Lewat malam itu,
Haikal teragak-agak untuk memasuki bilik. Entah kenapa, rasa bersalah dan
gembira bercampur aduk. Jika benar, Zulaikha hamil dialah insan paling bahagia
dalam dunia. Bagaimana untuk kembalikan ceria pada wajah Zulaikha? Bagaimana
untuk memujuk hati yang terluka? Memikirkan itu, Haikal jadi serabut!
Pintu
bilik dikuak perlahan, aku sedang asyik menyikat rambut yang kian panjang
hingga ke paras pinggang. Teringat sejenak peristiwa mengenai rambutku.
Disebabkan Haikal melarang aku memotong rambut, aku telah merajuk seminggu
dengannya. Mana aku betah dengan rambut yang terlalu panjang, rimas! Tapi bagi
Haikal, aku kelihatan sangat anggun berambut panjang. Ikal mayang. Macam-macam
perlu dilakukan bagi memujuk aku kembali. Tapi bila namanya sayang dan cinta,
sanggup buat apa saja. Lagi pula, aku cuma rajuk-rajuk manja.
Perlahan-lahan
Haikal menghampiri, dari balik cermin aku perasan akan kehadiran dan gerak geri
Haikal. Aku bingkas bangun dari duduk dan terus menghala ke katil. Masih dalam
rajuk! Iyelah takkan terus nak okay kan? Mahu juga rasa dipujuk, rasa dibelai.
Belum sempat ke katil, langkahnya ditahan Haikal. Aku merengus perlahan.
“Ada apa
lagi, saya penat nak tidur.” Ujarku acuh tak acuh, tanpa memandang Haikal walau
sedikitpun.
“Sayang
tak jadi balik JB?” soal Haikal, soalan yang agak bodoh.
“Why?
Awak suka saya balik JB? Okay fine, saya balik.” Jawabku dan terus merentap
tangan yang berada dalam genggaman Haikal. Langkah cuba ku diatur ke arah
almari pakaian. Melihat tindakan aku itu, Haikal terus memeluk pinggangku
daripada belakang. Terkedu! Aku terkedu dengan tindakan Haikal. Deru nafas
Haikal terasa hangat di belakang leher.
“Please
sayang, don’t leave me. Please.” rayu Haikal berkali-kali. Aku cuba meleraikan
pelukan itu namun gagal. Haikal memelukku dengan begitu erat. Telingaku terus
mendengar pujuk rayu Haikal.
“I’m really-really sorry sayang.
I’ve make a mistake again. Please, I beg you. Please don’t leave me.” Aku
mengalah, aku cuba untuk tenangkan diri dalam pelukan erat Haikal.
“Zu tak marah. Zu cuma terasa hati dengan apa yang b
buat. Zu terasa macam ditipu. Malu dengan saudara mara.” Aku cuba menghuraikan
segala rasa hatiku. Rajukku sudah dua hari, baru hari ini terasa penatnya.
Ingat merajuk tak penat ke?
“B
mintak maaf sangat-sangat. If I could turn back the time, I never done
what I have done to you. B menyesal sangat sayang.” Tidak semena-mena, aku terasa basah di bahu. Aku
pusingkan sedikit kepalaku untuk melihat Haikal. Ya Allah, adakah tingkah dan
tindakan aku ini melukakan hati suamiku sendiri?
“B,
please don’t. Jangan macam ni.” Aku memusingkan badan menghadap Haikal yang
sudah mengendurkan pelukannya. Haikal meraup wajahnya berkali-kali.
“Zu
mintak maaf kalau cara Zu, rajuk Zu buat hati b terluka.” Aku pula yang tidak
tentu arah. Mau tidak, ini pertama kali aku melihat Haikal menangis kerana aku!
Aku menarik Haikal supaya duduk dibirai katil.
“B
menyesal. B tak tahu nak buat macam mana lagi dah. B risau sayang tinggalkan
abang lagi. Tinggalkan b buat kali kedua kerana tindakan bodoh b sendiri.”
Entah berapa kali perkataan menyesal keluar dari mulut Haikal. Aku menggeleng
laju, dan terus tangan memegang wajah suamiku. Sisa air mata di tubir mata
Haikal, aku sapu dengan hujung jari dan terus mengucup kedua-dua belah pipi
Haikal. Aku erat memeluk Haikal, seolah-olah memberikan sebuah semangat baru
buat suamiku yang dalam keresahan.
“Cukuplah
sekali kita terpisah dan terseksa menanggung rasa cinta dan rindu. Zu tak mahu
rasa perit tu lagi. Zu tak sanggup berjauhan dengan b. Tempat Zu adalah di sisi
suaminya, Muhd Haikal Hazimi.” Mendengar tutur kata-kata, Haikal membalas
pelukanku dengan pelukan yang lebih erat dan hangat.
“Maafkan
b. Terima kasih kerana sentiasa mencintai b. B janji takkan buat lagi.” serta
merta aku meleraikan pelukan. Aku memandang Haikal tepat ke matanya. Aku
menggelengkan kepala, perlahan.
“Jangan
berjanji. B lupa? Kerana janji lah kita jadi macam ni. Kita serahkan sahaja
hubungan kita ini kepada Allah. Yang kita perlu lakukan adalah usaha untuk
mencapai hubungan yang kita mahukan dan hubungan penuh dengan redhaNya.” Aku
bersuara penuh hemah. Haikal tersenyum. Pipi isterinya dibelai perlahan. Di
elus pipi yang ditamparnya dek marah yang tidak ketahuan puncanya. Dikucup pipi
itu lama, penuh dengan kasih sayang. Seolah kucupan itu boleh menarik kembali
tamparannya yang lalu.
“B
sepatutnya bersabarkan.” keluh Haikal.
“ Tau
pun. Panas baran tu tak hilang-hilang eh, tak tahu apa-apa terus aje nak
marah-marah.” ujarku manja.
“Ala,
sorry la. Nak buat macam mana, dah memang perangai abang.” ujar Haikal dengan
sengihan. Aku menjeling manja.
“Perangai
mangai, Sod Ba Ra. SABAR!” Aku membeliakkan mata.
“Eh, ada
ek kata ganda perangai mangai?”
“Ada,
Dr. Zulakha Azra yang baru terbitkan, malam ni.” Terburai tawa kami berdua.
Lama rasanya tidak bergurau begitu. Bergaduh pun ada hikmahkan?
“Erm..
insyaAllah, b cuba untuk sabar lepas ni, tak nak marah-marah. Tapi kan sayang..
b rasa tak sabar la sekarang..”
“Tak
sabar? Tak sabar apa?” aku bertanya dengan muka penuh tanda tanya.
“Tu..
katil tu dah panggil, bilik pulak rasa sejuk semacam. Sayang pun nampak ‘hot’
aje.” Haikal tersenyum dengan penuh makna tersirat, keningannya sudah
terangkat-angkat memberi isyarat. Aku yang mulai faham, menjelirkan lidah tanda
meluat dengan ayat-ayat gatal Haikal. Malam itu kembali indah seperti sediakala
buat aku dan Haikal. Kadang kala dalam hidup ini, kita perlu banyak bersabar
dan cuba untuk memahami segala persoalan yang ada. Cinta yang ada jangan
dipendam, luahkan biar orang sekeliling merasa dan kita jua yang akan bahagia.
+++++
abc baru perasan, bab ni sikit sangat!
only 4 pages =.="
patutla~~
otoke?
ENJOY AND COMMENT! ^^
1 comment:
wahh dah abis... =) suke2! cume mane yg 26 - 28? jump ke end?
Post a Comment