Tinggal tiga hari sahaja lagi majlis perkahwinan
Aida dan Hariz. Aku, Haikal dan Asyaaf pulang seminggu lebih awal daripada hari
majlis. Aida satu-satunya adik Haikal dan pastinya Haikal perlu pulang lebih
awal dan membantu mana yang perlu. Aku suka pulang ke Kuantan. Lebih suka dapat
bersama Ummi. Ummi persis Ibu jadi aku sangat menyenanginya. Tapi yang buat aku
tak suka, Mak Long. Dari hari pertama aku pulang ke Kuantan, dia sentiasa ada.
Sentiasa sahaja mencari salahku. Geram! Sabar manusia itu ada hadnya bukan?
“Aku duduk sini dari pagi, menantu
kesayangan kamu tu mana Pah? Tak reti nak merewang ke?” sengaja Mak Long
bertanya saat aku melangkah ke dapur. Sengaja memalukan aku di depan semua
tetamu yang datang merewang petang itu. Ummi hanya menggeleng.
“Ada tu ha.. anaknya meragam.” Balas
Ummi endah tak endah. Aku hanya membiarkan sahaja. Kalau dilayan memang
menjadi-jadi.
“Alah.. orang lain pun ada anak..
dia tu baru anak sorang, anak free pulak tu...” Aku tersentak? Apa maksud si
tua ni? Anak free? How dare she?
“Apa maksud Mak Long?” suaraku
keras.
“Ha... baru dengar suara, ingat dah
bisu...” Mak Long bersuara lagi lebih mengjengkelkan. Aku menggenggam tanganku
erat, menahan marah.
“Apa maksud Mak Long dengan anak
free?!” aku bersuara lagi lebih kuat dan tegas. Ummi memandangku, risau.
“Alah, buat tak tahu pulak, semua
orang kampung dah tahu. Budak yang kau kata anak kau tu bukan anak kau. Bukan
anak Haikal. Anak haram, mak dia buang, ayah entah siapa-siapa.”
“Mak Long jangan kurang ajar!”
Jerkahku. Ummi terkedu.
“Kau tu yang kurang ajar, nak
memarah aku kenapa?” Mak Long bingkas bangun dan menghampiriku, gaya nak
bertumbuk.
“Mulut Mak Long tu dah takda
insurans agaknya, kalau marahkan saya, kutuk saya aje, bukan anak saya!”
“Anak kau ke? Ha? Kau tu dengan
Haikal mana pernah ada anak, baru kahwin balik nak berlagak isteri mithali. Kau
tu dengan anak kau tu, sama-sama haram!” Mak Long mencabar amarahku.
“Orang tua kurang ajar!” Belum
sempat tangan ku sampai ke muka Mak Long, ada tangan lebih besar menyinggah ke
pipiku. Aku terpana, pedih! Aku lihat kepada empunya tangan. Haikal?
“Abang tak pernah ajar Zu kurang
ajar.” Sampai hati Haikal. Mak Long sudah ketawa sinis.
“Kau ajar sikit bini kau ni.. erm..
aku balik dululah Pah..” Ujar Mak Long melangkah pergi. Aku masih memandang
Haikal tak berkelip dengan mata yang memerah dan berair, tanganku masih
memegang pipi yang perit ditampar suami sendiri.
“Aku benci kau!” ujarku kepada
Haikal dan terus berlari ke bilik. Aku benci dia! Aku benci! Suara keras Haikal
yang memanggil aku di belakangku, aku biarkan. Pintu bilik aku hempas, sekuat
hati, aku menghempas tubuhku ke tilam. Aku menangis sepuas-puasnya namun tanpa
suara. Haikal kata dia takkan sentuh aku macam tu, penipu!
“Abang tak pernah ajar Zu kurang
ajar dengan orang tua macam tu. Zu dah melampau!” entah bila Haikal masuk ke
bilik. Terus menerus menyalahkanku. Aku benci Haikal! Penipu! Aku pantas bangun
dan menghadapnya dengan juraian air mata.
“Memang aku kurang ajar, tapi aku
tak menipu! Aku benci kau!” Haikal mencerlungkan matanya.
“Apa ni Zulaikha?! Nak kurang ajar
dengan abang pulak?” ujar Haikal tak puas hati.
“Aku bukan kurang ajar, tapi kau tu
penipu! Aku benci kau!” Pekikku. Lantas aku mengambil beg baju dan mengemas
pakaian. Haikal masih memandang dengan pandangan yang pelik.
“Zu nak pergi mana ni? Kenapa kemas
beg?” Haikal cuba merampas beg bajuku. Aku pantas menarik beg tersebut.
“I’m not belongs here. I’m going
back to JB tonight.” Aku terus mengemas barang-barangku
“Jangan nak buat perangai!”
