Bab 6
Ayla
merebahkan diri ke atas katilnya. Terasa empuk dan sangat selesa. Ayla
merenggangkan badannya yang terasa amat keletihan kerana sepanjang hari berdiri
menyiapkan tempahan. Inilah cabaran bekerja sendiri. Balik sahaja dari kedai,
dia terus menyambung tempahan untuk esok pagi. Rezeki, jangan pernah sekali
mengeluh.
Telefon yang
berbunyi menandakan satu mesej diterima, di ambil dan terus sahaja dibuka.
Nombor yang tidak dikenali. Tiada tulisan, hanya satu pesanan suara. Butang
play ditekan. Petikan gitar itu membuatkan Ayla bangkit dari pembaringannya.
***Berapa kali ku harus katakan cinta
Berapa lama ku harus menunggumu
Di ujung gelisah ini aku
Tak sedetik pun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu
Berapa lama ku harus menunggumu
Di ujung gelisah ini aku
Tak sedetik pun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu
Luka luka luka yang ku
rasakan
Bertubi tubi tubi engkau berikan
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Tapi aku balas senyum keindahan
Bertubi tubi tubi engkau berikan
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Tapi aku balas senyum keindahan
Bertahan satu c i n t
a
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu c i n t a
Ayla mendengar sahaja, tiada riak. Tidak
faham, tidak tahu pengirimnya. Ayla membalas pesanan suara tersebut dengan satu
mesej.
+
Assalamualaikum. Siapa ya? Lagu apa ni?
Ayla menanti jawapan dengan sabar setelah
melihat si pemilik kelihatan sedang menulis sesuatu. Setelah mendapat balasan
Ayla mengeluh. Butang play ditekan sekali lagi. Masih bunyi petikan gitar
dengan susulan suara pemilik nombor tidak dikenali itu sekali lagi.
***Hatiku berkata ingin katakan cinta
Namun aku malu untuk mengawalinya
Jantungku berdebar saat kau menatapku
Jadi salah tingkah bicara sama kamu
Namun aku malu untuk mengawalinya
Jantungku berdebar saat kau menatapku
Jadi salah tingkah bicara sama kamu
Bibirku terbungkam
melihat senyummu
Aku tak kuasa saat di depanmu
Aku tak kuasa saat di depanmu
Sebenarnya aku ingin
Mengungkapkan rasa
Tapi mengapa aku selalu tak bisa
Bagaimana caranya agar dirimu
Bisa tahu kalau aku suka
Suka suka suka sama kamu
Tapi mengapa aku selalu tak bisa
Bagaimana caranya agar dirimu
Bisa tahu kalau aku suka
Suka suka suka sama kamu
Ayla
mendengar. Kali ini dia mengamati suara yang seakan pernah didengarinya sebelum
ini. Suara yang sangat biasa ditelinganya. Sehinggalah, Ayla terlopong sendiri.
Nombor tersebut terus dihubungi tanpa ragu-ragu lagi.
“Rashid!”
Tempik Ayla, sebaik sahaja panggilannya disambung. Kedengaran Rashid ketawa
kuat di hujung sana.
“Saja ja
kan? Tak dak kerja dah ka malam-malam buta ni dok menyanyi?” Ayla buat – buat
marah. Rashid masih bersisa ketawa.
“Tak...
malam ni bulan terang....” Balas Rashid dengan suara yang sangat romantis di
telinga Ayla. Ayla menggeleng membuang rasa yang seakan mulai menghimpit.
“Jadi?”
“Cahaya
bulan malam ni terang, menarik hati saya... sama macam Nur Ayla.” Balas Rashid,
membuatkan Ayla terdiam sesaat dua.
“Mengarut ja
kerja dia. Ada apa ni nyanyi lagu gatai-gatai ni.” Ayla menukar topik sebelum
Rashid terus melalut mencari jalan ke hatinya. Rashid ketawa perlahan namun
masih jelas di telinga Ayla.
“Menyampaikan
apa yang ada dalam hati saya untuk awak.” Balasan yang membuatkan Ayla terdiam
sekali lagi.
“Ayla...”
Rashid bersuara setelah Ayla seakan membatukan dirinya.
“Ada...
jangan mengarut sangat Rashid. Jangan mengharap apa-apa. Saya dah bagitaukan.
Saya dah putus asa untuk ada hubungan dengan sesiapa.” Balas Ayla, menjelaskan.
Tidak mahu Rashid kecewa akhirnya.
“Sampai bila
bila ke?” Ujar Rashid.
“Taklah
tapi...”
“Haa kiranya
saya masih ada peluang. Jangan risau Ayla, izinkan saya berusaha untuk padam
perkataan putus ada tu. Just give me the chance, boleh?” laju Rashid memotong
kata-kata Ayla. Ayla mengeluh perlahan.
“Malas nak
bagi izin, tak bagi izin pun awak dah melalut semacam, cuba saya kata okay, haa
jenuh melayan perangai merapu awak.” Ayla membalas, jujur. Rashid ketawa lagi.
“Kira okay
lagi ni kan?”
“No, tak...
tak boleh.” Tegas Ayla.
“But, why?”
Ayla mengeluh lagi, baru hendak membalas. Petikan gitar dari hujung panggilan
menghentikan Ayla.
