Sunday, March 18, 2012

Cerpen : Oh! Abang Sasa. (Full)


“Saya nak kuruskan badan.”

“Hah? Payah ni dik…” Lelaki itu masih tergelak-gelak.

“Kenapa pulak?”

“Uish… abang tengok adik ni, lemak tepu banyak.” Sarah terus menghentak kepala lelaki berkumis nipis itu dengan tangannya yang seberat 3 kilo itu. Terus sahaja lelaki itu mengaduh kesakitan.

“Apa ni adik?” lelaki itu masih menggosok kepalanya yang sakit dihentak.

“Bagi abang rasa, tepu tak tepu lemak saya ni.” Jawab Sarah lalu terus melangkah keluar dari Gim tersebut.

 “Kurang ajar punya Instructor!” Bentak Hati Sarah.

…………………….

            Mama hanya memerhati dari tepi kolam ikan. Sarah melangkah dengan bebal ke arah kerusi malas di luar rumah. Mama sudah tersenyum-senyum dan kemudian ketawa kecil.

            “Mama gelak pulak.” Mama terus ketawa besar, sambil tangan masih lincah memberi makan kepada ikan-ikannya.

            “Iyelah, mama dah cakap tak payah, nak jugak dengar cakap Along kamu tu.” Sarah mencebik.

            “Along kata kawan dia baik. Baik apa ke benda. Mulut takde insuran adalah, rasa terus penangan tangan berputar Sarah sebijik.” Mama ternganga.

            “You didn’t do it right Sarah?” Mama menyoal, Sarah menggeleng.

            “Sarah dah buat dah mama.” Mama tergeleng-geleng. Sarah ketawa kecil. Deruman kereta  turbo Safrizal mengalih perhatian mereka. Sarah kembali mencerut, pabila Safrizal keluar dari kereta dan terus ketawa apabila memandang wajahnya.

            “Mama tau tak apa princess Mama dah buat hari ini.”Safrizal menyoal selepas menyalami Mama.

            “I know. She punched Hariez.” Mereka berdua ketawa besar. Sarah menghentak-hentak kakinya, tanda protes.

            “Dia kata adik ni tak boleh kurus dah sebab lemak tepu, siapa tak marah?” Sarah menjuih bibir.

            “Adik dah benjolkan kepala dia tau tak.”Ujar Safrizal dalam sisa ketawanya.

            “Padan muka dia.” Sarah memuncungkan bibir. Safrizal lantas menarik kedua-dua belah pipinya, apa lagi, tercetuslah adegan ronta meronta. Mama pula asyik membebel marahkan kebisinganya kedua beradik itu. Hai lah! Mujur Angah masih di UK kalau tidak, jenuh! Rungut Mama dalam hati. 

……………………………

            Mama yang sedang menggunting daun-daun mati di pokok-pokok bunga kesayanganya, leka memerhatikan tingkah Sarah yang sejak dari lepas Asar sudah bersenam di kawasan tepi rumah. Mula berlari keliling rumah, kemudian diikuti lompat bintang. Sekarang pula bersungguh melompat dengan tali ‘skipping’nya. Kejap-kejap Sarah berhenti mengambil nafas dan tenaga sebelum meneruskan lagi. 

            “Sarah sudah-sudah la tu, orang bersenam 45 minit aje setiap hari, kamu tu dah lebih tiga jam.” Sarah memberhenti lompatannya setelah mendengar teguran mama. Sarah menggeleng kepada mama yang masih memandangnya, setelah itu lompatan diteruskan lagi. 

            “Mengeluh ma…” Tegur Safrizal, keluhan mama kedengaran sungguh berat.

            “Adik tu Long, risau mama dibuatnya.” Safrizal mengambil tempat di kerusi malas berdekatan taman mama.

            “Apa yang mama risaukan? Adik okay aje Along tengok.” Mama melangkah menghampiri Safrizal dan turut duduk di kerusi malas yang ada.

            “Adik kurang makan sekarang ni, seminggu kadang sekali, kadang langsung tak makan. Makan epal hijau aje, lepas tu awal pagi sebelum pergi kelas, berjogging empat lima round rumah kita ni. Kalau petang, macam tu lah…” Mama memuncungkan mulut menunjuk ke arah Sarah yang masih dengan skippingnya. Safrizal membetulkan duduknya. Belakang tengkuk digosok perlahan. Hatinya sendiri gundah melihat perlakuan adik bongsunya itu.

            “Zahir berjanji sangat dengan dia. Mama pun tahu macam mana sayangnya adik dekat Zahir tu. Payahlah Along nak cakap dengan adik bila berkaitan dengan Zahir dia tu.” Mama mengeluh lagi. Walaupun Zahir anak saudara mama, tetapi dia tidak berkenan dengan cara Zahir terhadap satu-satunya anak perempuannya.

            “Along dah cuba cakap dengan Zahir?” Safrizal hanya mengangguk lemah. Mama tidak tahu mahu berkata apa lagi. Dalam hati, tak lepas mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya.
…………………………….

            Sarah berlari-lari anak menuruni tangga. Mama yang mahu berlalu ke dapur, melihat tingkah laku Sarah yang kelam kabut itu dengan kerutan di dahi. Sarah membuka almari kasut, dan mula memunggah kasut-kasut yang ada. Mama menggeleng kepala.

            “Nak ke mana Sarah. Kelam kabut aje mama tengok.” Sarah memandang Mama sekilas, lalu terus menyarung kasut yang telah dijumpainya.

            “Zahir tunggu Sarah dekat Taman Rekreasi depan sana tu.” Jawab Sarah laju.

            “Ha kalau pun dia tunggu yang kelam kabut sampai berlari turun tangga kenapa? Kalau jatuh macam mana?” Mama mula menegur, tidak suka apabila ada sahaja hal berkaitan Zahir Sarah mesti lupa perkara lain sampai keselamatan diri tak dijaga. 

            “Ala mama, adik dah lambat. Adik pergi kejap ye. Bye mama, Assalamualaikukum.” Laung Sarah apabila mula kelam kabut masuk ke dalam kereta dan kemudian terus memecut pergi. Mama hanya mampu tergeleng sendiri. Apalah yang ada pada Zahir sampai ‘angau’ anaknya teruk sangat jadinya? Mama bersoal sendiri.

            “Hai Zahir!” Sarah melaung apabila terlihat kelibat Zahir sedang duduk di kerusi taman. Zahir serta merta bangun dan mengalih tubuhnya memandang Sarah yang sedang berlari-lari anak ke arahnya. Zahir melambai-lambaikan tangan.

            “A’ah…” Suara Zahir perlahan apabila Sarah sudah terpacak di hadapannya dengan senyuman melebar, namun senyuman itu mati tatkala Sarah terpandang gadis bertubuh genit di sebelah Zahir. Cantik! Getus hati Sarah.

            “Siapa ni Zahir?” Soal Sarah, Zahir berubah riak. Resah semacam!

            “Er… A’ah… Zahir ada perkara nak bagitau dekat A’ah. Tapi…” Zahir berusaha mencari ayat. Sarah sudah mencerut muka.

            “Tapi apa?” Sarah tidak sabar. Hatinya sudah berdetak kuat.

            “A’ah… ni Umairah. Tunang Zahir. Kami dah 6 bulan bertunang, dua bulan lagi kami akan bernikah.” Sarah terpana. Jantungnya bagai berhenti berdegup. Kakinya serta merta mengundur ke belakang, setapak demi setapak. 

            “A’ah… dengar dulu.” Zahir merapatkan kembali kedudukan. Sarah menekup kedua belah telinganya dan menggeleng laju.

            “Zahir dah janji dengan A’ah… tapi kenapa?!” Ujar Sarah dengan suara menahan tangis.

