Monday, May 2, 2011

love is forever~ 20i

Hari kedua aku di UTM, kalau dulu belajar, sekarang mengajar ke bersyarah? Apa-apa aje lah, asal aku sudah dapat kerja yang aku nak sangat dulu, pensyarah. Di sebabkan aku lambat masuk kerja selama dua minggu, kelas aku pun tertunda dua minggu. Jadinya banyaklah nanti students aku kena ganti kelas. Menggantikan kelas adalah perkara paling tak best bagi seorang pelajar, aku tahu sebab dulu aku pun pelajar juga and i hate it so much!. Hari ini aku mengisi beberapa borang, dapat pejabat, jadual kelas dan macam-macam lagi. Yang best, aku dapat jumpa ramai pensyarah aku dulu, dan sekarang kami rakan sekerja. Agak janggallah untuk beberapa hari yang awal ni. Esok kelas pertama aku, berdebar juga rasanya.

Sedang asyik mengemas barang dalam bilik pejabat aku, telefon bebunyi menandakan ada mesej yang masuk. Aku tahu siapa, Haikallah.

Haikal: ... i’m hungry, jum lunch honey ;)

Aku hanya mampu menggeleng, Haikal bersungguh nak mengambil hati aku kembali. Andai dia sentiasa mencintai aku kenapa dulu dia pilih Alisya? Persoalan itu membuat aku mengeluh sendiri. Kalau aku makin fikir aku jadi benci dengan Haikal. Kalau aku layankan aje sikap Haikal aku yang makan diri. Biarlah cinta menjadi persoalan akhir antara aku dan dia. Mesejnya aku balas.

Zulaikha: ... fetch me at 1, tempat awak hantar tadi. =p saya bukan madu!

Teringat lagi malam semalam, Haikal bermain misscall. Sekejap-sekejap dia misscall, sampai aku jadi bengang. Aku call dia tak angkat. Geram punya pasal, aku pergi ketuk bilik dia di tingkat atas Scholar Inn. Tersengih-sengih macam kerang busuk bila dia buka pintu, telefon ditangan aku ketuk ke dahinya, walaupun kena berjengket sedikit sebab Haikal tinggi banyak dari aku. Mengaduh dia malam tadi, pagi-pagi muka masam, dahi benjol katanya, aku tengok takde apa-apa pun. Kata dah tua, perangai macam budak tadika!

Tepat seperti dijanjikan, Haikal datang menjemputku. Lunch! Masuk aje ke dalam perut kereta, Haikal kata dia dah dapat rumah untuk aku sewa, dekat aje, Taman Sri Pulai. Alhamdulillah, kehadiran Haikal sangat-sangat membantu. Kalau dia tak ada, susah juga aku nak cari rumah di kawasan Johor Bahru ni. Petang ni kami akan pergi tengok rumah. Tak sabar!

“ A week you with me, how ‘bout your work?” soalku ketika kami dalam perjalanan pulang ke Scholar Inn petang itu.

“ I am the boss, nothing to worry.” Ceh. Ayat berlagak, nyesal aku tanya. Aku mencebik bibir. Haikal hanya ketawa perlahan.

“ Takde la, saya ada orang yang saya percaya, jadi semua urusan penting saya dah bereskan. Sejak awak balik Malaysia, and be a mom for my only son, saya sentiasa siapkan kerja saya secepat yang boleh, hati saya kata, saya perlu ada masa untuk awak dan Asyaaf.” Penjelasan yang cukup jelas dan panjang lebar. Aku mengangguk kecil. Lidah bagai kelu untuk terus berbicara. Cukup pentingkah kehadiranku disisinya? Kenapa dulu lepaskan aku pergi dan biar aku dalam sengsara sendiri? Ah! Lelaki mulut manis bagai tebu tertanam dipinggiran bibir. Manis lebih dari madu, hati wanita mana yang tak bisa melebur jika panasnya bait kata mereka tinggi dari takat suhu lebur?

“ kenapa senyap?” soal Haikal bila kami sudah turun dari kereta.

“ huh?” salah ke kalau aku diam?

“ You always like this. Setiap kali saya luah apa saya rasa, awak macam nak lari? Why Zu? Is it bothering you?” Haikal menyoal bagai tidak puas hati dengan tindakan aku mendiamkan diri, tak membalas apa yang dia kata. Perlukah aku?