Hatiku Masih Berdebar
Tiap Kali Bertemu
Aku Cuba Bersuara Walaupun Lidahku Kelu
Perasaanku Padamu Seluas Lautan Biru
Beriku Satu Peluang Untuk Mengenalimu
Aku Suka Cara Jalanan Kamu
Aku Suka Hilang Dalam Manismu
Siapa Lagi Sini Seperti Kamu
Tindak Balas Kamu Sangat Terkawal
Itu Tanda-tanda Kau Jual Mahal
Siapa Lagi Sini Seperti Kamu
Aku Cuba Bersuara Walaupun Lidahku Kelu
Perasaanku Padamu Seluas Lautan Biru
Beriku Satu Peluang Untuk Mengenalimu
Aku Suka Cara Jalanan Kamu
Aku Suka Hilang Dalam Manismu
Siapa Lagi Sini Seperti Kamu
Tindak Balas Kamu Sangat Terkawal
Itu Tanda-tanda Kau Jual Mahal
Siapa Lagi Sini Seperti Kamu
Dame Solo Una
Dame Solo Una
Berikan Aku Hanya Satu Peluang
Satu Peluang
Dame Solo Una
Berikan Aku Hanya Satu Peluang
Satu Peluang
Dame Solo Una
Dame Solo Una
Berikan Aku Hanya Satu Peluang
Satu Peluang
Dame Solo Una
Berikan Aku Hanya Satu Peluang
Satu Peluang
“Boleh berikan saya satu peluang?” Rashid
menyoal sebaik sahaja menamatkan muzik dan nyanyiannya. Soalan yang membuat
Ayla terdiam lagi. Ayla memejam matanya, erat. Kepalanya laju memikirkan
jawapan.
“Macam ni lah. Saya tak kata okay atau tak.
Bagi saya bercinta ni buang masa, berbulan, bertahun akhirnya putus. Bila
putus, kita saling membenci. Saya tak suka keadaan tu berlaku dekat saya.” Ujar
Ayla panjang, belum sempat menyambung kata-kata, Rashid memintas.
“Jadi kita kahwin?” Ayla terlopong sendiri.
“Mengarutlah! Awak kenal saya tak sampai
seminggu.”
“Kita kenal lepas kahwin.”
“Tak naklah saya, saya tak kenal awak, nama
penuh awak, kerja awak, umur awak, family awak.”
“Okay, esok saya bawak awak jumpa family
saya, on the same time, saya akan cerita semua tentang saya. Boleh?” Rashid
membalas, bersungguh-sungguh. Ayla menghela nafasnya, berat.
“Rashid, ni bukan main-main ya. Hati,
perasaan apatah lagi perkahwinan. Bukan benda mudah. Once broken....” Ayla
tidak menghabiskan ayat.
“Consider sold.” Sambung Rashid.
“Tengok tu, main-main.” Rashid ketawa kecil.
“Tapi saya tak main-main dengan perasaan saya
dekat awak.” Tegas Rashid.
“Kenapa ya? Bersungguh-sungguh sangat?”
“I’m getting older Ayla.”
“Desparate ke?”
“Not yet, tapi bila si bujang hampir terlajak
ni jumpa seseorang yang dia yakin adalah soulmate dia, dia perlu berusaha
mendapatkannya.” Ujar Rashid lagi.
“Aduhai, awak buat saya tersepit tau tak.”
“Saya tak sepit awak saja-saja, saya sepit
dengan cinta.”
“Banyaklah... macam ni. Saya bagi tempoh
seminggu, kita kenal, kita kawan bukan bercinta. Dalam masa seminggu tu, kita
tengok, betul ke saya ni soulmate awak. Dan... awak ni soulmate saya ke? Haa
hat tu penting, bukan perasaan awak sorang, perasaaan saya kena ambik kira.”
“Deal!” Laju Rashid bersetuju.
“Laju sangat aih.”
“Demi mu Ayla...”
“Dah... pi lena pi... cukup-cukup merapu
tengah malam.”
“Jumpa esok boleh? Saya ambik awak.”
“Saya ada order esok.”
“Esok sabtu, weekend.”
“Saya bekerja sendiri, hari-hari kerja. Kalau
tak nak makan apa?”
“Sunday?”
“Ahad? Ahad boleh tapi pukul 8 pagi sampai
pukul 12 tengah hari ja noh.”
“Tudia macam cinderella.” Usik Rashid.
“Yalah, cinderella hilang kasutnya saya
hilang bumper kereta.” Rashid ketawa.
“Bila nak repair tu?” Soal Rashid.
“Esoklah. Pi hantaq workshop depan ni ja.”
“Saya teman?”
“Tak payah. Saya hantaq lepas tu saya pi
kedai.”
“Okay, jumpa di kedai.”
“Adui, perlu ka?”
“Perlu, esok rasa nak makan tart buah Ayla’s
Bakery. Yummmss” Ujar Rashid terus sahaja mencuba untuk bertemu empat mata.
“Pulun noh. Esok takdak tart buah.” Ayla
masih menolak.
“Takpa saya makan hat ada ja.” Ayla
menggeleng dengan senyuman. Lelaki itu sentiasa mencuba!
“Suka hatilah Rashid. Saya dah nak tidur.
Esok ada tempahan awal pagi. Jangan dok melalut lagi nah, bulan pun nak lena.
Baca doa, lena. Bye.” Ayla terus mematikan talian. Kalau dibiarkan sampai subuh
belum tentu tamat. Rashid, Ayla tersenyum lagi. Lelaki itu begitu berusaha
tetapi Ayla masih berusaha menjaga hatinya. Perjalanan hidup manusia tak sama.
Kadang kala memori hitam tetap menyakitkan biarpun sudah bertahun berlalu.
2 comments:
Seram pulak jumpa bujang terlajak hahaha dia punya rushing tu buat kita takut...�� kalo jumpa yg slow kita pulak yg stress..hihihi..rashid oh rashid ��
itulah... bila dah nak hampir desparate. hihihihi
Post a Comment