            “Saya tak boleh terima awak A’ah…” Kata-kata Zahir bagai belati, melibas hati Sarah hingga berdarah.

            “Tapi kenapa… kenapa tak cakap dari dulu? Kenapa sekarang… Zahir, jangan buat A’ah macam ni…” Sarah mula merayu-rayu. Umairah hanya memandang dengan sepi, tiada riak tiada emosi.

            “A’ah… dulu Zahir main-main aje, A’ah yang ambil serius hal tu.” 

            “Zahir!” Sarah mula meledak marah. Main-main? Soal kahwin dikatakan main-main. Soal hati perasaan bukan mainan!

            “Betul A’ah… Zahir cakap betul. Zahir minta maaf.” Sarah mula berlinang air mata. 

            “A’ah…” Zahir memanggil lagi.

            “Saya akan buat apa saja yang awak nak Zahir, please jangan tinggalkan saya.” Ketika Sarah cuba memaut lengan Zahir, Zahir melarikan tubuhnya. Tangan Umairah dicapai Zahir dan terus mahu berlalu.

            “Awak tak mampu untuk memenuhi apa yang saya nak A’ah. Dari dulu saya dah cakap dekat awak tapi awak ingat saya bergurau.” Ujar Zahir senafas lalu terus berlalu meninggalkan Sarah yang sudah lencun wajahnya.

            “Zahir…” Suara Sarah dengan lemah beserta tangisan yang kian menjadi-jadi. Terjelepok dia jatuh di hadapan kerusi kayu itu. Ingatannya melayang mengimbas kenangan dia dan Zahir dibangku sekolah.

            “A’ah suka Zahir.” Sarah yang bertocang satu menunduk wajah, malu memandang abang sepupunya yang tika itu berada di tingkatan 5 dan dia pula tingkatan 3. Kawan-kawan Zahir sudah ketawa besar.

            “A’ah ni… kenapa tiba-tiba cakap macam tu? Kita kan sepupu.” Zahir cuba mengawal keadaan yang mula bising dan Sarah yang mula berwajah merah, malu diketawakan oleh rakan-rakannya.

            “Suraya nak confess dekat Zahir petang ni, jadi Sarah nak confess dulu sebelum dia confess dengan Zahir.” Zahir ternganga dengan kejujuran Sarah. Makin kuat ketawa kawan-kawan Zahir dek kata-kata Sarah tadi. 

            “Wei Sarah. Suraya dengan Zahir memang couple la, nak confess mende!” Mail kawan Zahir menyampuk. Zahir menyiku pinggang Mail sehingga dia mengaduh sakit.

            “Betul ke Zahir?” Sarah terus memandang tepat pada wajah Zahir meminta kepastian. Zahir mengeluh dan kemudian mengangguk perlahan. Mata Sarah mula berkaca-kaca, kalau dikerdip pasti mula melimpah.

            “Kenapa Suraya?” Sarah menyoal lagi. Zahir mengetap bibir dan hanya menggeleng perlahan. Tidak mahu memberi jawapan.

            “Sarah, Sarah… jawapan dia, kau pergi depan cermin dan tengok sendiri.” Lukman pula menyampuk. Sinis sekali kata-kata itu, biarpun mereka ketawa bagaikan ianya satu gurauan.

            “Lukman, kau diam lah.” Zahir meninggi suara. Sarah yang mula berjalan ke cermin besar di tepi tangga sekolah diekorinya. Sarah sudah membelek-belek dirinya dihadapan cermin, sesekali tubuhnya dipusing kiri dan kanan.

            “A’ah lupa? Masa kita sekolah rendah A’ah pernah confess jugak masa tu, ingat tak?” Zahir mula bersuara setelah beberapa ketika dia membiarkan Sarah membelek dirinya dihadapan cermin.

            “Ingat tapi…” Sarah memandang Zahir yang berdiri di sebelahnya sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar.

            “Masa tu Zahir dah bagitau dekat Sarahkan ciri-ciri gadis idaman Zahir…” Sarah memandang Zahir sambil mencari jawapan, mengingati kembali waktu itu.

            “Tinggi dan kurus?” Ujar Sarah apabila dia mula mengingati kata-kata Zahir semasa mereka berada disekolah rendah. Zahir mengangguk perlahan dengan senyuman, diundur langkah dan kemudian mula memanjat tangga. Sarah terkebil-kebil di situ. Pandangannya kembali terarah ke arah cermin. Pipi yang tembam dipegangnya, sesekali digerakkan kepalanya menunduk, terlihatkan lemak dibawah dagunya.

            “Gemuk ke aku?” Soal Sarah kepada dirinya sendiri.

Sarah menangis semahu-mahunya. Kakinya ditarik rapat ke dada, kepala disembam ke lutut. Kenapa dia terlalu bodoh untuk memahami semua itu? Kenapa sekarang baru dia sedar? Cintanya pada Zahir seawal 10 tahun, gara-gara Zahir menjadi heronya apabila coklat pemberian Along dicuri oleh kawan Zahir sendiri. Sejak hari itu, dia memuja dan mencinta Zahir sepenuh jiwanya.

            “A’ah kuruskanlah badan. Nanti Zahir masuk meminang A’ah.” Masih terngiang-ngiang kata-kata itu pada hari lahir Sarah yang ke-23 tiga bulan lalu. Kata-kata itu membuatkan tangisan Sarah kian lebat dan membawa jiwa Sarah terbang jauh entah ke mana. Oh Tuhan, hebat benar ujian hati yang Kau berikan ini….

……………………………..

            Sarah masih lena. Terlalu lena. Mama mengusap perlahan rambut Sarah. Safrizal memandang Mama dan Sarah dengan pandangan penuh sayu. Kalau tiada Hariez, entah apa yang akan jadi pada Sarah petang tadi. Allah Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani. 

            “Kenapalah dengan Sarah ni Long… risau Mama dibuatnya.” Mama bersuara setelah lama menyepi merenungi anak gadisnya.

            “Along tak tahu Ma. Along sendiri risau dengan adik.” Mama mengeluh. Safrizal melabuhkan duduk dibirai katil membelakangi Sarah.

            “Kita kahwinkan adik Long.” Terbangun Safrizal dan terus memandang mama dengan riak terkejut.

            “Dengan Zahir?” 

            “Tak. Orang lain. Along cari lah.”

            “Mama kan tahu adik sayang sangat dengan Zahir tu, dah tu kita nak dia kahwin dengan orang lain.” Mama merenung Safrizal dengan pandangan yang redup. Ada resah disitu.

            “Kahwinkan adik adalah jalan terbaik untuk adik lupakan Zahir, Long. Kalau tidak, adik akan selalu macam ni. Kita akan hilang Sarah yang ceria Long.” Mama menggenggam erat tangan Sarah.

            “Tapi ma…”

            “Mama tetap dengan keputusan mama, along carikan atau mama carikan sendiri.” mama memintas kata Safrizal. Mama tekad. Safrizal dihurung resah, pilihan mama? Duda anak satu? Orang lanjut usia? Kisah dulu takkan pernah anak-anak mama lupakan, kalau tidak masakan angah sanggup lari jauh daripada mama, angkara tekadnya mama mahu mengahwinkan angah dengan seorang ‘atuk’. Angah masa mudanya terlalu liar! Safrizal menggeleng sendiri. 

……………………..

            Sarah masih memeluk lututnya di atas katil. Safrizal pula masih berdiri di hadapan Sarah. Keadaan antara mereka sangat sepi, yang dengar hanya bunyi pendingin udara yang berfungsi dengan kadar perlahan. 

            “Kiranya Along dengan mama dah lama tahu pasal pertunangan Zahir?” Sarah mula bersuara. 

            “Ye. Kami pun pergi majlis tu. Masa tu adik ada trip ke Sarawak.” Safrizal menjawab selembut dan sebaiknya.

            “Tapi kenapa adik boleh tak tahu. 6 bulan, dalam 6 bulan adik tak tahu hal tu.” Sarah mengangkat wajah memandang Safrizal. Ada bekas air mata di wajahnya.

            “Kami ingat Zahir ada bagitau dekat adik. We thought you are just okay with his engagement.” Safrizal melabuh punggung dikatil. 

            “Adik tak tahu. Terasa macam orang bodoh.” Sarah bersuara, penuh sesal, penuh kesedihan.

            “Lupakan Zahir. Erm…. Mama ada bagitahu apa-apa?” Sarah memalingkan kepalanya yang masih diletakkan diatas lutut ke arah Safrizal. 

            “Dah… mama macam-macam. Masa adik cakap nak kahwin dulu, mama tak bagi sebab belajar. Ni belum habis belajar suruh kahwin pula.” Sarah mula membebel, sedikit ter’sentap’ dengan arahan mama. 

            “Siapa suruh frust tertongging-tongging?” Safrizal mengejek, Sarah hanya mencebik.

            “So?” Safrizal menyoal lagi. Sarah menjungkit kening.

            “So what Along?” 

            “Ada calon?” Sarah memaling mukanya, kembali menekup wajah ke lutut lalu menggeleng laju.

            “Erm… tu la, orang tua-tua kata, kawan biar seribu. Ni asyik, Zahir aje 24 jam. Bosan!” Safrizal menyindir lagi, Sarah terus sahaja membaling bantal tepat ke arah kepada Safrizal. 

            “Along ni. Menyampah tau!” Safrizal ketawa kecil sambil menggosok kepalanya.

            “Menyampah-menyampah tetap along adik tau.” Sarah menjelir. 

            “Adik, along ada calon.”

            “Adik tak nak lah Along. Tak mau kahwin lagi!” Sarah menekup telinga dan menggeleng kepalanya laju. 

            “Nak calon yang along cari or calon mama cari? Haa… pilih-pilih.” Safrizal menjengil mata seolah memberi amaran. Sarah mengetap bibir. 

            “Kalau mama mesti ‘atuk’ dulu tu kan… eii… geli-geli.” Safrizal ketawa geli hati melihat tingkah sarah yang menggoyangkan badannya menyatakan kegelian.

            “So terima calon abang la ni?” Sarah hanya mengeluh kecil. Ditompangnya dagu dengan lutut.

            “Terpaksa. Redha aje la…” Safrizal menggeleng perlahan dengan wajah serius.

            “Lupa apa arwah abah pernah pesan dekat kita.” Sarah kembali menguntum senyum, kepala digeleng perlahan.

            “Istikharah.”
…………………………..

            Safrizal duduk bersenang di ruang tamu. Sarah yang baru turun daripada bilik, turut melabuh duduk diruang tamu. Safrizal yang sudah selesai membaca surat khabar, melipat dua surat khabar tersebut dan meletakkannya di atas meja kopi. Sarah sedang sibuk memakai stoking.

            “Along hantar Sarah hari ni ye.” Sarah berpaling memandang Safrizal.

            “Adik ada satu aje kelas hari ni. Biar adik drive sendiri aje lah. Senang, lepas habis kelas adik terus balik rumah je. Kalau Along hantar tak berbaloi karang nak pergi ambil adik pulak.” Safrizal mengangguk-angguk.

            “Along kata hantar aje. Ambik tak.” Sarah menjenggil matanya

            “Dah tu nak suruh balik dengan teksi or bus la?”

            “Nope.”

            “Dah tu?”

            “Bakal suami adik akan ambil nanti.”

            “Hah?!”

            “Ye. Tak payah buat muka terkejut sangatlah.” Safrizal ketawa kecil.

            “Tak nak la Along. I’m not ready yet!” Sarah sudah bangun hendak melangkah keluar. 

            “Just be ready Sarah. Kalau okay hujung bulan ni tunang.” Mama yang baru keluar daripada dapur mencelah. Sarah terkedu. Bertunang hujung tiga bulan nanti?

            “Mama… please. Sarah tak nak.” Sarah menghampiri mama yang berdiri di belakang Safrizal.

            “No. Jangan nak merayu. Mama serius dan titik!” Bila mama sudah membahasakan diri dengan nama masing-masing, itu maksudnya mama tak mahu dibantah. Sarah mengeluh berat, memandang Safrizal yang sudah lebar senyumannya.

            “Cepatla along, orang dah lambat.” Sarah mengujar lemah. Langkah terus diatur memasuki kereta along.

Sepanjang perjalanan ke Kolej, mereka berdua hanya bertemankan celoteh Fafau dan Fifi. Diam. Sarah protes. Safrizal puas. Lebih rela adiknya dengan calon yang dicarikan dengan calon yang mama tunjukkan minggu lalu. Mama rela agaknya bermenantu seumur Pak Su, eh?

            “Dia ada nombor adik. Nanti tunggu dia call, kelas habis pukul 10 kan. Tunggu tau, jangan lari, jaga nama along dan mama. Along sayang adik.” Sarah hanya mengangguk dengan riak wajah yang masam. Daripada tutur kata Safrizal, Sarah mengerti, Safrizal berbuat demikian kerana terlalu menyayanginya. Sarah tahu itu, tapi hatinya takut dengan cinta. Siapalah dia untuk diterima oleh siapa-siapa. 

………………

            Dari pukul 10 ke 10.30 sampailah sekarang, sudah pukul 11.30. Jangan kata telefon, mesej pun tiada. Orangnya lagi lah, lubang hidung pun tak nampak lagi. Sarah mengesat peluh yang mula merenik di dahinya dengan belakang tangan. Tudungnya dibetulkan, beg sandangnya dibetulkan letaknya di bahu.

            “Along, along…. Siapalah nak dekat adik along yang gemuk ni. Erm…” Sarah membebel sendiri. Tangannya menyeluk ke dalam poket seluar untuk mengambil telefon bimbit, nombor along didailnya.

            “Bilakah bakal suami Nur Sarah Alia akan tiba wahai Tuan Safrizal Azhar?” Soal Sarah setelah salamnya dijawab oleh Safrizal.

            “Dia tak sampai lagi? Dah pukul berapa ni…” 

            “Dah hampir dua jam adik tunggu. Do I have to wait for him for another hour? I can die because of hunger here along.” Sarah mula membebel. Penat dengan kelas, sekarang penat menunggu dengan perut yang lapar. 

            “Lapar ke?”

            “Kena jawab ke?”

            “Lemak banyak tu, biar terbakar sikit.” Safrizal mula mengekek ketawa dihujung talian.

            “Along main-main eh. Okaylah, adik hang up. Bye!” Sarah membentak marah. Sudahlah penat, boleh pulak along main-main. Bebel Sarah dalam hati.

            Sarah melangkah menuruni jalan yang agak bercerun. Baru sahaja mahu melintas jalan kecil itu, bunyi hon kereta yang tiba-tiba membingit mematikan langkahnya, malah membuat dia terkaku ditengah jalan. Sarah hanya memerhatikan pemandu itu keluar daripada kereta dan melangkah laju ke arah Sarah. Sarah masih tegak memeluk buku-bukunya.

            “Sarah, are you okay?” Pemandu menegurnya. Terkebil-kebil Sarah memandang pemandu tersebut. Macam mana dia kenal? Lama dia mendiamkan diri membuatkan pemandu tersebut melambai-lambai tangan dihadapan mukanya.

            “Yuhuu… Sarah, are you here?” Sarah tersentak kecil. 

            “I handsome sangat eh?” Sarah mencebik.

            “Perasan. Saya okay aje. Maaf ye, lintas tak tengok kiri kanan. Okay lah, bye.” Sarah menunduk kepala sedikit tanda hormat. Sarah menyambung langkahnya yang terhenti. Pemandu itu dibiarkannya tegak di situ. 

