(versi lambat post)
azan maghrib sedang berkumandang.
abc baru balik beli makanan, kawan puasa, sepatut abc juga. sebab sepanjang study week and exam ni kami berpuasa except semasa hari exam, abc kena minum air,klu tak tido masa baca soalan exam hehehe
apa yang kena ikhlas senja2 ni.
(kalau mama ada, mesti kena marah, mama tak suka kami buat kerja time senja terutama membaca!)
ikhlaskan hati dalam membuat apa sahaja.
belajar, makan, berkawan, bermesra, bercakap dan even menulis diblog.
maksudnya, semua kena ikhlas.
kena tiba2 bercakap tentang ikhlas?
sebab abc sangat tak suka tengok orang buat kerja tak ikhlas, tapi nak hasil dari kerja tu.
korang suka ke orang macam tu?
erm.. susah nak menegur orang, bila pulak kita sendiri banyak kekurangan. kalau dekat sekolah dulu, kita berjawatan jadi kita ni taraf tinggi sedikit daripada orang lain, nasihat kita akan: ACCEPTED BY OTHER!
sekarang? kita banyak yang salah lagi. so apa boleh kita buat?
muhasabah sendiri. dan kongsi hal ini dalam blog. orang lain baca, dan if mereka pernah tak ikhlas dalam buat kerja (apa-apa sahaja) lepas ni mereka akan ikhlas. insyaAllah.
kenapa perlu ikhlas?
kita sendiri akan rasa tenang dan senang. yelah kalau merungut2 syaitan akan bisik2 lepas mula la tak puas hati. cari pasal dan membawa kepada masalah2 lain. betul tak?
dapat pahala kan? Allah sentiasa memberi ganjaran kepada hamba-hambaNya yang ikhlas buat kerja. buat sesuatu perkaa hanya kerana Allah. bukan pujian atau ganjaran!!!
ikhlas macam mana yang dimaksudkan?
ikhlas ni bukan dekat mulut, ‘saya ikhlas ni’ ‘saya ikhlas tolong awak’ ‘saya tak kesah, ikhlas’
bukan kata2. ikhlas ni hanya Allah yang tahu. manusia tak boleh ukur.
jangan pulak bila kawan kita dah buat kerja tiba2 kita pergi sound: ‘macam tak ikhlas je!’
kan menyakitkan hati orang, berdosa! senyap kan aje, ucapkan TERIMA KASEH.
+++
jom pergi solat ^^v
2 comments:
:) entry yg bagus.. i like ..
sama2 muhasabah diri. ikhlaskan hati. =)
Post a Comment