Alhamdulillah. siap jugak. ^^
abc guna dua pandangan dalam penceritaan di bawah.
cuba faham-faham kan eh. hehehehe
dialog tu kalau grammar dia tak berapa betui, ignore je la eh. klu nak betuikan pun boleh,
tulis dalam ruangan komen ye. ;)
abc ni oral comm. dapat A tapi grammar kalah sikit.
baca dan komen ye. much love readers!
++++++
Beg galas aku betulkan duduk talinya.
Anak tangga pantas aku pijak menuruni bas. Angin dingin pengakhiran musim sejuk
di Korea menyapa wajahku. Aku mendepangkan kedua belah tangan. Tidak lekang
senyuman dibibir ini sedari aku melangkah masuk ke balai melepas di KLIA.
Alhamdulillah, impian untuk menjejakkan kaki di Korea telah terlaksana.
Buktinya, kini aku sedang menghirup udara segar Korea.
“Terima
kasih abah…” Aku berbisik sendiri. Hatiku berdoa, mohon angin membawa bisikanku
kepada abahyang telah lama kembali pada Yang Maha Esa.
Pemandu
pelancong memanggil semua pelancong supaya berkumpul sebentar. Aku yang sudah
sedikit jauh daripada tempat bas, mula berlari-lari anak mendekati mereka
semua. Tak ramai orang melayu yang mengikuti, hanya tiga orang termasuk aku.
Dua lagi sedang berbulan madu, takkan aku hendak menganggu waktu-waktu mereka,
jadinya aku hanya berkawan seorang diri.
Baru
aku sampai, semua sudah bersurai. Entah apa yang disampaikan oleh pemandu
pelancong itu tadi. Aku memanggil salah seorang pelancong berbangsa cina yang
turut serta untuk bertanya.
“Excuse
me miss, what have he said just now? I’m quite late to assemble here.” Soalku
dengan senyuman.
“Oh…
He asked us to be here again after one and half hour. Just enjoy our time
here.” Jawabnya dengan senyuman. Aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih.
Aku tersenyum sendiri. Taman ini sangat cantik dan besar, tentunya mengambil
masa untuk pusing mengelilinginya. Aku mula ‘on’ kan D5100 ku dan terus sahaja
berjalan mengikut kehendak kaki sendiri.
Walaupun
sudah diakhir musim sejuk. Masih ada lagi butiran putih itu disepanjang jalan
ini. Aku sentuh dengan jemariku butiran yang masih terlekat didaun-daun pohon
rendang sekelilingku. Terasa sejuk dihujung jari, lalu membuahkan senyuman
dibibir. Bagai mimpi, sebelum ke sini, aku selalu berimaginasi sendiri, duduk
di bangku taman depan rumah, pasang lagu-lagu Korea yang aku minati. Jauh
imaginasiku, membayangkan aku berada di Korea, tempat-tempat cantik yang aku
lihat di dalam drama dan kini, aku benar-benar berada di Korea. Tak perlu
pasang lagu Korea ditelinga, kerana aku kini sedang merasa dinginnya angin
Korea.
Setelah
jauh berjalan, aku singgah berehat di sebuah gazebo yang tersedia. Kakiku ayun
perlahan. Kamera yang sentiasa ditangan aku belek, melihat gambar-gambar yang
aku ambil sepanjang jalan. Suara-suara yang bercakap menarik perhatianku,
pandanganku lepas ke hadapan. Tiada siapa, hanya ada rimbunan pokok renek. Aku
terjengah-jengah, lalu bangun berdiri dan mula melangkah ke arah suara
tersebut. Setelah beberapa langkah melepasi rimbunan pokok renek aku terpaku
sendiri.
Rumah
agam itu tersergam indah. Pagar yang dibina dengan buluh-buluh halus, begitu
unik dan cantik! Lantas kamera aku angkat, dan mula mengambil beberapa keping
gambar. Wah! Benar-benar cantik, kalau sebelum ini hanya dapat dilihat dalam
drama dan filem Korea sahaja.
Tepukan
dibahu mengejutkan aku yang asyik mengambil gambar. Aku berpaling ke belakang.
Dua orang lelaki, berkot hitam dan berkaca mata hitam. Aku tersebut dan
menunduk hormat.
=======================================
“Ahnnyeonghahsehyo”
ujar Hana sebagai tanda hormat. Dua orang lelaki turut menunduk sedikit dan
kemudian mula bercakap dengannya dalam bahasa Korea. Ah! Silap aku juga, mesti
mereka fikir aku boleh berbahasa Korea, guman Hana sendiri.
“I’m
sorry sir, I can’t speak Korean. Can you speak in English?” Dua orang lelaki
tersebut memandang satu sama lain, kemudian kembali memandang Hana. Hana kaget
apabila mereka berdua mula melangkah menghampirinya, dekat dan makin dekat.
“Hey…
what do you want?” Soal Hana dalam ketar, mereka makin mendekat dan kemudian
memaut lengan Hana erat. Hana mula meronta, tapi apalah sangat kudratnya
sebagai seorang perempuan genit berbanding mereka berdua yang lebih besar dua
kali ganda.
“Please.
Let me go!” Hana meronta dan menjerit sepanjang diheret ke dalam kawasan rumah
agam tersebut. Jeritannya mati, tatkala sudah berada di dalam kawasan rumah
agam itu. Rekabentuk rumah yang sangat unik, benar-benar seperti rumah tradisional
lama Korea.
Hana
ditolak hingga tersungkur ke tanah. Hatinya membara amarah walaupun ada sedikit
ketar. Iyelah, dia kini bukan di Malaysia, kalau berlaku apa-apa payah!
“Hey,
you almost break my camera!” Marah Hana kepada dua orang lelaki tadi. Hana
bingkas bangun dan membelek kamera kesayangannya, sambil itu tangan kanan
mengimbas pakaian yang dikotori tanah. Hana menjeling kedua-dua lelaki tersebut
dan kemudian berpaling ke depan. Akibat terkejut dengan kehadiran seorang
lelaki yang begitu hampir, dia terjelepok jatuh kembali. Lelaki dihadapannya
tersenyum sinis.
Kedua-dua
lelaki yang mengheret Hana mula bercakap-cakap dengan lelaki dihadapannya dalam
bahasa Korea yang sepatah apa pun dia tak faham. Kalau tengok drama ada
sarikata, sekarang ni serupa keadaannya waktu dia melayan lagu korea, satu
patah pun tak faham kecuali, saranghae!
“What
are you doing here?!” Soal lelaki dihadapan Hana, tegas. Hana bingkas bangun
dan menepuk perlahan kaki seluar yang kotor dengan tanah.
“I’m
a tourist; I’m just walking and taking pictures. Is that wrong?” Lelaki di
hadapan Hana itu masih memandangku dengan pandangan yang tajam.
“This
is a private area, restrict. You cannot come here as you please. Illegal!” Hana
terkedu. Mana aku tahu ini kawasan larangan. Alamak!
“Oh,
I’m really sorry. I really don’t know. I’m so sorry.” Bersungguh-sungguh Hana
memohon maaf. Mujur tak kena tembak sebab masuk kawasan larangan, getus hatinya.
“Are
you sure that you are here without any other reasons?” Hana mengerut dahi. Alasan?
“I’m
sorry, I don’t get it. What do you mean by that?” Lelaki di hadapan Hana
tersenyum sinis.
“Are
you sent by anyone, any agencies?” Hana menggeleng laju.
“Please
don’t misunderstand me. I can show you my passport if you are not believed in
me.” Hana mula menarik beg galas dan mencari passportnya. Tapi tangan itu
memegang beg Hana dan menghalang dia daripada terus mengambil passport.
“No…
No… It’s okay. Just give me your camera.” Pulak!
“Why
should I give it to you?” Lelaki itu tetap menyuakan tangannya. Hana
menggeleng. Lelaki itu mengangguk, Hana menggeleng lagi. Asyik buat benda sama,
lelaki tersebut mengeluh berat.
“I
just want to see what kind of pictures you have taken. Just that, so give me
your camera.” Ujar lelaki itu dengan ketapan gigi.
“No.
You can see all those pictures but let me, just me holding my camera, okay.” Hana
membalas, tegas. Hana bergerak ke sisinya apabila dia hanya mengangguk. Satu
per satu gambar yang diambil dikawasan rumah agam itu, dipaksanya Hana untuk
padam. Bila Hana tidak mahu, dia suruh membayar. Mahu tak mahu, Hana terpaksa
padam. Dalam pada proses padam memadam gambar, Hana menelek setiap inci tubuh
lelaki korea disebelahnya. Tampak seperti orang-orang kaya. Daripada baju yang
dipakai, kasut, jam dan cincin. Jam! Hana sudah terlewat 15 minit daripada
waktu berkumpul.
“I’m
sorry sir, but I’m already late to be back to my bus. I have to go now.” Ujar
Hana senafas lalu ingin terus melangkah laju. Baru sahaja mahu memulakan larian
obor, beg galasnya ditarik orang. Hana kalih sekilas, ah! Lelaki itu.
“I’m
not done yet!”
“But
I’m late. I’m not Korean but Malaysian. Please, my bus will leave me if I’m not
be there right now.” Hana mula merayu kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut
menarik kameranya, kasar.
“You
can go now.” Lelaki itu bersuara lagi.
“But
my camera…” Hana menuding kepada kamera yang dirampasnya sebentar tadi.
“You
take lots of pictures here. So I’m taking your camera as refund. You can go
now, your bus waiting.” Hana merengus geram. Lelaki itu mula melangkah masuk ke
dalam rumah. Hana cuba untuk mencari jalan. Idea!
“Sir,
wait!” lelaki itu berhenti melangkah dan berpaling menghadap Hana yang menjerit
memanggilnya. Hana mula berlari-lari anak, apabila sudah berada di hadapannya, Hana
lantas merampas kembali kamera dan terus berpusing melarikan diri sekuat hati.
“Sorry
sir. Thank you!” jerit Hana setelah jauh daripada mereka semua. Lelaki-lelaki
berkot yang mulanya mengejar, terhenti separuh jalan. Hana tersenyum. Selamat!
…….. Perbualan dalam Bahasa Korea
sebenarnya…..
“Kami
boleh tangkap dia Tuan.” Ujar Joong dengan sedikit tercungap-cungap, Kyung
hanya mengangguk menandakan dia bersetuju dengan apa yang dikatakan Joong.