            Punggung dilabuh ke tempat duduk hentian bas. Naya aje kena balik dengan bas. Sudahlah tengah hari, bas mesti lambat berjam-jam! Kereta yang berhenti tiba-tiba di hadapan hentian bas itu menarik perhatiannya. Kereta tadi ke? 

            Pemandu kereta itu keluar dari keretanya dan mula melangkah mendekati Sarah. Kedua-dua tangannya diletakkan di atas palang yang ada. Senyuman yang lebar dihadiahkan kepada Sarah. Sarah memandang kiri dan kanannya, memastikan bahawa lelaki itu benar-benar sedang tersenyum ke arahnya, kalau salah buat malu aje. Apabila sudah pasti, Sarah mengangkat tangan kanannya separas bahu.

            “Hai.” Ujar Sarah sambil tersenyum.

            “Hai Sarah.” Pemandu itu membalas, dengan gaya yang sama. Sarah mengerut dahi. Pemandu itu juga meniru, sama-sama mengerut dahi.

            “Macam mana tahu nama saya?” Soal Sarah. Pemandu itu hanya tersenyum. Kaca mata hitam yang dipakai ditanggalkan. Sarah memandang tajam. Macam kenal! Getus hati Sarah.

            “Tak kenal saya?” Sarah mengerut dahi lagi, lalu digelengkan kepalanya perlahan.

            “Walaupun dah sebulan, tapi benjol kepala saya masih belum hilang. Sakit…” Pemandu itu bersuara dengan nada sedih yang dibuat-buat. Sarah menekup mulutnya. 

            Gym Instructor?” Soal Sarah. Pemandu mengangguk laju.

            “Alamak… I’m so sorry. Saya ingat slow aje.” Ujar Sarah dengan sengihan yang menampakkan giginya. Pemandu itu menggeleng.

            Nope. Tak boleh maafkan. Awak kena bertanggungjawab!” Sarah mengetap bibir.

            “Apa pula, awak yang mulut takde insurans.” Pemandu itu berdiri tegak.

            “Saya saman awak nanti kalau awak tak nak bertanggungjawab.” Sarah menjenggil matanya.

            “Ah… saman la berapa pun.” 

            “Okay, 1 juta.” Sarah ternganga.

            “Gila! 1 juta?”

            “Yelah, boleh dapat pendarahan otak awak tau tak.” Sarah merengus kuat.

            “Saya takde duit nak bayar.” 

            “So, bertanggungjawab.” Pemandu itu cuba berkompromi.

            “Macam mana?” Pemandu itu Cuma tersenyum.

            “Ikut saya dulu, jom.” Sarah memeluk bukunya erat.

            “Tak nak ah. Buat awak jual saya ke, rogol ke. Nauzubillah!” Sarah cuba menentang. Pemandu itu memandang Sarah dengan wajah serius.

            “Awak ingat saya ni bapak ayam ke. Ikut aje la.” Ujar pemandu itu agak tegas.

            “Apa bukti awak tak buat semua tu?” pemandu itu tergaru-garu kepalanya. Dompet yang berada dipoket belakang seluar di ambil. 

            “Nah ni, ic dan lesen saya. Awak pegang. Lagipun saya ni kan kawan along awak, lupa?” Sarah bangun dari duduk dan mencapai kad pengenalan dan lesen pemandu itu. Hariez Zamani… dia betul-betul lupa pemandu inilah yang diperkenalkan along kepada dia sebulan lalu. Gym instructor yang along carikan untuk dia menurunkan berat badan, tapi hampeh!

            “Jangan buat pelik-pelik tau, saya rasa awak masih tau rasa tangan saya ni macam mana kan?” Hariez hanya tersenyum kecil dengan ugutan yang dibuat Sarah. Sedikitpun hatinya tidak getar malah bagai digeletek, geli!

………………………..

            Sarah melangkah longlai masuk ke rumah. Safrizal yang sedang menonton televsiyen ketika itu, mengalih tubuhnya memandang wajah lesu adiknya itu.

            “Penat aje muka. Pergi mana?” Safrizal menyapa. Sarah hanya berpaling sekilas sebelum menggeleng dan melangkah naik ke bilik. Safrizal hanya memandang langkah Sarah dengan kerutan. Kenapakah?

            “Kenapa dengan adik tu Long?” Mama yang baru keluar dari dapur turut terpandang wajah lesu Sarah.

            “Erm… entah, adalah si Hariez buli dia apa-apa tu. Baju pun bertukar tu.” Safrizal menyambung menonton televisyen. Mama hanya mengangguk dan kembali masuk ke dapur menyiapkan makan malam. 

            Sarah membaringkan tubuhnya ke atas katil. Terasa lega sedikit dapat meluruskan badan. Penat seharian menjalani denda yang dikenakan oleh Hariez Zamani petang tadi. 

            “Saya belum makan lagi. Kita pergi makan dulu eh.” Ujar Sarah sebaik sahaja menaiki kereta Hariez. Hariez yang sedang memakai tali pinggang keledar hanya menggeleng.

            “Nope. Kita pergi shopping dulu. Window shopping.” Hariez menghidupkan kereta dan terus meluncur laju.

            “Saya lapar. Belum makan lagi. Makan dulu eh.” Sarah masih mencuba merayu. Perutnya sudah ber’konsert’ rock sedari tadi. 

            “Kerja makan aje, bila nak kurus?” Sarah menjeling tajam Haries yang tersenyum sinis di sisinya.

            “Suka hati saya lah.” Sarah membentak.

            “Haa… Sebab tu kena tinggal.” Berdesing telinga Sarah mendengar kata-kata Hariez itu. Sarah mencerlung memandang Hariez yang beriak tidak bersalah. 

            “Jangan masuk campur hal saya!” Ujar Sarah tegas dan penuh marah. Hariez hanya menjungkit bahu.

            “Perlu. Perlu masuk campur. Saya bakal suami awak. Sama ada awak mahu atau tidak, saya tetap akan jadi suami awak Nur Sarah Hani.” Sarah terkedu, takkanlah? Calon Along? Hati Sarah berdetak sendiri.

            “Jangan nak perasan.” Sarah berdalih.

            “Tak perasan langsung. Tanyalah mama awak, tak pun along awak.” Sarah menggenggam erat tangannya. Geramnya dengan riak angkuh Hariez tika ini. 

            “Eh… soal jodoh kerja tuhan. Kalau tak, tak jugak. So jangan perasan.” Sarah menjawab sinis. Hariez hanya mencebik. Kerana DIA aku di sini sekarang, Hariez berbisik ke hatinya sendiri. terukir senyuman dibibirnya. Senyuman yang menggetarkan jiwa Sarah yang sedang memandangnya ketika itu, lantas pandangnya dikalih keluar tingkap secepatnya.

            Sarah mengerling ke arah jam dinding, sudah hampir ke angka lapan. Dia belum lagi solat Maghrib, lantas dalam kemalasan dan keletihan Sarah bangun mengambil tuala dan melangkah ke bilik air. Yang wajib perlu disegerakan.
…………………………………..

            Sarah makan dengan lahapnya. Mama dan Safrizal memandang dengan renungan yang aneh. Lapar sangat ke? Itulah yang terdetak dihati mereka berdua. Mama menyendukkan kuah gulai ikan ke dalam pinggan Sarah. Sebagai tanda terima kasih, Sarah hanya memberikan senyuman melebar.

            “Adik, are you that hungry?” Soal Safrizal, kemudian menuangkan air untuk Mama dan Sarah. Sarah mengambil air tersebut dan meneguknya perlahan.

