BAB 3
Aku menghayun kuat raket di tangan,
bola terus melantun laju ke sebelah kiri, baru hendak berlari ke arah kiri,
bola sudahpun dipukul. Aku tergamam seketika. Apa dia buat kat sini? Aku pusing
tubuh ke belakang mencari Misha. Kelihatan Misha dalam wajah yang takut-takut
dan Mizan asyik tersenyum sama juga dengan mamat kambing sebelah aku ni. Bola
aku biarkan sahaja tidak disambut, mamat kambing sudah berubah wajah. Dari
tersenyum, kini tiada riak.
“Tak sudi nak bermain dengan saya?”
Irham bersuara. Aku hanya mengeluh kecil dan mengelap peluh di dahi dengan
belakang tangan. Malas melayan dia, aku terus melangkah keluar.
“Mustika…” Irham memanggil. Aku
berhenti dari terus melangkah keluar dari gelanggang.
“Saya tak tahu apa salah saya yang
buat awak seolah-olah membenci saya. Apa yang saya dah buat?” Aku menarik nafas
perlahan.
“Soalan tu tak sesuai.” Masuk kali
ini, baru kali kedua aku bertemu dengan dia. Macam mana dia boleh kata aku
benci dia.
“Tak sesuai?”
“Saya tak kenal awak. “ Aku terus
sahaja melangkah keluar dari gelanggang. Entah apa yang dimahukan Irham dari
aku. Aku tak faham!
“Aku balik dulu Misha.” Ujarku setelah
barang-barangku, aku ambil. Misha tidak sempat berkata-kata atau mungkin juga
dia takut untuk cakap apa-apa. Aku terus melangkah keluar dari situ. Langkah
aku atur cepat, aku sedar Irham sedang mengejar. Ada-ada saja dia tu.
“Mustika, kejap.” Laung Irham. Aku
tetap melangkah laju. Biarkan dia memanggil. Malas. Malas nak melayan.
“Mustika kejap!.” Hampir sahaja aku
melanggar dia yang berlari dan berhenti tepat di depanku. Jarak antara kami
yang terlalu hampir aku jarakkan. Terkejut! Riak wajah Irham agak berlainan.
Serius.
“Saya nak cakap kejap aje, boleh?
Five minute will be enough.” Ujar Irham begitu serius. Aku mendengus kasar.
Jawab tidak, lari pun tidak.
“Saya mintak maaf kalau buat awak tak
senang, tapi saya nak kenal dengan awak Mustika.” Aku menggeleng kepala
mendengar pengakuan Irham. Ketawa sinis aku berikan sebagai balasan jawapan.
“Saya serius.” Ujar Irham lagi.
“Maaf. Saya tak berminat.” Aku cuba
melangkah pergi dari situ, tapi Irham masih menghalang.
“Apa lagi?!” Ujarku sedikit keras,
bagi menandakan aku tidak suka.
“Belum cukup 5 minit lagi.” Irham
cuba bergurau. Aku hanya mengeluh berat.
“Saya tak masa nak dengar awak
mengarut lagi.”
“Mengarut?” Irham ketawa kecil, ada
nada kecewa di situ. Aku pandang wajahnya, namun tak lama. Takut memandang
lama-lama. Takut nanti… ah! Mengarut.
“Saya nak balik bilik.
Assalamualaikum.” Cepat-cepat aku berlari dari situ. Bila aku rasa, Irham tak
lagi mengejar, aku mula berjalan seperti biasa. Nafas aku atur perlahan. Letih.
Letih dengan macam-macam hal. Dari hal Maya, kini datang si mamat kambing pulak.
Dalam langkah yang aku atur, tiba-tiba tubuh itu membuat aku berdiri tak
bergerak. Kaku seketika. Wajahnya yang serius membuat aku jadi serba salah.
“Maya, kau buat apa kat sini?” Soalku
kepada Maya yang tercegat di tepi padang dengan baju kurung yang tidak bertukar
dan buku-bukunya. Maya memandangku tidak berkedip. Wajahnya tampak seperti
orang yang sedang marah. Maya terus melangkah pergi tanpa menjawab apa-apa.
“Maya…” aku menyaingi langkah Maya
dan menyekat jalannya. Maya mendengus kasar. Matanya menjeling tajam melihatku.
“Cuba cakap dengan aku apa salah aku
sebenarnya?” Aku mula menyoal Maya. Biarlah apa pun yang berlaku, aku hanya
mahu tahu. Maya ketawa sinis, membuat hatiku terasa pedih.
“What else to say?” Maya cuba
melangkah pergi. Kenapa dia mesti bersikap macam ni? Aku cuba menghalangi
langkahnya, namun ditepis, dan ‘mungkin’ tanpa dia sengaja, dia tertolak aku
hingga terjatuh.
“MAYA!!” jerit satu suara. Maya dan
aku berpaling kepada suara tersebut. Irham?
“Saya…” Maya tergagap-gagap pabila
dijerkah sebegitu. Wajah Irham kelihatan bengis sekali, tangannya digenggam
seolah menahan marah.
“Aku dah jelas semua dekat kau, tak
faham lagi?” Irham memarahi Maya, aku hanya memerhati. Aku tak faham
sebenarnya, kalau diikutkan cerita Maya dulu, Irham tak kenal dia. Sekarang ni
macam kenal rapat aje. Tak faham betul!
“Kenapa dia? Kenapa mesti dia?!” Maya
menjerit melawan kemarahan Irham kepadanya. Aku begitu terkejut dengan reaksi
Maya yang tiba-tiba menggila. Aku bangun dari jatuhan tadi. Tanganku yang
terkena tar jalan mengalami luka-luka kecil. Maya yang sudah berlinang air mata
dengan wajah yang penuh amarah, dia melangkah pergi dan melanggar kuat aku yang
baru cuba untuk bangun. Sekali lagi, aku terjatuh!
“Mustika…” Kelam kabut Irham
menghampiri aku dan cuba untuk menahan aku dari terjatuh. Tak sempat, aku terus
terduduk sekali lagi. Aku hanya mampu mengaduh kecil. Kenapa sampai macam ini
sekali? Apa sebenarnya yang terjadi? Allah, permudahkanlah. Irham beriak risau
bercampur marah. Mungkin marahnya pada Maya belum reda. Tapi kenapa?
“Jangan!” Tegas aku pabila Irham cuba
memegang tanganku ketika aku bangun dari kejatuhan. Irham mengangkat tangannya
tinggi ke atas dan meminta maaf.
“Drastic reflect. Sorry.” Aku bangun
dan menepuk seluarku yang kotor berpasir. Irham masih berdiri dan memerhati.
Aku pandang Irham sekilas.
“Tunggu apa lagi?” Soalku.
“Tunggu awaklah.” Aku mencebik.
Meluat pulak tengok muka mamat kambing yang asyik tersengih. Tadi bukan main
garang, getus hatiku.
“Saya mintak diri.” Terus sahaja aku
melangkah pergi. Irham hanya memerhati, tidak menghalang dan tidak berkata
apa-apa. Setelah jauh aku kembali berpaling memandang Irham, dia masih berdiri
tegak di tepi padang. Berdiri dan meraup wajahnya. Tiada senyuman namun penuh
riak kerisauan dan kecewa. Tapi kenapa? Kenapa beria nak berkenalan dengan aku?
Siapa dia? Dan kenapa dia dan Maya seperti musuh? Bukan ke Maya peminat setia
Irham Syakir? Berfikir seberapa ketika, dan aku mula melangkah. Melangkah
mendekati dia yang kini sudah mengambil tempat di kerusi batu tepi padang itu.
“Awak
kenal Maya” Aku menyoal Irham yang tika itu sedang mengikat tali kasut
sukannya. Tak sangka, aku memeranjatkan dia.
“Astagfirullah.”
Irham beristighfar, sambil mengurut dada.
“Maaf-maaf…
lupa bagi salam, Assalamualaikum.” Aku tak sengaja, mana nak tahu dia nak
terkejut. Irham hanya mengangguk-angguk. Lemah semangat betul mamat kambing ni,
hatiku mengutuk.
