“Saya nak kuruskan badan.”
“Hah? Payah ni dik…” Lelaki itu masih
tergelak-gelak.
“Kenapa pulak?”
“Uish… abang tengok adik ni, lemak
tepu banyak.” Sarah terus menghentak kepala lelaki berkumis nipis itu dengan
tangannya yang seberat 3 kilo itu. Terus sahaja lelaki itu mengaduh kesakitan.
“Apa ni adik?” lelaki itu masih
menggosok kepalanya yang sakit dihentak.
“Bagi abang rasa, tepu tak tepu lemak
saya ni.” Jawab Sarah lalu terus melangkah keluar dari Gim tersebut.
“Kurang
ajar punya Instructor!” Bentak Hati Sarah.
…………………….
Mama
hanya memerhati dari tepi kolam ikan. Sarah melangkah dengan bebal ke arah
kerusi malas di luar rumah. Mama sudah tersenyum-senyum dan kemudian ketawa
kecil.
“Mama
gelak pulak.” Mama terus ketawa besar, sambil tangan masih lincah memberi makan
kepada ikan-ikannya.
“Iyelah,
mama dah cakap tak payah, nak jugak dengar cakap Along kamu tu.” Sarah
mencebik.
“Along
kata kawan dia baik. Baik apa ke benda. Mulut takde insuran adalah, rasa terus
penangan tangan berputar Sarah sebijik.” Mama ternganga.
“You
didn’t do it right Sarah?” Mama menyoal, Sarah menggeleng.
“Sarah
dah buat dah mama.” Mama tergeleng-geleng. Sarah ketawa kecil. Deruman
kereta turbo Safrizal mengalih perhatian
mereka. Sarah kembali mencerut, pabila Safrizal keluar dari kereta dan terus
ketawa apabila memandang wajahnya.
“Mama
tau tak apa princess Mama dah buat hari ini.”Safrizal menyoal selepas menyalami
Mama.
“I
know. She punched Hariez.” Mereka berdua ketawa besar. Sarah menghentak-hentak
kakinya, tanda protes.
“Dia
kata adik ni tak boleh kurus dah sebab lemak tepu, siapa tak marah?” Sarah
menjuih bibir.
“Adik
dah benjolkan kepala dia tau tak.”Ujar Safrizal dalam sisa ketawanya.
“Padan
muka dia.” Sarah memuncungkan bibir. Safrizal lantas menarik kedua-dua belah pipinya,
apa lagi, tercetuslah adegan ronta meronta. Mama pula asyik membebel marahkan
kebisinganya kedua beradik itu. Hai lah! Mujur Angah masih di UK kalau tidak,
jenuh! Rungut Mama dalam hati.
……………………………
Mama
yang sedang menggunting daun-daun mati di pokok-pokok bunga kesayanganya, leka
memerhatikan tingkah Sarah yang sejak dari lepas Asar sudah bersenam di kawasan
tepi rumah. Mula berlari keliling rumah, kemudian diikuti lompat bintang.
Sekarang pula bersungguh melompat dengan tali ‘skipping’nya. Kejap-kejap Sarah
berhenti mengambil nafas dan tenaga sebelum meneruskan lagi.
“Sarah
sudah-sudah la tu, orang bersenam 45 minit aje setiap hari, kamu tu dah lebih
tiga jam.” Sarah memberhenti lompatannya setelah mendengar teguran mama. Sarah
menggeleng kepada mama yang masih memandangnya, setelah itu lompatan diteruskan
lagi.
“Mengeluh
ma…” Tegur Safrizal, keluhan mama kedengaran sungguh berat.
“Adik
tu Long, risau mama dibuatnya.” Safrizal mengambil tempat di kerusi malas
berdekatan taman mama.
“Apa
yang mama risaukan? Adik okay aje Along tengok.” Mama melangkah menghampiri
Safrizal dan turut duduk di kerusi malas yang ada.
“Adik
kurang makan sekarang ni, seminggu kadang sekali, kadang langsung tak makan.
Makan epal hijau aje, lepas tu awal pagi sebelum pergi kelas, berjogging empat lima round rumah kita ni.
Kalau petang, macam tu lah…” Mama memuncungkan mulut menunjuk ke arah Sarah
yang masih dengan skippingnya.
Safrizal membetulkan duduknya. Belakang tengkuk digosok perlahan. Hatinya
sendiri gundah melihat perlakuan adik bongsunya itu.
“Zahir
berjanji sangat dengan dia. Mama pun tahu macam mana sayangnya adik dekat Zahir
tu. Payahlah Along nak cakap dengan adik bila berkaitan dengan Zahir dia tu.”
Mama mengeluh lagi. Walaupun Zahir anak saudara mama, tetapi dia tidak berkenan
dengan cara Zahir terhadap satu-satunya anak perempuannya.
“Along
dah cuba cakap dengan Zahir?” Safrizal hanya mengangguk lemah. Mama tidak tahu
mahu berkata apa lagi. Dalam hati, tak lepas mendoakan yang terbaik buat
anak-anaknya.
…………………………….
Sarah
berlari-lari anak menuruni tangga. Mama yang mahu berlalu ke dapur, melihat
tingkah laku Sarah yang kelam kabut itu dengan kerutan di dahi. Sarah membuka
almari kasut, dan mula memunggah kasut-kasut yang ada. Mama menggeleng kepala.
“Nak
ke mana Sarah. Kelam kabut aje mama tengok.” Sarah memandang Mama sekilas, lalu
terus menyarung kasut yang telah dijumpainya.
“Zahir
tunggu Sarah dekat Taman Rekreasi depan sana tu.” Jawab Sarah laju.
“Ha
kalau pun dia tunggu yang kelam kabut sampai berlari turun tangga kenapa? Kalau
jatuh macam mana?” Mama mula menegur, tidak suka apabila ada sahaja hal
berkaitan Zahir Sarah mesti lupa perkara lain sampai keselamatan diri tak
dijaga.
“Ala
mama, adik dah lambat. Adik pergi kejap ye. Bye mama, Assalamualaikukum.” Laung
Sarah apabila mula kelam kabut masuk ke dalam kereta dan kemudian terus memecut
pergi. Mama hanya mampu tergeleng sendiri. Apalah yang ada pada Zahir sampai
‘angau’ anaknya teruk sangat jadinya? Mama bersoal sendiri.
“Hai
Zahir!” Sarah melaung apabila terlihat kelibat Zahir sedang duduk di kerusi
taman. Zahir serta merta bangun dan mengalih tubuhnya memandang Sarah yang
sedang berlari-lari anak ke arahnya. Zahir melambai-lambaikan tangan.
“A’ah…”
Suara Zahir perlahan apabila Sarah sudah terpacak di hadapannya dengan senyuman
melebar, namun senyuman itu mati tatkala Sarah terpandang gadis bertubuh genit
di sebelah Zahir. Cantik! Getus hati Sarah.
“Siapa
ni Zahir?” Soal Sarah, Zahir berubah riak. Resah semacam!
“Er…
A’ah… Zahir ada perkara nak bagitau dekat A’ah. Tapi…” Zahir berusaha mencari
ayat. Sarah sudah mencerut muka.
“Tapi
apa?” Sarah tidak sabar. Hatinya sudah berdetak kuat.
“A’ah…
ni Umairah. Tunang Zahir. Kami dah 6 bulan bertunang, dua bulan lagi kami akan
bernikah.” Sarah terpana. Jantungnya bagai berhenti berdegup. Kakinya serta
merta mengundur ke belakang, setapak demi setapak.
“A’ah…
dengar dulu.” Zahir merapatkan kembali kedudukan. Sarah menekup kedua belah
telinganya dan menggeleng laju.
“Zahir
dah janji dengan A’ah… tapi kenapa?!” Ujar Sarah dengan suara menahan tangis.
