Seperti selalu, setiap pagi aku akan menyiapkan
bekal makanan Asyaaf sebaiknya. Haikal sudah awal-awal lagi keluar, mahu ke
luar Bandar katanya. Marahnya masih ada, tidak banyak cakap dengan aku, tapi
dengan Asyaaf dilayannya sama seperti selalu. Hatiku terasa dan terusik tapi
aku sabarkan, salah aku dan misiku masih belum berjaya. Misi? Aku mahu
menyiasat gerak geri Alisya dan bersemuka dengan dia. Pagi ini aku tekad untuk
menghantar Asyaaf ke tadika walaupun telah ditegah keras oleh Haikal. Entah
kenapa, kedegilan aku terserlah waktu ini, aku tetap dengan misiku!
“Baca doa Mama...” Amboi pandai pula budak kecik ni
bagi arahan. Aku pun dengar aje, doa naik kenderaan aku baca bersama selawat.
Asyaaf tersenyum mengaminkan doa.
“Check
yourself, any pain? Comfortable?” Amboi-amboi, banyak pulak budak sorang
nih! Aku ikutkan aje, periksalah mana tau ada tak selesa ke.
“Seatbelt.”
Aku menjeling Asyaaf, dan memakai tali pinggang keledar. Asyaaf ketawa kecil.
“Anak
Mama macam cikgu sekolah memandu.”
“Arahan daripada cikgu memandu mama jugak” Aku kalih
pandangan terus kepada Asyaaf. Aku pandang Asyaaf, dan Asyaaf cuma tersengih
dan mengangguk. Kerja Haikal rupanya, cikgu memandu basikal aku! Peristiwa manis
semasa di London, waktu itu musim luruh, Haikal dan Asyaaf nak berbasikal, aku
pun tergedik nak ikut, tapi basikal pun tak reti nak kayuh. Jenuh sehari Haikal
ajar, sampai diorang tak jadi berbasikal hari itu. Tapi hujung minggu tersebut
kami habiskan masa bertiga, aku sudah pandai berbasikal dengan tunjuk ajar
cikgu memandu yang garang!
“Study rajin-rajin tau sayang.” Pesanku kepada
Asyaaf dan aku kucup ubun-ubunnya. Asyaaf menyalami tanganku dan terus berlari
masuk ke tadikanya. Kelihatan Sofia melangkah masuk ke perkarangan tadika. Aku menghampirinya.
“Assalamualaikum,
Sofia.” aku menyapa dia.
“Waalaikummussalam,
ye Puan Zulaikha.”
Aku mula membongkar rahsia dan persoalan yang
bersarang dalam fikiranku. Kecuaian Sofia itu boleh membahayakan Asyaaf. Aku
bukan mahu memarahi Sofia tetapi mahu dia membantu aku dalam misiku.
“Saya minta maaf sangat-sangat Puan. Saya sepatutnya
perlu menghubungi Puan dulu baru benarkan Asyaaf berjumpa dengan dia. Maafkan
saya Puan.” berkali-kali Sofia memohon kemaafan atas kecuaiannya. Aku tidak
mahu memperbesarkan hal tersebut, ini menjadi pengajaran buat Sofia untuk
kerjayanya sebagai seorang guru di Pusat Pengasuhan.
“I hope, this
is the first and the last Sofia and I
really hope that you can help me.” Ujarku, Sofia mengangguk kepala tanda
setuju dan tersenyum. Mukanya kembali ceria, tidak seperti semasa aku menyoal
dia mengenai Alisya.
Misiku
akan berjaya, aku pasti!
Seminggu. Seminggu aku menunggu kedatangan Alisya. Seminggu
juga aku dan Haikal tidak bertegur sapa. Aku cuba melayan marahnya, namun
Haikal tetap dengan sikap autokratik dia. Kata Haikal kalau nak berbaik,
jelaskan segala-galanya dari A hingga Z tidak tinggal walaupun titik dan koma.