“Not me but you… bila tak dapat
merayu, berjanji indah bagai, dah dapat? Kau buat aku macam sampah!” Haikal
merengus marah. Dirampasnya beg baju yang telah siap aku kemas. Dicampaknya ke
tepi meja solek.
“Abang cakap dengar! Kenapa degil
sangat? Kalau nak balik, okay, tapi bukan malam ni, lepas majlis lusa!” Tegas
Haikal dan kemudian terus keluar dari bilik. Aku terjelepok ke lantai. Aku
peluk lutut dan menangis semahu-mahunya. Aku benci Haikal! Aku benci dia!!!
Pipi yang perit aku pegang perlahan. Peritnya pipi tidak seperti hati nak
terluka!
++++++
“Zu. Jom turun makan.” Panggil
Haikal seusai solat jemaah. Sejak petang tadi, aku tidak keluar bilik. Bilik
yang kami duduk sekarang sudah diubahsuai dengan ada bilik air sendiri. Jemaah
pun aku tidak sertai. Aku benci andai ada yang memerhati dengan maksud simpati
atau memerli. Dan aku benci melihat Haikal!. Panggilannya itu aku tidak
endahkah. Aku tetap baring membelakanginya.
“Zulaikha!” panggil Haikal lagi,
sedikit keras. Aku tetap membatu. Aku benci dengar suara dia! Benci!
“Zulaikha! Jangan nak buat perangai
degil awak tu, jemaah keluarga tadi tak turun, ni makan pun tak turun. Cepat!”
Haikal mula bersuara tinggi dan keras. Melihat aku yang masih baring membatu,
Haikal menghampiriku dan menarik selimut yang menyelimuti tubuhku dan menarik
tanganku untuk memaksa aku bangun dari pembaringan. Aku merengus marah!
“Kau nak aku turun lepas kau tampar
aku depan semua orang?” Soalku tegas dengan menunjukkan pipiku yang ditamparnya
tadi. Haikal terkedu. Tangannya pantas mahu memegang pipiku, aku tepis.
“Jangan mimpi nak sentuh aku lagi!”
ujarku terus menyelimuti tubuhku kembali.
“Zulaikha…” panggilnya dengan nada
lebih perlahan. Pintu bilik dikuak dari luar, si kecil Asyaaf memasuki bilik.
“Yah... Tokmi anggil akan...” Haikal
mengangguk perlahan. Diangkat Asyaaf duduk di sebelahku.
“Ayah nak turun bawah, Asyaaf jaga Mama
ye…” pesan Haikal kepada si kecil itu.
“Okei...” ujar Asyaaf dengan
senyuman dan membuat tanda ‘peace’ yang tidak berapa menjadi.
Haikal mula menapak keluar bilik. Asyaaf
membaringkan dirinya disebelahku yang membatukan diri sedari tadi. Sebaik pintu
ditutup, aku membuka selimut yang membalut tubuhku.
“Cakk.. mama..” Asyaaf menyergahku.
Aku tersenyum kecil.
“Ma akit?” Soal si kecil itu sambil
memandang ke arahku. Aku hanya mengangguk perlahan, dengan senyuman yang tawar.
“Asyaaf.. Asyaaf sayang mama?’
“Ayanng…” Jawab si kecil itu, pelat.
“Ayah tak love Mama dah…” ujarku
pada si kecil itu. Asyaaf menjadi tempatku mengadu nasib.
“Yah yofe ma…” ujar Asyaaf
bersungguh.
“Tak… tengok ni… sakit tau... Ayah
pok Ma tadi...” Luahku pada si kecil, entah kenapa kepada si kecil ini aku
mengadu. Air mata ini mula mengalir perlahan. Jari jemari kecil itu mula
menyeka air mataku, si kecil ini, persis ayahnya.
“Acaf ayang ma... ti... acaf pok yah...
ma angan angis... acaf ayang mama” Pujuk si kecil itu. Asyaaf aku peluk
seeratnya, dan kepada dia aku menangis sepuasnya. Tanpa sedar, ada yang mencuri
dengar perbualan aku dan anakku. Haikal mengeluh berat.
+++++++
“Haikal tak patut buat macam tu tadi…”
Ummi mula memarahi tindak tanduk Haikal.
“Melampau sangat Mi..” Jawab Haikal
sambil tangannya menyuap makanan.
“Ummi pun sakit hati bila Mak Long
kau cakap macam tu..” Haikal mengeluh kuat.
“Macam Zu taktau perangai Mak Long,
kenapa dia nak melawan, sampai nak dipukulnya orang tua tu…” Marah Haikal,
masih menegaskan perbuatannya kepada Zulaikha adalah betul dan tak silap.
“Kamu kalau dengar orang tanya ayah
anak kamu pun kamu marah. Inikan Zulaikha, mak Asyaaf. Mestilah dia marah bila
Mak Long kamu tu maki anak dia, cakap anak dia anak haram. Kamu boleh sabar?”
ujar Ummi lantas terus melangkah pergi dari situ. Haikal tersentak. Mak Long
cakap macam tu? Ya Allah… salahkah aku?
“Abang dah salah buatkan?” Suara
Aida menyedarkan Haikal dari membatu. Suapannya sedari tadi terhenti.
“Lain kali dengar dulu, boleh aje
abang tahan, ni tampar… kesian Kak Zu... Pandai-pandailah abang pujuk, merajuk
benar tu...” Aida menambah rasa bersalah dalam diri Haikal. Pinggan makannya
diangkat ke sinki. Kenyang serta merta. Apa patut aku buat? Aku salah lagi…
++++++
“Zu… Abang mintak maaf…” ujar
Haikal, Zulaikha masih mendiamkan diri. Beg pakaian di hadapannya, di ambil dan
dikemaskan. Baru sebentar tadi majlis pernikahan Aida dan Hariz selesai.
Zulaikha turut serta namun payah untuk melihat dia tersenyum seperti
sebelumnya. Malam ini tekad, dia mahu pulang ke JB. Haikal mengeluh perlahan.
Sedar salahnya besar, pasti kali ini rajuk Zulaikha akan berpanjangan. Ya
Allah, berikan aku jalan keluar.
“Zu.. takkan nak balik jugak?” Soal
Haikal dengan tangannya menghalang Zulaikha daripada terus mengemas pakaiannya.
Zulaikha mengeluh kuat. Tanpa memandang wajah Haikal, Zulaikha menjawab dengan
amarah.
“As you said, saya boleh balik JB
lepas selesai majlis. Sekarang dah selesai, saya akan balik JB malam ni jugak.”
ujar Zulaikha tegas. Setelah beg siap dikemas. Zulaikha mengambil tudung yang
tersangkut di kerusi dan terus memakainya.
“Nanti apa orang cakap bila Zu balik
malam-malam ni?” Haikal cuba berkompromi.
“Apa orang cakap bila awak tampar
saya? Pernah awak fikir?” Soalan berbalas soalan.
“Abang silap, abang minta maaf...”
“Kenapa awak tak faham-faham tentang
maaf? Maaf boleh ubah semua ni? Cukuplah hati saya pernah kecewa dengan awak,
saya tak nak rasa buat kali kedua.”
“Kenapa Zu nak marah sangat dengan
abang?”
“Awak lupa janji awak, awak cuba
ulang sejarah kita. Saya benci semua tu.” Zulaikha mengambil beg baju dan
bersiap seadanya untuk pulang. Belum sempat Zulaikha membuka pintu, pintu telah
dibuka dari luar.
“Sorry Kak Zu, abang.. Kawan abang
datang tu, dia nak jumpa.” ujar Aida.
“Siapa?” soal Haikal.
“Dr. Hafizah.”
Kedatangan Hafizah mengejutkan kami.
Tidak disangka selepas beberapa tahun, Hafizah kini kembali ke kampung
halamannya. Kisahnya lebih perit jika dibanding dengan aku. Sebab itulah, orang
selalu kata, jika kita fikir kita susah, ada lagi yang lebih susah daripada
kita. Betul! Aku yakin dengan frasa tersebut.
“Merajuk lagi dengan Haikal?”
Hafizah memulakan bicara kami lewat malam itu. Daniel dan Haikal, sakan
berborak di luar rumah.
“Sakit hati, tapi lebih kepada
malu.” Aku mula mengadu. Hafizah menggenggam erat tanganku.
“Kalau Zu balik JB malam ni, Haikal
tentu lagi malu. Biarpun ini hal rumah tangga kamu berdua, orang tetap
mengata.”
“Saya geram la awak..” Keluhan
beratku lepaskan.
“Merajuk dengan dia sudahlah, jangan
dengan keluarga dia. Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai isteri Zulaikha.”
Hafizah terus memujuk. Tanggungjawab isteri? Ya, menjaga maruah suami. Itu
antara tanggungjawab isteri.
“Haikal pernah janji takkan tampar
saya.”
“Tugas suami menegur salah isteri.
Mungkin caranya kasar tapi niat dia?” Aku terfikir sendiri. Haikal pernah cakap
dia akan lakukan yang sama seperti mana dia lakukan pada Alisya, tapi niatnya
lebih kepada mengajar.
“Saya tengok tak nampak macam kena
apa-apa pun. Zu sensitif sangat ni...” Hafizah menebak.
“Memang tak sakit pun, rasa sejuk
tangan Haikal aje.” Aku mula tersengih sendiri, bila aku sedar salahku. Malu
pula merajuk lebih-lebih.
“Hai awak ni Zu. Manja kalah
Asyaaf.” Terburai tawa kami dengan kata-kata Hafizah. Hafizah pandai memujuk,
pandai menegur. Pengalaman mematangkan kita bukan?
“Saya tak sempat bercinta dulu, baru
nak rasa bercinta agaknya.” Tuturku dengan tawa yang masih bersisa. Tak
semena-mena, Hafizah menarik tanganku, dan memeriksa nadi.
“Zu pucat semacam aje ni, muka pun
nampak lain.” Aku memandang Hafizah dengan muka penuh tanda tanya, apa yang
pelik? Pucat?
“Pucat ke?” Hafizah hanya tersenyum
bila aku mula meraba wajahku sendiri.
“Pernah buat pregnancy test tak?” Soalan yang mengejutkanku.
“Saya dan Haikal baru nak masuk tiga
bulan, takkan...” kata-kata yang tidak dapat aku habiskan. Hafizah tersenyum
penuh makna.
“Last
period?” Aku tersengih mendengar persoalan tu.
“Dah lewat dua minggu pun.. Tak
perasan pulak.”
“Zu dah kahwin tau, perkara ni kena aware sikit. Esok pergi klinik, buat check up. Saya rasa positif.” Hafizah
tersenyum lagi, aku hanya menyambutnya dengan senyuman nipis. Aku tidak tahu
apa rasa hatiku sekarang. Suka? Takut? Seram? Terbayang-bayang, video wanita
bersalin yang aku tonton semasa sekolah dahulu, video yang membuat aku hampir
pengsan kerana takut dan mual melihat darah yang banyak. Ya Allah,
permudahkanlah.
++++++
“Mana Zulaikha?” Soal Haikal sebaik
sahaja Hafizah menghampiri mereka di pangkin.
“Saya dah suruh dia masuk tidur. Tak
sihat sangat tu.” Ujar Hafizah dengan senyuman.
“Tadi okay aje...”
“Stress kut, awak jaga dia
elok-elok, esok bawak Zu ke Klinik.” Ujar Hafizah lagi.
“Kalau sempat nak ajak la, Zu dah
tekad sangat nak balik JB.” Haikal pula mengadu.
“Tak dah, dah okay dah. Haikal ni,
nampak macam romantik, tapi sebenarnya tak. Kesian Zulaikha takde yang pujuk.
Untung saya dapat Daniel, dah la handsome, romantik pula tu...” ujar Hafizah
dengan tawa kecil, sengaja mengusik Haikal. Daniel hanya tersenyum mendengar
pujian isterinya. Tangan isterinya dicapai dan digenggam erat.
“Erm.. yelah korang, tu nak
bermanja-manja la tu..”
“Haikal, you jangan jeles, kami
balik Malaysia pun nak honeymoon tau. Nak tambah ahli keluarga baru.” Daniel
dan Hafizah ketawa. Haikal hanya tersengih sambil menggeleng kepala.
“Iye lah Daniel. I juga tak
bertambah lagi ahlinya.”
“Bakal bertambah.” Haikal dan Daniel
memandang ke arah Hafizah yang masih tersenyum penuh makna.
“Bakal?’ ujar Haikal
“Jangan lupa esok, bawa Zu ke
Klinik.” Haikal meraup wajahnya dan mengucap syukur, kata-kata kias Hafizah
dapat difahaminya.
Hafizah dan Daniel siap untuk pulang ke Hotel.
Biarpun Hafizah punya rumah sendiri peninggalan arwah ayahnya di situ, tetapi
dia tidak mahu menginap di sana. Kenangan lama tidak mahu dicungkil lagi.
“Kami balik dulu, congrate!. You
kena selalu manjakan isteri, even kita dah ada 10 orang anak. Ingat tu.” Haikal
hanya mengangguk tanda faham dengan nasihat dan pesanan Daniel.
Setelah kereta yang dinaiki Daniel dan Hafizah
hilang dari pandangan, Haikal terus naik ke bilik. Mahu berkongsi berita
gembira bersama. Tapi hatinya tetap takut dengan rajuk Zulaikha yang bagai
tiada berkesudahan itu. Ya Allah, redakan marah dan rajuk isteriku.
++++++++++++++
^^
buat yang masih mengikuti LIF
thank u very much!
nanti abc update satu persatu ye
much love readers!
4 comments:
nak sambungann..........
orait... tgh kemas2 balik... :)
cerite yg menarik..keep writing sis..=)
cerita ni dh habes, tinggal nak post aje. ^^ thank u for reading.
Post a Comment