“Biarkan
dia, dia tidak merbahaya, hanya seorang pelancong yang terlalu kagum dengan
Korea.” Jason tersenyum. Gadis itu sungguh unik! Jason meletakkan telapak
tangannya ke dada, degup itu seperti biasa dirasakannya dulu. Sudah lama tidak
terasa detak yang sama, kenapa tiba-tiba?
=================================
Aku
berlari-lari ke tempat bas. Jam dibalik lengan baju aku belek. Ah! Sudah
terlalu lewat. Sebenarnya, aku tercari-cari jalan ke tempat bas tadi, sudah
hampir setengah jam aku berpusing, dan akhir kembali ke tempat yang sama.
Keadaan sekeliling semakin gelap, aku takut! Kenapa benda buruk jadi dekat aku
sewaktu ke Korea, tempat percutian impianku? Air mata mula bertakung ditubir
mata.
Aku
tidak putus asa, aku teruskan melangkah. Usahaku nyata tidak sia-sia, aku
berjaya kembali ke tempat bas tetapi kawasan itu kosong, jangan kata bas,
basikal pun tiada. Jangan kata orang, kucing pun tiada. Air mata yang mulanya
seakan mahu kembali dalam bebola kini merembes laju keluar. Aku sudah
tertinggal!!!
“Abah…
Hana takut…” Aku menangis sambil memandang ke sekeliling. Kakiku tetap
melangkah mengelilingi kawasan, mungkin ada orang yang boleh membantu aku
bertemu kembali dengan kumpulan rombongan percutianku.
======================================
Jason
menutup pintu gelongsor rumahnya. Baru berpaling kebelakang, dia tersentak dek
kehadiran gadis genit petang tadi. Hampir luruh jantungnya melihat gadis yang
berbungkus dari atas sampai bawah.
“Why
are you still here?” Ujar Jason sambil mengurut dada. Hana memandangnya dengan
mata yang dikaburi air mata. Lama, namun kemudian Hana terus terjelepok jatuh,
dan terus sahaja menangis teresak-esak. Kalau mak ada, mesti mak akan kata,
macam budak-budak hang ni Hana!
“Hey
girl, why are you crying?” Soal Jason, dia memandang Hana yang menangis dan
kemudian menjengah keluar, hanya memerhati jika ada sesiapa yang telah
membuatkan si gadis ini menangis sebegini rupa.
“Hey…”
Jason duduk bertinggung. Dia menolak bahu Hana dengan hujung jarinya.
“Hey…
did my bodyguard hurt you?” Takut juga si Joong dan Kyung mengapa-apakan gadis
ini. Mereka berdua terlalu menjaga Jason!
“No…
just…” Hana tidak dapat menjawab, dia terlalu sedih, takut dan macam-macam
lagi.
“You
just what?” Jason menyoal lagi. Hana mengangkat muka memandangnya Jason yang
berada betul-betul dihadapannya.
“They
left me. When I got there, they weren’t there anymore. I’m scared…” Hana
menyambung tangis. Jason mengangguk-angguk, sudah faham kenapa si gadis itu
menangis sesungguh hati. Diangkat tangannya perlahan, dan menepuk-nepuk
perlahan bahu gadis itu, sekadar menenangkan hati si gadis.
“Shh…
There was nothing to be scared. I’ll help you. Don’t worry.” Hana
terkebil-kebil memandang Jason. Air matanya disapu kasar dengan jemarinya.
“Let’s
go, send me to my bus.” Hana bingkas bangun, Jason turut bangun dan
tergaru-garu kepala. Hana masih setia memandangnya.
“But,
I have something to do first. My work...”
“But,
just now you said you want to help me….” Mata Hana yang bulat itu mula
bertakung air kembali. Jason menahan.
“Hey…
hey… don’t cry. I will help you, but after I’ve finish my work first. Just for
a few minutes. Can you wait?” Jason berkompromi. Hana menangguk juga, namun
hatinya resah. Langkahnya menuruti langkah Jason.
“I
can wait but I don’t know about my bus, either they can wait or not.” Hana
bersuara perlahan. Air mata yang mengalir perlahan dipipi, disapu cepat agar
tidak disedari oleh Jason. Jason mengeluh perlahan, tangannya menyeluk poket
bajunya. Sapu tangan putih itu dihalakan ke arah Hana, matanya masih pada
pemanduannya.
Hana
mengambil dengan teragak-agak dan malu! Dia sudah terlalu banyak menangis
dihadapan lelaki asing itu. Kalau dulu, air matanya hanya abah yang nampak.
“Hana,
kalau abah takde nanti, abah jangan nangis tau.”
“Tapi,
Hana mesti sedih, kalau sedih Hana mesti nangis.”
“Air
mata Hana, mahal. Biar abah aje tengok, orang lain tak boleh tengok kecuali…”
“Kecuali?
Siapa abah?”
“Suami
Hana… orang yang akan jaga Hana macam abah jaga Hana. Ingat tu…”
Terlayar kenanganya bersama abah
dahulunya. Waktu itu dia masih disekolah rendah, menangis kerana berebut teddy bear dengan Kak Long. Abah pandai
memujuk, disebabkan kata-kata abah, Hana menjadi seorang gadis yang kental.
Payah hendak melihat Hana menangis, sewaktu berita kematian abah di tanah suci
juga, Hana tidak menangis walaupun setitik air mata. Hana hanya tersenyum, abah
sudah mencapai impian terakhir dalam hidupnya. Abah mahu disemadikan di tanah
suci. Pada Haji kedua abah, impian abah akhirnya dimakbulkan, abah pergi
menghadap Ilahi pada 1 syawal dua tahun lalu.
“You want to eat something?” Suara Jason
menyedarkan Hana daripada lamunan panjang. Hana memandang ke luar tingkap.
Restoran V’cuisine?
“I’m hungry but…” Hana ragu-ragu.
Jason yang baru hendak melangkah keluar terbantut.
“Why?” Hana teragak-agak untuk
menjawab.
“I am a muslim.” Jason mengangkat
kening.
“So…?” Hana menggaru pipi yang tidak
gatal.
“I can’t explain…” Hana menutur
lemah. Payahnya nak jelaskan, dia faham ke nanti? Hana merungut sendiri.
“Don’t worry, this is vegetarian
restaurant. Hundred percent veggies, no alcohol and no pork. Let’s get in.”
Hana terlopong. Tahu ke dia?
………………….
Dari
jauh Hana memandang Jason yang sedang serius berbincang dengan seorang lelaki.
Mungkin jumpa client, Hana meneka sendiri. Makanan dihadapannya disuapnya
perlahan-lahan. Ralit Hana memerhatikan Jason, namun secepatnya dia mengalih
pandangan apabila Jason turut memandang ke arahnya.
“It
is nice isn’t it?” Ujar Jason sambil tangannya mengambil sebiji bebola sayur
lalu memasukkan ke dalam mulut. Hana mengangguk perlahan.
“Bashhta…”
Ujar Hana sambil tersenyum, Jason turut tersenyum.
“You
can speak Korean?” Hana menggeleng.
“Just
a few and simple words, I love watching Korean drama, listening to Korean
song.” Jawab Hana dengan wajah keterujaannya. Jason mengangguk faham.
“Then,
you will love this…” Jason bangun daripada duduknya dan menghampiri sekumpulan
pemuzik yang berada di sudut pentas yang ada dihujung restoran itu. Jason
mengambil tempat di pentas sambil memegang gitar. Hana berkerut dahi, kata-kata
Jason sebentar tadi cuba dihadam bersama dengan apa yang Jason lakukan
sekarang.
Jason
membisikkan sesuatu kepada pengacara yang beberapa minit lalu mengumumkan
sesuatu dalam bahasa Korea yang sememangnya tidak difahami Hana.
“Our
boss said that he have new friend from Malaysia, he dedicated this lovely song
for her. Hope you will smile again…” Hana terkedu, bos? Petikan gitar itu
menarik perhatian Hana. Sepenuh perhatian diberikan kepada Jason, hilang
sebentar kerisauan yang berhimpun dihati.
Utseobwa seulpeohajiman malgo
gwaenchanh-a nunmul heulliji malgo
jigeum bureuneun nae noraega
jakeun wiroga doegil barae
gwaenchanh-a nunmul heulliji malgo
jigeum bureuneun nae noraega
jakeun wiroga doegil barae
Utseobwa apahajiman malgo
gwaenchanh-a sesangi neol himdeulgehaedo
i sigani da jinagamyeon
modu da neol ihae halgeoya
gwaenchanh-a sesangi neol himdeulgehaedo
i sigani da jinagamyeon
modu da neol ihae halgeoya
Utseobwa ne gyeot-e ittjanh-a
saranghae nae mam-i deullini
nuga mworaedo neol midgot itneun
naega hamkke ittjanh-a
saranghae nae mam-i deullini
nuga mworaedo neol midgot itneun
naega hamkke ittjanh-a
Utseobwa
Neol midgoittneun naega ittjanh-a ….
Hana tersenyum, lagu ini terlalu
biasa ditelinganya. Suara Jason bagai terus masuk dan mendinginkan hatinya.
“A
comfort song for you, hope you like it.” Ujar Jason sebaik melabuh duduk
disebelah Hana kembali. Hana tersenyum.
“Thank
you. Even you sang it in Korean, I knew the meaning. A song from the latest Korean
drama isn’t it?” Jason ketawa kecil.
“It
is quite hard if I sang it in English.” Hana mengangguk dengan senyuman.
“Thank
you, that helped me a lot.”
“You
are welcome.” Ujar Jason, lalu meneguk air perlahan. Hana memerhatikannya,
pandangannya terfokus pada setiap inci wajah Jason. Tergodakah dia?
“Stop
starring at me or you will fall for me.” Jason bersuara tanpa memandang Hana,
yang tidak itu termalu sendiri. Dibetulkan tudung yang dipakainya, entah mana
yang perlu dibetulkan lagi.
“I’m
thinking if you can send me to the Hotel that I used to stay yesterday. Can
you?” Hana menyerahkan kad Hotel yang diterimanya sebaik check-in di Hotel
Deugeun semalam.
“Owh…
just nearby, we can just go there by walking.” Jason menyerahkan kembali kad
Hotel itu dengan senyuman. Hana terkejut.
“Really,
Alhamdulillah… it makes me feel relief!” Hana tersenyum dengan muka yang sungguh
bahagia dan gembira. Wajah Hana itu memukau pandangan Jason, lantas dilarikan
matanya daripada terus memandang wajah gadis itu.
“Let
me…” Belum sempat Jason menghabiskan kata-katanya, jeritan seorang perempuan
yang memanggil nama Hana menampar telinga.
“Kak
Rozy!” Hana berlari ke arah Kak Rozy yang merupakan salah seorang ahli
rombongan percutiannya.
“Kamu
pergi mana Hana, puas kami cari. Mr.Kyeung risau gila bila kamu tak
sampai-sampai!” Setelah meleraikan pelukannya.
“Hana
tersesat dalam taman tu sebab tu jadi lambat, bila sampai aje kat tempat bas,
semua dah takde.” Hana bercerita dengan nada yang sedih, nada menahan air mata.
“Mr.Kyeung
ada dekat hotel, nak uruskan pencarian kamu. Baik kamu balik hotel sekarang.”
Hana mengangguk laju,baru hendak keluar restoran Hana teringatkan Jason.
“Akak
kejap, nak pergi beritahu kawan Hana dulu.” Kak Rozy tercengang, sejak bila
Hana ada kawan dekat Korea ni?
Hana
berlari-lari anak ke arah Jason yang sedari tadi memerhatikannya. Bibir Hana
kembali menguntum senyuman seperti sebelum-sebelumnya.
“Now
you’re safe.” Ujar Jason, belum sempat untuk Hana bersuara. Hana mengangguk
kepalanya.
“Thanks
a lot Mr….” Hana terhenti, dia masih belum berkenalan dengan lelaki itu.
“Looks
like we’re not introduce our self yet.” Ujar Jason dengan riak bersalah, begitu
juga Hana.
“We
forgot the most important thing…” Ujar Hana.
“It
is okay, I’m Jason. Nice to meet you ….”
“Hana…”
Hana menyambung. Mereka berdua kemudian terdiam sendiri, keadaan yang agak kaku
daripada sebelumnya. Kenapa perlu mereka berasa tidak selesa?
“I’ve
got to go, nice to meet you too Jason. See you again, if… there were time for
us.” Ujar Hana sambil melambai tangannya beberapa ketika, kemudian terus
kembali kepada Kak Rozy yang masih setia menunggu. Jason hanya mengangkat
tangan kanannya sekali dan kemudian kembali menyembunyikan tangan di dalam
poket seluarnya. Kelibat Hana diperhati hingga hilang daripada pandangan mata.
Kenapa ada rasa sayu dalam hatinya?
=============================
Aku
kini di kawasan rumah api, Pulau Jeju. Tempat yang paling aku idamkan untuk
menjejakkan kaki. Kini impian menjadi kenyataan. Hati ini tidak puas berterima
kasih pada abah yang menghadiahkan percutian ke Korea kepadaku, sempena
meraikan aku tamat pengajian diperingkat Sarjana Muda. Abah sudah merancang
lebih awal, dua tahun awal. Tiket ini aku terima daripada peguam abah sebaik
aku menerima segulung Ijazah.
“Abah…
hati adik telah tercuri dek manusia Korea. Mulut abah masin bah… Adik rindu
abah…” Aku berbisik perlahan pada angin yang sejuk menghembus diriku.
Hari
ini hari terakhir percutianku, cukup empat hari aku di sini. Belum puas
rasanya. Masih ada tempat yang terasa belum aku jejak. Tapi cukuplah, aku sudah
merasa dinginnya angin Korea, sedingin hatiku yang terlalu teringin ke sini
dahulu.
Jason,
sejak malam itu, aku belum berkesempatan bertemu dengannya. Mungkin itu hari
pertama dan terakhir aku berbual dengannya, siapa tahu, pertemuan yang kedua
dengannya lebih bermakna. Setiap kali aku memejam mata untuk menikmati
kedinginan angin Korea, kerap kali wajahnya muncul dilayar mata. Jenuh aku
tepis tapi bayangan itu terlalu degil untuk pergi. Kenapa perlu ada rasa
begini?
xxxxxxxxxxJasonxxxxxxxx
Petikan
gitar ini tidak memberikan ketenangan buatku. Sebaliknya, wajah gadis genit itu
sungguh mendamaikan. Oh, Tuhan apakah semua ini? Aku meletakkan kembali gitar
kesayanganku ke tempatnya. Aku melangkah ke arah taman. Masih terasa dingin
penghujung musim sejuk. Tanganku masukkan ke dalam poket seluar.
Jika
sebelum ini, taman ini tidak memberi apa-apa inspirasi buat aku, kini ia adalah
sumber utama. Sejak hadirnya gadis bernama Hana itu, hidup aku berubah hampir
seratus peratus. Kenapa?
Bunga-bunga
kecil yang melingkari pagar buluh aku sentuh perlahan.
“Hana…”
Mulutku pantas sahaja menyebut nama itu. Hana bermaksud bunga kalau dalam
Bahasa Jepun. Setiap bunga yang ada aku sentuh dengan jemariku. Nama Hana setia
meniti dibibir. Rindukah aku? Sekuntum bunga putih melayang-layang dan kemudian
jatuh tepat pada bahuku. Aku pasti dia juga sedang mengingatiku.
============================
“Seen
today is your last day in Korean, I already prepared for farewell party, all
counts on me.” Semua ahli rombongan percutian bersorak girang dengan pengumuman
yang disampaikan Mr Kyeung sebentar tadi. Siapa tak suka orang nak belanja
makan kan?
“But,
I have a request. Hope the youngest will fulfill it.” Mr.Kyeung mula memandang
ke arah Hana. Hana terkedu, alamak! Orang ramai mula bersorak lagi.
“What
was it Mr.Kyeung?” Hana mula menyoal, risau!
“I
heard you sang Korean song last day at Jeju’s Island. So, tonight I want to
hear it again, can I?” Hana ternganga, lantas ketawa kecil.
“No
problems! Do I have to sing it here, now?” Alah, bukan apa-apa pun, semua dah
macam kawan baik sepanjang percutian ini. Mr.Kyeung menggeleng, Hana menjungkit
kening.
“No,
not here, tonight at the farewell party.” Hana menelan liur sendiri. mampus!
Hana
mengemaskan pakaian dan barang-barangnya secepat mungkin. Dia sudah terlambat
untuk ke party perpisahan yang diadakan di restoran berdekat. Kak Rozy dan
suami sedang menunggunya di lobi. Tidak banyak cenderamata yang dibelinya
sepanjang di Korea, hanya beberapa barang untuk diberikan kepada anak-anak
saudaranya sahaja. Gambar, gambar yang sudah terlalu banyak. Gambar kenangan
untuk di bawa pulang ke Malaysia, entah bila lagi dia akan ke sini. Kamera di
sangkutkan ke leher, lantas Hana melangkah keluar.
“Lamanya
kamu bersiap Hana, abang Lan dah lapar sangat tu.” Ujar Kak Rozy sambil
menunjuk ke arah Abang lan yang sedang berdiri di luar Hotel.
“Sorry
akak, sakit perut tiba-tiba.” Hana tersengih-sengih, takut kena marah
sebenarnya.
“Erm…
macam-macam, jom cepat.” Kak Rozy menarik tangan Hana supaya melangkah
menyainginya.
“Restoran
mana kak?”
“Ala...
restoran depan tu, restoran yang akak jumpa kamu haritu, deu apa entah nama
dia.” Hana terkedu.
“Deugun?”
“Ha..
betullah tu…” Kak Rozy melepaskan pegangan tangannya selepas Abang Lan
menyuakan tangan untuk berjalan bersama. Orang baru kahwin kata kan. Hana
melangkah berat. Jantungnya berdetak lagu. Kalau boleh, tidak mahu bertemu muka
dengan dia. Takut terus jatuh dan terjatuh.
“Hana,
jalan la laju sikit, dah lambat ni.” Kak Rozy bertempik.
“Akak
dengan Abang Lan jalan dulu, Hana sampai kejap lagi.” Kak Rozy sekadar
mengangguk dan terus melangkah laju ke restoran.
Hana mengatur langkah satu per satu.
Berat rasa hatinya. Sejak dia bertemu dan dibantu oleh Jason, hatinya bagai
tertinggal di situ. Kenapa? Kalau dulu, terlalu inginkan cinta seperti drama
korea, terlalu inginkan lelaki korea menjadi pasangan, tapi kini? Realiti tak
semudah imaginasi. Hana mengeluh berat.
“Tired or feeling sad?” Suara itu
mengejutkan lamunan Hana, pantas dia kalih ke sisinya. Jason tersenyum manis.
Ah! Senyuman yang membuatkan jantung Hana berdegup lebih laju daripada
sebelumnya.
“Jason…” Hana menutur perlahan.
“Yes, I am. Why Hana? You look too
surprise.” Jason mengerut kening. Hana menggeleng laju, pandangan dikalih,
menyembunyikan wajahnya yang mula memerah.
“No… nothing.” Hana mempercepatkan
langkah yang sengaja dilambatkan tadi.
“Hey… wait for me.” Jason memanggil
Hana yang langkahnya mula menjadi seperti larian.
“Hana!” Jason mencapai pergelangan
tangan Hana dan menahannya daripada terus melangkah. Hampir-hampir sahaja Hana
terjatuh dek rentapan itu.
“Are you trying to avoiding me or
what?!” Ada nada marah dalam persoalan Jason itu. Hana membulat mata memandang
Jason, apabila mata mereka bertentang, sepantasnya Hana melarikan pandangannya.
Hana cuba meleraikan pegangan Jason yang kian erat di lengannya. Biarpun
berlapik, Hana tidak selesa.
“I’m not! And please…” Hana menjawab
lembut dan pandangnya menyorot pada pegangan Jason. Jason yang mengerti
meleraikannya dengan cepat.
“Sorry…”
“My friend has waiting for me at your
restaurant. I have to go now.” Hana menutur perlahan, dan mula ingin menapak
pergi. Jason menghalang langkah Hana dengan tangannya. Hana mengeluh lemah.
“Meet me after party? Can you?”
“Why?” Hana kalut.
“Tonight is your last night here,
isn’t it?” Hana mengangguk perlahan.
“Before you leave, I have something
to give to you, my new friend, Hana.” Kata-kata Jason bagai air sejuk yang
mendinginkan segenap hati Hana. Rasakah dia apa yang aku rasa?
Hana berbisik di dalam hati.
“We’ll see if there is a change or
time.” Hana berdolak dalih.
