Seram pulak jumpa bujang terlajak hahaha dia punya rushing tu buat kita takut...�� kalo jumpa yg slow kita pulak yg stress..hihihi..rashid oh rashid ��

akubersamaCahya said...

itulah... bila dah nak hampir desparate. hihihihi

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders