Kereta
dihidupkan. Dibetulkan kedudukan untuk memandu dan kemudian memakai tali
pinggang keledar. Gerak geri Lisa disebelahnya diperhatikan dengan wajah
serius. Lisa yang perasan dia diperhatikan, mula mengangkat wajah memandang
Irham. Serius aje muka! Hati Lisa sekuat mana pun masih terasa getarnya.
“Chill Mr.Irham…” Ujar Lisa dengan
sengihan dan mengangkat dua jari yang menunjuk tanda ‘peace’. Irham masih
mencerlung, lama dan kemudian menggosok kepala Lisa yang bertudung itu dengan
senyuman.
“Thanks adik!” Lisa tercengang. Irham
hanya membiarkan Lisa dengan wajah terkejutnya itu dan terus memandu pulang.
“Tak
rugikan 25 minit drive dari Seri
Kembangan ke TTDI?” Soal Lisa sebaik sampai di rumah. Irham yang sedang
menyusun kasutnya mengangguk kecil.
“Lebih
daripada untung.” Irham berlalu ke bilik dengan senyuman tak lekang. Lisa lagi
terlebih senyum. Disangka akan didenda sebab merancang sesuatu yang besar
sebegitu tapi sebaliknya! Mama perlu dikhabarkan segera, laju sahaja Lisa
melangkah ke arah telefon di tepi tangga. Harap-harap mama yang berada di Kuala
Terengganu atas urusan persatuannya belum lagi tidur.
++++++++++++++++++++
Walaupun
jam sudah hampir ke pukul 3 pagi, aku masih belum berjaya memejamkan mata.
Badan terasa letih tapi fikiran ni masih ligat berkerja. Pertemuan sebentar
tadi sememangnya mengganggu perasaanku tika ini. Kenapa Lisa temukan aku dengan
Irham? Untuk apa? Fikiran aku terawang lagi, mengingati bicaranya ketika kami
menikmati sup belut tadi.
“Macam
kita dulu-dulukan Mustika.” Aku memandangnya dengan dahi yang berkerut. Tak
faham, kita dulu-dulu?
“Maksud
saya, masa kita dekat Matrik Penang dulu. Ingat tak kita pergi makan Sup
Gearbox dekat gerai luar pagar Matrik.” Aku mengerah otak aku untuk memikirkan
kembali, berjaya tapi sengaja aku buat seolah aku gagal mengingati peristiwa
yang mengeratkan hubunganku dan dia ketika dulu.
“Tak
ingat, dah lama sangat dan tak penting.” Jawapan aku mematikan senyuman Irham.
Irham kemudian mengangguk perlahan.
“Oh…
dulu selalu keluar dating dengan Irham ye…” Angah cuba mengusik, pantas sahaja
aku memintas.
“Tak
lah, waktu tu kami jaga checkpoint
merentas desa. Kami jaga checkpoint last,
dah lapar kami pergi makan dulu.” Aku menekup mulut pabila aku mula sedar aku
terlepas kata.
“See… I knew that you are still remembered
that time.” Ujar Irham dengan begitu gembira sekali. Angah, Kak Idah dan
Lisa ketawa besar melihat aku yang sudah terkulat-kulat dan termalu sendiri.
Nampak sangat aku menipu!
Irham
mula bercerita kisah kami berdua, tapi semua kisah yang lucu dan bahagia. Kisah
yang telah melukakan hati aku, dan menjadikan aku seorang pendendam pada lelaki
tidak pula dikisahkan. Tika itu, aku terasa ingin berlari pulang ke rumah.
Rimas! Benci! Aku tidak suka dengan bahagia-bahagia yang cuba diimbaskan
kembali. Semua sudah tiada ertinya. Bagi aku bahagia yang pernah aku ada adalah
Amzar, suamiku!
“Mustika,
penatlah tunggu. Lama lagi ni, saya belum makan.” Aku yang duduk ditepi tembok
longkang hanya memandangnya sepi. Roti yang dibekalkan kepada setiap AJK
merentas desa aku sua ke arahnya.
“Ala,
roti tak boleh kenyangkan saya. Jom.” Irham menunjuk ke arah sebuah gerai di
seberang jalan.
“Karang
orang dah sampai jenuh nak berlari ke sini balik.” Aku menolak.
“10
minit aje, pekena sup gearbox, sedap tau.” Irham mengajak lagi.
“Awak
nak, awak pergi, biar saya aje tunggu sini.” Irham mencebik lalu melabuh duduk
di sebelahku. Aku terus sahaja menjarakkan kedudukan.
“Takpe
la, tak jadik.” Irham duduk diam disebelahku. Beberapa minit, aku perasan Irham
yang tak senang duduk. Kejap-kejap bangun, kejap-kejap duduk. Perutnya digosok
perlahan. Ah! Pancing aku la tu, getusku dalam hati.
Aku
bingkas bangun dan menepuk seluar yang berpasir. Aku pandang Irham yang
mengangkat wajah memandangku.
“Jomlah,
10 minit je tau.” Ujarku, dan terus melangkah menyeberangi jalan. Irham
tersenyum dan terus menyaingi langkahku.
Irham
memesan dua mangkuk sup gearbox. Aku hanya memesan segelas air limau ais.
Panas-panas macam ni, tak rasa pula nak makan sup. Irham hanya menjungkit bahu
pabila aku menolak untuk memesan makanan.
“Saya
tak pesan pun sup. Awak makanlah.” Aku menolak semula mangkuk sup yang Irham
tolak ke hadapanku.
“Saya
pesan untuk awak. Kita makan sama-sama, baru sedap.” Aku menggeleng laju.
“Please…”
Irham memujuk.
“Awak
ni kan… saja je kan.” Aku akhirnya mengalah. Irham tersenyum kemenangan. Ah!
Malas aku nak dengar suara-suara manja dan romantik Irham.
“Sedap
kan? Betul tak kata saya?” Irham bersuara selepas beberapa minit kami menikmati
sup gearbox. Aku hanya mengangguk kecil sambil mengesat mulutku dengan tisu.
Sesekali aku kalih ke arah tempat checkpoint,
takut kalau ada yang sudah sampai ke situ.
Setelah
selesai Irham membuat bayaran, kami kembali ke tempat checkpoint. Belum ada pelajar yang sampai, mahunya tidak merentas
desa sejauh 10KM, mesti ada yang sudah makan angin di belakang sana.
Selang
beberapa ketika, kepalaku terasa berdenyut-denyut. Mula-mula perlahan, sekarang
makin kuat. Sakit! Daripada kedudukan berdiri, aku melabuh duduk di atas
tembok.
“Kenapa
Mustika?” Irham mula menyoal, apabila mendengar desahku. Aku hanya menggeleng.
Kepala aku picit perlahan.
“Awak
sakit ke Mustika?” Soal Irham lagi. Aku tidak mampu menjawab apa-apa. Irham
mengambil tempat di sisiku. Ditundukkan kepalanya memandang ke arah wajahku
yang sedikit menunduk ke bawah.
“You
look so pale. Awak sakit eh?” Irham menyoal berulang kali.
“Kepala
saya tiba-tiba sakit sangat.” Aku bersuara perlahan, bersama menahan sakit yang
kian terasa.
“Minum
air ni dulu.” Irham menyuakan sebotol air mineral kepadaku. Aku ambil dan terus
minum beberapa teguk. Irham mula menyelongkar kotak kecemasan yang kami bawa
bersama.
“Ada
panadol aje, awak makan eh.” Aku hanya menurut, sedikitpun tidak membantah
seperti yang selalu aku lakukan apabila bersama dengan Irham.
“Saya
rasa awak pergi ke tepi pokok tu, rest. Ada orang dah nak dekat sampai
checkpoint kita.” Ujar Irham lagi. Dari kejauhan kelihatan beberapa orang
pelajar sedang berlari ke arah kami. Aku bangun dengan berhati-hati mengawal
keseimbangan badan.
Sampai
sahaja ke tepi pokok renek yang dinyatakan Irham, aku terus duduk dan menyandar
ke pokok tersebut. Mata aku pejam seeratnya. Aku perlu tidur sekejap, mungkin
selepas itu sakit kepala ini akan hilang.
…………………………………
Beg
pakaian telah siap aku kemaskan. Malam nanti aku akan pulang semula ke Kedah. Sudah selesai segala urusanku di Kuala
Lumpur. Pagi ini, aku bercadang mahu berjalan-jalan sambil membeli beberapa
persiapan menyambut bayi sulungku. Saat ini, aku terasa rindu yang sangat
mendalam kepada arwah suamiku. Waktu dia masih ada, aku pernah merancang untuk
keluar membeli barangan bayi bersamanya. Tapi waktu itu, Amzar sudah tenat,
hanya terbaring dikatil hospital.
“Mus…
Kak Idah dah siapkan sarapan, jom.” Suara angah, menyedarkan aku daripada
lamunan yang jauh kepada suamiku. Air mata yang berlinang tanpa aku sedar, aku
kesat dengan jemariku. Aku bingkas bangun dan melangkah keluar. Baru sahaja
keluar daripada bilik, angah menahan langkah.
“Jangan
kenang dan menangis. Ingat pesan Amzar?” Aku hanya mampu menguntum senyum
biarpun kelihatan hambar. Aku mengangguk perlahan. Along, Angah, Ibu biarpun
Haziq sendiri pasti akan mengulangi ayat yang sama. Ayat yang Amzar tuturkan
sebulan sebelum dia pergi buat selamanya.
“Kenangkan yang bahagia. Kenangkan yang
gembira. Tapi jangan kenangkan sekadar untuk air mata. Abang tak nak sayang
abang menangis bila kenangkan abang. Abang bukan pembawa duka dalam hidup
sayang. Betul tak?”
“Masuk
habuk…” Ujarku dengan senyuman. Angah menunjal dahiku perlahan.
“Eleh…
Haziq pun boleh tau mata masuk habuk ke apa, ni pulak angah. Sudahlah, jom…”
Angah memeluk lenganku dan mula melangkah ke dapur untuk bersarapan.
Seminggu
selepas pemergian Amzar, aku berkurung di dalam bilik, makan tidak tidur pun
tidak. Tapi aku tidak menangis. Mungkin sebab aku di sisi Amzar tatkala rohnya
terpisah dari jasad. Air mata Amzar yang aku kesat saat itu. Pipinya aku kucup
lama, dan salam terakhir aku berikan. Seminggu juga Along dan Angah duduk dikampung,
semata-mata kerana aku. Mereka terlalu bimbangkan aku, satu-satunya adik
mereka.
“Mus
nak keluarkan kejap lagi?” Angah menyoal sewaktu kami bersarapan.
“A’ah,
cadang macam tu la. Boleh angah?” Angah yang sedang menyuap mee goreng
mengangguk perlahan.
“Boleh
aje, tapi tunggu kawan Mus datang ambil ye.” Aku mengerut dahi, kening aku
jungkitkan.
“Kawan?”
“Kawan
lama Mus la, tunggu aje, kejap lagi sampai la tu.” Kak Idah mencelah. Angah
hanya tersenyum dan mengangguk. Kunyahanku jadi perlahan, resah tiba-tiba.
Siapa?
Salam
orang dari luar mematikan aku untuk terus berfikir. Kak Idah bergegas membuka
pintu.
“Assalamualaikum….
Angah.” Aku yang baru hendak menyuap mee ke dalam mulut terhenti bagai patung.
Takkanlah!
…………………………………….
Aku
melangkah laju, menyusuri deretan kedai. Hati yang mulanya teruja hendak
membeli keperluan bayiku yang bakal lahir, sudah terbantut. Irham dibelakang
cuba mengejar langkahku secepatnya.
“Awak
sepatutnya tak setuju dengan cadangan Angah.” Aku bersuara setelah penat dikejar
begitu. Aku tidak selesa!
“Kenapa
perlu saya menolak bila Angah suruh saya temankan awak?” Aku menjungkit kening.
“Jadi
awak suka? Kenapa dengan awak ni Irham?” Irham memeluk tubuh, sama seperti aku
sekarang ini. Dia tersenyum sinis.
“Kenapa
dengan saya? Saya menagih janji awak 8 tahun dulu Mustika.” Aku terlopong.
“Gila!
Saya sedang mengandungkan anak seorang lelaki yang amat saya sayangi. Lelaki
yang telah membuatkan saya terus melupakan awak Irham!” Irham merengus
perlahan. Wajah Mustika direnungnya tajam.
“Dia
sudah tiada. Sekarang, adalah masa saya untuk awak.” Aku mencerlung. Dia tidak
berhak berkata begitu!
“Sini,
Amzar tetap dan akan sentiasa akan berada di sini.” Aku menepuk dadaku berulang
kali,kemudian terus berlalu dari situ. Aku hampir terdorong ke belakang apabila
lenganku disambar kejap oleh Irham.
“Ya,
Amzar akan sentiasa di hati awak. Tapi saya akan pastikan saya sentiasa di sisi
awak!” Irham memandangku dengan panahan mata yang tajam. Aku mengigit bibir.
Ah! Siapa dia untuk menentukan semuanya? Bentak hatiku sendiri.
“Mustahil
hari tu akan tiba.” Ujarku perlahan, genggaman tangan Irham aku rentap dan mula
meneruskan langkah. Irham masih dibelakang, memandang aku yang penuh dengan
sikap degilku.
“Okay,
fine! Tapi hari ni mesti beli apa yang awak nak beli. Saya temankan, jom.”
Irham menarik hujung lengan bajuku, agar menyaingi langkahnya. Mahu tak mahu,
aku terpaksa menurut. Jauh di sudut hati yang nakal, aku tersengih sendiri,
“rezeki anak”.
…………………………………..
cinta itu kadangkala payah hendak diungkap
cinta itu terlalu mahal
kalau terlalu ringan lidah melafaz
terasa bagai tiada nilai. ^^
Mustika dan Irham
jauh mana lagi harus mereka melangkah untuk dapat bersama akhirnya?
8 comments:
salam abc , sy tgu next cerpen...
hehehe , bwat release tension study..bila baca cerpen abc , bwat sy tergelak...:)
syukran... cpat2 ye post cerpen terbaru... :)
abc busy dgn study.. nk final exam, present projek akhir.. so agak lambat la nk update ^^
selamat final exam..insyaALLAH
wish u good luck until the end :)
kak ABC.. chaiyok3x!!
wish u all the best.. ^_<
ala..bila kak abc nk sambung...lamanya..(qeela)
qeela: akak pun tertnya2 bila nk sambung hehehehe inshaAllah, tunggu eh
Salam abc..next plez..cewahh..bg arahan tu..hihi.
cepat2 update yer dik..
tk..
on my way heh! tunggu ye. nak edit2 bab 7 dulu. insyaAllah sabtu abc pos :)
Post a Comment