Aku? Aku tak mahu Haikal mengganggu perancanganku, jika hal Alisya sampai ke
pengetahuan Haikal, pasti segala yang telah aku rangka punah! Marahnya takkan
lama, fikirku, namun kini sudah masuk hari yang ke tujuh Haikal langsung tidak
menegurku. Tambah pula dengan sikapku yang pelik beberapa hari ni. Kereta tak
bagi dipandu, aku curi-curi seludup pandu. Telefon sentiasa berada dalam poket
seluar atau baju. Suami mana yang tak syak bukan?
Orang selalu kata, sabar itu sebahagian daripada
iman. Berkat kesabaran kita, kita akan peroleh apa yang kita mahu.
Alhamdulillah, seminggu lamanya menunggu kedatangan Alisya dan hari ini adalah
harinya. Sebaik menerima panggilan daripada Sofia, aku bergegas ke tadika
Asyaaf. Apa-apa pun yang menghalangi, aku mahu menyelesaikan hal ini
secepatnya. Aku tak mahu terus membuat suamiku berkecil hati, aku tahu erti
dosa. Allah!
Gerak geri Alisya aku perhati dari jauh. Kelihatan
dia sedang berbual dengan Sofia dan Sofia beberapa kali menggelengkan kepala. Mungkin
Alisya sedang memujuknya untuk bertemu dengan Asyaaf. Dengan lafaz bismillah
dan selawat, aku aturkan kaki melangkah ke arah mereka berdua. Aku perlu
selesaikan masalah ini!
“Assalamualaikum...” aku menyapa sebaik sahaja aku
menghampiri mereka berdua. Alisya kelihatan tergamam. Sofia hanya tersenyum. Aku
membalas senyum Sofia dan memberi isyarat yang dia boleh pergi, meninggalkan
aku berdua dengan Alisya. Alisya kelihatan tidak selesa, kaca mata hitam yang
dia pegang, diambil dan pakai. Sekejap-sekejap dia betulkan selendang yang
dipakainya. Aku hanya memerhati tingkahnya.
“Kenapa awak datang sini?” Aku memulakan soal jawab
yang selama seminggu aku nantikan.
“Nothing...
Got to go…” Alisya cuba melarikan diri, lari dari dipersoalkan
kedatangannya. Pantas aku memegang lengannya.
“Saya nak selesaikan segala-galanya hari ini Alisya.
Saya masih hormat awak sebagai ibu kandung Asyaaf, saya harap awak beri
kerjasama.” Aku cuba berdiplomasi dengannya. Alisya melepaskan keluhan kecil. Kaca
mata hitamnya dibuka, dan dia mengangguk perlahan. Aku tersenyum.
Kami mengambil tempat dibangku hujung taman
permainan yang bertentangan dengan tadika Asyaaf. Beberapa saat kami bagai melayani
perasaan sendiri. Aku biarkan Alisya yang memulakan segala.
“I dah 5 bulan keluar dari penjara. I’ve learn so much thing there. I
bersyukur yang I dipenjarakan. Kalau tidak I takkan pernah sedar yang selama
ini terlalu banyak dosa I dah buat.” Alisya mulakan bicaranya. Sekejap-sekejap
dia berhenti dan kemudian menyambung kisahnya. Aku setia mendengar ceritanya
tanpa mencelah.
“I datang jumpa Asyaaf bukan untuk mengambil dia
dari you dan Haikal. I tak mampu jadi ibu yang baik untuk Asyaaf seperti you Zulaikha
dan tak mungkin I akan dapat carikan ayah terbaik untuk Asyaaf seperti Haikal.
Korang berdua terlalu baik untuk dibanding dengan I atau siapa sahaja. I
bersyukur sangat-sangat pada Allah, sebab Dia berikan Asyaaf ibu bapa yang
terbaik.” Alisya mengesat hujung matanya. Aku mencapai tangannya, aku genggam
erat, aku cuba memberikannya kekuatan. Mungkin benar dia sudah berubah. Tak
lama, Alisya menolak tanganku.
“Jangan sentuh I!” Aku tergamam. Benarkah dia
berubah atau dia hanya berpura-pura?
“I ada HIV Zulaikha, I kotor...” ujarnya lagi. Aku
terkejut. SubhanaAllah, besarnya balasanMu kepada dia.