“Spare just a minute for me, Hana.”
Jason bersuara lagi, lembut seakan merayu. Hana mengangguk perlahan. Kenapa
perlu ada pertemuan terakhir, kalau ianya sekadar menambah beban dalam hati?
“I can’t promise you.” Ujar Hana apabila
dia sudah jauh ke depan. Jason memberikan pandangan yang kecewa. Kenapa payah
bagi Hana untuk memberikan dia sedikit masa? Dia perlukan masa itu, Hana perlu
tahu sesuatu.
“Hana… I will wait for you.”
=================================
Aku
gerak ke kiri dan kanan. Sukar sungguh untuk melelapkan mata. Sepatutnya aku
gembira kerana sudah selamat sampai ke Malaysia. Tapi tidak, resah! Ibu sudah
berkali-kali bertanya, aku tidak seperti aku, hilang celoteh, hilang mulut
murai yang sepatutnya menjadi sebahagian hidupku.
“I’ve
wait for you five hours Hana, didn’t enough for you to kept me waiting there?”
kata-kata terakhir Jason sebelum dia menyerahkan sebuah kotak silver berbunga
merah jambu kepadaku dan terus melangkah pergi. Hatiku terasa ketar yang lain
macam apabila kata-kata itu aku kenang kembali. Langkah Jason aku iringi hanya
dengan pandangan mata yang berbalam. Tidakku hentikan malah aku ingin dia terus
melangkah pergi. Hati ini siapa yang tahu ketar dan detaknya laju daripada aras
normal!
“Abah,
mulut abah masin sangat, adik betul-betul tersangkut dengan mamat korea.”
Hatiku berbisik kecil, senyuman hambar terukir jua dibibir biarpun air mata
terus sahaja mengalir bagai tiada henti.
xxxxxxxJasonxxxxxxxx
Entah
tebal mana lagi baju yang perlu aku sarung. Kalah waktu musim sejuk! Kedinginan
ini menghangatkan lagi rasa rinduku pada Hana. Entah mengapa, bayangan gadis
bertubuh genit itu sungguh menghantui hidupku. Oh Tuhan, benarkah dia yang kau
hadirkan untukku?
Kebisuan
gadis itu ketika di lapangan terbang begitu menyesakkan fikirannya. Tidak dia
merasakan apa yang aku rasa? Tidakkah jantungmu berdetak sehebat jantungku
berdetak? Mungkinkah hanya aku yang memiliki rasa ini sejak saat pertama
wajahmu ku terpandang?
“I’m
just scared to be lost again.” Kata-kata Hana sewaktu aku menyoalnya buat kali
terakhir, mengapa dia seakan melarikan diri daripadaku. Mungkinkah dia juga
merasa yang sama?
====================
“Hana,
can you?” Mr.Kyeung menyerahkan mickorfon kepada Hana. Hana teragak-agak. Ibu
tahu mesti marah ni, nyanyi depan khalayak ramai. Zaman kecik-kecik boleh la,
Hana berfikir dua tiga saat.
“Just
one song, okay Mr.Kyeung?” Anggukan daripada Mr. Kyeung melegakan Hana. Untuk
kali ini saja! Hati Hana berdetak. Langkah diatur perlahan menaiki pentas kecil
dihujung restoran. Mickrofon, diletakkan di tempatnya, Hana mengemaskan duduk.
Gitar disebelahnya di ambil, dan dibetulkan dahulu tunenya. Di sinilah juga
Jason mendendang lagu untuknya sebelum ini. Hana tersenyum sendiri.
“A
song…. from the bottom of my heart. Because I Miss You…” Petikan gitar Hana
mendapat sorakan yang gemuruh daripada rombongan percutiannya dan
pelanggan-pelanggan restoran tersebut. Dari kejauhan ada mata yang memandang,
mendengar penuh minat.
Neul ttokgateun haneure (it’s always the same sky)
Neul gateun haru (It’s always the same kind of day)
Geudega omneun-gotmalgoneun
Dallajin-ge omneunde
Nan bonenjur-aratjyo
Da namgim-obsi
Anijyo anijyo nan ajik (No, no, I still haven’t)
Geudereul motbonetjyo (I still can’t let you go)
Geuriwo geuriwoso (I miss you)
Geudega geuriwoso (because I miss u)
Meil nan honjasoman (everyday, I’m alone)
Geudereul bureugo bullobwayo (and I call for u 2x)
Neul gateun haru (It’s always the same kind of day)
Geudega omneun-gotmalgoneun
Dallajin-ge omneunde
Nan bonenjur-aratjyo
Da namgim-obsi
Anijyo anijyo nan ajik (No, no, I still haven’t)
Geudereul motbonetjyo (I still can’t let you go)
Geuriwo geuriwoso (I miss you)
Geudega geuriwoso (because I miss u)
Meil nan honjasoman (everyday, I’m alone)
Geudereul bureugo bullobwayo (and I call for u 2x)
Bogopa bogopaso (I want to see u)
Geudega bogopaso (because I want to see u)
Ije nan seupgwanchorom (now just like a habit)
Geudea ireumman bureuneyo (I only call out your name)
Oneuldo (even today)
Haruharuga jugeul gotman gateunde
Ottoke heyaheyo
Saranghe sarangheyo
Geudereul sarangheyo
Maljocha motchagoso
Geudereul geuroke bonenneyo
Mianhe mianheyo (I’m sorry)
Ne mari deullinayo (can u hear my heart?)
Dwineujeun ne gobegeul (My already late confession)
Geuden deureul su isseulkkayo (Are u able to hear that too?)
Sarangheyo (I love u)
…………………………………………
Pakaian
yang telah siap dilipat di masukkan ke dalam bagasi kecil di atas katil.
Beberapa helai tudung yang telah dipadankan dengan pakaian yang dibawa, turut
dimasukkan. Kakinya melangkah ke bilik air, mengambil keperluan yang telah
siapkan petang tadi lagi. Kuakkan pintu bilik membuatkan dia terjengah sebentar
ke luar. Farah.
“Belum
siap lagi kemas baju?” Farah melabuh duduk dikatilnya. Hana keluar membawa beg
plastik yang mengandungi barang keperluannya.
“Dah
siap dah, nak masukkan dalam beg aje. Ni yang last.” Hana menunjukkan beg
plastik kecil itu lalu terus memasukkannya ke dalam poket kecil bahagian depan
bagasi. Farah hanya tersenyum, Teddy Bear Hana di ambilnya dan dipeluk.
“Tak
sabar nak pergi kursus esok kan…” Hana menjungkit kening. Hana melabuh duduk di
kerusi meja solek, sikat di ambil dan disisir rambutnya.
“Kenapa
tak sabar? Aku biasa je.” Farah mencebik.
“Kau
memang… tak sabar la, Cikgu Shimah cakap, penceramah yang akan bagi talk masa
kursus esok dan lusa pure Korea!” Hana menekup telinga, dek jeritan Farah yang
tiba-tiba.
“Kau
ni, jerit pulak, kalau Korea kenapa?” Hana menggeleng kepala, rambutnya
disatukan dan diikatkan dengan getah rambut yang dipakai ditangan sedari tadi.
“Ala…
dulu masa dekat U, kau yang paling excited dengan lelaki-lelaki Korea. Kenapa
sekarang tak excited dah? Kau masih ingat dekat mamat tu ke?” Farah menebak
hati Hana. Hana cuma tersenyum hambar.
“Dulu
aku tak matang lagi, sebab tu macam tu…”
“Sampai
apek pun kau kata Korea!” Farah ketawa besar. Hana menjeling tajam, ada sahaja
cerita lama yang nak diungkit Farah.
“Dulu
okay, dulu… sekarang aku dah matang.” Farah menjuih bibirnya. Dia bergerak dari
katil mendekati Hana yang berada di meja solek. Hana memandang Farah pelik.
“Matang?
Kau matang?” Hana mengangguk laju.
“Matang
apa benda kalau macam ni…” Farah menunjuk ke arah gambar-gambar yang dilekatkan
di cermin meja soleknya. Hana mengetap bibir.
“Ni
tak termasuklah, dah lama lekat, malas nak buang.” Farah mengetuk dahi Hana.
Hana ternganga, tangannya menggosok tempat yang diketuk Farah.
“Kau
kenapa!” Hana marah.
“Penuh
sticker love, gambar kau, sampai nak
tengok cermin pun tak boleh. Matang kau kata? Hana, Hana… sampai bila nak seksa
hati sendiri eh?” Hana mengeluh lemah. Malas bila Farah mula membuka topik yang
tidak mahu dibincangkan.
“Bukan
seksa, aku ajar hati aku.” Hana menyandarkan badannya ke sisi jendela.
Pandangan dilepaskan keluar.
“Ajar?
Apa yang kau nak ajar? Tak cukup mengajar students kat sekolah tu Hana?” Farah
cuba menggeletek hati Hana yang sudah mencerut wajah, tapi tidak berjaya.
“Ajar
hati aku terima realiti bukan terus berimaginasi Farah. Cukup-cukuplah aku
habiskan usia remaja aku dengan berangan benda yang tak pasti.” Giliran Farah
pula untuk mengeluh. Didekatinya Hana yang berada dijendela bilik.
“Realiti
dah tiba masa tu, tapi kau lari Hana. Kau terlalu takut dengan realiti,
sekarang kau nak paksa hati kau menafikan realiti, bukan ajar terima realiti.”
Hana memejam matanya rapat. Terasa beban berat bagai tergantung dipangkal
hatinya.
“Dah
la Farah. Dah lewat ni, esok awal pagi kita nak bertolak, Cameron Highland
kalau lewat sangat nanti sesak jalan dia. Jom tidur jom…” Hana cuba lari
daripada menjawab dan melawan kata-kata Farah yang bisa membuat dia terfikir 48
jam!
“Nak
lari pandai. Bila boleh aku dapat tebak apa yang kau simpan dalam hati kau tu?”
Soal Farah sambil berdiri berpeluk tubuh memandang Hana yang sudah
terkulat-kulat.
“Suatu
hari nanti, bila fantasi aku suatu masa dulu jadi sebuah realiti. Masa tu aku
keluarkan hati aku untuk kau baca.” Hana bersuara bersungguh. Farah tersenyum
dan mengangguk lalu terus melangkah keluar dari bilik Hana.