            Yes I am. Thanks along, carikan calon yang suruh puasa sepanjang hari. Thank you so much.” Safrizal terkedu. Mama memandang Safrizal dengan pandangan penuh hairan. Sarah menyambung kembali suapan.

            “Takkan dia tak bagi makan langsung.” Soal Safrizal lagi. Sarah menggeleng laju.

            “Adik ni, takkan Hariez kejam macam tu sekali.” Mama mencelah. Mama sudah lama mengenali Hariez, Safrizal dan Hariez belajar dalam satu kos yang sama di Universiti.

            “Sneakers. Only one bar. KENYANG sangat mama.” Ujar Sarah sambil membasuh tangan di sinki. Pinggang makannya dibasuh sekali. Perkataan kenyang sengaja ditekankan. Sudahlah pagi dia hanya mengambil sekeping roti dan air susu coklat segelas. Makan sneakers waktu tengah hari memanglah tak kenyang!

            “Dia suruh adik diet la tu.” Safrizal menambah. Sarah mencebik.

            “Boleh tak along, mama, kalau nak adik kahwin sekalipun, boleh tak carikan orang yang terima adik yang bulat macam ni. Adik tak larat nak diet, nak tahan makan semata-mata untuk kurus sebab nak kahwin.” Sarah menyuarakan juga isi hatinya. 

            “Kurus untuk sihat bukan semata untuk kahwin.” Safrizal menjawab,ada nada tegas disitu.

            “Adik sihat apa sekarang. Doktor pun kata adik sihat. Adik belum kategori obesiti, so okaylah. Kalau along dengan mama nak adik kahwin juga dengan Hariez, okay, malam ni jugak adik minum julap macam dulu.” Mama merenung tajam begitu juga dengan Safrizal.

            “Adik, jangan mula nak kurang ajar dengan along dan mama eh. Along buat semua ni untuk adik.” Sarah mengeluh lemah.

            “Adik tahu. Tapi tolong cari orang yang boleh terima adik seadanya. Kenapa mesti cari orang yang sama macam Zahir? Pandang rupa paras semua? Along tahu apa Hariez kata?”

            “Apa dia cakap?”

            “Dalam tempoh pertunangan 3 bulan tu, adik masih macam ni dia nak putuskan pertunangan kami. Tak ke gila?!” Mama terkedu, Safrizal hanya senyap tidak bersuara. Sarah terus sahaja berlalu ke bilik. Dia sudah penat seharian dipaksa-paksa begitu. Melayan kehendak mama untuk dia berkahwin sama penat dengan melayan karenah Hariez yang asyik menyindir saiz badannya.


            Telefon yang asyik berdering, begitu membingitkan. Siapa pula yang telefon malam-malam buta macam ni? Bentak hati Sarah. Telefon yang diletakkan dibawah bantal, di ambil dan dibeleknya. Ada dua mesej baru, dengan pantas jarinya membuka mesej yang diterima.

++ Jangan makan banyak malam ni….++

+++ What? Awak tambah 5 kali nasi?!!!+++

Kedua-dua mesej itu dihantar oleh Hariez Zamani. Sarah hanya tersengih membaca mesej-mesej tersebut. Butang telefon dipicit lagi, dia mahu membalas.

++ 6 kali tambah la. Along salah kira la tu. ;P +++

Sarah kembali ingin memejamkan mata, namun terbantut dek deringan telefonnya. Telefon yang sedia ditangan, di angkat menghadap muka. Hariez? Sarah berkira-kira untuk mengangkat panggilan tersebut. Panggilan kesekian kalinya barulah diangkat. 

“Hello… ada apa malam-malam buta ni?” 

“Assalamualaikum…” Sarah mengigit lidah. Terkena lagi!

“Waalaikummussalam… ada apa, saya mengantuk.” Sarah menjawab acuh tak acuh, kalau boleh tak nak cakap langsung.

“Sombong ke marah ni?” Suara Hariez lain benar dengar ketika ini. Sarah mengetap bibirnya.

“Sebal aje.” 

“Maaf la… ada sebab semua tu…” Hariez seakan-akan memujuk. Sarah mengeluh lemah.

“Tak perlu mintak maaf, semua awak buat tu memang patut, sedarkan diri saya ni. Orang gemuk hanya dengan orang gemuk, mana boleh dapat orang sasa macam awak.” Sarah merajuk hati. Hariez terdiam dihujung sana. 

Nonsense la Sarah. Who said that?” 

Your actions Encik Hariez.” Hariez terdiam lagi.

“Pasal dekat kolam renang tu?” Sarah memejam mata, bibirnya diketap rapat. Sakit hati apabila mengenangkan peristiwa di kolam renang petang tadi. Sepanjang hayatnya selama 23 tahun, dia tidak ke kolam renang. Kalaupun nak berenang, mama selalu bawa kami berkelah ke sungai atau pantai.

“Kita nak buat apa kat sini awak?” Hariez yang sudah melangkah keluar kereta, menunduk dan memandang Sarah yang masuk tidak keluar.

Exercise.” Hariez menjawab ringkas.

“Ni kan kolam renang, bukan gym.” Hariez menjungkit kening.

“So? Swimming is also an exercise Miss Sarah.” Hariez menjawab dengan nada berlagak. Sarah membuka tali pinggang keledar, dan kemudian keluar daripada perut kereta.

“Awak nak berenang ke?” Hariez hanya mengangguk sambil membuka butt kereta dan mengambil satu beg galas, mungkin beg pakaian renangnya.

“Dah tu saya?” Hariez kembali menutup butt keretanya. Satu beg galas diserahkan kepada Sarah.
Swim sekali la. Dah jum.” Sarah ternganga.

“Gila!” Jerit Sarah, namun Hariez sudah menghilang ke dalam Pusat renang.

Sarah mengeluh berat, Hariez tersenyum sendiri. Niatnya baik, bukan seperti yang disangka dan difikir oleh Sarah.

            “Sarah… niat saya baik tau.” Hariez bersuara kembali. Sarah hanya diam menyepi. Malu benar bila difikirkan kembali peristiwa di kolam renang petang tadi. Sampai mati dia akan ingat, sampai mati!

            “Dah la awak, bye.” Sarah mematikan talian. Air mata yang bergenang, berlinang dipipi apabila matanya dipejam. 

            “Saya nak balik.” Ujar Sarah kepada Hairez yang bersenang lenang di dalam kolam. Tidak ramai, hanya ada beberapa orang sahaja. Sarah tidak betah memandang Hariez yang hanya berseluar pendek. 

            “Ala, kejap la… baru 10 minit.” Hariez kembali menyelam dan berenang sampai ke sebelah sana. Sengaja! Sarah melangkah ke sebelah sana.

            “Awak nak balik ke tidak?” Sarah bersuara tegas. Hariez menggeleng laju, habis air terpercik ke kaki seluar Sarah.

            “Okay saya balik sendiri!” Sarah terus melangkah pergi, baru beberapa langkah. Plup!

            “Aik… berenang sekali ke?”

            “Hariez!!!!!” Berdekah-dekah Hariez mentertawakan Sarah yang terjatuh dalam kolam akibat dilanggar oleh sekumpulan kanak-kanak yang sedang berlari ke arah kolam yang disediakan untuk mereka. Sarah menampar-nampar air sekuat hati, protes dengan soalan menyindir dari Hariez.

…………………………….

            Sarah memuncung mulutnya. Pagi-pagi lagi sudah dipaksa mama untuk ke gim yang menjadi tempat kerja Hariez. Sejak dari sampai, Sarah hanya memeluk tubuh melihat Hairez bekerja. Sesekali, Hariez akan berpusing ke arahnya dan sengaja menunjukkan otot-otot badannya yang berketul-ketul. Menyampah!

            “Cepat la wak… dah pukul 10 ni, barang apa pun tak beli lagi.” Sarah yang sudah tidak tahan untuk menunggu, cepat sahaja mendekati Hariez.