“I tak tahu bila I akan pergi. Sebab tu I datang
sini, sebelum I pejam mata untuk selama-lamanya, I nak tengok anak I yang I
buang dulu. I nak dia kenal I biarpun bukan sebagai ibu dia. I nak ada orang
yang doakan I bila I dah tiada nanti.” Telingaku menangkap esakan kecil Alisya.
Mungkin dia sudah belajar daripada apa yang telah dia lakukan. Allah, sungguh
kataMu.Yang baik Kau berikan terbaik yang buruk balasnya buruk.
“I mintak maaf Zulaikha. I pisahkan you dari Haikal
dulu. I mintak maaf. I’m really sorry.”
Esakannya kian deras. Aku capai tangannya dan genggam erat. Aku siapa untuk
tidak memaafkan dia?
“Saya manusia biasa Alisya. Tiada dendam untuk awak.
Lagipun saya dah lupa segala perkara lama. Yang ada sekarang, saya teruskan
kehidupan saya dan keluarga dengan sebaiknya.” Alisya masih dengan tangisnya.
“I janji Zulaikha, lepas hari ini I takkan ganggu
you dan keluarga you lagi. I janji, I akan pergi jauh.” Alisya menggenggam erat
tanganku seolah memberi erti yang dia memang maksudkannya. Aku hanya mengangguk
perlahan.
“Tapi saya tak kejam untuk memisahkan hubungan awak
dengan Asyaaf. Saya tahu, mungkin secara undang-undang awak tiada hak, tapi
awak tetap ibu Asyaaf. Sampai bila-bila tiada siapa yang boleh menafikannya.” Alisya
mengangguk, air mata dikesatnya.
“I tahu. Tapi I nak Asyaaf tahu, yang ibunya adalah
Zulaikha Azra dan ayahnya adalah Haikal Hazimi. Bukan I. I tak nak Asyaaf malu
dan terseksa nanti. Bolehkan Zulaikha?” Aku memandang wajah penuh mengharap
Alisya. Apa lagi yang dapat aku katakan? Aku mengangguk perlahan.
“Lusa I akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. I nak
habiskan sisa hayat I di sana. Mungkin di tempat suci dosa-dosa I selama ini
akan diampunkan…” Sayu sahaja kata-kata Alisya.
“Allah itu Maha Pengampun. Maha Pengasih. Keampunan
Allah itu luas. Seberat mana dosa kita, pasti Allah akan ampunkan, andai kita
bertaubat dan mohon kepadaNya. Teruskan berdoa dan dekatkan diri pada Dia.
InsyaAllah…” Aku sekadar memberi sedikit kelegaan pada hatinya yang walang.
“InsyaAllah. Moga I pergi dalam keadaan bersih. I
harap sangat… tapi...”Aku memandangnya, tapi? Apa lagi yang digusarkannya?
“Tapi
apa Alisya? Apa yang awak takutkan?”
“Boleh
you tolong I?”
“Andai
saya mampu, saya akan tolong. InsyaAllah.”
“Sampaikan salam I pada Haikal, dan sampaikan pada
dia yang I mohon kemaafan daripada dia. Sampaikan surat ini kepada dia bila
tiba masa yang sesuai…” Alisya keluarkan satu sampul kecil dari begnya.Aku
ambil dan memandangnya.
“Apa
ni?”
“I nak mintak maaf dari dia, dan dalam surat tu I
nyatakan segala dosa dan silap I pada Haikal. I nak pergi dalam keadaan bersih
dari dosa Zulaikha, hanya itu impian I.” Aku mengangguk tanda mengerti. Beratnya
beban yang ditanggungnya, inilah balasan dunia dia, mungkin. Aku bukan siapa
untuk mengatakannya. Aku hanya mengambil iktibar daripadanya.
“Dan satu lagi… boleh you sampaikan salam kemaafan I
kepada Asyaaf. Bila Asyaaf sudah cukup matang dan dewasa, katakan pada dia, I
minta maaf kerana tidak pernah menyusukan dia.” Alisya mengesatkan lagi air
matanya, dibetulkan selendang di kepala dan kembali memakai kaca mata hitam, lalu
dia bangkit dari duduk.
“I dah lakukan segala yang I inginkan sebelum I
berangkat ke Mekah. Terima kasih Zulaikha kerana memaafkan I. You terlalu baik,
dan Haikal memang bertuah memiliki you. Asyaaf… Asyaaf sangat bertuah ada you
dan Haikal. I boleh pergi dengan tenang selepas ni…” Aku turut berdiri dan
bertentangan dengannya. Aku hanya tersenyum dan mengangguk.
“Saya yang bertuah kerana bersuamikan Haikal dan ada
anak seperti Asyaaf. Mereka berdua permata hati saya. Alisya…” Aku capai tangannya.
“Ajal maut, jodoh pertemuan, semua ditangan Allah…
mungkin awak boleh sembuh, siapa tahu. Teruskan berdoa, pasti ada jalannya.” Alisya
tersenyum dan mengangguk.
“I redha Zulaikha. Inilah balasan Allah pada I. Biarpun
tak sembuh. I tetap bersyukur. Kalau tidak kerana sakit ini, I mungkin masih
hanyut entah ke mana-mana. I bersyukur.” Manisnya hidayah Allah. Jika dulu dia
manusia paling kejam dan penuh dosa. Kini dia manusia di bawah lembayung cinta
Allah. Itulah aturan Allah. Allah berikan dia masa dan kesedaran untuk berubah dan
kembali ke jalan yang benar. Kita? Kita belum tahu pengakhiran kehidupan kita.
Sepuluh minit sebelum Asyaaf habis kelas, Alisya
sudah pulang. Alisya kelihatan lebih tenang, mungkin kerana niatnya untuk
bertemu Asyaaf sudah tercapai dan untuk memohon maaf daripadaku sudah lunas. Hati
mana lagi tidak tenang? Haikal… Bagaimana caranya untuk aku menyampaikan hal
ini? Mungkin Allah ada caranya… Allahuakbar.
Malam itu, aku sediakan makanan yang istimewa buat
Haikal dan Asyaaf. Semua makanan kegemaran mereka berdua aku sediakan. Orang
akan kata macam ada udang yang sembunyi di balik batu, ya! Memang pun. Semua
ini untuk memujuk kembali hati suami tersayangku, Haikal. Pujuk suami dengan merasuah
perutnya, berjaya ke tidak? Nak mengurat suami kena mengurat anak dia dulu,
boleh macam tu? Entahlah, aku hanya mencuba!
Jam sudah menghala ke angka 10. Ke mana Haikal,
selewat ini belum lagi pulang. Asyaaf dan aku sedari tadi menunggu dia untuk
sama-sama makan malam. Aku resah, hati ini seakan berlagu rentak yang tidak
biasa aku dengarkan. Asyaaf setia menunggu ayahnya sehingga terlelap. Nombor
Haikal telah beberapa kali aku dail, namun gagal mendapatkannya. Ya Allah,
jangan biarkan sesuatu yang buruk berlaku kepada suamiku. Asyaaf di ribaan aku
tepuk perlahan. Televisyen yang menayang drama kegemaranku juga tidak aku
hiraukan, sebaliknya wajah jam dinding menjadi tatapan mataku acapkali. Resah!
Mataku terasa berat yang amat, entah bila saatnya, aku hanyut dalam kegelapan
kantukku.
Silauan cahaya mengganggu lenaku. Terasa malas
hendak membuka mata, namun tersedar akan sesuatu, terus aku bangun dari pembaringan.
Seingat aku, malam tadi aku menunggu Haikal di ruang tamu, macam mana pula aku
boleh ada dekat dalam bilik? Hatiku menjengah segala persoalan yang mungkin. Haikal
yang angkat? Kuatnya suami aku, berat badan aku sudah meningkat dua kali ganda ni
pun mampu dia dukung. Tersenyum terukir dibibir tapi tak lama. Haikal balik
pukul berapa? Mana dia? Sekali lagi aku bersoal sendiri. Pandanganku toleh ke
sisi katil. Keadaan katil macam aku seorang aje yang tidur kat sini, detik
hatiku sendiri. Pintu bilik dikuak dari luar, Haikal dan bantal?
“Abang
tidur mana.” pantas sahaja aku menyoal.
