EPILOG
Selepas lebih seminggu di Kuantan, Haikal mengajak
aku pulang ke Kedah. Mahu ke tempat paling bersejarah katanya. Entah di mana,
aku tak tahu sehinggalah kami tiba di tempat yang dikatakannya. Memang
bersejarah, sentiasa bersejarah dalam kehidupan Haikal dan Zulaikha.
“Mama, why are
we here?” Asyaaf makin dewasa kini, ada sahaja yang disoal, ada sahaja yang
ingin dilakukan. Kami ke sini, tempat di mana cinta kami pernah terputus
dahulunya,. Sekembalinya kami dari London dulu, kami sudah tidak menjejak kaki
ke sini. London, pergi ke sana kerana mahu menghilangkan duka. Ya duka. Hidup
kami penuh ujian. Namun redha dengan segala ketentuan. Anak pertama aku dan
Haikal, meninggal sewaktu kandunganku berusia 7 bulan. Entah kenapa, doktor
sendiri tidak dapat memberitahu sebabnya. Kecewa memang kecewa, namun Allah
lebih menyayangi dia. Aku redha, Haikal juga.
“Kita datang nak mengenang sejarah
cinta Mama dan Ayah.” Jawabku, Haikal yang setia menggenggam erat tanganku,
tersenyum penuh makna. Pohon rendang ini mempunyai banyak kisahnya. Di sinilah,
kasih kami terlerai dek salah faham dan cinta yang disembunyikan balik hati.
Mungkin jika aku berani meluahkan rasa hatiku, kami tidak terpisah. Siapalah
kita untuk menghalang sesuatu yang telah Allah tentukan buat kita kan?
“Sejarah cinta? Mama and Ayah just like a kid la...” petah sangat
mulut si Asyaaf ni. Haikal dan aku hanya ketawa mendengar tutur kata Asyaaf.
Haikal mengangkat Asyaaf duduk di atas ribaannya.
“When
you grow up, you will understand about it. And no doubts if you will feel the
same as us.” Haikal suka
mendewasakan anaknya itu. Asyaaf pula seakan cepat faham dengan penjelasan
Haikal yang kadang kala bagi aku terlalu dewasa untuk Asyaaf memahaminya.
Perutku yang makin membesar aku usap perlahan. Hati aku merasa cinta tika
berada di sini. Tenangnya tidak terucap dengan kata-kata. Angin yang menyapa
bagai lagu yang menjadi halwa telinga. Usapanku supaya anak-anak yang berada di
dalam rahimku, merasa cinta aku dan ayah mereka. Allah mengambil satu, lalu
Allah memberi dua sebagai ganti. Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Haikal menarik tanganku ke dadanya. Terasa degup
jantungnya yang berentak.
“Do
you feel what I feel?” Soal Haikal kepadaku. Aku mengangguk perlahan dengan
senyuman.
“Love,
it’s love.” Jawabku dan Haikal mengangguk perlahan dengan senyuman penuh
bahagia. Dahiku dikucupnya, lama.
“Cinta kita selamanya sayang.
Biarpun maut, bukan penghalang kasih sayang kita. Di syurga kita akan ketemu
jua dan pasti di sana Ainul Mardhiah kita sedang menanti kita.” Aku tersenyum
dengan kata-katanya. Ya, Ainul Mardhiah pasti akan menunggu kami di pintu syurga.
Ainul Mardhiah anak perempuanku yang meninggal dalam kandungan. Kami namakan
dia dengan nama bidadari yang paling cantik di syurga, kerana dialah bidadari
kami selamanya.
“Our love is
forever.” ujarku, lalu menarik tangan Haikal ke perutku. Tendangan kecil
anak-anakku dapat dirasainya. Asyaaf juga turut sama merasainya. Asyaaf, adalah
seorang abang yang baik kepada bakal adik-adiknya. Petang itu, kami berkongsi
ketawa bersama-sama. Haikal dan Asyaaf tak habis-habis mengusap perutku yang
makin membesar. Kadang kala mereka meletakkan telinga di perutku untuk
mendengar degup jantung bakal ahli keluarga baru. kadang kata cinta
dibisikkannya. Macam-macam mereka lakukan, tidak sabar, ya kerana tidak sabar
untuk menanti mereka hadir dalam kisah cinta kami. Moga dengan hadirnya mereka,
kisah cinta kami terus bersemi buat selama-lamanya.
Indah itu tak
pernah kita jangka di mana ia berada. Kadang tak terduga, dalam rasa remuk
kecewa, indah datang dengan tidak semena-mena, bagai pelangi yang tiba selepas
manusia rungutkan hujan yang lebat selebatnya. Cinta kita tak tahu bagaimana
rasanya, kadang dalam jiwa yang duka dan lara, ia hadir membuahkan sebuah
ketawa. Bagai lahirnya rama-rama cantik tidak terkata, dari ulat yang manusia
geli akan melihatnya. Hidup ini tidak boleh dijangka bukan? Begitulah kisah
Zulaikha dan Haikal, biar penuh duka dan luka, namun kerana redha dan yakin,
cinta mereka bersemi buat selama-lamanya, because LOVE IS FOREVER.
18 comments:
salam..
saya dah baca novel dari mula sampai habis..tahniah cerita yg menarik tetapi saya tertanya2 apa puncanya haikal curang dan menceraikan zu..saya tercari2 di setiap bab namun x jumpa..
ada... ^^ haikal cerita sedikit demi sedikit :)
tak jumpa? nanti abc buat entri jawapan soklan nana ye :)
salam akak,.akhirnye habis gak..hee..thank ats cite yg menarik ni...enjoy la bce..cerpen ble plak??
tunggu ye. masih bz huhuhu
best....terus berkarya...
salam, jumpa novel ni pukul 930pm dan habis membacanya 1.44am...sgt best, walau ada certain bab cam slow tp mmg best.. tahniah :)
my very 1st novel :)
terima kasih.... ^^
bEST novel LIF ni. =Dv
teruskan berkarya kak (y)
>mira<
terima kasih :) inshaAllah ^^b
i love it!!! (berangan)
hahaa
mentang2 kat UTM dh hahahaha
tq cik qma :)
Superb...teruskn berkarya...
Baca karya2 abc rasa Rindu kt UTM n kenangab zaman muda remaja kt situ...
(ladyF)
ladyF, baca Cinta Skodeng. lagi rindu kut. tak pun baca Cik Abg BMW :) haaa tak lupa Mencari Adam dalam Yusoff. banyak part kat MSI ^^
bestt!!!!tahnia....teruskn brkarya,sepatutnya ending sampai bersalin n buat semua keluarga happy.hee..heee...jng marah.
Masih tertanya- tanya pasal kes restoran tu..betul ke yg zulaika nmpak alisya cium haikal..dan betulke alisya pernah berkahwin dgn haikal?
Awesome
Awesome
Superb
Aku jatuh cinta dengan segala cinta yang diberi
Post a Comment