            “Aik, excited nak kahwin dengan saya ke?” Sarah mencebik.

            “Tarak makna ye tambi. Kalau bukan sebab mama, saya tak datang tau.” Hariez ketawa kecil.

            “Tambi tambi pun bakal suami awak juga.”

            “Eiii… cepatlah…” Hariez mengesat peluh dilehernya dengan tuala yang dibawa. Sarah menelan air liur, seksi sangat Hariez dengan baju tanpa lengan dan luas dibahagian leher. Menampakkan bentuk badannya, tambah seksi dengan peluh yang memercik dibahagian dada. Sarah menggeleng laju lantas mengalih pandangnya.

            “Kenapa geleng-geleng?” Hariez memandang Sarah yang kini sudah bertukar merah. Hariez memandang tubuhnya, dia tersenyum nakal.

            “Haa… awak tergoda eh… sabar la sayang, beberapa bulan aje lagi…” Hariez mula melangkah menghampiri Sarah. Sarah membeliak matanya.

            “Eh, jangan mengarut!”

            “Mengarut apa, muka awak yang merah-merah lepas tengok saya…” Sarah menjuih bibir.
            “Takde makna, saya malu tengok awak bukak aurat macam ni, dah la saya tunggu awak dekat bawah.” Hariez terdiam, aduss! Kena sebijik!

…………………………………

            Sarah sudah selesai memilih baju pertunangannya, coklat cair. Warna kegemaran dia dan tak sangka, warna kesukaan Hariez. Hariez hanya memilih kemeja rona warna sama sebagai persalinan pertunangan nanti. 

            “Jom makan, lapar la…” Sarah memberhenti langkahnya betul-betul di depan KFC. Hariez yang sudah ke depan hanya menggeleng laju dan terus berjalan tanpa sedikitpun mempedulikan rengekan Sarah.

            Sarah bebal. Sakit hati dengan sikap Hariez apabila soal makan ditimbulkan. Geram! Makan pun satu masalah ke?

            “Saya ada gastrik la awak, tak makan nanti sakit la.” Sarah merengek lagi. Hariez tetap buat tak tahu. Satu demi satu kedai disinggahnya, Sarah sudah sebal!

            “Awak!” Sarah menjerit. Semua mata yang ada memandang. Hariez mengeluh kuat.

            “Nak makan sangat pergi makan, elok-elok sihat menipu kata sakit. Pergilah.” Hariez bersuara tinggi. Sarah terkedu. Baru pertama kali Hariez meninggikan suaranya sebegitu kepada Sarah. 

            Sarah serba salah, Hariez sudah jauh melangkah ke depan. Hatinya berbelah bagi, melayan perutnya yang lapar atau melayan marahnya Hariez? Aduh! Payah betul!

            “Asal nak makan aje marah!” Sarah merungut, langkahnya laju menyaingi langkah Hariez. Hariez hanya menjeling sekilas ke arah Sarah yang sudah termengah-mengah disisinya, penat mengejar dia yang laju melangkah. 

            Segala barang yang diperlukan telahpun selesai dibeli. Jam sudah menunjukkan jam dua. Perut Sarah sudah bergendang berkompang. Hariez masih lagi diam, bercakap bila perlu sahaja. Sarah sudah tidak berani untuk bersuara tentang makan, takut sekali lagi dimarahi.

            “Kita singgah solat dulu.” Hariez ketika itu sudahpun memasuki kawasan masjid. Sarah hanya mengangguk perlahan. Setelah Hariez mematikan enjin kereta, mereka berdua melangkah keluar.

            “Dalam 15 minit kita jumpa dengan sini.” Hariez terus berlalu setelah memberi ‘arahan’. Sarah hanya mengangguk, suaranya bagai tidak mahu keluar melihat wajah Hariez yang terlalu serius.  Sarah mengambil tempat di kerusi batu luar masjid. Dia sedang keuzuran, hendak minta duduk dalam kereta, terasa malas hendak bersoal jawab dengan Hariez tambah pula dengan Hariez yang tarik muka 14 sen!

            Selepas lebih 15 minit barulah kelibat Hairez kelihatan keluar daripada masjid. Sarah bingkas bangun dari duduknya dan menghampiri kereta Hariez, peluh yang merinik dek kepanasan dikesat dengan tisu ditangan.

            “Awal siap solat? Solat ke tak?” Soal Hariez sebelum memasuki kereta, Sarah mencebik.

            “A.B.C” Hariez mengerut dahi. Kereta dihidupkan, pantas sahaja Sarah memasang penyejuk kereta pada had maksima.

            “Cuti la, tak boleh solat.” Sarah menjawab apabila wajah Hairez dilihatnya menagih pengertian lanjut.

            “La… dah tu duduk mana?” Sarah menunding ke kerusi batu yang menjadi tempat rehatnya sebentar tadi.

            “Lain kali cakap je la, boleh duduk dalam kereta, sejuk sikit.” Sekali lagi Sarah mencebik.

            “Nak cakap macam mana kalau orang tu tarik muka aje.” Hariez diam tidak bersuara, malas nak layan sindiran Sarah. Kereta terus dipandu keluar daripada perkarangan masjid. Perut Sarah sekali lagi bergendang kuat, menarik perhatian Hariez yang sedang memandu hingga terukir senyuman dibibirnya.

            “Yelah… kita singgah makan dulu.” Sarah menjungkit kening.

            “Tak cakap apa-apa pun.” Hariez ketawa kecil dengan kata-kata Sarah.

            “Perut awak dah bagi saya warning…” Sarah memegang perutnya dengan kedua-dua tangan, malu!

………………………………………………..

            Hariez Zamani berlari laju ke arah keretanya. Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan Hariez terus memecut laju meredah jalan raya yang agak sesak petang itu. Panggilan daripada Safrizal betul-betul mengejutkan dia. Sarah, kenapa drastik sekali keputusan yang dibuatnya itu! Hariez membentak dalam hati.

            “Hariez, cepat datang rumah aku, Sarah telan pil!” 

            Suara Safrizal seakan-akan masih terngiang-ngiang dicuping telinga, berita yang menggegar jantungnya. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa setengah jam dan sejam jika lalu lintas sesak, kini hanya 10 minit dilakukan oleh Hariez. Sebaik tiba di hadapan rumah Sarah, terus sahaja dia berlari masuk ke dalam rumah tanpa perlu dijemput sesiapa. 

            Where is she?!” Soal Hariez sebaik wajah Safrizal di hadapannya. Safrizal memaut erat bahu Hariez yang berwajah penuh risau.

            “Dalam bilik, mujur doktor boleh bagi dia muntah balik pil-pil tu.” Hariez mengurut dada, lega!

            “Pil apa? Kenapa tiba-tiba dia macam tu?” Hariez menyoal bertalu-talu.

            “Pil kurus mana entah dia dapat. Erm… you should ask her yourself, Hariez.” Safrizal memberikan laluan kepada Hariez untuk bertemu empat dengan Sarah. Mama setia menemani Sarah dikamarnya.

            Hariez memandang mama yang berada di sisi Sarah dan menunduk sedikit sebagai tanda hormat, kemudian perlahan-lahan menghampiri Sarah yang terbaring lemah. Pipi Sarah setia dibasahi oleh linangan air matanya walaupun kelihatan Sarah seperti sedang lena. Mama mengalih kedudukannya, menjauh sedikit, sekadar memberi ruang kepada Hariez untuk bertemu Sarah.

            “Kenapa A’ah buat macam ni A’ah…” Suara dan panggilan itu membuatkan Sarah membuka perlahan matanya. Pandangannya dikalih pada suara yang berada di sisi kirinya. Air matanya kian laju merembes.