“Saya
tak boleh terima awak A’ah…” Kata-kata Zahir bagai belati, melibas hati Sarah
hingga berdarah.
“Tapi
kenapa… kenapa tak cakap dari dulu? Kenapa sekarang… Zahir, jangan buat A’ah
macam ni…” Sarah mula merayu-rayu. Umairah hanya memandang dengan sepi, tiada
riak tiada emosi.
“A’ah…
dulu Zahir main-main aje, A’ah yang ambil serius hal tu.”
“Zahir!”
Sarah mula meledak marah. Main-main? Soal kahwin dikatakan main-main. Soal hati
perasaan bukan mainan!
“Betul
A’ah… Zahir cakap betul. Zahir minta maaf.” Sarah mula berlinang air mata.
“A’ah…”
Zahir memanggil lagi.
“Saya
akan buat apa saja yang awak nak Zahir, please jangan tinggalkan saya.” Ketika
Sarah cuba memaut lengan Zahir, Zahir melarikan tubuhnya. Tangan Umairah
dicapai Zahir dan terus mahu berlalu.
“Awak
tak mampu untuk memenuhi apa yang saya nak A’ah. Dari dulu saya dah cakap dekat
awak tapi awak ingat saya bergurau.” Ujar Zahir senafas lalu terus berlalu
meninggalkan Sarah yang sudah lencun wajahnya.
“Zahir…”
Suara Sarah dengan lemah beserta tangisan yang kian menjadi-jadi. Terjelepok
dia jatuh di hadapan kerusi kayu itu. Ingatannya melayang mengimbas kenangan
dia dan Zahir dibangku sekolah.
“A’ah
suka Zahir.” Sarah yang bertocang satu menunduk wajah, malu memandang abang
sepupunya yang tika itu berada di tingkatan 5 dan dia pula tingkatan 3.
Kawan-kawan Zahir sudah ketawa besar.
“A’ah
ni… kenapa tiba-tiba cakap macam tu? Kita kan sepupu.” Zahir cuba mengawal
keadaan yang mula bising dan Sarah yang mula berwajah merah, malu diketawakan
oleh rakan-rakannya.
“Suraya
nak confess dekat Zahir petang ni, jadi Sarah nak confess dulu sebelum dia
confess dengan Zahir.” Zahir ternganga dengan kejujuran Sarah. Makin kuat
ketawa kawan-kawan Zahir dek kata-kata Sarah tadi.
“Wei
Sarah. Suraya dengan Zahir memang couple la, nak confess mende!” Mail kawan
Zahir menyampuk. Zahir menyiku pinggang Mail sehingga dia mengaduh sakit.
“Betul
ke Zahir?” Sarah terus memandang tepat pada wajah Zahir meminta kepastian.
Zahir mengeluh dan kemudian mengangguk perlahan. Mata Sarah mula berkaca-kaca,
kalau dikerdip pasti mula melimpah.
“Kenapa
Suraya?” Sarah menyoal lagi. Zahir mengetap bibir dan hanya menggeleng
perlahan. Tidak mahu memberi jawapan.
“Sarah,
Sarah… jawapan dia, kau pergi depan cermin dan tengok sendiri.” Lukman pula
menyampuk. Sinis sekali kata-kata itu, biarpun mereka ketawa bagaikan ianya
satu gurauan.
“Lukman,
kau diam lah.” Zahir meninggi suara. Sarah yang mula berjalan ke cermin besar
di tepi tangga sekolah diekorinya. Sarah sudah membelek-belek dirinya dihadapan
cermin, sesekali tubuhnya dipusing kiri dan kanan.
“A’ah
lupa? Masa kita sekolah rendah A’ah pernah confess jugak masa tu, ingat tak?”
Zahir mula bersuara setelah beberapa ketika dia membiarkan Sarah membelek
dirinya dihadapan cermin.
“Ingat
tapi…” Sarah memandang Zahir yang berdiri di sebelahnya sambil memasukkan
kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar.
“Masa
tu Zahir dah bagitau dekat Sarahkan ciri-ciri gadis idaman Zahir…” Sarah
memandang Zahir sambil mencari jawapan, mengingati kembali waktu itu.
“Tinggi
dan kurus?” Ujar Sarah apabila dia mula mengingati kata-kata Zahir semasa
mereka berada disekolah rendah. Zahir mengangguk perlahan dengan senyuman,
diundur langkah dan kemudian mula memanjat tangga. Sarah terkebil-kebil di
situ. Pandangannya kembali terarah ke arah cermin. Pipi yang tembam
dipegangnya, sesekali digerakkan kepalanya menunduk, terlihatkan lemak dibawah
dagunya.
“Gemuk
ke aku?” Soal Sarah kepada dirinya sendiri.
Sarah menangis semahu-mahunya.
Kakinya ditarik rapat ke dada, kepala disembam ke lutut. Kenapa dia terlalu
bodoh untuk memahami semua itu? Kenapa sekarang baru dia sedar? Cintanya pada
Zahir seawal 10 tahun, gara-gara Zahir menjadi heronya apabila coklat pemberian
Along dicuri oleh kawan Zahir sendiri. Sejak hari itu, dia memuja dan mencinta
Zahir sepenuh jiwanya.
“A’ah kuruskanlah badan. Nanti Zahir masuk
meminang A’ah.” Masih terngiang-ngiang kata-kata itu pada hari lahir Sarah
yang ke-23 tiga bulan lalu. Kata-kata itu membuatkan tangisan Sarah kian lebat
dan membawa jiwa Sarah terbang jauh entah ke mana. Oh Tuhan, hebat benar ujian
hati yang Kau berikan ini….
……………………………..
Sarah
masih lena. Terlalu lena. Mama mengusap perlahan rambut Sarah. Safrizal
memandang Mama dan Sarah dengan pandangan penuh sayu. Kalau tiada Hariez, entah
apa yang akan jadi pada Sarah petang tadi. Allah Maha Penyayang Lagi Maha
Mengasihani.
“Kenapalah
dengan Sarah ni Long… risau Mama dibuatnya.” Mama bersuara setelah lama menyepi
merenungi anak gadisnya.
“Along
tak tahu Ma. Along sendiri risau dengan adik.” Mama mengeluh. Safrizal
melabuhkan duduk dibirai katil membelakangi Sarah.
“Kita
kahwinkan adik Long.” Terbangun Safrizal dan terus memandang mama dengan riak
terkejut.
“Dengan
Zahir?”
“Tak.
Orang lain. Along cari lah.”
“Mama
kan tahu adik sayang sangat dengan Zahir tu, dah tu kita nak dia kahwin dengan
orang lain.” Mama merenung Safrizal dengan pandangan yang redup. Ada resah
disitu.
“Kahwinkan
adik adalah jalan terbaik untuk adik lupakan Zahir, Long. Kalau tidak, adik
akan selalu macam ni. Kita akan hilang Sarah yang ceria Long.” Mama menggenggam
erat tangan Sarah.
“Tapi
ma…”
“Mama
tetap dengan keputusan mama, along carikan atau mama carikan sendiri.” mama
memintas kata Safrizal. Mama tekad. Safrizal dihurung resah, pilihan mama? Duda
anak satu? Orang lanjut usia? Kisah dulu takkan pernah anak-anak mama lupakan,
kalau tidak masakan angah sanggup lari jauh daripada mama, angkara tekadnya
mama mahu mengahwinkan angah dengan seorang ‘atuk’. Angah masa mudanya terlalu
liar! Safrizal menggeleng sendiri.
……………………..
Sarah
masih memeluk lututnya di atas katil. Safrizal pula masih berdiri di hadapan
Sarah. Keadaan antara mereka sangat sepi, yang dengar hanya bunyi pendingin
udara yang berfungsi dengan kadar perlahan.
“Kiranya
Along dengan mama dah lama tahu pasal pertunangan Zahir?” Sarah mula bersuara.
“Ye.