“Hari
tu takkan tiba Farah…” Hana memejam matanya buat kesekian kalinya, air panas
mengalir laju membasah pipinya. Tangan ditekup ke dada, terasa dengup yang
memeritkan rasa didada. Allah, cinta dunia ini sungguh sukar mencari nyatanya,
mudahkan aku merawat hati ini.
==============================================
Aku
mendekati meja solek. Gambar-gambar yang aku lekat dicermin solek, aku sentuh
dengan jemariku. Terukir jua senyuman dalam tangis yang kian melebat. Satu per
satu gambar aku belek. Setiap kenangan di sana bagai terimbas. Kenapa perlu
Jason memberikan setiap gambar yang diambilnya ini kepadaku?
“Keep
this with you. Even there are single days you hate me the most!” Kata-kata itu
menerobos jelas ke pendengaranku, kotak silver bertukar tangan. Ya! Setiap hari
aku cuba membenci dia. Setiap saat aku cuba hapuskan bayangan dia, namun payah!
Gambar
aku sedang cuba melompat mencapai hujung daun yang masih tersisa dengan salji.
Gambar saat butir-butir putih itu jatuh membasahi wajahku. Semua, setiap
langkahku di sekitar rumahnya. Gambar aku menyentuh buluh pagar rumahnya, jelas
wajah keterujaanku ketika itu, rumahnya terlalu unik, aku teruja!
Gambar-gambar
ini bisa membawa aku kembali seolah-olah masih berada di sana. Bagai ada
rakaman dibalik gambar ini, aku bisa tersenyum sendiri tanpa perlu ada pelawak
yang menggeletek hatiku. Jason, kenapa perlu aku rasa begini?
=================================
Hana
membetulkan kot yang membaluti tubuhnya. Dewan itu sudah terlalu dingin
dirasakan. Tidak ramai wakil guru yang hadir kursus Keusahawan kali ini, tidak
seperti tahun lalu, penuh! Farah berulang kali menyelak buku program yang kami
terima, Hana sampai naik rimas.
“Kau
ni kenapa Farah, dah beribu kali kau selak buku tu. Cari apa, penanda buku?”
Hana menyoal sambil menyindir. Farah tetap menyelak, sehelai demi sehelai.
“Ish…
kau ni, aku tengah cari nama mamat Korea yang jadi penceramah kursus kita ni la.
Tak ada pun, tipu ke apa cikgu Shimah tu…” Farah membebel, Hana tergelak kecil.
Pulun sangat aih!
“Yang
kelam kabut sangat kenapa? Tunggu la, lagi 15 minit start la kursus kita, kau
boleh tengok dia.” Farah menutup buku program kasar, Hana mengerut kening.
“Kalau
nama takde mesti kejap lagi pun takde. Ish!” Farah merengus kasar. Hana
menggeleng perlahan.
“Kau
ni… entah-entah mamat korea kau tu tua kerepot, nyesal kau.” Farah menjeling
marah. Hana geli hati, tangannya mengambil buku program daripada fail dan
membelek setiap nama.
“Haa…
ni dia… ada je, kau yang buta.” Hana menunjukkan pada satu nama. Laju saja
tangan Farah mencapai buku program daripada tangan Hana.
“Mana-mana…”
“Tu…
Mr. Johan Young.” Farah merenung nama yang ditunjukkan Hana. Terus sahaja
terukir senyuman dibibirnya.
“Johan…
macam nama orang melayu je kan… Muslim eh…” Farah mula teruja. Hana menjungkit
bahu.
“Mana
la aku tau, aku bukan AJK program pun…” Farah menjuih bibir.
“Tak
sabarnya…” Hana tercengang. Serius terasa Farah sangat gedik tika ini! Farah
menyerah semula buku program kepada Hana, dan terus sahaja mengambil cermin
kecil daripada beg tangannya dan mula membetulkan shawl yang dililit dikepala.
Farah melawa lebih daripada hari biasa ke sekolah. Betul-betul tak sabar ni!
Hana menggeleng perlahan, teringat sewaktu dia terlalu fanatik dengan Korea,
begitu jugalah kegedikkan dan keterujaannya. Paling memalukan, sanggup bergaya
seperti pelakon perempuan Korea sebab sekelas dengan lelaki cina yang bergaya
seperti mamat Korea!
“Eh…
diorang dah masuk dah…” Farah menyiku lengan Hana yang asyik membelek buku
program. Hana mengangkat mukanya sedikit memandang ke arah sekumpulan manusia
yang mula memasuki dewan. Para guru yang ada mula berdiri, sebagai menghormati
kehadiran tetamu yang memasuki dewan. Hana turut bangun dan mula membetulkan
baju kurungnya.
“Hana…
Hana… serius macho gila! Macam artis Korea aje dia tu…” Farah menggoncang tubuh
Hana laju, Hana yang tidak stabil dirinya hampir sahaja terjatuh kembali ke
atas kerusi. Hana berdecit kecil, geram dengan tingkah Farah yang ter’over’
excited itu.
Hana
membetulkan tudungnya, dan kembali memandang ke arah tetamu-tetamu yang
dinantikan, ada lima orang semuanya, seorang sahaja yang akan mengendalikan
kursus kali ini, yang lain adalah orang-orang yang menguruskan perjalanan
kursus. Hana memanjangkan kepalanya memandang ke arah penceramah yang buat
Farah hampir ‘gila’!
Hana
tergamam sendiri. Kakinya terasa sejuk, tangannya terasa gigil dengan tiba-tiba.
Mukanya berpeluh, merinik! Dia? Tak mungkin, mungkin pelanduk dua serupa. Hana
tidak tunggu lama, beg tangan di atas kerusi di sebelah, di ambil dan terus
berjalan laju keluar. Farah memandang Hana dengan pelik. Nama Hana di laung,
namun langkah Hana kian laju. Akibat terlalu terburu-buru keluar, Hana
terlanggar pekerja Hotel yang sedang menyorong troli makanan ditengah dewan.
Berdenting kuat bunyi gelas akibat terjatuh dan terus pecah. Hana sendiri
terpusing ke belakang dek perlanggaran itu, kembali menghadap semua tetamu yang
telahpun kalih memandang ke arahnya. Hana terkaku sendiri. Terus keras kakinya,
apabila mata itu tepat memandang ke arahnya. Dari duduk, dia terus berdiri.
Hana melangkah ke belakang perlahan-lahan, kakinya bagai disimen, keras dan
berat! Terus sahaja berpusing kebelakangan dan berlari keluar daripada dewan.
Hana memegang dadanya, detak itu kembali lagi, lebih perit daripada dulu,
kenapa?!
“Hana…”
Bibir itu menutur perlahan.
================================================
Air mata yang kian deras mengalir, aku
kesat dengan belakang tangan. Tanganku tekup didada, detak itu masih ada, masih
setia. Kenapa? Setiap kali aku fikirkan tentang dia, mesti detak itu hadir.
Perit! Sesak! Dadaku bagai mahu pecah. Kenapa?
Aku
pandang wajahku di cermin, bahagian mata yang mula comot aku bersihkan dengan
tisu basah. Tudung yang sudah berkeromot, aku betulkan kembali. Nafas, aku
tarik panjang dan lepaskan perlahan-lahan, masih ada air mata yang setia untuk
mengalir. Tubuhku sandarkan ke sinki. Beg tangan aku capai, dan telefon bimbit
aku keluarkan. Aku tekan butang menu, telefonku bercahaya, gambar diskrin
telefon cukup untuk membuat aku kembali tersenyum. Abah.
=========================================
“Abah,
Hana ingat pesan abah, sebab tu Hana lari tadi. Hana tak nak tumpahkan air mata
depan orang lain selain suami Hana. Betulkan tindakan Hana ni abah…” Hana
mengeluh perlahan.
“Tak
betul. Macam orang gila.” Suara Farah menyentakkan Hana. Air mata yang masih
mengalir, pantas disapu.
“Kenapa
Hana, tiba-tiba aje?” Farah turut menyandarkan tubuhnya ke sinki, betul-betul
disebelah Hana. Hana menggeleng perlahan, cuba menguntum senyum dan memandang
Farah.
“Ish…
huduh tau, tak payah senyum kalau nak menangis, macam hantu.” Hana mencebik,
Farah boleh buat lawak?
“Aku
okay, kau pergi la masuk dulu, kejap lagi aku masuk.” Hana menyimpan kembali
telefon bimbitnya ke dalam beg, bedak compact dicapai, dan disapu sedikit ke
wajahnya.
“Takde
makna, my handsome Korean man, Mr.Johan Young suruh I tengok-tengok kan you,
and bring you back to the hall. Clear? So, dah siapkan? Jom…” Farah menarik
lengan Hana, mengajak keluar daripada tandas. Hana merentap, hingga terlepas
pegangan Farah pada lengannya.
“He
what? Farah, can you… just this time, let me be here, alone…” Hana bersuara
lemah. Farah pelik dengan sikap Hana yang tiba-tiba begini, cengeng? Hana bukan
macam tu.
“Apa
kena la kau hari ni Hana?”
“Aku
okay, please Farah…” Farah mengeluh lemah dan terus sahaja melangkah keluar
daripada tandas, meninggalkan Hana untuk… sesaat dua.
“Tarak
makna. Jom.” Farah menarik Hana keluar daripada tandas, Hana terdorong ke
depan, mujur masih dapat mengawal langkahnya sehingga menyaingi langkah Farah.
Biar sekuat mana dia menarik tangannya daripada genggaman Farah, tidak berjaya.
“Farah…”
Hana bersuara.
“Jalan
aje Hana…” Farah ketawa ‘jahat’!
Mereka berdua melangkah memasuki
dewan, bila sudah ditengah dewan, barulah Farah melepaskan tangan Hana yang
digenggam sebentar tadi. Hana mengurut tangannya yang hampir kebas dicengkam
Farah.
Farah hanya tersengih, tersenyum
lebar ke arah Mr. Johan Young yang memandang mereka sedari memasuki dewan.
Biarpun sedang memberikan ceramah, matanya sempat mencerlung tajan ke arah
Hana. Hana sekadar menunduk sedikit, tanda hormat. Farah dan Hana kembali mendapat
tempat duduk mereka.
“Lady with pink scarf… thank you for
coming back here. Are you okay?” Hana
yang sedang ralit mengeluarkan buku nota tersentak apabila Farah menyikunya.
“Kau ni kenapa…” Hana menjeling
tajam, hatinya masih marah pada Farah. Farah memuncung-muncung mulutnya. Hana
mengerut dahi, tanda tak puas hati.