            “Awak…” Sarah bersuara lemah. Namun air matanya tidak selemah itu, ia mengalir laju di pipi Sarah.

            “Kenapa A’ah, kenapa sampai macam ni tindakan awak?” Hariez menyoal lagi, penuh nada kerisauan. Sarah memejam rapat matanya. Bagaimana harus dia menjawab persoalan itu? Tiada niat untuk memusnahkan diri sendiri tapi…

            “Jangan panggil saya macam tu boleh…” Sayu suara Sarah meminta pada Hariez. Sarah gerun pada  panggilan begitu, gerun untuk terus mendengarnya.

            “Kenapa? Dari dulu lagi, awak selalu tak izinkan saya panggil awak macam tu…” Dalam lemah, Sarah cuba memamah kata-kata Hariez. 

            “Bila….” Belum sempat habis bersuara, Hariez memintas.

            “Biarkan yang lama, yang penting sekarang yang saya nak tahu kenapa awak seksa diri awak macam ni?” Hariez bersoal tegas kali ini. Sarah menelan payah liurnya, tekak terasa perit, mungkin kesan daripada paksaan untuk muntah yang dilakukan doktor yang merawatnya sebentar tadi.

            “Saya cuba macam cara untuk kurus awak… semua cara saya dah cuba….”

            “Jadi?” Hariez memintas lagi. Sarah mengetap bibirnya perlahan.

            “Ini jalan terakhir yang mampu saya fikirkan….” Hariez mendengus kasar.

            Are you crazy? Awak boleh mati tau tak!” Hariez berang dengan pernyataan Sarah yang tidak masuk dek akal.

            “Takde jalan lain dah…” Sarah membalas dalam lemahnya.

            “Ini bunuh diri namanya!” Mama berdehem perlahan, menegur Hariez yang agak bersuara tinggi terhadap Sarah yang masih lemah.

            “Tapi… Sarah nak kurus, saya penat di hina!” Sarah membentak dalam tangis yang mula menjadi.

            For what?!” 

            For you! Untuk awak, untuk jadi seganding dengan awak!” Hariez terkedu.

            “Saya tak minta sampai macam ni A’ah….” Sarah mengeluh perlahan.

            You once ask for it…. And Zahir kept repeating that I never can be good enough for you.” Hariez mengerut dahi, kemudian mengeluh lemah.

            “Dia lagi… he never learns a lesson…”

            What do you means for that?” Sarah sudah tegak bangun daripada pembaringannya.

            Forget it… sekarang ni awak, awak tak payah seksa diri macam ni, pikir nak kurus segala…” 

            “Tapi… bukan ke awak kata nak putuskan pertunangan kalau saya tak kurus” Hariez mengeluh lemah.

            “Saya cakap macam tu nak suruh awak stop makan banyak-banyak. Diet yang sihat, bukan macam ni. Okay, saya tarik balik kata-kata tu, boleh?”

            “Tapi….”

            “Saya ada A’ah… saya ada, saya akan bantu awak. Tak perlu pil-pil segala, saya janji selagi saya ada, saya bantu awak…” Sarah memandang hariez yang bersungguh menutur kata. Sarah keluh perlahan.

            Okay, but stop calling me with that name, please…” Hariez berubah riak.

            Why? Kalau saya mesti tak boleh… dari dulu lagi, sakit hati!” Sarah ternganga, tak faham!

………………………………….

            Budak lelaki itu pantas melarikan coklat milik budak perempuan bertocang dua yang berada di darjah dua orkid. Sebaik melihat si abang menyerah coklat itu kepada budak perempuan bertocang dua tersebut, pantas sahaja dia merampas dan terus berlari ke arah blok kelasnya di darjah empat. Bukan tidak didengarnya tangisan dan jeritan budak perempuan itu, tetapi sengaja dibiarkan.

            “Woi Hariez, apesal kau ambik coklat A’ah haa!” Jerkahan itu mengejutkan Hariez yang sedang bersembunyi di balik meja guru itu. Coklat itu disembunyikan dibelakang badannya.

            “Aku punya suka la. Kau menyibuk apahal!” Budak lelaki itu cuba mempertahankan dirinya.

            “Baik kau bagi balik, kalau tidak aku bagitau dekat Cikgu Zam!” Pengawas lelaki itu mula mengugut. Budak lelaki itu kecut mendengar ugutan pengawas tersebut, Cikgu Zam? Mau kena rotan di tapak perhimpunan nanti. 

            Budak perempuan bertocang dua itu, masih menangis sewaktu menghampiri mereka yang bertekak ketika itu. Budak perempuan itu memegang erat baju pengawas lelaki tersebut. Budak lelaki itu merengus marah.

            “A’ah, Ariez gurau aje…. Nah!” Budak lelaki tersebut menyerahkan semula coklat yang berada di dalam genggamannya kepada budak perempuan bertocang dua itu.

            “Awak jangan panggil kita A’ah, awak tak boleh!” Budak lelaki itu berubah riak, dari tersenyum kepada masam mencuka.

            “Kenapa? Zahir ni A’ah bagi pulak?” 

            “Zahir baik, awak jahat!”

            “Saya nak panggil jugak awak A’ah…”

            “Tak boleh, haram!”
…………………………………..

            Majlis akad nikah dan kenduri kesyukuran Hariez dan Sarah berjalan dengan lancar. Majlis yang sepatutnya menjadi majlis pertunangan digantikan terus dengan majlis pertunangan, semuanya atas kehendak Hariez sendiri. Sarah yang awalnya agak keberatan hanya mengikut kehendak Hariez, biarpun persiapan menjadi lebih kelam kabut. Alhamdulillah, semua berjalan seperti yang telah diaturkan mereka.

            “Jauh menung Sarah?” Sapaan Hariez mengejutkan Sarah yang jauh termenung di birai katil. Baju nikah plus kenduri belum bertukar lagi, begitu juga dengan Hariez. Sarah mengukirkan senyuman buat Hariez yang sudah sah menjadi suaminya empat jam lalu. Hariez melabuh duduk di sisi Sarah.

            “Tak percaya aje, kita dah nikah.” Hariez mengerut kening memandang isteri yang baru dinikahinya. Perlahan tangannya mencubit lengan isterinya.

            “Ouch… apa ni…” Sarah menggosok perlahan lengannya yang dicubit kecil oleh Hariez.

            “Dah percaya. Bukan mimpikan.” Jawapan Hariez meletuskan tawa kecilnya. Sarah mengangguk kecil.

            “Erm… nak tanya sikit, lama dah nak tanya….” Hariez membetul duduk memandang wajah Sarah yang masih dihiasi make-up tipis, menaikkan seri cantik semula jadinya.

            “Apa sayang….?” Suara Hariez yang penuh manja itu membuatkan wajah Sarah diserbu darah. Hariez tersenyum dengan tingkah Sarah yang masih malu-malu.

            “Kenapa abang terima Sarah yang montel ni? Kan ramai lagi perempuan cantik….” Tergeliat lidahnya untuk membiasakan memanggil Hariez dengan panggilan itu. Hariez yang mendengar, tersenyum bahagia, hatinya berbunga!

            “Sayang Isteriku Sarah….” Hariez bersuara lembut, hati Sarah berdetak luar biasa, nyata cinta bisa dipupuk lepas nikah, lagi indah rasanya.

            “Kalau cinta ni pentingkan rupa paras, mesti semua orang kejar Dato’ Siti sayang…. Tapi abang kejar Nur Sarah Hani je, dari dulu sampai abang berjaya sekarang…” Tangan Sarah digenggam erat. Sarah ketawa kecil, apa hal masuk Dato’ Siti pulak ni. 

            “Tak malu eh? Abang ni sasa je, gym instructor pulak tu, dapat isteri chubby gini.” Sarah menghala matanya pada tubuh sendiri. Hariez mencuit dagunya lembut. Wajah Sarah jangan disoal, memerah sedari tadi, menambah lebar senyuman Hariez.

