Bab 5
Ayla mula
menyiapkan barangan yang ingin dibawa ke kedai. Hari ini dia ada 3 tempahan kek
hari jadi dan 1 tempahan kek ulang tahun perkahwinan. Semuanya akan diambil jam
5 petang. Bermula dengan seorang kerani biasa, Ayla berjinak-jinak dalam bidang
perniagaan kek dan biskut. Perniagaan yang bermula di rumah kini sudah berjaya
membuka sebuah kedai dengan seorang pembantu. Setahun lebih dia berusaha
sendirian dengan tentangan Mak yang tidak bersetuju dia berhenti kerja sebagai
kerani di agensi kerajaan. Tidak dinafikan, perniagaannya berisiko tetapi Ayla
mencari kerja yang membuatkan dia gembira untuk bekerja dan menjadi seorang
home-baker membuatkan dia sangat gembira, setiap hari. Jadi, Ayla tekad untuk
berhenti menjadi kerani dan menjadi pembuat kek sepenuh masa.
“Assalamualaikum
Kak Ayla... happy harini?” Tegur Husna, pembantu kedai Ayla. Ayla yang baru
sahaja masuk ke kedai, mengerut keningnya.
“Waalaikumussalam.
Happy? Macam biasa ja.”
“Nampak lain
maciam, hati ada gumbira?”
“Mengarut
aih hang ni... dah dah buat kerja. Kita ada banyak order nak kena siapkan
sebelum jam 3 naa...” Ayla malas melayan Husna yang seakan mahu tahu tentang
seseorang yang menghantar dia pulang lewat malam tadi. Husna jiran Ayla, rumah
mereka bertentangan sahaja.
“Elehhh malu
la tu. Kek anniversary tu kak Ayla deko ya. Lecehlah bunga matahari tu. Husna
dah praktis tapi buruk jugak.” Rungut Husna sambil tangannya sibuk membuat
kelopak bunga dari adunan yang baru disiapkan.
“ Takpa,
nanti kak buat. Jangan lupa, jambak bunga matahari dah order belum? By 3 p.m
akak nak ada dah naa.” Soal Ayla, tegas dalam bekerja.
“Sudah. Masa
kak balik kampung Husna dah arranged dah. Kejap lagi diorang hantar sini.”
“Bagus.”
Puji Ayla. Mata tak beralih dari dekorasi kek yang dilakukan. 3 kek perlu
disiapkan. Satu lagi yang lebih mudah Husna uruskan. Masa berlalu pantas. Husna
sesekali melayan pelanggan yang datang dan membeli kek, pastri dan roti. Kedai
kek ini mempunyai ruang untuk beristirehat sambil menikmati air tangan tuan
kedai. Ayla sendiri tidak menyangka, perniagaannya akan maju secepat ini. Dalam
tidak sampai setahun, pelanggan setianya sudah melebihi 50 orang. Rezeki Allah
tidak pernah salah alamat!
“Kak,
tinggal kek Matahari ni je belum ambik. Husna dah call tuan yang order. Katanya
dalam 10 minit sampai.” Ujar Husna sambil menanggalkan apron di badan sebelum
menggantungkannya. Ayla yang masih sibuk menyiapkan cheesetart untuk order awal
pagi esok memandang Husna sekilas.
“Nak balik
dah ka?” Ayla menyoal. Sengaja menyoal walaupun dia sedia maklum Husna perlu
pulang awal hari ini. Jadi dialah yang perlu menutup kedai hari ini.
“Ya kak. Nak
balik dah, kejap lagi Umi pot pet pot pet sebab lambat bawak dia pergi Mydin.
Aduiiii” Husna membuat gaya uminya. Ayla tersenyum sahaja dengan gelagat Husna.
“Husna balik
dulu naaa, jangan dok ralit sangat, customer ambik order terus balik. Karang
baiya sebelah singgah lagi.” Husna ketawa sebelum meninggalkan kedai. Ayla
berdecit perlahan. Baiya sebelah kedai yang menjadi pembantu kedai selalu
sahaja singgah, bukan membeli tapi menjual, jual minyak dari Bangladesh,
aishhhh!
Sedang leka
mendekorasikan cheesetart. Pintu kedai dibuka dari luar, ada pelanggan yang
datang. Ayla kalih sekilas bagi memastikan bukan si baiya yang datang.
“Assalamualaikum...
saya datang nak ambik kek.” Pelanggan itu bersuara.
“Waalaikumussalam.
Sekejap ya encik. Boleh tunggu sekejap.” Ayla membalas. Ligat tangannya
menyiapkan cheesetart yang sedang diusahakan sedari tadi. Setelah selesai, laju
dia melangkah ke peti pendingin yang menempatkan kek yang ditempah. Ayla
membawa kek ke kaunter.
“Encik
boleh....” Ayla tidak menghabiskan kata-kata. Pelanggan itu membuatkan dia kelu
lidah.
“Ayla... laa
keciknya dunia.” Rashid ketawa, gembira, hatinya berbunga-bunga.
“Rashid...
awak la yang order ni?” Ayla menunjuk ke arah kek yang dibawa tadi.
“Ya, for my
mom and dad. Ulangtahun ke 30.” Ujar Rashid.
“Ya tahu, tu
saya dah tulis. Awak check, okay ka? Nak tambah apa – apa lagi dekat kek?” Soal
Ayla, mahu memastikan kepuasan pelanggan terjaga.
“Dah cantik
sangat dah. Bersinar bunga mataharinya. Tapi....”
“Tapi apa?
Ada yang kurang?”
“Ya, ada
yang kurang...” Rashid berjeda, mata memandang terus ke kek dengan riak wajah
penuh persoalan.
“Apa yang
kurang? Saya boleh tambah.”
“Menantu...”
“Hah?
Menantu?”
“Aah, kurang
menantu, kalau awak boleh tambah menantu untuk mak ayah saya, mesti lagi
terbaik.” Ayla mengecilkan matanya setelah dia memahami Rashid cuba
mempermainkan dia.
“Mengada
sangat aih. Okay, kalau semua okay. Saya letak dalam kotak.” Ayla kembali
membuat kerja. Kotak diambil dah dilipat. Rashid masih memandang Ayla dengan
senyuman yang tak lekang dari bibir. Hatinya sungguh-sungguh rasa gembira.
“Saya tak
tahu ni kedai awak.” Rashid membuka bicara setelah mereka hanya diam membisu.
Ayla tersenyum.
“Sebelum ni
awak bukan kenal saya, jadi macam mana nak tau?” Balas Ayla. Kek diangkat dan
dimasukkan ke dalam kotak dengan penuh berhati-hati.
“Betul jugak
tapi saya pernah datang dua tiga kali jugak, tapi tak pernah nampak awak. Ada
yang sorang lagi tu...”
“Ya ka? Tu
noh, tak ada jodoh.” Ayla membalas kemudian ketawa.
“Sekarang
dah ada jodoh la kut eh?” Rashid kembali memancing hati Ayla. Ayla sekadar
menggeleng.
“Dah siap
encik Rashid. Payment dah buatkan, dan ini....” Ayla memberikan sejambak bunga
matahari kepada Rashid.
“Untuk apa
ni?” Ujar Rashid kehairanan.
“Untuk mak
ayah awak, sampaikan salam Happy Annivesary dari Ayla’s Bakery” Ujar Ayla
dengan senyuman melebar.
“Wah... siap
bagi bunga.”
“For special
occasion. 30 tahun, sesuatu yang sangat mengagumkan, saya pun amat berharap
kalau kalau saya dapat pasangan, saya pun nak sambut every 10 years dengan
penuh gemilang.” Ujar Ayla.
“InsyaAllah,
nanti kita sambut dengan penuh gilang gemilang ya.” Rashid mencuba lagi.
“Sudahlah.
Lewat dah ni, saya nak tutup kedai.”
“Oh okay,
sorry. Tadi saya lewat datang sebab ke bengkel. Betulkan kereta.” Ayla
mengangguk, faham.
“So mana
resitnya? Nanti saya bayar.” Ayla menghulur tangan.
“Tak
perlulah, tak banyak mana.” Rashid menolak. Ayla mengecilkan matanya.
“Jangan
tipu, berdosa nanti masuk api neraka.” Ujar Ayla dengan wajah yang sengaja
diseriuskan.
“Oh boleh
pulak. Saya akan bagi resitnya nanti. I will call you later.” Balas Rashid.
“Betul ni?”
“Ye betul.
Haa awak dah repair kereta awak ke?” Rashid menyoal kembali, Ayla sekadar
menggeleng, apron ditanggalkan.
“Tak sempat,
hujung minggu ni kut. Banyak order minggu ni.”
“Ni balik
dengan apa?” Soal Rashid setelah Ayla siap mengemas untuk pulang.
“Rumah saya
kan belakang tu je. Menapak pergi dan pulang.” Balas Ayla. Rashid masih setia
menemani Ayla mengemas kedai dan menutup kedai.
“Jom saya
hantar awak ke rumah.” Ujar Rashid.
“Tak
payahlah. Dekat sangat. Takdan awak nak hidup enjin, saya dah sampai rumah
pun.” Balas Ayla, laju.
“Alah... jom
lah. Boleh borak lagi sebelum balik.”
“Ya Allah,
mengadanya. Next time ya. Nanti bagi resit repair kereta tu, jangan buat buat
lupa.” Ujar Ayla sambil melangkah perlahan-lahan menjauhi Rashid. Rashid tetap
tersenyum walaupun agak kecewa Ayla menolak perlawaannya. Rashid memandang Ayla
yang melangkah pulang. Dalam diam dia merangka sesuatu. Perancangan menawan
hati Nur Ayla!
3 comments:
Amboii...Rashid tak menyempat...
Salam Lailatul Qadr abc...teruskan berkarya
salam lailatul qadr, insyaAllah.
Post a Comment