“Dengan Asyaaf…” ujar Haikal endah tak endah, bantal
yang dikelek diletakkan di atas katil. Tuala diambil dan terus melangkah ke
bilik air.
“Tiba-tiba aje tidur dengan Asyaaf?” entah kenapa
aku menyoal sedemikian. Langkah Haikal terhenti, pandangan yang tajam terus
sahaja menikam wajahku.
“I’m just
asking, don’t be mad. I know you are still mad at me. I’m not doing all this
without a purpose. I’m doing all this because I love you, and I love Asyaaf.”
Aku menjadi sedikit emosi. Benar, aku terguris dengan rajuknya. Betul, aku tahu
aku salah. Tapi aku tak tahu bagaimana lagi caranya untuk memberitahu Haikal
tentang Alisya.
“If you love
me, then why are you lying? And why you kept Alisya as your secret? Who am I to
you?” Haikal lantang memarahi aku. Aku terkedu dengan air mata yang setia
mengalir, dia tahu? Aku gerak perlahan-lahan menuruni katil. Perut yang terasa
sedikit tidak selesa aku pegang, kejap. Aku menghampiri Haikal yang masih tajam
memandangku. Aku cuba gapai tangannya, tapi ditepis. Aku pejam mata erat.
“Bukan Zu sengaja, tapi Zu nak selesaikannya
sendiri. Zu tak nak B jumpa dengan Alisya. Zu takut…” belum sempat aku
menghabiskan kata alasanku, Haikal memotong dengan sinis.
“Kenapa? Takut B pukul dia sampai mati?” Ah! Haikal
ini sangat menguji hatiku. Sejak aku menipu dia kebelakangan ini, suhu
amarahnya bagai sudah mencapai takat didih lahar gunung berapi! Aku tarik nafas
sedalam-dalamnya. Perut ini makin terasa sakit.
“Bukan!”
bantah ku.
“Kalau bukan, habis tu kenapa sembunyikan perkara
tu?” aku memandang Haikal, mencari matanya, biar aku bongkar rahsia hatiku.
Sejauh mana dia cintakan aku, dia perlu tahu, aku masih punya sifat cemburu,
aku masih ragu-ragu! Baru sahaja mahu membuka mulut, perutku terasa sangat
perit. Aku menunduk memegang perut. Allah! Kenapa dengan bayi-bayiku? Haikal
hanya mendengus.
“Hah... Ni kenapa pulak? Berlakon lagi? Berlakon
senak perut sebab tak tahu nak bagi alasan apa dah?” Haikal mendengus, dan
terus berlalu ke bilik air. Aku yang kesakitan hanya mampu mengalirkan air
mata. Inikah balasan derhaka kepada suami? Abang, maafkan Zu.
Air paip dari bilik air menunjukkan Haikal sedang
mandi. Mungkin dia benar-benar fikir aku hanya berlakon. Aku gagahkan diri
untuk bangun, tapi tidak berdaya. Aku terjatuh lagi. Jatuhan itu menyebabkan
kesakitan semakin terasa. Aku mengesot ke meja kecil di tepi katil, ingin
mengambil ubat penahan sakit yang ada. Belum sempat terus mengesot, aku terasa
ada lendir basah di kaki. Aku pandang ke bawah. Allah! Darah… Otakku belum
sempat untuk mentafsir apa-apa, duniaku menjadi gelap gelita.
++++++++++++++
jeng-jeng-jeng
^^
enjoy reading
much love readers!
9 comments:
ABC cepat la sambung, dah x sabar nk baca lagi nih.
alaaaaaaaaaaaaaaaaa
sepatutnya kata... abc cepat post.. dh lama peram kut..
^^ orait... tapi bagi la debar2 dulu... hek3
ye betul tu...cepat2 la post.
Ala...baru je nak berdebar dah sambung. Terencat sekejap. Tak sabar nak tahu apa jadi.
debar yang tersgt debar dah ni...ha,cpt la post..hehe..=)
ala.. lambat2 sket takleh?? ^^
alaaa , sambung la...x lena nk tdor la klaw camni...hahaha , x sabar dh... mmg best :)
sis..
please..
smbg cpt ek..
nk sngt tau nih..
hehe ^^
~syu~
Post a Comment