“Mujur
saya ni masih muda dan sihat. Belum ada lemah jantung. Fuh, semangat!” Irham
seolah-olah berseloroh. Aku nak gelak tapi, ehem… jual mahal sikit.
“Awak
tak jawab soalan saya lagi.” Aku tak mahu melayan Irham ni lama-lama. Dari segi
gaya, dia ni otak macam ‘ting-tong’. Nanti tak pasal asyik aku terkena dengan
dia. Jadi lebih baik aku buat-buat serius.
“Apa
ye awak tanya tadi?” Irham kembali menyoal. Aku mengeluh perlahan, melangkah
menghampiri dia, dan melabuhkan punggung ke bangku batu bertentangan. Boleh
selesai ke semua persoalan? Tapi Irham seakan mengetahui segala-galanya dan
seakan ia berkaitan dengan dirinya. Tapi aku? Disabitkan kesalahan tanpa tahu
jenayah apa yang telah aku lakukan. Allah, Ujian!
++++++
“Apa
yang awak nak lagi?” Irham kelihatan sungguh keliru. Wajahnya agak pucat dan
kelihatan riak tidak mengerti, binggung dan buntu. Aku memeluk tubuh. Keluarganya
masih di dalam rumah, ada juga yang sudah pulang dahulu. Yang tinggal, hanya
Ibu dan adik perempuannya.
“Saya
datang menuntut janji!” Irham bersuara tegas dan penuh amarah. Untuk apa
marahnya itu? Untuk apa? Cerita zaman remaja, kenapa harus percaya sampai setia
untuk 8 tahun lamanya?
“Janji?
Janji apa? Cerita lama. Saya sendiri dah lupakan awak!” aku menjawab dengan
bersahaja. Aku tahu jawapan itu bisa mengundangkan kemarahannya lebih lagi.
Tapi apa yang mampu aku soalkan? Aku sendiri sudah tidak ingat janji apa yang
dia maksudkan sedari tadi.
“Janji
untuk kita bernikah. Janji untuk menyatukan cinta kita secara halal. Awak dah
lupa?” irham meraup wajahnya lagi, dan terus sahaja memandang aku yang masih
berdiri di tepi pokok mempelam itu.
“Pernah
wujud ke janji tu? Kalau pernah, masakan saya lupa, atau janji itu hanya mainan
mulut awak?” Irham mendengus kasar.
“You
are the one who made that promise Mustika!”
“Kalau
saya buat, kenapa saya lupa?!”
“Sebab
awak dari dulu tak pernah percaya pada saya.” Aku mengukir senyuman sinis di
bibir. Aku kalih tubuhku menghadap dia.
“Percaya?
Well Mr. Irham Syakir. Saya percaya. Percaya yang awak ni memang lelaki tak
guna!”. Jerkahku. Tak menunggu lama. Aku terus melangkah masuk ke rumah. Irham
aku biar dengan wajahnya terkejut. Ya aku lupa siapa dia pada awalnya. Aku lupa
kerana aku perlu melupakan. Jika tidak, Amzar tidak akan berjaya menakluki hati
ini dan terus memadamkan memori-memori luka yang ditoreh insan sekejam Irham
Syakir!
Siapa
mahu percaya pada kekasih, andai kekasih itu dilihatnya sendiri bermesraan
dengan gadis lain. Percaya yang ada, juga boleh hilang sekelip mata, dengan
hanya satu kecurangan. Percaya juga boleh hilang, andai setiap malam, air mata
membasuh ia sebersih-bersihnya. Janji dalam sebuah cinta. Ikhlas atau sekadar
pura-pura, pemanis mulut tatkala dilamun cinta?
“Mustika…”
Panggil ibu sebaik aku melangkah ke dalam rumah. Ibu menggamit aku supaya
mendekati dia dan Ibu serta adik perempuan Irham. aku mengawal riak emosi marah
dan sedih aku tadi, dan mula menghampiri mereka.
“Sudah
bincang elok-elok?” Ibu mula menyoal. Ibu Irham memerhatikanku dengan wajah
yang tenang.
“Belum
ibu. Mustika mintak maaf. Mustika tak boleh. Berbincang dengan dia macam menoreh
luka lama. Mustika tak boleh.” Aku menjawab dengan air mata yang mulai
berlinang di pipi.
“Mustika,
ibu mengandung ni tak boleh stress tau. Sudahlah. insyaAllah semua akan selesai
dengan baik.” Ibu Irham menghampiri dan menggosok belakangku memberikan
semangat. Aku ingat Ibu dia akan marah sakan sebab, peminangan mereka kepada
seorang wanita mengandung, kelihatan agak memalukan. Ialah, seolah macam
tertipu dan dimainkan.
“Kak
Salmah, saya mintak maaflah ye. Irham memang macam tu, garang tak bertempat.”
Ibu hanya mengangguk-angguk dengan senyuman, tanda tidak kisah.
“Mama,
akak ni akan jadik akak ipar Lisa kan?” Adik perempuan Irham mula bersuara. Ibu
berpandangan dengan aku kemudian saling berpandangan dengan Ibu Irham. Kami
semua senyap seketika.
“Tak,
Ma, jum kita balik.” Irham yang tiba-tiba muncul di situ dengan wajah bengis,
memecah keheningan yang terbina sebentar tadi. Lisa mencerut dengan jawapan
Irham.
“Irham…”Ibu
Irham bersuara, lembut tapi tegas. Pandangan wajah ibunya juga menandakan dia
sedang memberikan amaran.
“Kak
Salmah, saya mintak diri dulu ye. Nak balik jauh pulak ni.” Puan Zahirah
meminta diri. Ibu mengangguk.
“Nak
balik Selangor terus la ni?” Ibu bersoal.
“Macam
tu gayanya. Irham, lusa dah kerja.” Ibu hanya mengangguk dengan jawapan yang
diberikan. Aku menyalami Ibu Irham dan adiknya. Lisa, comel, manis bertudung.
“Akak,
Lisa nak facebook akak boleh?” Lisa yang menarik aku ke belakang sedikit
daripada mereka semua, mula berbisik. Aku mengerutkan dahi, tiba-tiba?
“Kenapa?”
“Nak
add la. Boleh ye kak?” Ujar Lisa sambil memberi telefonnya untuk aku menulis
emel facebookku. Aku ambil dan mula mencatat alamat emel.
“Nama
akak dalam facebook, CahayaAmzar.” Lisa tersenyum dan mengangguk-angguk.
“Terima
kasih akak, nanti boleh kita chatting.” Aku hanya tersenyum dengan tingkahnya.
“Awalnya
ada facebook. Umur berapa ni?” Lisa yang sedang asyik dengan telefonnya,
memandang aku dengan sengihan. Ah! Dah serupa dengan Irham a.k.a Mamat Kambing.
“Dah
11 tahun dah, abang bagi. Dulu dia kata Lisa umur 11 tahun baru boleh. Sebab tu
Lisa baru dapat telefon ni.” Lisa menayang telefonnya di mataku. Aku mencubit
pipinya yang gebu itu. Irham Syakir, bijak mendidik adiknya.
“Lisa,
jom.” Puan Zahirah menjerit memanggil Nuralisa. Lisa terus sahaja menarikku, memelukku,
dan mencium pipiku.
“Lisa
suka dengan akak, Lisa doa akak akan jadik kakak Lisa satu hari nanti.” Lisa
berbisik lagi dan kemudian terus berlari memasuki kereta. Dari dalam kereta,
dia melambai-lambai dengan senyuman yang tak lekang. Aduhai, beratnya doa dia. Andai
benar, andai Allah makbulkan, bagaimana? Mampukah aku menerima kembali dia,
bukan sebagai luka namun penawar jiwa yang lara, mampukah?
4 comments:
best2...hope ade jodoh diorg berdua ni...
thanks. ^^v
suspens a...
dupdapdupdap. ;)
Post a Comment