“ saya tak lari, masih berdiri kat sini.” Aku ‘ter’buat lawak semi-sewel aku petang ni. Haikal ketawa sinis dan terus berlalu. Aku mengeluh! I know, he sulking! Aku menapak laju mengejar langkah Haikal. Namanya aku laung dan lambat-lambat Haikal memberhentikan langkahnya dan berpaling.

“ Zu dah cakapkan. Soal hati, soal kita, bagi Zu masa untuk cakap tentang semua tu. Bukan Zu sengaja nak diamkan diri, Zu taknak ikut kata hati. Kalau Zu ikut apa hati Zu, Kita tak mungkin boleh berdua macam sekarang, hati Zu benci pada Muhd Haikal Hazimi. Hati Zu masih ada parut yang darahnya masih belum kering. Zu tak halang untuk awak pergi jauh dari hidup Zu, dan sama Zu tak halang untuk awak kembali ke sisi Zu, tapi yang Zu tak boleh sekarang ni adalah untuk kembali dicintai dan mencintai awak dan Zu harap sangat Muhd Haikal Hazimi faham.” Haikal diam mendengar kata-kataku. Untuk seketika, kami bagai mati kata, dia memandangku dan aku juga. Haikal menapak perlahan menghampiriku.

“ Kalau tak halang untuk Muhd Haikal Hazimi untuk kembali pada awak, kenapa halang hati awak untuk dicuri oleh Muhd Haikal Hazimi? Kenapa menidakkan apa awak rasa?” Haikal mendekatkan lagi jarak antara kami. Aku mengundur sedikit ke belakang.

“ Rasa tu dah mati sebaik sahaja awak ceraikan saya dulu!” ujarku tegas. Haikal ketawa lagi, sinis! Dia menggelengkan kepala dan meraup mukanya. Haikal mengundur kebelakang.

“ Tipu, awak tipu Zulaikha.”

“ I’m not lying, that is the truth!”

“ kalau rasa tu dah mati, kenapa awak tak boleh terima kenyataan yang saya kahwin dengan Alisya! Kenapa awak menangis dan hidup macam orang tak bernyawa dekat US dulu? Kenapa?” jerkah Haikal. Geram mungkin. Aku terpana. Terdiam dan kelu. Bagaimana dia tahu?

“ Awak tak tahu apa-apa tentang saya dekat sana, jangan buat cerita!” marahku dan mahu berlalu dari situ. Haikal hanya memandang.

“ Siapa kata saya tak tahu? Saya yang bawa awak ke klinik One Happy Family, saya yang dukung awak ke kereta. Awak tak terfikir ke yang Dr. Syafiqah tu seolah-olah tahu kisah awak?” aku matikan langkah. Apa semua ni? Macam mana dia ada di sana? Patutlah Dr. Syafiqah tahu aku dirundung masalah jiwa tika itu. Ya Allah, apa kisah semua ini?

“ Kenapa diam? Tak percaya?” soal Haikal lagi.

“ cukuplah untuk harini..” aku mengeluh perlahan. Terlalu banyak kisah yang aku belum tahu, dan aku rasa aku perlu kuat untuk tahu semuanya.

“ Zulaikha... saya lepaskan awak dulu, berharap awak akan jumpa yang lagi baik dari saya, saya maksudkannya tapi jauh sudut hati saya turut pedih, dan lagi pedih bila saya tengok air mata awak yang tak berhenti selepas saya tinggalkan awak. Saya tahu, kisah cinta kita lain daripada orang lain, mula dari perkahwinan yang kita sendiri tak jangka sehinggalah kita sama-sama jatuh cinta. Dan sebab itu sekarang ni, saya harap sangat kita bincangkan hal kita. Kalau tidak makin banyak salah faham dan makin banyak makan hati.”

“ kenyataannya, awak tetap tinggalkan saya! Dan saya taknak bincang hal ni lagi!” aku tekad. Aku terus berlalu. Air mata yang aku sangka sudah kering di dasar kolamnya, kini kian terasa kelembapannya. Jangan menangis lagi Zulaikha!

