Haikal meraup mukanya beberapa kali. Dikilas pandangan ke arah Zulaikha yang senyap disisinya. Direnung wajah yang mulus itu, dan untuk ke berapa kali entah dia mengeluh. Zulaikha memandang Haikal, hatinya tersentak dek terkejut dengan pandangan mata Haikal yang mencerlung ke arahnya. Dia mengerutkan kening, dengan wajah penuh tanda tanya. Geram dengan mata yang masih tidak berkelip memandangnya, Zulaikha lantas bersuara.
“ I’m not pretty as Pretty Zinta or Fasha Sandha, so tak payah nak tengok lama-lama”
“ Because of you are not them, make me love you more and more.”
“ Love la sangat... your love is not forever kut!” aku jadi meluat bila Haikal asyik menyatakan cinta. Hati aku rasa pedih-pedih, luka yang basah macam makin kering, luka yang besar makin mengecut, sembuh. Aish!
“ My love is forever.. Zulaikha, and it just for you, only you.” Haikal bersungguh meyakinkan aku. Aku memeluk tubuh, dari duduk, aku berdiri dan melangkah sedikit jauh ke depan. Aku melepas keluh, rasa sesak di dada. Aku memalingkan tubuh menghadap Haikal yang sentiasa setia memandangku.
“ Okay, awak larikan saya ke sini sebab nak bincang hal kitakan.. so cepatlah.” Haikal tergelak kecil dengan perkataan ‘larikan’ yang aku guna. Aku mencebik. Dah memang betul dia larikan aku ke sini, membawa aku ke sini tanpa keinginan dan kerelaan aku, jadinya dia melarikan aku, kan?
“ You are big enough Zulaikha, takde makna larikan, i just force you to come here.” Haikal menjelir. Eh, ingat comel ke buat macam tu.
“ What ever!”
“ Ingat lagi 3 tahun dulu? Dekat KLCC? The day you slapped me, rasa perit tangan awak tu masih terasa, dan saat itu saya tahu, hubungan kita pasti akan terputus.” Aku memejam mata. Ya. Masih terasa, hatiku masih terasa, pedihnya saat itu. Aku seakan terapung, ringan tak bermaya. Lemah kaki dan seluruh tubuh, insan tersayang sedang bermesra dengan perempuan lain. Siapa yang tak kecewa?
“Of course I remember that day, the day I saw my LOVELY husband cheat on me!” entah kenapa hati terasa panas. Membakar, hingga bisikan syaitan aku turutkan. Haikal mengeluh, di pandangnya aku sekilas.
“I’m not cheating on you! Now I’m trying to make it clear, just listen for once!” Haikal bersuara keras. Hati yang terbakar kian marak apinya. Aku khilaf, aku juga hairan, kenapa aku terlalu dilanda ombak emosi yang tiada kawalan. Aku jadi benci pada Haikal tika ini, perit kenangan lama bagai terimbas dilayar minda. Aku rasa pedih pada hati. Aku sedar saat ini, hati aku menangis dan merintih, kenangan tiga tahun lalu terlalu pedih untuk aku kenangkan. Aku belum bersedia untuk semua ini, belum sedia!
“ I can’t! Just send me back now!” Aku menekup kedua belah telinga mengelak dari mendengar apa sahaja dari mulut Haikal. Haikal agak terkejut dengan reaksi aku yang tiba-tiba. Terdiri dia dari duduk. Langkah aku dihalangnya.
“ Just once, dengar penjelasan saya, Zu.” Haikal meminta lagi. Tidakkah dia sedar aku sedang payah melawan tsunami dalam hati? Aku terasa air mata kian penuh memenuhi ruang mata. Pipiku terasa panas, bibir kian terusik dengan kesedihan. Janganlah menangis!
“ Saya tak boleh.. please..” aku merayu, pergelangan tangan yang dipegang erat oleh Haikal cuba aku lepaskan.
“ Kenapa tak boleh?, selama ni awak salah faham Zulaikha. Saya nak cinta saya balik!” Suara Haikal yang kian meninggi membuatkan aku lemah, aku betul-betul belum bersedia, aku belum bersedia untuk mengungkit kenangan lama. Aku belum sedia untuk membuka jahitan luka lama. Aku terduduk teresak-esak.