Kami pun pergi majlis tu. Masa tu adik ada trip ke Sarawak.” Safrizal menjawab
selembut dan sebaiknya.
“Tapi
kenapa adik boleh tak tahu. 6 bulan, dalam 6 bulan adik tak tahu hal tu.” Sarah
mengangkat wajah memandang Safrizal. Ada bekas air mata di wajahnya.
“Kami
ingat Zahir ada bagitau dekat adik. We thought you are just okay with his
engagement.” Safrizal melabuh punggung dikatil.
“Adik
tak tahu. Terasa macam orang bodoh.” Sarah bersuara, penuh sesal, penuh
kesedihan.
“Lupakan
Zahir. Erm…. Mama ada bagitahu apa-apa?” Sarah memalingkan kepalanya yang masih
diletakkan diatas lutut ke arah Safrizal.
“Dah…
mama macam-macam. Masa adik cakap nak kahwin dulu, mama tak bagi sebab belajar.
Ni belum habis belajar suruh kahwin pula.” Sarah mula membebel, sedikit
ter’sentap’ dengan arahan mama.
“Siapa
suruh frust tertongging-tongging?”
Safrizal mengejek, Sarah hanya mencebik.
“So?”
Safrizal menyoal lagi. Sarah menjungkit kening.
“So
what Along?”
“Ada
calon?” Sarah memaling mukanya, kembali menekup wajah ke lutut lalu menggeleng
laju.
“Erm…
tu la, orang tua-tua kata, kawan biar seribu. Ni asyik, Zahir aje 24 jam. Bosan!”
Safrizal menyindir lagi, Sarah terus sahaja membaling bantal tepat ke arah
kepada Safrizal.
“Along
ni. Menyampah tau!” Safrizal ketawa kecil sambil menggosok kepalanya.
“Menyampah-menyampah
tetap along adik tau.” Sarah menjelir.
“Adik,
along ada calon.”
“Adik
tak nak lah Along. Tak mau kahwin lagi!” Sarah menekup telinga dan menggeleng
kepalanya laju.
“Nak
calon yang along cari or calon mama cari? Haa… pilih-pilih.” Safrizal menjengil
mata seolah memberi amaran. Sarah mengetap bibir.
“Kalau
mama mesti ‘atuk’ dulu tu kan… eii… geli-geli.” Safrizal ketawa geli hati
melihat tingkah sarah yang menggoyangkan badannya menyatakan kegelian.
“So
terima calon abang la ni?” Sarah hanya mengeluh kecil. Ditompangnya dagu dengan
lutut.
“Terpaksa.
Redha aje la…” Safrizal menggeleng perlahan dengan wajah serius.
“Lupa
apa arwah abah pernah pesan dekat kita.” Sarah kembali menguntum senyum, kepala
digeleng perlahan.
“Istikharah.”
…………………………..
Safrizal
duduk bersenang di ruang tamu. Sarah yang baru turun daripada bilik, turut
melabuh duduk diruang tamu. Safrizal yang sudah selesai membaca surat khabar,
melipat dua surat khabar tersebut dan meletakkannya di atas meja kopi. Sarah sedang
sibuk memakai stoking.
“Along
hantar Sarah hari ni ye.” Sarah berpaling memandang Safrizal.
“Adik
ada satu aje kelas hari ni. Biar adik drive sendiri aje lah. Senang, lepas
habis kelas adik terus balik rumah je. Kalau Along hantar tak berbaloi karang
nak pergi ambil adik pulak.” Safrizal mengangguk-angguk.
“Along
kata hantar aje. Ambik tak.” Sarah menjenggil matanya
“Dah
tu nak suruh balik dengan teksi or bus la?”
“Nope.”
“Dah
tu?”
“Bakal
suami adik akan ambil nanti.”
“Hah?!”
“Ye.
Tak payah buat muka terkejut sangatlah.” Safrizal ketawa kecil.
“Tak
nak la Along. I’m not ready yet!” Sarah sudah bangun hendak melangkah keluar.
“Just
be ready Sarah. Kalau okay hujung bulan ni tunang.” Mama yang baru keluar
daripada dapur mencelah. Sarah terkedu. Bertunang hujung tiga bulan nanti?
“Mama…
please. Sarah tak nak.” Sarah menghampiri mama yang berdiri di belakang
Safrizal.
“No.
Jangan nak merayu. Mama serius dan titik!” Bila mama sudah membahasakan diri
dengan nama masing-masing, itu maksudnya mama tak mahu dibantah. Sarah mengeluh
berat, memandang Safrizal yang sudah lebar senyumannya.
“Cepatla
along, orang dah lambat.” Sarah mengujar lemah. Langkah terus diatur memasuki
kereta along.
Sepanjang perjalanan ke Kolej, mereka
berdua hanya bertemankan celoteh Fafau dan Fifi. Diam. Sarah protes. Safrizal
puas. Lebih rela adiknya dengan calon yang dicarikan dengan calon yang mama
tunjukkan minggu lalu. Mama rela agaknya bermenantu seumur Pak Su, eh?
“Dia
ada nombor adik. Nanti tunggu dia call, kelas habis pukul 10 kan. Tunggu tau,
jangan lari, jaga nama along dan mama. Along sayang adik.” Sarah hanya
mengangguk dengan riak wajah yang masam. Daripada tutur kata Safrizal, Sarah
mengerti, Safrizal berbuat demikian kerana terlalu menyayanginya. Sarah tahu
itu, tapi hatinya takut dengan cinta. Siapalah dia untuk diterima oleh
siapa-siapa.
………………
Dari
pukul 10 ke 10.30 sampailah sekarang, sudah pukul 11.30. Jangan kata telefon,
mesej pun tiada. Orangnya lagi lah, lubang hidung pun tak nampak lagi. Sarah
mengesat peluh yang mula merenik di dahinya dengan belakang tangan. Tudungnya
dibetulkan, beg sandangnya dibetulkan letaknya di bahu.
“Along,
along…. Siapalah nak dekat adik along yang gemuk ni. Erm…” Sarah membebel
sendiri. Tangannya menyeluk ke dalam poket seluar untuk mengambil telefon
bimbit, nombor along didailnya.
“Bilakah
bakal suami Nur Sarah Alia akan tiba wahai Tuan Safrizal Azhar?” Soal Sarah
setelah salamnya dijawab oleh Safrizal.
“Dia
tak sampai lagi? Dah pukul berapa ni…”
“Dah
hampir dua jam adik tunggu. Do I have to wait for him for another hour? I can
die because of hunger here along.” Sarah mula membebel. Penat dengan kelas,
sekarang penat menunggu dengan perut yang lapar.
“Lapar
ke?”
“Kena
jawab ke?”
“Lemak
banyak tu, biar terbakar sikit.” Safrizal mula mengekek ketawa dihujung talian.
“Along
main-main eh. Okaylah, adik hang up. Bye!” Sarah membentak marah. Sudahlah
penat, boleh pulak along main-main. Bebel Sarah dalam hati.
Sarah
melangkah menuruni jalan yang agak bercerun. Baru sahaja mahu melintas jalan
kecil itu, bunyi hon kereta yang tiba-tiba membingit mematikan langkahnya,
malah membuat dia terkaku ditengah jalan. Sarah hanya memerhatikan pemandu itu
keluar daripada kereta dan melangkah laju ke arah Sarah. Sarah masih tegak
memeluk buku-bukunya.
“Sarah,
are you okay?” Pemandu menegurnya. Terkebil-kebil Sarah memandang pemandu
tersebut. Macam mana dia kenal? Lama dia mendiamkan diri membuatkan pemandu
tersebut melambai-lambai tangan dihadapan mukanya.
“Yuhuu…
Sarah, are you here?” Sarah tersentak kecil.
“I
handsome sangat eh?” Sarah mencebik.
“Perasan.
Saya okay aje. Maaf ye, lintas tak tengok kiri kanan. Okay lah, bye.” Sarah
menunduk kepala sedikit tanda hormat. Sarah menyambung langkahnya yang
terhenti. Pemandu itu dibiarkannya tegak di situ.
Punggung
dilabuh ke tempat duduk hentian bas. Naya aje kena balik dengan bas. Sudahlah
tengah hari, bas mesti lambat berjam-jam! Kereta yang berhenti tiba-tiba di
hadapan hentian bas itu menarik perhatiannya. Kereta tadi ke?
Pemandu
kereta itu keluar dari keretanya dan mula melangkah mendekati Sarah. Kedua-dua
tangannya diletakkan di atas palang yang ada. Senyuman yang lebar dihadiahkan
kepada Sarah. Sarah memandang kiri dan kanannya, memastikan bahawa lelaki itu
benar-benar sedang tersenyum ke arahnya, kalau salah buat malu aje. Apabila
sudah pasti, Sarah mengangkat tangan kanannya separas bahu.
“Hai.”
Ujar Sarah sambil tersenyum.
“Hai
Sarah.” Pemandu itu membalas, dengan gaya yang sama. Sarah mengerut dahi.
Pemandu itu juga meniru, sama-sama mengerut dahi.
“Macam
mana tahu nama saya?” Soal Sarah. Pemandu itu hanya tersenyum. Kaca mata hitam
yang dipakai ditanggalkan. Sarah memandang tajam. Macam kenal! Getus hati
Sarah.
“Tak
kenal saya?” Sarah mengerut dahi lagi, lalu digelengkan kepalanya perlahan.
“Walaupun
dah sebulan, tapi benjol kepala saya masih belum hilang. Sakit…” Pemandu itu
bersuara dengan nada sedih yang dibuat-buat. Sarah menekup mulutnya.
“Gym Instructor?” Soal Sarah. Pemandu
mengangguk laju.
“Alamak…
I’m so sorry. Saya ingat slow aje.” Ujar Sarah dengan sengihan
yang menampakkan giginya. Pemandu itu menggeleng.
“Nope. Tak boleh maafkan. Awak kena
bertanggungjawab!” Sarah mengetap bibir.
“Apa
pula, awak yang mulut takde insurans.” Pemandu itu berdiri tegak.
“Saya
saman awak nanti kalau awak tak nak bertanggungjawab.” Sarah menjenggil
matanya.
“Ah…
saman la berapa pun.”
“Okay,
1 juta.” Sarah ternganga.
“Gila!
1 juta?”
“Yelah,
boleh dapat pendarahan otak awak tau tak.” Sarah merengus kuat.
“Saya
takde duit nak bayar.”
“So,
bertanggungjawab.” Pemandu itu cuba berkompromi.
“Macam
mana?” Pemandu itu Cuma tersenyum.
“Ikut
saya dulu, jom.” Sarah memeluk bukunya erat.
“Tak
nak ah. Buat awak jual saya ke, rogol ke. Nauzubillah!” Sarah cuba menentang.
Pemandu itu memandang Sarah dengan wajah serius.
“Awak
ingat saya ni bapak ayam ke. Ikut aje la.” Ujar pemandu itu agak tegas.
“Apa
bukti awak tak buat semua tu?” pemandu itu tergaru-garu kepalanya. Dompet yang
berada dipoket belakang seluar di ambil.
“Nah
ni, ic dan lesen saya. Awak pegang. Lagipun saya ni kan kawan along awak,
lupa?” Sarah bangun dari duduk dan mencapai kad pengenalan dan lesen pemandu
itu. Hariez Zamani… dia betul-betul lupa pemandu inilah yang diperkenalkan
along kepada dia sebulan lalu. Gym
instructor yang along carikan untuk dia menurunkan berat badan, tapi
hampeh!
“Jangan
buat pelik-pelik tau, saya rasa awak masih tau rasa tangan saya ni macam mana
kan?” Hariez hanya tersenyum kecil dengan ugutan yang dibuat Sarah. Sedikitpun hatinya
tidak getar malah bagai digeletek, geli!
………………………..
Sarah
melangkah longlai masuk ke rumah. Safrizal yang sedang menonton televsiyen
ketika itu, mengalih tubuhnya memandang wajah lesu adiknya itu.
“Penat
aje muka. Pergi mana?” Safrizal menyapa. Sarah hanya berpaling sekilas sebelum
menggeleng dan melangkah naik ke bilik. Safrizal hanya memandang langkah Sarah
dengan kerutan. Kenapakah?
“Kenapa
dengan adik tu Long?” Mama yang baru keluar dari dapur turut terpandang wajah
lesu Sarah.
“Erm…
entah, adalah si Hariez buli dia apa-apa tu. Baju pun bertukar tu.” Safrizal
menyambung menonton televisyen. Mama hanya mengangguk dan kembali masuk ke
dapur menyiapkan makan malam.
Sarah
membaringkan tubuhnya ke atas katil. Terasa lega sedikit dapat meluruskan
badan. Penat seharian menjalani denda yang dikenakan oleh Hariez Zamani petang
tadi.
“Saya
belum makan lagi. Kita pergi makan dulu eh.” Ujar Sarah sebaik sahaja menaiki
kereta Hariez. Hariez yang sedang memakai tali pinggang keledar hanya
menggeleng.
“Nope.
Kita pergi shopping dulu. Window shopping.” Hariez menghidupkan kereta dan
terus meluncur laju.
“Saya
lapar. Belum makan lagi. Makan dulu eh.” Sarah masih mencuba merayu. Perutnya
sudah ber’konsert’ rock sedari tadi.
“Kerja
makan aje, bila nak kurus?” Sarah menjeling tajam Haries yang tersenyum sinis
di sisinya.
“Suka
hati saya lah.” Sarah membentak.
“Haa…
Sebab tu kena tinggal.” Berdesing telinga Sarah mendengar kata-kata Hariez itu.
Sarah mencerlung memandang Hariez yang beriak tidak bersalah.
“Jangan
masuk campur hal saya!” Ujar Sarah tegas dan penuh marah. Hariez hanya
menjungkit bahu.
“Perlu.
Perlu masuk campur. Saya bakal suami awak. Sama ada awak mahu atau tidak, saya
tetap akan jadi suami awak Nur Sarah Hani.” Sarah terkedu, takkanlah? Calon
Along? Hati Sarah berdetak sendiri.
“Jangan
nak perasan.” Sarah berdalih.
“Tak
perasan langsung. Tanyalah mama awak, tak pun along awak.” Sarah menggenggam
erat tangannya. Geramnya dengan riak angkuh Hariez tika ini.
“Eh…
soal jodoh kerja tuhan. Kalau tak, tak jugak. So jangan perasan.” Sarah
menjawab sinis. Hariez hanya mencebik. Kerana DIA aku di sini sekarang, Hariez
berbisik ke hatinya sendiri. terukir senyuman dibibirnya. Senyuman yang
menggetarkan jiwa Sarah yang sedang memandangnya ketika itu, lantas pandangnya
dikalih keluar tingkap secepatnya.
Sarah
mengerling ke arah jam dinding, sudah hampir ke angka lapan. Dia belum lagi
solat Maghrib, lantas dalam kemalasan dan keletihan Sarah bangun mengambil
tuala dan melangkah ke bilik air. Yang wajib perlu disegerakan.
…………………………………..
Sarah
makan dengan lahapnya. Mama dan Safrizal memandang dengan renungan yang aneh.
Lapar sangat ke? Itulah yang terdetak dihati mereka berdua. Mama menyendukkan
kuah gulai ikan ke dalam pinggan Sarah. Sebagai tanda terima kasih, Sarah hanya
memberikan senyuman melebar.
“Adik,
are you that hungry?” Soal Safrizal,
kemudian menuangkan air untuk Mama dan Sarah. Sarah mengambil air tersebut dan
meneguknya perlahan.
“Yes I am. Thanks along, carikan calon
yang suruh puasa sepanjang hari. Thank you so much.” Safrizal terkedu. Mama
memandang Safrizal dengan pandangan penuh hairan. Sarah menyambung kembali
suapan.
“Takkan
dia tak bagi makan langsung.” Soal Safrizal lagi. Sarah menggeleng laju.
“Adik
ni, takkan Hariez kejam macam tu sekali.” Mama mencelah. Mama sudah lama
mengenali Hariez, Safrizal dan Hariez belajar dalam satu kos yang sama di
Universiti.
“Sneakers.
Only one bar. KENYANG sangat mama.” Ujar Sarah sambil membasuh tangan di sinki.
Pinggang makannya dibasuh sekali. Perkataan kenyang sengaja ditekankan.
Sudahlah pagi dia hanya mengambil sekeping roti dan air susu coklat segelas.
Makan sneakers waktu tengah hari memanglah tak kenyang!
“Dia
suruh adik diet la tu.” Safrizal menambah. Sarah mencebik.
“Boleh
tak along, mama, kalau nak adik kahwin sekalipun, boleh tak carikan orang yang
terima adik yang bulat macam ni. Adik tak larat nak diet, nak tahan makan
semata-mata untuk kurus sebab nak kahwin.” Sarah menyuarakan juga isi hatinya.
“Kurus
untuk sihat bukan semata untuk kahwin.” Safrizal menjawab,ada nada tegas
disitu.
“Adik
sihat apa sekarang. Doktor pun kata adik sihat. Adik belum kategori obesiti, so
okaylah. Kalau along dengan mama nak adik kahwin juga dengan Hariez, okay,
malam ni jugak adik minum julap macam dulu.” Mama merenung tajam begitu juga
dengan Safrizal.
“Adik,
jangan mula nak kurang ajar dengan along dan mama eh. Along buat semua ni untuk
adik.” Sarah mengeluh lemah.
“Adik
tahu. Tapi tolong cari orang yang boleh terima adik seadanya. Kenapa mesti cari
orang yang sama macam Zahir? Pandang rupa paras semua? Along tahu apa Hariez
kata?”
“Apa
dia cakap?”
“Dalam
tempoh pertunangan 3 bulan tu, adik masih macam ni dia nak putuskan pertunangan
kami. Tak ke gila?!” Mama terkedu, Safrizal hanya senyap tidak bersuara. Sarah
terus sahaja berlalu ke bilik. Dia sudah penat seharian dipaksa-paksa begitu. Melayan
kehendak mama untuk dia berkahwin sama penat dengan melayan karenah Hariez yang
asyik menyindir saiz badannya.
Telefon
yang asyik berdering, begitu membingitkan. Siapa pula yang telefon malam-malam
buta macam ni? Bentak hati Sarah. Telefon yang diletakkan dibawah bantal, di
ambil dan dibeleknya. Ada dua mesej baru, dengan pantas jarinya membuka mesej
yang diterima.
++ Jangan makan banyak malam ni….++
+++ What? Awak tambah 5 kali nasi?!!!+++
Kedua-dua mesej itu dihantar oleh
Hariez Zamani. Sarah hanya tersengih membaca mesej-mesej tersebut. Butang
telefon dipicit lagi, dia mahu membalas.
++ 6 kali tambah la. Along salah kira
la tu. ;P +++
Sarah kembali ingin memejamkan mata,
namun terbantut dek deringan telefonnya. Telefon yang sedia ditangan, di angkat
menghadap muka. Hariez? Sarah berkira-kira untuk mengangkat panggilan tersebut.
Panggilan kesekian kalinya barulah diangkat.
“Hello… ada apa malam-malam buta ni?”
“Assalamualaikum…” Sarah mengigit
lidah. Terkena lagi!
“Waalaikummussalam… ada apa, saya
mengantuk.” Sarah menjawab acuh tak acuh, kalau boleh tak nak cakap langsung.
“Sombong ke marah ni?” Suara Hariez
lain benar dengar ketika ini. Sarah mengetap bibirnya.
“Sebal aje.”
“Maaf la… ada sebab semua tu…” Hariez
seakan-akan memujuk. Sarah mengeluh lemah.
“Tak perlu mintak maaf, semua awak
buat tu memang patut, sedarkan diri saya ni. Orang gemuk hanya dengan orang
gemuk, mana boleh dapat orang sasa macam awak.” Sarah merajuk hati. Hariez
terdiam dihujung sana.
“Nonsense
la Sarah. Who said that?”
“Your
actions Encik Hariez.” Hariez terdiam lagi.
“Pasal dekat kolam renang tu?” Sarah
memejam mata, bibirnya diketap rapat. Sakit hati apabila mengenangkan peristiwa
di kolam renang petang tadi. Sepanjang hayatnya selama 23 tahun, dia tidak ke
kolam renang. Kalaupun nak berenang, mama selalu bawa kami berkelah ke sungai
atau pantai.
“Kita nak buat apa kat sini awak?”
Hariez yang sudah melangkah keluar kereta, menunduk dan memandang Sarah yang
masuk tidak keluar.
“Exercise.”
Hariez menjawab ringkas.
“Ni kan kolam renang, bukan gym.” Hariez menjungkit kening.
“So? Swimming is also an exercise Miss Sarah.” Hariez menjawab dengan nada berlagak. Sarah
membuka tali pinggang keledar, dan kemudian keluar daripada perut kereta.
“Awak nak berenang ke?” Hariez hanya
mengangguk sambil membuka butt kereta dan mengambil satu beg galas, mungkin beg
pakaian renangnya.
“Dah tu saya?” Hariez kembali menutup
butt keretanya. Satu beg galas diserahkan kepada Sarah.
“Swim
sekali la. Dah jum.” Sarah ternganga.
“Gila!” Jerit Sarah, namun Hariez
sudah menghilang ke dalam Pusat renang.
Sarah mengeluh berat, Hariez
tersenyum sendiri. Niatnya baik, bukan seperti yang disangka dan difikir oleh
Sarah.
“Sarah…
niat saya baik tau.” Hariez bersuara kembali. Sarah hanya diam menyepi. Malu
benar bila difikirkan kembali peristiwa di kolam renang petang tadi. Sampai
mati dia akan ingat, sampai mati!
“Dah
la awak, bye.” Sarah mematikan talian. Air mata yang bergenang, berlinang
dipipi apabila matanya dipejam.
“Saya
nak balik.” Ujar Sarah kepada Hairez yang bersenang lenang di dalam kolam.
Tidak ramai, hanya ada beberapa orang sahaja. Sarah tidak betah memandang
Hariez yang hanya berseluar pendek.
“Ala,
kejap la… baru 10 minit.” Hariez kembali menyelam dan berenang sampai ke
sebelah sana. Sengaja! Sarah melangkah ke sebelah sana.
“Awak
nak balik ke tidak?” Sarah bersuara tegas. Hariez menggeleng laju, habis air
terpercik ke kaki seluar Sarah.
“Okay
saya balik sendiri!” Sarah terus melangkah pergi, baru beberapa langkah. Plup!
“Aik…
berenang sekali ke?”
“Hariez!!!!!”
Berdekah-dekah Hariez mentertawakan Sarah yang terjatuh dalam kolam akibat
dilanggar oleh sekumpulan kanak-kanak yang sedang berlari ke arah kolam yang disediakan untuk
mereka. Sarah menampar-nampar air sekuat hati, protes dengan soalan menyindir
dari Hariez.
…………………………….
Sarah
memuncung mulutnya. Pagi-pagi lagi sudah dipaksa mama untuk ke gim yang menjadi
tempat kerja Hariez. Sejak dari sampai, Sarah hanya memeluk tubuh melihat
Hairez bekerja. Sesekali, Hariez akan berpusing ke arahnya dan sengaja
menunjukkan otot-otot badannya yang berketul-ketul. Menyampah!
“Cepat
la wak… dah pukul 10 ni, barang apa pun tak beli lagi.” Sarah yang sudah tidak
tahan untuk menunggu, cepat sahaja mendekati Hariez.
“Aik,
excited nak kahwin dengan saya ke?”
Sarah mencebik.
“Tarak
makna ye tambi. Kalau bukan sebab mama, saya tak datang tau.” Hariez ketawa
kecil.
“Tambi
tambi pun bakal suami awak juga.”
“Eiii…
cepatlah…” Hariez mengesat peluh dilehernya dengan tuala yang dibawa. Sarah
menelan air liur, seksi sangat Hariez dengan baju tanpa lengan dan luas
dibahagian leher. Menampakkan bentuk badannya, tambah seksi dengan peluh yang
memercik dibahagian dada. Sarah menggeleng laju lantas mengalih pandangnya.
“Kenapa
geleng-geleng?” Hariez memandang Sarah yang kini sudah bertukar merah. Hariez
memandang tubuhnya, dia tersenyum nakal.
“Haa…
awak tergoda eh… sabar la sayang, beberapa bulan aje lagi…” Hariez mula
melangkah menghampiri Sarah. Sarah membeliak matanya.
“Eh,
jangan mengarut!”
“Mengarut
apa, muka awak yang merah-merah lepas tengok saya…” Sarah menjuih bibir.
“Takde
makna, saya malu tengok awak bukak aurat macam ni, dah la saya tunggu awak dekat
bawah.” Hariez terdiam, aduss! Kena sebijik!
…………………………………
Sarah
sudah selesai memilih baju pertunangannya, coklat cair. Warna kegemaran dia dan
tak sangka, warna kesukaan Hariez. Hariez hanya memilih kemeja rona warna sama sebagai
persalinan pertunangan nanti.
“Jom
makan, lapar la…” Sarah memberhenti langkahnya betul-betul di depan KFC. Hariez
yang sudah ke depan hanya menggeleng laju dan terus berjalan tanpa sedikitpun
mempedulikan rengekan Sarah.
Sarah
bebal. Sakit hati dengan sikap Hariez apabila soal makan ditimbulkan. Geram!
Makan pun satu masalah ke?
“Saya
ada gastrik la awak, tak makan nanti sakit la.” Sarah merengek lagi. Hariez
tetap buat tak tahu. Satu demi satu kedai disinggahnya, Sarah sudah sebal!
“Awak!”
Sarah menjerit. Semua mata yang ada memandang. Hariez mengeluh kuat.
“Nak
makan sangat pergi makan, elok-elok sihat menipu kata sakit. Pergilah.” Hariez
bersuara tinggi. Sarah terkedu. Baru pertama kali Hariez meninggikan suaranya
sebegitu kepada Sarah.
Sarah
serba salah, Hariez sudah jauh melangkah ke depan. Hatinya berbelah bagi,
melayan perutnya yang lapar atau melayan marahnya Hariez? Aduh! Payah betul!
“Asal
nak makan aje marah!” Sarah merungut, langkahnya laju menyaingi langkah Hariez.
Hariez hanya menjeling sekilas ke arah Sarah yang sudah termengah-mengah
disisinya, penat mengejar dia yang laju melangkah.
Segala
barang yang diperlukan telahpun selesai dibeli. Jam sudah menunjukkan jam dua.
Perut Sarah sudah bergendang berkompang. Hariez masih lagi diam, bercakap bila
perlu sahaja. Sarah sudah tidak berani untuk bersuara tentang makan, takut
sekali lagi dimarahi.
“Kita
singgah solat dulu.” Hariez ketika itu sudahpun memasuki kawasan masjid. Sarah
hanya mengangguk perlahan. Setelah Hariez mematikan enjin kereta, mereka berdua
melangkah keluar.
“Dalam
15 minit kita jumpa dengan sini.” Hariez terus berlalu setelah memberi
‘arahan’. Sarah hanya mengangguk, suaranya bagai tidak mahu keluar melihat
wajah Hariez yang terlalu serius. Sarah
mengambil tempat di kerusi batu luar masjid. Dia sedang keuzuran, hendak minta
duduk dalam kereta, terasa malas hendak bersoal jawab dengan Hariez tambah pula
dengan Hariez yang tarik muka 14 sen!
Selepas
lebih 15 minit barulah kelibat Hairez kelihatan keluar daripada masjid. Sarah
bingkas bangun dari duduknya dan menghampiri kereta Hariez, peluh yang merinik
dek kepanasan dikesat dengan tisu ditangan.
“Awal
siap solat? Solat ke tak?” Soal Hariez sebelum memasuki kereta, Sarah mencebik.
“A.B.C”
Hariez mengerut dahi. Kereta dihidupkan, pantas sahaja Sarah memasang penyejuk
kereta pada had maksima.
“Cuti
la, tak boleh solat.” Sarah menjawab apabila wajah Hairez dilihatnya menagih
pengertian lanjut.
“La…
dah tu duduk mana?” Sarah menunding ke kerusi batu yang menjadi tempat rehatnya
sebentar tadi.
“Lain
kali cakap je la, boleh duduk dalam kereta, sejuk sikit.” Sekali lagi Sarah
mencebik.
“Nak
cakap macam mana kalau orang tu tarik muka aje.” Hariez diam tidak bersuara,
malas nak layan sindiran Sarah. Kereta terus dipandu keluar daripada
perkarangan masjid. Perut Sarah sekali lagi bergendang kuat, menarik perhatian
Hariez yang sedang memandu hingga terukir senyuman dibibirnya.
“Yelah…
kita singgah makan dulu.” Sarah menjungkit kening.
“Tak
cakap apa-apa pun.” Hariez ketawa kecil dengan kata-kata Sarah.
“Perut
awak dah bagi saya warning…” Sarah memegang perutnya dengan kedua-dua tangan,
malu!
………………………………………………..
Hariez
Zamani berlari laju ke arah keretanya. Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan
Hariez terus memecut laju meredah jalan raya yang agak sesak petang itu.
Panggilan daripada Safrizal betul-betul mengejutkan dia. Sarah, kenapa drastik
sekali keputusan yang dibuatnya itu! Hariez membentak dalam hati.
“Hariez,
cepat datang rumah aku, Sarah telan pil!”
Suara
Safrizal seakan-akan masih terngiang-ngiang dicuping telinga, berita yang
menggegar jantungnya. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa setengah jam dan
sejam jika lalu lintas sesak, kini hanya 10 minit dilakukan oleh Hariez. Sebaik
tiba di hadapan rumah Sarah, terus sahaja dia berlari masuk ke dalam rumah
tanpa perlu dijemput sesiapa.
“Where is she?!” Soal Hariez sebaik wajah
Safrizal di hadapannya. Safrizal memaut erat bahu Hariez yang berwajah penuh
risau.
“Dalam
bilik, mujur doktor boleh bagi dia muntah balik pil-pil tu.” Hariez mengurut
dada, lega!
“Pil
apa? Kenapa tiba-tiba dia macam tu?” Hariez menyoal bertalu-talu.
“Pil
kurus mana entah dia dapat. Erm… you should ask her yourself, Hariez.” Safrizal
memberikan laluan kepada Hariez untuk bertemu empat dengan Sarah. Mama setia
menemani Sarah dikamarnya.
Hariez
memandang mama yang berada di sisi Sarah dan menunduk sedikit sebagai tanda hormat,
kemudian perlahan-lahan menghampiri Sarah yang terbaring lemah. Pipi Sarah
setia dibasahi oleh linangan air matanya walaupun kelihatan Sarah seperti
sedang lena. Mama mengalih kedudukannya, menjauh sedikit, sekadar memberi ruang
kepada Hariez untuk bertemu Sarah.
“Kenapa
A’ah buat macam ni A’ah…” Suara dan panggilan itu membuatkan Sarah membuka
perlahan matanya. Pandangannya dikalih pada suara yang berada di sisi kirinya.
Air matanya kian laju merembes.
“Awak…”
Sarah bersuara lemah. Namun air matanya tidak selemah itu, ia mengalir laju di
pipi Sarah.
“Kenapa
A’ah, kenapa sampai macam ni tindakan awak?” Hariez menyoal lagi, penuh nada
kerisauan. Sarah memejam rapat matanya. Bagaimana harus dia menjawab persoalan
itu? Tiada niat untuk memusnahkan diri sendiri tapi…
“Jangan
panggil saya macam tu boleh…” Sayu suara Sarah meminta pada Hariez. Sarah gerun
pada panggilan begitu, gerun untuk terus
mendengarnya.
“Kenapa?
Dari dulu lagi, awak selalu tak izinkan saya panggil awak macam tu…” Dalam
lemah, Sarah cuba memamah kata-kata Hariez.
“Bila….”
Belum sempat habis bersuara, Hariez memintas.
“Biarkan
yang lama, yang penting sekarang yang saya nak tahu kenapa awak seksa diri awak
macam ni?” Hariez bersoal tegas kali ini. Sarah menelan payah liurnya, tekak
terasa perit, mungkin kesan daripada paksaan untuk muntah yang dilakukan doktor
yang merawatnya sebentar tadi.
“Saya
cuba macam cara untuk kurus awak… semua cara saya dah cuba….”
“Jadi?”
Hariez memintas lagi. Sarah mengetap bibirnya perlahan.
“Ini
jalan terakhir yang mampu saya fikirkan….” Hariez mendengus kasar.
“Are you crazy? Awak boleh mati tau tak!”
Hariez berang dengan pernyataan Sarah yang tidak masuk dek akal.
“Takde
jalan lain dah…” Sarah membalas dalam lemahnya.
“Ini
bunuh diri namanya!” Mama berdehem perlahan, menegur Hariez yang agak bersuara
tinggi terhadap Sarah yang masih lemah.
“Tapi…
Sarah nak kurus, saya penat di hina!” Sarah membentak dalam tangis yang mula
menjadi.
“For what?!”
“For you! Untuk awak, untuk jadi
seganding dengan awak!” Hariez terkedu.
“Saya
tak minta sampai macam ni A’ah….” Sarah mengeluh perlahan.
“You once ask for it…. And Zahir kept
repeating that I never can be good enough for you.” Hariez mengerut dahi,
kemudian mengeluh lemah.
“Dia
lagi… he never learns a lesson…”
“What do you means for that?” Sarah sudah
tegak bangun daripada pembaringannya.
“Forget it… sekarang ni awak, awak tak
payah seksa diri macam ni, pikir nak kurus segala…”
“Tapi…
bukan ke awak kata nak putuskan pertunangan kalau saya tak kurus” Hariez
mengeluh lemah.
“Saya
cakap macam tu nak suruh awak stop makan banyak-banyak. Diet yang sihat, bukan
macam ni. Okay, saya tarik balik kata-kata tu, boleh?”
“Tapi….”
“Saya
ada A’ah… saya ada, saya akan bantu awak. Tak perlu pil-pil segala, saya janji
selagi saya ada, saya bantu awak…” Sarah memandang hariez yang bersungguh
menutur kata. Sarah keluh perlahan.
“Okay, but stop calling me with that name,
please…” Hariez berubah riak.
“Why? Kalau saya mesti tak boleh… dari
dulu lagi, sakit hati!” Sarah ternganga, tak faham!
………………………………….
Budak
lelaki itu pantas melarikan coklat milik budak perempuan bertocang dua yang
berada di darjah dua orkid. Sebaik melihat si abang menyerah coklat itu kepada
budak perempuan bertocang dua tersebut, pantas sahaja dia merampas dan terus
berlari ke arah blok kelasnya di darjah empat. Bukan tidak didengarnya tangisan
dan jeritan budak perempuan itu, tetapi sengaja dibiarkan.
“Woi
Hariez, apesal kau ambik coklat A’ah haa!” Jerkahan itu mengejutkan Hariez yang
sedang bersembunyi di balik meja guru itu. Coklat itu disembunyikan dibelakang
badannya.
“Aku
punya suka la. Kau menyibuk apahal!” Budak lelaki itu cuba mempertahankan
dirinya.
“Baik
kau bagi balik, kalau tidak aku bagitau dekat Cikgu Zam!” Pengawas lelaki itu
mula mengugut. Budak lelaki itu kecut mendengar ugutan pengawas tersebut, Cikgu
Zam? Mau kena rotan di tapak perhimpunan nanti.
Budak
perempuan bertocang dua itu, masih menangis sewaktu menghampiri mereka yang
bertekak ketika itu. Budak perempuan itu memegang erat baju pengawas lelaki
tersebut. Budak lelaki itu merengus marah.
“A’ah,
Ariez gurau aje…. Nah!” Budak lelaki tersebut menyerahkan semula coklat yang
berada di dalam genggamannya kepada budak perempuan bertocang dua itu.
“Awak
jangan panggil kita A’ah, awak tak boleh!” Budak lelaki itu berubah riak, dari
tersenyum kepada masam mencuka.
“Kenapa?
Zahir ni A’ah bagi pulak?”
“Zahir
baik, awak jahat!”
“Saya
nak panggil jugak awak A’ah…”
“Tak
boleh, haram!”
…………………………………..
Majlis
akad nikah dan kenduri kesyukuran Hariez dan Sarah berjalan dengan lancar.
Majlis yang sepatutnya menjadi majlis pertunangan digantikan terus dengan
majlis pertunangan, semuanya atas kehendak Hariez sendiri. Sarah yang awalnya
agak keberatan hanya mengikut kehendak Hariez, biarpun persiapan menjadi lebih
kelam kabut. Alhamdulillah, semua berjalan seperti yang telah diaturkan mereka.
“Jauh
menung Sarah?” Sapaan Hariez mengejutkan Sarah yang jauh termenung di birai
katil. Baju nikah plus kenduri belum
bertukar lagi, begitu juga dengan Hariez. Sarah mengukirkan senyuman buat
Hariez yang sudah sah menjadi suaminya empat jam lalu. Hariez melabuh duduk di
sisi Sarah.
“Tak
percaya aje, kita dah nikah.” Hariez mengerut kening memandang isteri yang baru
dinikahinya. Perlahan tangannya mencubit lengan isterinya.
“Ouch…
apa ni…” Sarah menggosok perlahan lengannya yang dicubit kecil oleh Hariez.
“Dah
percaya. Bukan mimpikan.” Jawapan Hariez meletuskan tawa kecilnya. Sarah
mengangguk kecil.
“Erm…
nak tanya sikit, lama dah nak tanya….” Hariez membetul duduk memandang wajah
Sarah yang masih dihiasi make-up
tipis, menaikkan seri cantik semula jadinya.
“Apa
sayang….?” Suara Hariez yang penuh manja itu membuatkan wajah Sarah diserbu
darah. Hariez tersenyum dengan tingkah Sarah yang masih malu-malu.
“Kenapa
abang terima Sarah yang montel ni? Kan ramai lagi perempuan cantik….” Tergeliat
lidahnya untuk membiasakan memanggil Hariez dengan panggilan itu. Hariez yang
mendengar, tersenyum bahagia, hatinya berbunga!
“Sayang
Isteriku Sarah….” Hariez bersuara lembut, hati Sarah berdetak luar biasa, nyata
cinta bisa dipupuk lepas nikah, lagi indah rasanya.
“Kalau
cinta ni pentingkan rupa paras, mesti semua orang kejar Dato’ Siti sayang….
Tapi abang kejar Nur Sarah Hani je, dari dulu sampai abang berjaya sekarang…”
Tangan Sarah digenggam erat. Sarah ketawa kecil, apa hal masuk Dato’ Siti pulak
ni.
“Tak
malu eh? Abang ni sasa je, gym instructor
pulak tu, dapat isteri chubby gini.” Sarah menghala matanya pada tubuh sendiri.
Hariez mencuit dagunya lembut. Wajah Sarah jangan disoal, memerah sedari tadi,
menambah lebar senyuman Hariez.
“Sayang
ni… walaupun abang ni sasa, badan ketul-ketul siap six packs ni…” Hariez menampar perutnya. Sarah menjuih bibir,
perasan sudah suaminya!
“Abang
suka isteri chubby-chubby, macam Sarah Hani abang ni…” Wajah Sarah makin
memerah apabila Hariez menariknya dalam pelukan. Sarah membalas pelukan Hariez
perlahan.
“Zahir
jumpa Sarah tadi…” Hariez terus sahaja meleraikan pelukan mendengar kata-kata
itu.
“Dia
nak apa lagi?” Sarah hanya tersenyum dengan reaksi Hariez yang sudah dijangka.
“Dia
mintak maaf dan ucap tahniah…” Hariez memandang tak puas hati.
“Abang
ni… betul la, mintak maaf sebab cuba merosakkan hubungan yang abang cuba bina
dulu…” Sarah menggenggam erat tangan Hariez.
“Memang
patut dia mintak maaf…” Sarah cuma tersenyum dengan rungut Hariez.
“Marah
lagi? Bukan abang dah ‘ajar’ dia ke?” Sarah cuba menebak,Hariez tersengih panjang.
“He asked for it sayang…” Sarah tersenyum
dengan gelengan. Akibat bengang dengan Zahir yang mengutuk dan menghina fizikal
Sarah, Hariez memberikan beberapa tumbukan percuma.
“Berapa
banyak abang bagi?”
“Tripple daripada apa yang sayang pernah
bagi dekat abang dulu…” Sarah terkedu. Tersengih kemudiannya melebih kerang
busuk.
“Sorry abang, tak sengaja….” Hariez hanya
tersenyum, ditarik isterinya merapatinya.
“Hari
sayang bagi hadiah tu, abang sangat-sangat happy,
sebab after a few years, kita jumpa
balik…” Sarah mengangguk laju.
“Tapi
Sarah tak kenal pun abang, just kenal
sebagai kawan along…”
“Sayang
memang, dari kecik asyik dengan Zahir aje.” Sarah mencerut wajah.
“Zahir
giving me such a painful memory
abang… because of him, I almost die.”
Sarah bersuara sayu. Masih terkenang pada hari Zahir memaksa dia untuk
berjumpa. Hatinya berbunga ketika menerima panggilan daripada Zahir tapi
akhirnya dia kecewa. Zahir menghinanya dengan mengatakan dia tidak segandingan
dengan Hariez Zamani yang bertubuh sasa, sedangkan dia ‘terlebih sasa’!
“Sudahlah…
hari ini hari bahagia kita. Jom, tetamu mesti cari kita dekat luar tu, nanti
apa kata orang pulak, pengantin tak sabar!” Sarah mencubit manja lengan Hariez,
suka buat wajahnya memerah!
“Terima
kasih selamatkan Sarah dekat taman dulu…” Hariez menjungkit kening. Sarah tahu?
“Mama
cerita semalam. Tak sangka abang ada daripada awal.” Sarah menjawab seolah
mendengar persoalan yang bermain di fikiran Hariez.
“Jodoh.
Sejak hari tu, abang cuba dekatkan diri dengan sayang. Alhamdulillah, along
terima abang sebagai adik ipar dia.” Sarah dan Hariez saling membalas senyuman,
beberapa ketika mereka bergandingan keluar daripada bilik. Sanak saudara sudah
mula bising mengusik, pengantin hilang dalam bilik! Bahagia, buat Sarah yang
mendapat cinta sejatinya dan bahagia buat Hariez yang berjaya merebut cinta
yang dikejarnya.
=================================================
Nur Sarah Hani
Pada Allah ku sujud menyata syukur. Cinta
pertama hampir meragut imanku jauh. Cinta pertama buatku begitu asyik dengan
cantiknya dunia. Diriku aku seksa, kekalkah cinta atas dasar rupa paras,
fizikal segala? Hadirnya dia, menagih cintaku sedari kecil, tidak aku sedar
susuknya cinta dia dek gila bayangku pada cinta pertama. Syukur, syukur aku
belajar menerima diri sendiri. Tidak cantik tidak mengapa, asal hati ikhlas
menerima, asal hati senang bahagia. Cinta itu bukan sekadar rupa! Terima kasih
Hariez Zamani kerana menerima saya.
Hariez Zamani
Nyata penantian pada cinta tak pernah
sia-sia. Nyata, DIA memakbulkan segala doa. Sedari aku mulai belajar erti kasih
, erti cinta, dia aku kejar semahunya. Biarpun dia tidak pernah kalih walau
sekilas pandangan. Aku sabar, kerana aku terlalu cinta. Biarlah dia bagaimana
rupanya, dia terlalu aku cinta! Aku ada untuk menjaga dia, aku ada untuk dia
menjadi apa yang dia mahukan. Aku cuba sebaiknya, dia amanahNya. Akhirnya,
cinta mekar dalam hatinya buat aku yang dulunya dia tidak pernah cuba untuk
kenali. Nur Sarah Hani kau terlalu aku cinta!
............................
p/s: amacam? komen ye! much love readers!
14 comments:
best sgt2.. cita lain drpd yg lain.. suka2.. :)
thanks nurul najwa ^^
mananya x sasa abg nie..gym instructor tu..hehe
bule byg cena bdn hariez tu..hihih
nice cerpen.. :D
tgu dugun-dugun plak..hehe
tp ada one part tu nma sarah jd sarah alia instead of sarah hani..
[hawa]
sebelum apa2, nk mintak ampun kat abc sbb i selalu baca tp tak tinggal jejak, tak baik betul kan, sori ek..
abg sasa + adik montel = cute sgt.. tp kesian kat sarah bila asyik disindir, tak baik dorang ni tau.. suka citer ni :-)
hawa: ya.. abc ada cari jugak. sebab at 1st nak letak sarah hani, masa syok2 tulis jadik sarah alia hehehe, bila edit dok mencari mana sarah alia nak tukar sarah hani... ^^ thanks tegur
rohaida: its okay, diampunkan untuk kali ni ^^ abc nak tahu salah yang mana, yang kurang, so boleh dibaiki... abc nak lebih jauh dalam bidang...
tak komen pun abc tau ramai yang mbaca. thank u sangat2!
orang montel ni lelaki selalu pandangg sebelah mata kan.. huhuhuhu
huhu best baca citer ni. Rasa macam kena ngan diri sendiri huhuhu :'( memang selalu org yang montel ni kena kutuk dan dihina nasib bek iman kuat dan keyakinan tinggi kalau x mesti saya pun buat cam sarah gak huhuhu thanx abc sebab create citer mcm ni....and sori coz sebelum ni i baca karya u tapi x sempat nk tinggalkan jejak...:-)
takpe... ^^ thank u sebab baca karya abc :)
abc pun montellll huhuhu hari2 pikir nak kuruskan badan tapi mulut mengunyah aje hehehehe
best...
kisah yg penuh pengajaran...
setiap insan ada hak utk dicintai tnpa syarat...
good job nurwateeqa...
best!! dah terbayang2 sazali samad!...hahahaaa :) teruskan bekarya ok.. ;)
salam ukhwah
best2....kelakar pon ada...sedap nama sarah dari a'ah tuh...
sazali? sama la hahahahaa
a'ah tu macam nama manja la hehehehe tak sedap eh? abc sesedap hati aje tu ^^
Best..
Best sgttt2..
Post a Comment