BAB 4
Perjalanan pulang ke rumah penuh dengan kesepian. Tiada lagi
riak bahagia, atau rasa tidak sabar untuk tiba ke destinasi. Cukup berbeza
dengan situasi sebelum ini, semua rasa ada, hati terlalu mahu bertemu dia,
Mustika. 8 tahun berpisah tanpa berita langsung daripada Mustika, cukup membuat
hidup Irham terseksa. Saban malam merenung gambar Mustika. Raut wajah Mustika
tak pernah padam daripada hatinya. Irham mengakui, dia bersalah. Dia telah
mengecewakan Mustika dahulu, tapi bukankah semuanya kehendak Mustika sendiri?
Setelah 8 tahun mencari khabar daripada Mustika, kedatangan Shamsul Hadi hari
itu benar-benar memberikan cahaya buat Irham. Tapi sayang, cahaya itu kian
pudar. Mustika sudah menjadi milik orang! Masih terasa jantungnya tersentap kuat
melihat Mustika yang berbadan dua. Allah, kuatkah aku menerima semua ini?
“Kenapa
tak di siasat dulu sebelum jauh kita pergi meminang?” Soal Puan Zahirah
tiba-tiba, menyedarkan Irham yang tenggelam dalam arus perasaan kecewanya.
Irham mengeluh lemah. Baru terfikir perkara yang sama. Biasalah, orang lama
selalu cakap, ikut hati mati. Benar, sekarang dia sudah mati, mati akal.
“Tak
sangka jadi macam ni Mama.” Puan Zahirah menggeleng kepala, tak bentah melayani
sikap anak sulungnya yang nampaknya belum cukup matang dalam kehidupan.
“Lain
kali siasat dulu. Ayah Chik bising jugak tadi, mujur dia tak marah lebih-lebih,
kalau tak masak la kamu.” Ayah Chik merupakan saudara Irham yang memang tinggal
di Kedah. Ayah Chik kononnya tadi mewakili pihak lelaki, tak tahu pula akan
jadi macam ni.
“Tak
masak dah mama, dah hangus.” Kata-kata itu mengundang ketawa Lisa di belakang.
Irham hanya menjenggil matanya melalui cermin pandang belakang. Puan Zahirah
turut ketawa bersama Lisa.
“Padan
muka kamu. Erm…”
“Is
mintak maaf mama…” Irham tahu ibunya sedikit kecewa dan tebal muka dengan apa
yang berlaku hari ini.
“Nak
buat macam mana, hal dah jadi. Puan Salmah tu baik orangnya, takde lah mama
malu sangat. Puan Salmah pulak yang beria-ria mintak maaf tadi.” Jelas Puan Zahirah.
Hati anaknya perlu dijaga juga, takkan mahu ditambah tekanan dan kecewanya?
“Abang,
kira tak jadi ke ni, Kak Mustika jadi kakak Lisa?” Lisa mencelah.
“Tak
la Lisa. Lisa pun tau kan apa yang jadi tadi.” Irham menjawab, garang. Kecewa
dengan persoalan daripada Lisa. Memang sebolehnya dia mahu Mustika menjadi
isterinya, tapi sekarang…
“Ye
tahu la. Tapi apa masalahnya? Abang kahwin aje la dengan kakak.” Irham
mendengus kuat, Lisa seolah mencucuh api ke minyak petrol.
“How?
Lisa jangan mengarut lagi okay. Mana kakak nak letak suami dia, ayah baby dia
tu?” Lisa mengerut dahi.
“Hah…
buat muka pulak.” Irham yang mengintai dari cermin belakang menegur Lisa yang
membuat muka pelik. Takkan Lisa ni tak faham kut, getus hati Irham.
“Abang
yang mengarut,” ujar Lisa. Malas nak layan, Lisa nak tidur.” Lisa menjawab,
dalam fikiran gadis kecil itu masih berpersoalan, bukankah perempuan yang
kematian suami boleh berkahwin lagi? Akhirnya soalan itu tinggal soalan pabila
dia sudah dibawa pergi oleh bahtera lenanya. Irham hanya menggeleng kecil.
Payah nak bersoal jawab dengan adik kecilnya itu yang kini kian bijak dalam
berkata-kata. Ada sahaja yang ingin disoal dan dijawabnya. Kadang kala hilang
juga kesabaran dia dalam melayani Nuralisa.
“Betul
kata Lisa, kamu yang mengarut. Lain kali siasat habis-habisan. Erm…” Irham
terpangu dek kata-kata ibunya. Siasat lagi? Apa lagi yang harus disiasat?
Mustika sudah bahagia, biarkan dia. Aku harus memulakan hari yang baru. Mustika
harusku biar pergi dari hati ini, tekad hatinya.
+++++++++
Aku
berdiri di jendela rumah. Angin malam ini terasa sungguh dingin, aku peluk
tubuhku kejap. Perut yang kian membesar, memberikan aku semangat setiap hari,
untuk aku buka mata dari lena. Inilah hadiah terakhir Amzar, suamiku. Jika dulu
aku bangun pagi, aku takut untuk membuka mata, aku takut untuk menghadapi
hari-hari tanpa Amzar. Takkan ada lagi bisikan cinta dari dia setiap pagi.
Takkan ada lagi ciuman darinya setiap malam sebelum aku tidur. Takkan ada lagi
waktu-waktu yang terhenti tatkala Amzar tersenyum penuh cinta dihadapanku.
Takkan ada lagi segala detik indah bersama Amzar. Amzar telah pergi, kembali
pada DIA yang memilikinya. Aku redha, dan aku bersyukur. Kami tahu waktu untuk
kami berpisah, dan kami cuba jadikan waktu-waktu yang ada itu penuh dengan
kenangan-kenangan yang membahagiakan.
Cukup, hanya dengan menutur namanya,
aku bisa tersenyum bahagia. Mohd Amzar, anugerah terindah untuk aku. “Mustika
adalah hadiah terindah yang Allah berikan untuk abang. Abang sangat bersyukur.
Kasih dan cinta Abang hanya untuk Mustika seorang” Masih terngiang-ngiang
bicara Amzar tatkala nyawanya kian dipenghujung waktu.
Mata aku
pejam erat. Cuba menepis tangisan yang mahu terhambur, dan cuba mengukir
senyuman bahagia. Amzar tenang di sana, dan aku telah berjanji dengan dia, aku
takkan menangis lagi kerana sudah tiada dia untuk memberi bahu kepadaku,
untukku lepaskan segala tangisan.
“Jangan
menangis Mustika.” Suara itu membuat aku tersedar daripada mainan perasaanku.
Ibu berdiri disebelahku dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Tubuh
ibu aku rangkul. Aku mahukan sedikit semangat.
“Mustika
rindukan Abang Amzar bu.” Ibu mengangguk, memahami gelodak hatiku.
“Amzar
sudah tenang kat sana Mustika. Banyakkan berdoa dan sedekah al-fatihah buat
dia.” Ibu memberikan nasihatnya.
“Setiap
kali solat ibu. Mustika sentiasa teringat waktu-waktu Mustika dan Abang Amzar
solat berjemaah. Tenang rasanya. Sekarang pun sama, cuma kurangnya tiada imam.
Tak salahkan ibu kita rindu dia.” Ibu menarik aku ke sofa. Kami duduk di situ,
ibu menarik tanganku ke dalam genggamannya.
“Tak
salah, tapi jangan terlalu ikut perasaan. Jangan seksa dia di sana dengan
tangisan-tangisan kita. Ibu ingat lagi Amzar pesan dengan Mustika. Dia tak bagi
Mustika menangis kan? Dia pesan, Mustika mesti jadi ibu terkuat kepada
anaknya.” Aku tersenyum dan mengangguk. Amzar minta aku berjanji di depan
keluargaku, dia takut aku mungkir janji aku kalau janji itu hanya dibuat depan
dia sahaja.
“InsyaAllah
bu. Mustika ingat lagi.” Ibu menggenggam erat tanganku.
“Apa
yang berlaku hari ini, anggap satu ujian. Allah sentiasa menguji
hamba-hambaNya. Bukan menyeksa, tapi melihat sejauh mana kita yakin dengan Dia.
Ingat tu.” Ibu, sejak pemergian Amzar empat bulan lalu, banyak kata semangat
yang ibu berikan kepadaku. Tak nak bagi aku lemah, tak nak bagi aku rebah. Ibu
masih macam dulu, dengan nasihat ibu, buat aku terkenang arwah abah. Abah,
abang, Mustika rindu!
“Lusa ni
jadi pergi KL?” soal ibu.
“InsyaAllah..
Angah kata lusa dia nak balik dah, so Mustika ingat nak ikut angah aje.”
“Baguslah,
ibu pun tak risau Mustika nak jalan jauh.” Ujar ibu dan menarik aku ke dalam
pelukannya. Siapa boleh menandingi kasih ibu kepada anaknya? Aku kini kian
memahami erti kasih ibu dan naluri keibuan kian tertanam dalam hatiku, gerakan
bayi dalam rahim membuat aku bahagia dan tidak sabar menanti kehadirannya.
+++++++++
Pintu
pejabat ditolak lemah. Beberapa hari ini, Irham seakan hilang semangat. Sejak pertemuannya
dengan Mustika beberapa hari lalu, mengubah cuaca hari-hari Irham. Entah
kenapa, dia rasa tidak senang. Bagai ada sahaja tidak kena. Perlahan-lahan mata
dipejam rapat, mencari semangatnya kembali. Baru beberapa saat memejam mata,
pintu pejabatnya dikuak dengan kasar dari luar.
“Hoi
cik abang… diam-diam hang noh…” Shamsul Hadi terus sahaja menerjah tanpa salam.
“Assalamualaikum
Encik Shamsul Hadi.” Ujar Irham dengan nada menyindir. Shamsul Hadi hanya
tersengih dan tergaru-garu janggutnya yang nipis itu.
“Waalaikummussalam.
Amboi macam tak suka aku datang sini je.” Shamsul Hadi menarik kerusi dan duduk
bertentangan dengan Irham Syakir.
“Aku
penat sikit la.” Shamsul Hadi berkerut kening. Bukannya patut bahagia? Bisik
hati Shamsul Hadi.
“I
thought you are happy right now?”
“Happy?
Why?” Irham menyoal kembali dengan mata masih terpejam dan tubuh tersandar ke
kerusi.
“Yelah,
kau pergi meminang Mustika kan?” Irham terus sahaja membuka mata setelah nama
itu disebut. Dia mengeluh berat.
“Kenapa
ni? Mustika tolak?” Shamsul Hadi meneka sendiri setelah melihat wajah Irham
yang mencuka.
“Tak
tolak, tak terima.”
“Then?”
“Tak
boleh la, she’s already married. Dah pregnant pulak tu!” Shamsul Hadi
menjungkit kening.
“Tunggu
dia bersalin aje lah, so apa masalah?” Irham bangun dari kerusi dan melangkah
ke tingkap pejabat. Kereta kian sesak di jalan raya, sama sesak dan semak
seperti hatinya sekarang.
“Gila
ke apa kau ni, fikir dulu sebelum cakap!” Ujar Irham tegas. Shamsul mendekati
Irham dan menepuk kuat bahu Irham sehingga tergerak sedikit tubuh Irham.
“Aku
dah fikir, sebab aku dah fikirlah aku datang minggu lepas, bagitau dekat kau
pasal Mustika. Kalau tak fikir, ada mau aku nak bagitau?” Irham mengalih tubuh
memandang Shamsul Hadi dengan pandangan menikam.
“Bagitau,
tapi tak cerita habis!” Marah Irham. Shamsul Hadi ketawa sinis.
“Macam
mana aku nak cerita habis, kalau dah kau terus laju balik rumah bila aku bagi
alamat Mustika?” Irham kembali memandang keluar tingkap. Ya, memang dia sangat
teruja apabila Shamsul Hadi menghulurkan alamat Mustika kepada minggu lepas,
terus sahaja dia pulang ke rumah untuk menguruskan hal peminangan. Salah dia
sendiri. Irham mengeluh berat.
“Entah
kenapa la aku over excited bila
dengar pasal dia minggu lepas, lepas tu kau bagi pulak alamat dia, lagi la aku
teruja. Aku dah lama cari dia. Lama sangat.” Shamsul Hadi menepuk bahu Irham
memberi semangat kepada dia.
“Kau
tak dapat nak terima dia?”
“Macam
mana aku nak terima dia, dia milik orang Sham.” Lirih sahaja suara Irham.
“Kalau
dia janda kau boleh terima?” Irham memandang Shamsul.
“Apa
kau mengarut ni? Aku tak sejahat tu, aku redha. Aku nampak Mustika sekarang
sangat bahagia.” Shamsul ketawa lagi.
“Kau
ni kenapa asyik gelak aje?” Marah Irham. Rimas dengan ketawa sinis Shamsul
Hadi.
“Nak
kata kau ni bodoh or dungu, tak boleh. Engineer tu… tapi… entah la.” Shamsul
ketawa lagi. Irham menolak tangan Shamsul yang masih dibahunya, tanda protes.
“Sudah
hampir 4 bulan Mustika kehilangan suami dia Irham. Kehilangan yang dia sendiri
tahu dia akan hadapi.” Irham terpana.
“Hari
tu aku nak cerita, tapi kau laju sangat. Terus aje blah…”
“Kau
biar betul.” Shamsul Hadi hanya mengangguk dengan muka yang serius. Kisah
Mustika bukan sesuatu yang bisa membuat orang tersenyum. Hanya Mustika, hanya
dia yang tersenyum dengan kisahnya. Kehilangan Amzar yang sememangnya dia sudah
jangka. Pemergian Amzar tanpa ada setitis pun air mata. Pemergian Amzar tatkala
kandungan berusia 2 bulan. Anak penguat Mustika, penguat Mustika untuk terus
menghadapi hari-hari tanpa suaminya yang tercinta.
5 comments:
sayu klau kte kat tmpt mustika...seb baik iham paham..
kehilangan insan tersayang. =.= takleh nak imagine. ermmm
Bila nak sambung lg nie...
Bila nak sambung lg nie...
^^ maaf cik anon. huhuhu insyaAllah nanti abc post ye
Post a Comment