“Kau ni apasal Farah…” Soal Hana
dengan mengetap bibir, takut suaranya menarik semua orang.
“Miss Hana, are you hurt?” Hana
terkedu. Hana kalih pandangan ke depan. Dia cakap dengan aku ke?
“Miss Hana….” Suara orang ramai yang
mula ketawa, menyedarkan aku untuk menjawab apa yang disoal.
“No, I’m fine, thank you for your
concern.” Hana mengangguk kepala sedikit. Johan Young tersenyum dengan jawapan
Hana.
“You are MOST welcome Miss Hana.”
Johan Young menekankan sedikit pada perkataan ‘most’ yang membuatkan Farah
terus sahaja memandang ke arah Hana. Pandangan yang memerlukan sebuah
penjelasan.
“What?” Hana menyoal.
“Whats going here Hana, is he…” Farah
cuba menebak, Hana terus sahaja memintas.
“No… takde apa-apa, fokuslah…” Farah
mengangguk perlahan, malas bersoal, dia tahu Hana tidak akan menjawab, namun
dia juga tahu pasti ada sesuatu. Hana dan Johan… Apakah?
…………………………………
“Okay,
it is already late at night, I bet every one is tired right, so we stop here,
tomorrow we will continue again.” Apabila Johan Young sudah menamatkan
ceramahnya, cepat sahaja Hana mengemas barang-barang, mahu terus keluar dari
situ. Sejak tengah hari tadi, dia tidak betah berada di situ. Setiap slot,
pasti namanya dipanggil, serasa Hana ada 50 lebih guru yang hadir, tapi kenapa
asyik namanya dipanggil? Baru sahaja mahu bangun dan keluar, namanya sekali
lagi dipanggil.
“Miss
Hana, can you wait here for a while?” Kalau Johan sekadar berkata tanpa
mikrofon mahu sahaja dia buat dek, tapi… satu dewan sudah pandang ke arahnya.
Dalam hampa, Hana mengangguk perlahan, tidak langsung dipandang Johan Young
yang berada di hadapan.
“Hana,
aku pergi dulu, mengantuk la…” Farah terus sahaja melangkah keluar tanpa sempat
Hana menahan. Tak guna punya kawan! Bentak hati Hana.
Hana
duduk ditempatnya, statik. Masih ada beberapa orang guru yang sedang berbual
dengan Johan Young, mungkin ada beberapa soalan yang ditanya. Hana mengambil
waktu itu untuk mengumpul kekuatan. Hatinya mula terasa denyutan. Janganlah
detak itu datang!
“Hana…”
Suara itu kedengaran hampir ditelinganya. Hana mengangkat wajahnya. Hana
tersentak, lantas dilarikan wajahnya menjauhi Johan Young yang begitu hampir
dengannya.
“Dreaming?
Want me to pinch you, so that you can wake up from your dream?” Johan bersuara
lagi, senyuman sentiasa terukir dibibirnya. Johan melabuh duduk dikerusi,
betul-betul disebelah Hana. Hana memeluk beg tangannya erat, suaranya hilang,
dadanya berdetak kuat, tapi perit itu tiada, pelik!
Johan
meletak kedua-dua tangannya ke kepala kerusi didepannya. Hana tetap membisu.
Yang menemani mereka sekarang, hanya deruan nafas dan bunyi pendingin udara
dewan.
“It’s
been a long time we didn’t meet. Two years isn’t it?” Johan Young memecah
keheningan yang terbina antara mereka.
“Hana…
please… say something, I miss you, a lot my Hana.” Hana terkaku, baru hendak
bersuara, kata-kata itu mematikan segalanya tetapi tidak jantungnya, kian laju
berdetak.
“Okay,
I will wait till you are ready. If five hours in a cold weather I can stand,
five years is just a same.” Johan Young terus bangun dari duduknya. Hana kalih
wajahnya ke arah Johan Young yang sudah mula melangkah menjauhinya.
“Johan?
Then who is Jason?” Johan Young mematikan langkahnya, senyuman terukir
dibibirnya. Akhirnya suara yang dirindu menampar lembut telinganya. Perlahan
dia memusingkan tubuh ke arah Hana yang masih duduk di situ. Matanya terus
sahaja singgah ke mata Hana yang bundar. Hana pantas sahaja melarikan
pandangannya. Johan Young tersenyum lagi.
“Johan
is the same person you met at Korea Hana, Johan is Jason, and Jason now is
Johan.” Hana mengerut dahi.
“Is
that means you are now….”
“Muslim.
Almost three years.”
“Three
years, it that means, when we met…”
“Yes,
when we met I’m already a muslim. Hana, we even didn’t get any chance to
introduce ourself, how we want to get know better that time…” Hana mengangguk
perlahan, logik, benar apa yang dikatakannya Johan. Mereka bertukar nama pun di
saat mahu berpisah. Bila pulak hendak bertanya itu ini?
“I
should leave now.” Hana bangun dari kerusi, langkah di atur perlahan
menghampiri Johan. Detak itu setia, tapi peritnya tiada. Hana kawal dirinya,
terasa janggal. Entah kenapa, pertemuan sesingkat dulu boleh menjarakkan
hubungan mereka sebegini. Entah mana yang silapnya, mereka bagai cuba menahan
detak hati mereka daripada bersatu dalam satu irama.
“Tired?”
Johan menyoal, prihatin. Jam ditangan dibelek sekali lalu.
“Kind
of…” Hana berdiri berhadapan dengan Johan. Hana memegang erat beg tangannya.
“Can
we have a coffee, just for a few minute?” Hana memandang Johan, tangan keduanya
dimasukkan ke dalam poket, Johan penuh karisma. Hana menggeleng perlahan.
“Some
other time… It’s already late.” Hana beralasan, tak betah dia hendak berdua
sahaja dengan Johan. Mahu jantungnya terjun keluar dari badan!
“Okay,
tomorrow we have lunch together. Deal! Bye Hana.” Johan terus sahaja membuat
keputusan, Hana terperangkap sendiri. Johan bagai membaca fikiran Hana. Hana
mengetap bibirnya, kakinya dihentak. Kenapa mesti ada pertemuan kedua?
……………………………
Hana
memeluk tubuh. Manusia dihadapannya dipandang dengan pandangan yang tajam
menikam. Bukan menggerunkan manusia itu malah bagai menggeletek hatinya.
“Hana,
stop stares at me like that. You asked me to do that, so?”
“Bila?
Takde pulak saya cakap suruh buat macam tu.” Hana menjeling tajam Johan yang
masih dalam sisa tawanya.
“Hey,
not fair, I’m still in learning Bahasa Malayu.” Johan cuba membantah. Hana
menjuih bibir, dalam hati ‘PADAN MUKA’!
“Suka
hati la. It is Melayu bukan Malayu.” Hana sengaja mempekenakan Johan yang sudah
tarik muka. Sakit hati dengan sikap ambil kesempatan Johan.
“Hana…
English please.” Johan memandang Hana dengan wajah yang sengaja diseriuskan.
Hana menggeleng tangan disilang memeluk tubuh.
“Hana….”
Johan bersuara lagi. Hana tetap menggeleng. Johan tersenyum, Hana degil!
“Okay-okay,
fine, just speak Malayu. But I remind you earlier, if I’m wrong in
understanding it; it is your fault. Okay? Deal?” Hana memandang dengan
pandangan tidak puas hati.
“Okay.
Biar padan muka awak.” Johan cuma tersengih dengan kata-kata Hana.
“What?
You miss me?” Hana membuntang matanya.
“Ei,
takde makna!” Johan tersenyum, kian melebar.
“Oh
my! You love me?” Hana ternganga.
“Bila
pulak?!”Johan mula ketawa.
“Like
crazy? Love me like crazy… Oh Hana… I’m so touching…” Hana menepuk meja.
“Johan,
don’t speak nonsenses!” Johan ketawa tak henti. Seronok membuat Hana marah
begitu. Hana bengang, nak pekena Johan akhirnya dia yang terkena sendiri.
“I
can get A’s in Bahasa Malayu right?” Johan masih dengan ketawa lagi. Hana tarik
muka masam.
“Melayu.
Me-la-yu.” Hana memperbetulkan sebutan Johan mahu tak mahu.
“Me-la-yu…
owh… Melayu. Thank you.” Johan tersenyum, terasa bahagia dengan kesudian Hana
memperbetulkan sebutannya.
“Still
marrah?” Johan bersuara, matanya tetap setia memandang segenap wajah Hana. Hana
hanya menggeleng, R tak perlu tebal kut!
“Yes
I am! You cannot do anything as you please Johan.” Hana memuntahkan marahnya,
Johan suka mengambil kesempatan.
“It
is your fault. Last night you promise to have a lunch with me isn’t it?” Johan
menyedut minumannya.
“No.
I didn’t, it is you who make the promise. I didn’t say even a word.” Hana
mengingatkan Johan, Hana memandang dengan mata yang dikecilkan.
“But
still, you never go against it. So, it is a promise between us, Hana.” Johan
masih ingin menang.
“I
don’t have even a single chance to say anything...” Johan ini menjawab lagi,
namun pantas dipintas Hana.
“Okay,
just order, eats and then sends me back to my home. Please.” Hana bertegas,
pelayan dipanggil ke meja. Hana memesan satu set makanan melayu perak; Ikan
patin masak tempoyak, sambal belacan dengan ulam-ulaman, ikan pekasam. Johan
hanya menurut, tak tersempat untuk dia memesan makanan lain bila Hana mengatakan,
dia akan belanja makan tengah hari itu.
Sakit
hati Hana apabila tiba di lobi Hotel, Farah sudah menghilang, yang ada Johan
Young yang tersengih-sengih ke arahnya. “I’ve send her home.” Kata-kata Johan
apabila Hana bertanya ke mana Farah pergi. Farah kemudian menghantar mesej
kepadanya bahawa dia sudah dalam perjalanan pulang. Farah juga berpesan untuk
mengetahui cerita penuh antara Hana dan Johan Young.
“How was it Mr.Johan Young a.k.a
Jason?” Soal Hana apabila melihat wajah Johan yang memerah selepas mengunyah
kacang kelisa yang dicicah ke dalam sambal belacan.
“Spicy,
too spicy but nice…” Johan meneguk air beberapa kali. Ternganga dia menahan
pedas. Hana tersenyum sendiri, kesian tapi tak sah kalau sudah di Malaysia tapi
tidak mencuba makanan kampung.
“Now
we are even. Double 0.” Hana bersuara, sebaik mereka habis menjamu selera.
Johan mengelap dahinya yang penuh rinikan peluh.
“Even?
What do you mean?” Hana memasukkan semula baki duit ke dalam beg tangannya.
Hana memandang Johan yang berada disisinya.
“Meal.
When I was at Korea, you’ve treat me with veggies foods, now I’m treating you
with our traditional food. It is even, isn’t it? Sama satu kosong.” Hana
melangkah masuk ke dalam kereta. Johan menjungkit kening, lalu turut melangkah
masuk ke dalam kereta. Tali pinggang dipasang, kemudian enjin kereta
dihidupkan.
“No
it isn’t.” Hana yang sedang memakai tali pinggang keledar terus sahaja laju
mengalih tubuh menghadap Johan di bahagian pemandu. Johan tersenyum dan
mengangguk-angguk.
“Why?
It is even!”
“Nope.
You know why?” Hana menggeleng laju dengan wajah tak puas hati.
“At
Korea, I’ve treat you with veggie food not Korean traditional food as you treat
me just now.”
“Its
okay, I’m fine with it. Still, we are even in treating each other right?”
“I’m
not okay with that, so I have to treat you with my traditional food and you
have to treat me with Malaysian’s veggie food. After that we can call it is
even.” Hana merengus kasar, pendingin kereta diputar ke suhu paling sejuk,
hatinya terasa panas!
“Do
we have too?” Johan dikerling tajam.
“Of
course. I’m not finish yet, listen…”
“Whats
more Johan?” Hana memintas.
“Relax
Hana….” Johan ketawa, melihat wajah mencuka Hana. Johan tidak ambil kisah, yang
dia tahu, Hana perlu berada dekat di sisinya.
“At
Korea you have been very exciting looking and taking pictures of my house,
which is our traditional Korean house. So, it is a pleasure for me if I can
look and taking a few pictures of yours. Rumah Melayu Lama.” Hana tercengang,
takkan nak bawak balik kampung mamat Korea ni pulak?
…………………………………
Ibu
bercekak pinggang di tangga. Mata ibu dari tadi memandang Johan atas bawah.
Achik yang kebetulan ada di rumah kerana cuti sekolah sudah mengekek ketawa
dibelakang ibu. Ucu pula asyik memandang Johan yang tersengih-sengih di depan
ibu dan Ucu. Ucu langsung tak berkedip, anak dara bawah umur tu sekarang tengah
gila dengan Super Junior, mungkin teruja tengok mamat Korea yang ‘terlepas’ ke
rumah sekarang ni.
“Ibu…
apa pandang dia macam tu?” Ibu menggeleng kepalanya, wajah ibu masih beriak
serius.
“Sapa
ni Hana?” Ibu menarik Hana mendekatinya, dan mula berbisik.
“Kawan
Hana bu, kawan masa dekat Korea dulu. Yang Hana ada cerita dulu tu…” Hana juga
berbisik kepada ibu. Ibu memandang Hana dengan mata yang dibuntangkan.
“Dia
ni yang kamu…” belum ibu sempat melepaskan kata, Hana memintas.
“Bu…
sat gi kita cerita lain na, kita ajak dia masuk dulu boleh?” Ibu menekup
mulutnya, ibu cepat tangkap reaksi Hana. Ibu mengangguk perlahan, dan kemudian
menjemput Johan masuk ke dalam rumah.
“Achik,
tolong angkat beg abang Johan boleh? Masukkan dalam bilik hujung.” Hana sempat
meminta tolong pada Angah yang masih berdiri di tepi tangga.
“Abang
ipar chik eh Kak Hana?” Hana membeliakkan mata.
“Pandai
la hang, cepat tolong.” Johan yang seakan memahami hanya tersenyum.
“Apa
senyum-senyum?” Hana menjeling Johan. Johan terus sahaja ketawa.
“Senyum
is a sadakah. I’ve learned that from my Ayah.” Achik menggelakkan Hana yang
senyap tidak terkata dengan jawapan Johan. Hana mencerlung tajam ke arah achik
seakan memberi amaran. Achik hanya menjelir lidah.
“Achik
sudah-sudahlah kacau kakak hang tu… Hana cepat ajak Johan masuk, dah panaih dah
ni, tu Ucu tu awat dok senyap kat situ.” Ibu yang sudah di dalam rumah, melaung
daripada tingkap. Hana terus sahaja memandang ke arah Ucu yang masih tegak
berdiri di depan tangga.
“Ucu,
lalat dah bertuluq dalam mulut tu.” Hana mengusik. Terus sahaja Ucu menekup
mulutnya. Johan menghampiri Ucu. Dagu Ucu dicuit lembut, Hana yang melihat
terus sahaja berlari mendekati Johan dan menampar tangan Johan.
“She
is a girl. Non-muhrim!” Hana menegur, achik yang kemudian berjalan mahu
memasuki rumah, sempat mengenyit mata kepada Johan.
“It
is okay, she’s jealous to Ucu.” Achik mengenakan Hana yang sudah ternganga
dengan pernyataannya.
“Yup,
I know.” Johan membalas kenyitan mata nakal. Mereka berdua ketawa besar, Ucu
sudah tersenyum-senyum dan melangkah membontoti Achik ke dalam rumah.
“Jangan
perasan sangat la.” Hana menjelir, geram dengan Johan yang kelihatan cepat
mesra dan pandai mengambil hati keluarganya. Johan terus sahaja ketawa kecil,
Hana manja!
…………………………….
Ibu
menghampiri Hana yang sedang menyiang ikan puyu yang dikail achik semalam.
Ditangan ibu ada segenggam daun kesum dan sebatang bunga kantan yang hampir
mekar, ibu bercadang mahu masak asam pedas ikan puyu.
“Boleh
ke kawan kamu tu makan masakan kampung Hana?” Dahi ibu berkerut, mungkin risau.
Iyalah, ibu mana pandai masak makanan Barat, Korea apatah lagi.
“Ibu
masak kimchi…” Ucu menyampuk, sambil tangan masih lagi ligat mengupas bawang.
Terhambur ketawa ibu dan Hana.
“Ada
pulak ucu ni, jangan mengarut. Boleh bu, sebelum balik tadi, Hana ada singgah
restoran, Hana ajar dia makan sambal belacan. Layan je dia.” Ibu yang masih
dengan sisa tawa mengangguk perlahan dengan jawapan Hana. Ucu mencebik.
“Kak
Hana, Abang Johan orang islam?” Ucu yang baru berusia 11 tahun menyoal. Ibu
sudah pun melangkah ke ruang depan. Hana memandang adik bongsunya itu sekilas.
“A’ah…
dah tiga tahun masuk Islam.” Ucu mengangguk perlahan kepalanya.
“Dia
tak boleh cakap melayu?” Ucu menyoal lagi. Hana ketawa kecil dengan soalan itu.
Hana tahu sangat, Ucu kurang mahir berbahasa inggeris, tidak seperti achik yang
lebih cepat mempelajari dan menggunakan bahasa antarabangsa itu seawal 10
tahun.
“Tak
boleh sangat la, baru belajar-belajar. Kenapa?”
“Ucu
nak borak, nak cakap Korea mana Ucu tau. English Ucu pun tak berapa boleh.” Ucu
bersuara lirih. Inilah sikap Ucu yang sering dirisaukan Hana, kurang keyakinan
diri.
“Ala
Ucu, sembang dalam bahasa melayu aje, Abang Johan paham jugak sikit-sikit. Masa
ni la Ucu nak improve English Ucu. Betul dak?” Hana yang sudah siap
membersihkan ikan menghampir Ucu yang sedang asyik memotong sayur.
“Boleh
paham eh?” hana mengangguk.
“Kak
Hana dah ajar dia banyak dah Bahasa Melayu. La ni Ucu ajar dia BM nanti suruh
dia ajar Ucu BI. Amacam?” Ucu tersenyum dan mengangguk laju kepalanya. Teruja!
Terus sahaja dia mengemas barang-barang, pisau di serahkan kepada Hana.
“Eh,
nak kemana?”
“I’m
going to learn with my brother in law to be.” Hana membuntang mata.
Pandai-pandai aje!
……………………………………
“Ibu
said that, she wants you to get married, but you kept refusing. Why?” Hana
terkedu dengan persoalan itu. Hana membetulkan penyapu lidi yang digunakan
untuk menyapu daun-daun kering di halaman rumah. Johan yang duduk di pangkin,
menguis-nguis pasir dengan hujung selipar yang dipakainya.
“Not
refusing as I like. I still hold tied on ‘Jodoh’ and ‘ajal’ is on Allah hands.
So, kalau takda jodoh nak buat macam mana?” Johan berkerut dahi. Mungkin tidak
faham dengan ayat akhir Hana. Hana ketawa kecil. Dihampirinya Johan yang masih
dengan kerutan di dahi.
“When
the time comes, insyaAllah, I will never refuse to be married, to a man which
Allah said he is the one for me. Sooner or later I believe the time will come.”
“Okay,
insyaAllah. Pray for it.” Hana tersenyum, tangannya kembali menyapu daun-daun
kering yang masih tersisa.
“Ucu
showed me your ‘Korean’ album. Die hard fans K-Pop are you?” Hana berpusing laju
memandang Johan yang sudah dengan senyuman nakalnya. Keningnya sengaja di
angkat-angkat.
“Alamak!
Ucu ni memang la…” Hana merengus marah.
“Don’t
get angry Hana. Erm, ciri-ciri suami saya, muka mesti macam orang korea. So, I
pass, no doubt!” Hana terbeliak memandang Johan yang sedang menyelak satu
persatu album gambar-gambar hero Korea miliknya sewaktu berumur 19 tahun dulu.
“Johan…
you can’t read that. Give me back.” Johan sudah berlari menjauhi Hana yang
menyinga.
“Number
two, tinggi macam orang Korea. I pass that also.” Johan masih lagi setia
membaca sengaja mengenakan Hana. Hana pula sudah terbakar wajahnya, malu! Hana
mengejar langkah Johan yang mengelilingi pangking. Lama kelamaan, mereka berdua
sudah macam dalam cerita Hindustan, ala-ala Kajol dan SRK!
……………………………………
Hana
menyapu air mata yang mengalir dengan belakang tangan. Sendu ditahan sekuatnya.
Biar hanya air mata sahaja yang melambangkan betapa hatinya hancur!
“Kak
Hana, Ucu yakin abang Johan tak salah. Percayalah.” Ucu memegang lengan Hana,
kejap, namun dek kerana marahnya pegangan itu direntap.
“Tak
payah nak back-up dia dekat akak Ucu. Biarlah dia, pandai-pandai dia tanggung.”
Ucu mengeluh berat. Dok menangis macam ni pun dok menafikan lagi, benci betul
orang ‘dewasa’ ni! Ucu membentak dalam hati.
“Akak
ni, cepatla, Ibu dah lama pergi dengan achik. Kesian abang Johan tu akak, dia
tak salah.” Hana malas dengan Ucu yang sedari tadi mempertahankan Johan. Kalau
tidak salah, macam mana orang kampung boleh tangkap Johan dengan Munah dekat
pondok usang hujung kampung. Hana terus sahaja masuk ke dalam bilik dan
mengunci pintu.
“Kak
Hana ni, macam budak kecik!!!” Ucu menjerit pada Hana yang sudah tidak
kelihatan, kakinya dihentak-hentak, sakit hati dengan Hana yang langsung tidak
percaya pada Johan.
=======================
Telefon
bimbit di atas meja solek aku capai. Aku labuhkan duduk di birai katil. Folder gambar
aku buka, setiap gambar yang ada aku belek. Mata ini berat dengan genangan air
mata, yang bila-bila sahaja akan gugur. Detak jantung lain iramanya, terasa
perit mencengkam jiwa. Mungkinkah detak ini akan hilang irama cintanya?
Gambar
Johan sewaktu menangkap ikan di bendang dua hari lalu, aku telek sedalamnya. Wajahnya
kotor tercalit lumpur, tangannya penuh berselut. Johan seakan sudah biasa,
tidak kekok dalam mencuba apa sahaja yang ada dikampung ini. Bibirku masih
boleh menguntum senyum dalam linangan air mata.
Berita
petang tadi sememangnya merenggut pergi detak yang indah dalam hati. Antara percaya
atau tidak, aku tidak pasti. Yang aku tahu, aku begitu kecewa. Kenapa? Bukankah
petang ini sepatutnya kita ke Jeti, tetapi awak beralasan ada hal dengan achik.
Awak tahu tak, payah saya hendak menerima realiti yang terasa seperti sebuah
fantasi bila awak hadir dalam kehidupan saya. Malangnya, baru hendak meletak
harapan dihujung bintang, awak mengecewakan. Saya tidak sanggup merasa
kehilangan buat kesekian kalinya, tidak sanggup!
=============================
Hana
bingkas bangun dari pembaringannya. Penjelasan daripada achik membuatkan dia
diserbu rasa bersalah. Mulutnya terlalu lancing semalam, menghalau Johan pulang.
Tamparan ibu terasa perit, tapi bicara achik lebih tajam rasanya.
“Ibu
tak ajar Hana kurang ajar dengan sesiapa. Abah akan kecewa dengan Hana kalau
dia masih ada.”
“Kalau
dia tak salah, kenapa dia kena tangkap dengan Munah tu bu. Dasar lelaki liar,
orang kampung pun jadi!” Sesaat memaki hamun Johan yang tunduk menekur tangga
di muka pintu, tangan ibu melekap dipipi Hana.
“Ibu…”
Hana bersuara, terkejut dan tersedar.
“Kamu
tak tahu apa yang berlaku, kamu diam. Jangan sebab kamu simpan rasa kamu pada
Johan, kamu pernah kecewa dengan kekasih kamu yang curang, kamu boleh maki
hamun orang. Ingat Hana, ibu kecewa dengan sikap kamu!” Hana terkedu dengan
kata-kata ibu. Johan turut memanggung kepala. Hana menyimpan 1001 rahsia dalam
dirinya, kenapa?
“Achik,
abang Johan naik flight pukul berapa?” Achik yang sedang duduk di meja makan,
memandang Hana dengan senyuman.
“11.30,
sekarang pukul 11, cepat kak Hana nanti terlepas.” Hana tersenyum hambar.
“Terima
kasih chik, doakan akak…” Hana bersuara lemah. Sejak semalam, Ibu dan Ucu
memboikot untuk tidak bercakap dengan Hana. Marah, itu jawapan mereka kepada
achik yang tak putus memberi nasihat. Payah jadi abang sulung!
………………………….
Hana
terus sahaja melangkah laju sebaik sahaja memarkirkan keretanya. Orang ramai di
lapangan terbang membuatkan pandangan Hana tersekat. Jenuh dicarinya kelibat
Johan. Skrin besar penerbangan diteleknya. Sudah masuk balai berlepas!
Hana
melajukan lari langkahnya ke balai berlepas. Kelihatan beberapa orang beratur
menunggu giliran. Lelaki yang kulitnya kelihatan terbakar dek panas membuatkan
Hana terpaku, kaku. Johan!
“Johan….”
Hana memanggil setelah mendekatki Johan yang berada didalam barisan penumpang
yang bakal berlepas menaiki penerbangan ke KLIA. Johan kalih setelah suara itu
menyapa telinga.
“Hana…
why are you here?” Soal Johan, terkejut dengan kehadiran Hana.
“I….
I’m…” Hana ingin menahan Johan pergi namun suaranya bagai tersekat-sekat.
“Sending
me home?” Johan tersenyum sinis.
“I’m
going back Hana, don’t worry. Don’t trouble yourself just to make sure that I’m
really going back or not.” Johan berkata sinis. Hana menggeleng kepalanya laju.
“I’m
not… I just…”
“Enough
Hana…” Johan terpaksa keluar daripada barisan, supaya tidak mengganggu
penumpang yang lain dengan perbualan mereka berdua.
“I’m
not guilty. I tried to explain, but awak terlalu marrah.” Hana menarik nafasnya
dalam-dalam.
“I’m
sorry.” Johan mengangguk lemah.
“Its
okay, if I’m in your place, saya juga marrah. Tak apa.” Johan cuba menguntum
senyum biarpun tampak payah.
“If
I ask you not to go, are you willing not to go?” Hana melafazkannya penuh
pengharapan. Johan memandang Hana lama, dengan keluhan perlahan, Johan
memberikan jawapan.
“No.
I will go. Hana, we are not doing drama, or watching drama…” Johan menggeleng
perlahan.
“I
ask you again, please don’t go…” Hana merayu lagi, tahukah Johan hatinya hampir
berkecai dengan jawapan itu.
“Please
Hana, I have to go. Face the reality.” Mata Hana mulai dikaburi dengan air
mata. Tegarnya hati Johan untuk tetap pergi.
“I’m
trying to face the reality, because of that I kept asking you not to go. You
are my reality.” Hana merayu lagi, air mata setia membasahi pipinya.
“Hana…
listen, I’m going… I have too… please, wiped your tears, and let me go.” Johan bersuara
tegas. Hana tidak mampu merayu lagi. Hatinya kini hancur untuk kesekian
kalinya, dan kali ini atas salahnya.
“Sir,
please hurry.” Pengawal yang menjaga pintu perlepasan memanggil Johan. Sudah tiba
masanya untuk Johan berlepas.
“Saya
cuba padamkan nama awak dalam hati saya selepas pulang dari Korea tiga tahun
lalu. Dalam masa saya hampir melepaskan awak pergi, awak kembali dalam hidup
saya. Tiga minggu sahaja nama awak bagai terpateri di hati saya. Saya sedar realiti
saya adalah awak, dan sekarang awak minta saya melepaskan awak? Berapa tahun lagi
yang saya perlukan untuk melupakan awak?” Johan hanya mengerut dahi mendengar
kata-kata Hana. Hana mengeluh lemah.
“I’m
sorry, just go.” Hana melangkah mengundur. Setelah beberapa langkah, Hana terus
berpaling dan meninggalkan Johan yang masih kabur dengan kata-katanya. Faham atau
tidak Hana tidak peduli, yang pasti itulah kata hatinya tika ini.
“Hana…
I’m going, but just for a while. Our heart needs a time to break from thumps hard.
It’s thump harder when you smile.” Johan melangkah melepasi pintu pemeriksaan. Hana
tidak kalih lagi selepas itu, Johan hanya tersenyum sendiri. Tangannya ditekup
ke dada, detak itu makin kuat.
==============================
Kata-kata
dibelakang gambar itu aku renung dan baca beberapa kali. Johan pasti sahaja
akan menghadiahkan sekotak gambar apabila mahu berpisah. Adakah ini juga
perpisahan yang sementara? Berapa tahun pula harus aku tunggu?
“Dugun dugun…. My heart kept thumps, even with your smile. The time will
come, Hana.”
Aku meletakkan tangan ke dada. Degupan
itu berirama seperti dulu, dan peritnya terasa kian mencengkam. Kenapa harus
ada dia untuk terasa lega dengan degupan begini? Adakah degup ini menyatakan
rindu? Selama manakah lagi harus aku tahan dengan peritnya degupan ini, selama mana
juga harus aku habiskan untuk mencari realiti kembali? Masa itu akan tiba, aku
pasti!
12 comments:
adeh..xkan tu endingya? o_O
sorry dear.. I tak baca smpi hbis pown... Maaf jika kasar tapi rasanya inilah karya ABC yang tak beberapa menarik minat...
Jalan cerita sedikit kelam kabut. Tak buat research.
Sorry, just my opinion.
Bi'an.
ada sambungan ka?
salam,cerita ni sweet sgt,cam reall.adeke?? hehe...tp xpuas hati sgt laa dgn endingnya...lg satu jalan cerita agak kelam kabut sket,maybe abc xperasan kot..
Bi'an... memang abc sendirik tulis dalam kelam kabut n memang tak berapa buat research.
thanks for comments.. ;)
itu bukanlah ending dia. hehehe
ohh..nsib bukan inin ending..tp commenters kat atas mmg btul..agak berterabur skit bbnding gn karya2 abc yg lain :(
er.. sori. abc pun :(
kalau di susun elok + wat research.. mesti best kan .. huhuu
tu la ermmmmmmm
otoke... bianneee
tak kisahla abc ke..apa apa aje...tetap terhibur,kalau ada sambungan lagi cantik, ada ka?
nak repair dulu. lepas tu saya sambung. Rindu Hana dengan Johan. I really miss them both! <3
Xde sambungan dia ke? Ape tajuk sambungan dia.. atau mmg xde sambungan.. apepun citer awak boleh tahan
Post a Comment