“ Saya belum bersedia lagi awak.. saya rasa sakit...” esakan aku kian menjadi-jadi, aku terduduk, aku genggam tangan pada dadaku, terasa pedih disitu. Pedih! hati aku terasa sangat pedih. Haikal menjadi serba salah. Aku tahu, bukan air mataku yang dia pinta tika ini, tapi hati yang sedia untuk mendengar segala salah faham yang terjadi antara kami berdua.
“ Saya nak rawat luka awak Zulaikha, hanya saya yang boleh sembuhkan, sebab saya yang telah melukakan awak selama ni.. saya tahu dan saya nak sangat kita dapat selesaikan semuanya, tapi bukan dengan air mata.” Pujukan Haikal tidak meredakan tangisanku, tetapi menambah rasa dihatiku.
“ Saya sakit, sakit sangat... dalam usia remaja saya terima awak sebagai suami kerana saya cintakan awak, awak tak tahukan? Siapalah Zulaikha buat Abang haikal waktu tu, awak gembira sampaikan berita perkahwinan awak pada saya, awak tak sedar seminggu saya merawat hati yang berduka, menyakinkan jiwa, saya hanya adik awak.. awak tak sedarkan?” dalam esak tangis aku meluahkan rasa, rasa hati, rasa jiwa yang aku tahu dia tidak pernah sedar. Aku bangun menghadap Haikal yang dengan riak wajah penuh tanda tanya dan ingin tahu. Aku meneruskan meluah apa yang ada dalam hati dengan tangisan sebagai latarnya.
“ Hari awak call, suruh saya jadi pengganti tunang awak yang lari, awak tahu betapa saya bahagia? Saya syukur pada Allah, kiranya kita memang telah di takdir bersama, walaupun saya takut untuk terlalu gembira, apalah makna sebuah perkahwinan pada remaja pada usia saya?” aku renung tepat pada wajahnya. Dia masih menanti semua cerita, benarlah, selama ini dia tak mengerti betapa aku cintakan dia.
“ Semua orang dekat kenduri masa tu mengata saya, saya ni buat kerja gila, menjadi galang ganti pengantin perempuan, menjadi mangsa awak untuk balas dendam pada Alisya! Awak ingat saya tak tahu? Tapi saya buta, buta kerana cintakan awak!” Haikal terkedu sendiri. Malam pertama kami, aku terdengar perbualannya dengan Baba dan Ummi, Ummi pesan kepada dia menerima aku sebenar-benarnya, bukan hanya sebagai umpan sakit hati dia pada Alisya. Aku juga sedar, kerana amarah dia mengambil aku sebagai ganti tempat Alisya dengan harapan Alisya akan kembali merasa sakit hati. Oleh sebab itu, aku membawa diri ke UTM pengetahuan dia. Siapa pernah menyangka, Haikal mula menyayangi aku dan aku kembali berani untuk mekarkan cintaku pada dia, dan hinggalah Alisya kembali pada hidupnya.
“ Ya, saya mengaku semua tu, saya memang nak balas dendam pada Alisya, biarpun dia tinggalkan saya, saya tetap boleh teruskan majlis tanpa dia. But i do love my wife, isteri yang saya akad lafaznya, dan dia adalah awak Zulaikha.”
“ Cintakan saya, tapi awak ceraikan saya demi bekas tunang awak! Itu ke cinta awak pada seorang isteri?” Aku membidas segala penjelasannya. Haikal mengeluh lagi. Haikal menghampiri aku, dekat. Dia memegang erat bahuku.
“ Just zip your mouth for a second and listen what I’m trying to explain!” Suara Haikal tegas, hingga bergema disetiap sudut gegendang telingaku. Aku menolak kuat pegangannya dan melangkah jauh daripada dia.
“ Talk to your self! I’m not going to listen, saya dah penat menangis, saya dah penat untuk menyintai awak, Haikal. Yang saya tahu, kalau awak benar-benar cintakan saya, awak takkan pernah ceraikan saya, takkan pernah!” sebaik menghabiskan kata, aku melangkah ke dalam perut kereta. Aku sapu air mata yang bersisa dengan belakang tangan, entah kenapa, air mata ini merembes lagi. Ah! Aku benci menjadi Zulaikha yang dulu!
Haikal diluar kereta seperti orang gila, memegang kepala, menunduk dan berbagai-bagai gaya. Geram mungkin. Geram pada aku yang tegar untuk tidak mahu mendengar apa-apa dari dia, geram pada aku yang terus menerus memarahi dia. aku salah atau dia? Haikal menjerit bagai orang gila. Aku? Hanya memerhati dengan linangan air mata yang tak berhenti-henti. Beberapa minit kemudian barulah Haikal masuk ke dalam kereta, diam tanpa sepatah kata, hanya perlakuan yang membuat aku takut dan seram. Pintu kereta dihempas kuat. Tali pinggang keledar ditarik kasar. Kereta dipandu laju, aku disebelah macam tiada. Perjalanan yang sepatutnya sejam lebih, mengambil masa hanya setengah jam. Aku diam, tidak berkutik. Biarlah, aku juga ada hati sendiri perlu dijaga. Allah, kuatkan aku, adakah benar apa yang aku lakukan ini? Berikanlah aku cahaya petunjukMu, amin.
++++++
Seusai solat isyak, aku terus merehatkan diri atas katil. Letih menangis petang tadi sungguh terasa tika ini. Sakit pada hati, masih terasa denyut peritnya. Aku meletakkan tapak tanganku didada, terasa degup jantung sendiri. Terasa pedih tiap kali denyut. Bukan aku tak cinta, aku masih cinta. Bukan aku mengelak untuk menyatakan cinta, aku takut dipermain buat kali kedua. Siapa tahu benarnya hati manusia? Sedang asyik melayan jiwa, telefon aku berbunyi, menandakan ada mesej yang aku terima. Telefon di atas meja aku capai. Haikal?
Haikal: ... I’m going back to Kuantan tonite, u can use my car for this while. Take the car key at front desk. Sorry for everything. Salam.
Aku hanya mampu mengeluh. Salahkah aku untuk tidak mendengar penjelasan dia? Mata aku pejam rapat-rapat. Biar hari ini berlalu cepat dan bagai sebuah mimpi alam realiti. Biarkan hari ini menjadi satu contengan arang kisah pada sebuah kanvas perjalananku. Apa-apa pun jua, aku tetap meminta pada Allah, agar berikan pada aku dan dia, sebuah jalan keluar pada suatu kisah yang tidak berkesudahan dan yang pastinya, berikan aku kekuatan untuk kembali membuka lembaran kisah lama yang memeritkan tanpa amarah atau benci pada dia insan yang aku sentiasa sayang. Mesejnya aku tenung lama, tidak aku balas dan tidak langsung ingin untuk membalas. Biarlah marahnya reda. Mata yang berat, badan yang penat, memudahkan aku untuk terus dibuai mimpi, namun jauh disudut hati, aku ingin hari esok yang lebih baik dan terbaik daripada hari ini.
+++
Aku pulang terus ke Kedah, dengan kereta Haikal. Kata Haikal, dia akan mengambil keretanya sendiri, tak perlu aku singgah ke Kuantan. Hati aku ada berpersoalan, dia tak mahu aku dekati Asyaaf lagi? Aku biarkan persoalan itu terjawab sendiri. Kalau hendak difikirkan, aku sendiri akan penat.
Seperti dijanjikan, Haikal akan datang mengambil keretanya tapi bukan dirumah aku. Entahlah, dia suruh aku hantar kereta di Taman Jubli, ada benda untuk dia katakan. Benda? Takkan nak bincang lagi? Penat betul dengan Haikal, takkan tiada benda lain selain berbincang? Erm!
Minyak kereta yang kurang menyebabkan aku singgah dahulu di Caltex seberang jalan. Masih awal lagi dari jam yang dijanjikan. Entah kenapa, hari ini aku terasa sedikit debaran. Hati rasa tak senang. Risau dan resah. Menurut apa yang Ustazah dekat sekolah sampaikan; ada dua maksud dengan keresahan jiwa, pertama ada musibah yang bakal melanda kepada kita atau orang terdekat dan yang kedua ada antara doa-doa kita dimakbulkanNya. Bagi yang pertama aku harap dijauhkan, moga kami sentiasa dibawah perlindunganNya. Jika yang kedua, alhamdulillah aku panjatkan, syukur!
Baru sahaja nak memberhentikan kereta, ada kereta lain memintas keretaku. Beberapa orang lelaki keluar daripada perut kereta, langkahnya laju. Pintu keretaku dibuka dengan kasar dan tanpa sempat buat apa-apa, aku ditarik keluar dengan kasar oleh salah seorang lelaki mulutku ditekup dan aku dan aku mula lemah,tak sedar apa-apa. Dalam samar-samar, dikejauhan aku lihat bayang-bayang Haikal diseberang jalan, langkahnya cuba di atur ke arahku, namun hilang sekelip mata bagai dipintas oleh sebuah kereta, hinggalah aku sendiri kelam.
9 comments:
hrmm.. kenapa ngan zulaikha??? sape yang culik dia???
benci sangat2 kat haikal! kata cinta pada zulaikha tapi siap kawen dan ada anak dengan perempuan lain.. baru masuk dua bulan dah mengandung... wow! hebat u haikal!!! cintamu memang bedalangkan nfsu semata-mata....
sekali dijamu dengan kecantikan, senang sangat kau jatuh tergoda oleh nafsumu...
zulaikha! tinggalkan haikal secepat mungkin.. takkan ada kemaafan buat dirinya kerana telah mengingkari kesetiaan kamu..
atau mungkin haikal menjadi pak sanggup???
menjadi ayah pada benih lelaki lain???
atau....
terlanjur dengan alisya??? sehingga hamil anak luar nikah kamu dari benih jantan kamu???
begitukah???
haikal!! kecuranganmu memang tak boleh dimaafkan kecuali satu....
kau harus membayar segala keperitan yang dialami oleh zulaikha....
kau maha bodoh haikal.. maha bodoh....
kalau kau nak terangkan pada zulaikha sebab-musabab kau terleka tanpa sedar telah mencurangi isteri kamu pada masa itu.. kamu
sepatutnya terangkan zulaikha dari awal dulu lagi.. bukan sekarang.. see!! kamu terhegeh-hegeh nak terangkan semuanya stelah kamu palitkan kesengsaraan kamu pada zulaikha...
haikal!!!!!
aku benci padamu sangat2!!!!
kenapa kau tega mencurangi zulaikha???
kenapa???
kenapa haikal???
apakah kau tak mampu menghilangkan ras cintamu pada permepuan yang telah meninggalkna kamu disaat majlis oertuanngan kamu??
hah???
beritahu aku haikal!!!
apa alsana kamu yang kamu cub ternagkan opad zualikha sedikit waktu tadi????
hah?????
beritahu aku haikal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
: setiap yang berlaku ada asbabnya. kenapa ya Haikal kembali pada Alisya? kenapa haikal tegar untuk curang pada isteri yang dikatakannya terlalu cinta? bagaimana pun juga.. cinta Haikal pada zulaikha adalah untuk selamanya. CAUSE HIS LOVE IS FOREVER ^^v
:) er.. t den bace ea .. hehe
cinta apa kalau sekadar menyakitkan???
cintakah kalau dia mengatakan cinta pada isteri tapi sanggup tidur dengan perempuan lain???
haikal!!! beritahu aku kenapa kau sangat kejam????
kenapa kau tega melakukan semua itu dibelakang isterimu???
kau memang dayus haikal!!!! jantan keparat!!!!!!!!!!!
kau mempersia-siakan isterimu yang kau kata kau cinta.....
kenap haikal?? kenapa????
apa kau sedar akan perbuatanmu itu haikal???
jawab haikal!!!!!1 jawab pertanyaanku!!!!!!!!!!
wah emo nye cik anon ni..apsal ye???
menjiwai watak ke??
ABC please sambung secepat mngkin...
sape plak yg culik Zulaikha ni??
saya fikir saya dapat teka siapa yang buat rancangan kenakan Zu.... Apa pun tahniah kerana dapat menulis cerita ini :)
ak gelak bce komen2 korg.. it's just a story :) huhuhu make my day :)
Hahaha..drama btul komen kt atas ni..best2..
komen awak buat saya kembali ke sini. hahaha drama kan. hahaha tq sudi baca :) lain kali letak la nama senang nak sebut hehe
Post a Comment