            “Sayang ni… walaupun abang ni sasa, badan ketul-ketul siap six packs ni…” Hariez menampar perutnya. Sarah menjuih bibir, perasan sudah suaminya!

            “Abang suka isteri chubby-chubby, macam Sarah Hani abang ni…” Wajah Sarah makin memerah apabila Hariez menariknya dalam pelukan. Sarah membalas pelukan Hariez perlahan. 

            “Zahir jumpa Sarah tadi…” Hariez terus sahaja meleraikan pelukan mendengar kata-kata itu.

            “Dia nak apa lagi?” Sarah hanya tersenyum dengan reaksi Hariez yang sudah dijangka.

            “Dia mintak maaf dan ucap tahniah…” Hariez memandang tak puas hati.

            “Abang ni… betul la, mintak maaf sebab cuba merosakkan hubungan yang abang cuba bina dulu…” Sarah menggenggam erat tangan Hariez. 

            “Memang patut dia mintak maaf…” Sarah cuma tersenyum dengan rungut Hariez. 

            “Marah lagi? Bukan abang dah ‘ajar’ dia ke?” Sarah cuba menebak,Hariez tersengih panjang.

            He asked for it sayang…” Sarah tersenyum dengan gelengan. Akibat bengang dengan Zahir yang mengutuk dan menghina fizikal Sarah, Hariez memberikan beberapa tumbukan percuma. 

            “Berapa banyak abang bagi?” 

            Tripple daripada apa yang sayang pernah bagi dekat abang dulu…” Sarah terkedu. Tersengih kemudiannya melebih kerang busuk.

            Sorry abang, tak sengaja….” Hariez hanya tersenyum, ditarik isterinya merapatinya.

            “Hari sayang bagi hadiah tu, abang sangat-sangat happy, sebab after a few years, kita jumpa balik…” Sarah mengangguk laju. 

            “Tapi Sarah tak kenal pun abang, just kenal sebagai kawan along…”

            “Sayang memang, dari kecik asyik dengan Zahir aje.” Sarah mencerut wajah.

            “Zahir giving me such a painful memory abang… because of him, I almost die.” Sarah bersuara sayu. Masih terkenang pada hari Zahir memaksa dia untuk berjumpa. Hatinya berbunga ketika menerima panggilan daripada Zahir tapi akhirnya dia kecewa. Zahir menghinanya dengan mengatakan dia tidak segandingan dengan Hariez Zamani yang bertubuh sasa, sedangkan dia ‘terlebih sasa’!

            “Sudahlah… hari ini hari bahagia kita. Jom, tetamu mesti cari kita dekat luar tu, nanti apa kata orang pulak, pengantin tak sabar!” Sarah mencubit manja lengan Hariez, suka buat wajahnya memerah!

            “Terima kasih selamatkan Sarah dekat taman dulu…” Hariez menjungkit kening. Sarah tahu?

            “Mama cerita semalam. Tak sangka abang ada daripada awal.” Sarah menjawab seolah mendengar persoalan yang bermain di fikiran Hariez.

            “Jodoh. Sejak hari tu, abang cuba dekatkan diri dengan sayang. Alhamdulillah, along terima abang sebagai adik ipar dia.” Sarah dan Hariez saling membalas senyuman, beberapa ketika mereka bergandingan keluar daripada bilik. Sanak saudara sudah mula bising mengusik, pengantin hilang dalam bilik! Bahagia, buat Sarah yang mendapat cinta sejatinya dan bahagia buat Hariez yang berjaya merebut cinta yang dikejarnya.

=================================================

Nur Sarah Hani

            Pada Allah ku sujud menyata syukur. Cinta pertama hampir meragut imanku jauh. Cinta pertama buatku begitu asyik dengan cantiknya dunia. Diriku aku seksa, kekalkah cinta atas dasar rupa paras, fizikal segala? Hadirnya dia, menagih cintaku sedari kecil, tidak aku sedar susuknya cinta dia dek gila bayangku pada cinta pertama. Syukur, syukur aku belajar menerima diri sendiri. Tidak cantik tidak mengapa, asal hati ikhlas menerima, asal hati senang bahagia. Cinta itu bukan sekadar rupa! Terima kasih Hariez Zamani kerana menerima saya.



Hariez Zamani

            Nyata penantian pada cinta tak pernah sia-sia. Nyata, DIA memakbulkan segala doa. Sedari aku mulai belajar erti kasih , erti cinta, dia aku kejar semahunya. Biarpun dia tidak pernah kalih walau sekilas pandangan. Aku sabar, kerana aku terlalu cinta. Biarlah dia bagaimana rupanya, dia terlalu aku cinta! Aku ada untuk menjaga dia, aku ada untuk dia menjadi apa yang dia mahukan. Aku cuba sebaiknya, dia amanahNya. Akhirnya, cinta mekar dalam hatinya buat aku yang dulunya dia tidak pernah cuba untuk kenali. Nur Sarah Hani kau terlalu aku cinta!

 ............................
p/s: amacam? komen ye! much love readers!

14 comments:

nurul najwa said...

best sgt2.. cita lain drpd yg lain.. suka2.. :)

akubersamaCahya said...

thanks nurul najwa ^^

Anonymous said...

mananya x sasa abg nie..gym instructor tu..hehe
bule byg cena bdn hariez tu..hihih
nice cerpen.. :D
tgu dugun-dugun plak..hehe

tp ada one part tu nma sarah jd sarah alia instead of sarah hani..

[hawa]

Rohaida Rahman said...

sebelum apa2, nk mintak ampun kat abc sbb i selalu baca tp tak tinggal jejak, tak baik betul kan, sori ek..
abg sasa + adik montel = cute sgt.. tp kesian kat sarah bila asyik disindir, tak baik dorang ni tau.. suka citer ni :-)

akubersamaCahya said...

hawa: ya.. abc ada cari jugak. sebab at 1st nak letak sarah hani, masa syok2 tulis jadik sarah alia hehehe, bila edit dok mencari mana sarah alia nak tukar sarah hani... ^^ thanks tegur

akubersamaCahya said...

rohaida: its okay, diampunkan untuk kali ni ^^ abc nak tahu salah yang mana, yang kurang, so boleh dibaiki... abc nak lebih jauh dalam bidang...

tak komen pun abc tau ramai yang mbaca. thank u sangat2!

orang montel ni lelaki selalu pandangg sebelah mata kan.. huhuhuhu

cyah said...

huhu best baca citer ni. Rasa macam kena ngan diri sendiri huhuhu :'( memang selalu org yang montel ni kena kutuk dan dihina nasib bek iman kuat dan keyakinan tinggi kalau x mesti saya pun buat cam sarah gak huhuhu thanx abc sebab create citer mcm ni....and sori coz sebelum ni i baca karya u tapi x sempat nk tinggalkan jejak...:-)

akubersamaCahya said...

takpe... ^^ thank u sebab baca karya abc :)

abc pun montellll huhuhu hari2 pikir nak kuruskan badan tapi mulut mengunyah aje hehehehe

Cahayatt said...

best...
kisah yg penuh pengajaran...
setiap insan ada hak utk dicintai tnpa syarat...
good job nurwateeqa...

asfiedaimpiana said...

best!! dah terbayang2 sazali samad!...hahahaaa :) teruskan bekarya ok.. ;)
salam ukhwah

Anonymous said...

best2....kelakar pon ada...sedap nama sarah dari a'ah tuh...

akubersamaCahya said...

sazali? sama la hahahahaa

a'ah tu macam nama manja la hehehehe tak sedap eh? abc sesedap hati aje tu ^^

ada said...

Best..

Anonymous said...

Best sgttt2..

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders