Bunyi-bunyi suara manusia, mengganggu lenaku.
Badanku terasa lenguh di semua bahagian. Tekak terasa teramat kering. Tangan
terasa perit bagai ada yang menyucuk. Hujung jemari kakiku terasa kebas dan
sejuk. Aku cuba mengamati suara-suara itu. Suara Ibu? Perlahan aku cuba membuka
mata, terasa cahaya berebut masuk ke anak mata, silau! Pandangan yang mulanya
kabur, kini makin jelas. Aku lihat ayah, aku lihat ibu, baba dan ummi juga ada.
Kenapa? Aku pandang sisiku, kenapa pelik semacam bilikku. Bilik aku ke? Hah, wad?
Aku terus bangkit dari pembaringan. Semua yang ada terkejut dengan reaksiku.
Perutku sedikit senak dengan perlakuan yang tiba-tiba itu.
“Zu… kenapa ni...” ibu menghampiri dan menggenggam
erat jemariku. Aku kembali merebahkan diri ke pembaringan. Senak. Aku usap
kalut perutku. Alhamdulillah. Masih ada. Masih terasa gerakan bayi-bayiku. Apa
khabar mereka?
“Macam mana Zu boleh ke sini bu..” Ayah, baba dan
ummi menghampiri dan menghadiahi aku senyuman yang melebar.
“Kamu pengsan dan mengalami pendarahan. Haikal terus
bawak kamu ke hospital… kamu ni… tak jaga diri betul-betul ke?” Ayah mula
bersuara dan berleter. Aku hanya mengangguk perlahan dan mengeluh. Aku mula
mengimbas kejadian itu, dan aku ingat! Ketidakpedulian Haikal terhadap aku, ah!
Salah aku atau dia?
“Haikal dah cerita dekat kami semua. Risau dia
dengan keadaan kamu. Masa ummi sampai, dia teresak-esak menangis. Dia menyesal
sebab marahkan kamu.” Celah ummi. Benar? Allah… ampunkan hambaMu ini, betapa
teruknya aku sebagai seorang isteri. Seringkali membuat suamiku menangis dan
susah hati.
“Mana abang Haikal?” aku bersoal. Baba hanya
tersenyum dan menjawab persoalanku.
“Kejap lagi dia sampailah. Baba suruh dia bawak
balik Asyaaf, mandi dan makan dulu. Dari pagi dia tak makan apa-apa lagi.” Aku
mahu Haikal. Aku mahu mohon maaf kepada Haikal. Aku akan cerita semuanya dan
aku mahu berjanji selepas ini aku tidak akan pernah merahsiakan apa-apa lagi.
Malam itu Haikal datang, membawa sedikit barang
keperluanku seperti telekung dan tuala. Senyap sahaja. Haikal langsung tidak
bersuara. Wajahnya sugul sahaja. Marahkan dia? Apa yang patut aku lakukan?
Gerak geri Haikal aku perhatikan. Dudukku aku betulkan supaya lebih selesa.
Kesunyian tika itu terlalu sepi hingga bunyi derap kaki tiada kedengaran. Ah!
Tak betah aku jika terus begini!
Haikal mengambil tempat di tepiku. Kerusi ditariknya
supaya lebih menghampiri katil. Haikal memandangku tanpa kelip, aku turut
terikut memandang wajahnya. Tangannya aku capai, aku genggam seeratnya. Aku
tunduk mencium tangannya. Terus sahaja aku teresak menangis. Aku terlalu
berdosa pada dia suamiku.
“Kenapa ni sayang…” Haikal mengusap kepalaku penuh
kasih sayang.
“Zu berdosa dengan b… Zu mintak maaf…” ujarku dalam
esakan yang tidak dapat aku kawal.
“La… b yang salahkan… kenapa Zu yang mintak maaf…
sudah-sudah, tak mau nangis lagi, Zu lupa janji b?” Aku mengangkat wajah
memandang Haikal. Janji?
“B janji, untuk tidak lagi membuat mata kekasih b ni
menangis. B janji untuk tidak melukakan hati kekasih b lagi. Sayang jangan buat
b rasa bersalah dengan menangisi kesilapan b… B mintak maaf sayang…” Haikal
menyapu air mata di kedua-dua belah pipiku. Kata-kata itu bukan membuat aku
senyap dari tangisan tetapi melebatkan lagi air mata. Hatiku tersentuh, mana
lagi mampu aku cari suami sebaik dia. Mana? Allah, terima kasih atas anugerah
ini. Hamba terlalu bersyukur padaMu.
“Sayang… stop
crying… nanti baby-baby kita dengar, diorang ingat ayah buat mama pulak…
Kesian ayah…” Aku ketawa dengan sisa air mata. Sungguh aku terlalu cinta.
“Zu mintak maaf…” Haikal mengeluh kecil. Dieratkan
lagi genggaman tangannya.
“Maaf
untuk apa sayang…B yang salahkan?” Ujarnya.
“Hiding Alisya
from you. I got my own reason for doing all that. Zu mintak maaf…” Haikal
menarikku ke dalam pelukannya. Diusapnya perlahan belakangku, memberikan
ketenangan, menenangkanku dari tangisan yang kian menjadi-jadi. Basah bahunya
dek air mataku.
“I know. Stop
crying sayang… you hurt me with your
tears…” Aku terus memeluknya erat. Biarlah aku menangis kini, aku tidak
mahu lagi melukakan hati kekasihku yang amat aku cintai. Cukuplah kali ini, aku
tak mahu lagi! Terbuai kami berdua dengan esakanku dan ketenangan yang
diberikannya. Allah, kekalkan hati kami yang saling mencintai ini dalam cintaMu
yang Agung.
++++++
Tudung yang sedia di kepala aku betulkan
kedudukannya. Perut yang makin besar ini memerlukan aku memakai baju yang
semakin besar, badan pun sudah terasa seperti belon yang makin berkembang.
Haikal sibuk mengemas pakaianku dan beberapa keperluan lain. Hari ini, setelah
seminggu, aku dibenarkan pulang ke rumah. Alhamdulillah!
Aku mendekati Haikal yang sedang memasukkan
pakaianku ke dalam beg. Aku duduk dibirai katil.
“Macam mana b dapat tahu tentang Alisya?” aku
membantunya melipatkan beberapa pakaianku yang masih belum terlipat.
“I have my own
spy…”ujar Haikal dengan sengihan yang memanjang, aku mengerutkan dahi
dengan muka penuh tanda soal. Siapa?
“Sejak
bila pasang spy?” soalku jujur.
“We have a
young and smart spy, who else will be if not our son, Asyaaf.” Oh!
Patutlah, kenapalah aku lupa nak pesan Asyaaf supaya tutup mulut! Aishhhh...
“So,
b dah tahu dari awal la?”
“Yup, dari mula, selepas sayang excident tu b dah tahu full
story.”ujar Haikal dengan senyuman. Pandainya dua-dua simpan rahsia. Panas
jugak hati ni, aish… sabar, sabar! Orang kata, sejauh mana nak menipu pun kalau
tak berapa pandai, awal-awal dah kantoi. “sepandai-pandai tupai melompat
akhirnya jatuh ke tanah jua” sesuai ke?? Erk….
++++++++++++++++
macam short story pulak ^^
maap le, baru perasaan bab ni pendek even dah lama peram hui3
enjoy!
2 bab lagi je~~~
2 comments:
mintak tlong cpt skit post nye ye..hehe..x sabo nk bce da ni...=)
hahaha ^^
Post a Comment