Entah macam mana, Haikal melangkah laju ke arahku dan tanpa aku sedar, dia terus mengangkat dan mengendongku di bahunya. Aku terkejut!

“ Put me down! What are doing?!” marahku.

Haikal menolak aku masuk ke kereta, dan pantas dia masuk kemudian terus memecut kereta laju. Tanpa bersuara, tanpa berkata apa-apa, Haikal memecut keretanya keluar daripada kawasan UTM. Bawa kereta dengan menggila!

“ Where are we going?!” soalku, kasar.

“ Today we will discuss about us, after this if anything happen I’ll accepted!” Gila! Aku benci dipaksa untuk cerita tentang rasa. Sebab rasa macam kapas! Bila kering ringan, boleh terbang merata, kadang terbang tak tentu hala, tidak ada arah. Tapi bila basah, tak bergerak, pegun, berat! Lambat pula nak kering. Macam rasa, kalau indah, nak indah sentiasa, kalau dah benci, benci tu bawa langkah sebab dah tak bentah tengok muka orang yang kita benci.

“ I won’t say anything, not even a single of words!” Aku memeluk tubuh, aku melepaskan pandangan keluar dari kereta.

“ You wil, and i will make sure of it!” keras nada suara Haikal. Dia benar-benar mahu membincangkan soal kami. Ah! Pedulikan. Hati aku dah pecah, susah nak sambung. Aku balik ke Malaysia bukan untuk baiki hubungan kami, dan aku sama sekali tak terfikir semua ini akan berlaku. Yang aku sangka, aku dan dia tidak akan berjumpa lagi untuk selamanya. Sangkaan aku 101% meleset!

Jauh Haikal melarikan aku, ke Tanjung Piai, mungkin sebab kawasan sini agak sunyi. Kami tak ke tepi laut mahupun memasuki kawasan rekreasi tapi di kawasan padang yang penuh pokok-pokok tinggi. Aku pernah ke sini dulu, dan kawasan padang ini memang cantik, hijau. Tapi dulu tak singgah, sebab bukan ada apa-apa. Haikal keluar dari kereta, hempas pintu kuat. Dia menyandarkan tubuhnya ke kereta. Aku masih statik ditempat duduk, dengan dua rasa; memberontak dan ingin tahu. Haikal berpaling, memberi isyarat supaya aku keluar daripada kereta, kini dia duduk didepan kereta. Nak tak nak, aku keluar. Mungkin Allah sudah tetapkan inilah harinya aku tahu semua kisah. Semua cerita. Semua perkara yang selamanya ini aku ingin tahu. Dan paling utama, aku ingin tahu, kenapa dalam rasa cinta, Haikal berpaling dariku? Hingga tekad melepaskan aku pergi.

7 comments:

syamizi azwaza said...

wah, i'm the first. nak lagi!!!!!! nak zu, haikal ngan asyaaf jadi family.

blinkalltheday said...

cite ni besttt sesangat!!sy follow dr dulu lagi..hope sgt seme kisah n cite yg diorg pndam akan diketahui oleh zu n haikal..sy pun tringin nk taw..cemane ekal bole ade kt oversea same dgn zue ea??hope sgt diorg kmbali together cpz diorg sbnrnye saling cinta kan,cume msg2 sama2 trluka..hope zue n ekal akan ade baby sendiri nti///soo asyaf akan ade adik!!!wahh,opinion je ni..xsbr tggu smp nding..

intan abd wahab said...

sntiasa mngikuti....hrp tiada lagi slh fhm antra mereka....trkejut jgk bl haikal tahu sgala apa yg mnimpa zulaikha ms kt US...

akubersamaCahya said...

^^v me too.. saya pun terkejut jugak2.. dalam indah ada derita, namun dalam derita pasti ada cintaNya. insyaAllah. thanks eh ikut cerita ni =)

si_Akak_kpop said...

haiyo~
sambung cepat.
nak tau citer haikal n zue masa kat oversea tuh

sitinorafatien said...

benci nye kt Haikal..
xkira apa alasan Haikal..Zulaikah xpatut trima balik..
sbb dia dah pernh jdi suami alisya

akubersamaCahya said...

kesian haikal. huhuhu haikal serba salah, tak mampu nak jaga semua hati. huhuhu

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders