Thursday, May 5, 2011

cinta skodeng 2

sambungan sedikit daripada cerpan cinta skodeng dulu ^^v SINI untuk baca yang lama

abc sambung untuk masuk contest Penulis senja, tapi kalah huhuhu oke have fun reading!

++++

Selesai ber “dating” seharian, Adam menghantarku pulang ke kolej. Hati ini makin penuh rasa cinta buat dia sang suami. Rindu mula bertamu tatkala hati mengerti kami akan berpisah sementara di sini. Walaupun cuma berpisah kolej, kelas dan masa. Rindu itu tetap rindu, cinta itu tetap cinta. Cinta dan rindu buat insan bergelar suami tercinta. Saat aku mencium tangannya, pantas Adam menghadiahkan kucupan hangat di dahi. Sehangat kali pertama semalam selepas sesi pembatalan air sembahyang. Aku menguntum senyum menyata betapa aku senang dilayan begitu. Ya Allah indahnya cinta ini. Adam menghulur sepucuk surat yang di isi dalam sampul surat yang berbunga. Aku memandang wajahnya, dan bermuka penuh persoalan, untuk apa?

“ Nota cinta, pengubat rindu buat isteri abang” ujar Adam dengan lirikan senyuman yang terus menerus mengoyah hati ini. Aku mengambil dan tersenyum. Belum sempat aku membuka lembaran warkah cinta itu Adam menahan.

“ Buka lepas solat isyak ye sayang..” ujarnya. Aku hanya mengangguk.

“ Malu eh?” soalku dengan muka nakal. Sengaja mahu mengusik Adam.

“ Tak.. abang nak sayang hayati.. bagi sayang angau dekat abang sorang je” jawabnya dengan penuh keikhlasan dicelah gurauan. Ya Allah, aku amat bertuah, syukur padaMu kerna menghadirkan padaku seorang suami yang terbaik. Alhamdulillah...

+++

“ Sodakallahul’azim..” sedari tadi, hati ini tertarik-tarik untuk membaca surat cinta dari suamiku, Adam Asyaaf. Namun aku menahan hati untuk membaca surah Al Mulk seperti setiap hari yang aku lakukan. Belum pun membuka telekung sembahyang, aku terus mencapai surat yang aku selit dicelah buku. Aku duduk selesa, dan mula membuka lembaran cinta itu… bait-bait kata dalam warkah itu aku teliti.. terlalu indah hingga menitis air mata cinta buat dia suamiku. Ya Allah, rabbul ’izzati, moga dia cintaku dunia dan akhirat, berkati ikatan cinta kami ini Ya Rahman, moga cinta kami ini membawa kepada cintaMu yang Agung. Amin.

Aku mengambil telefon bimbitku yang ada di atas meja, nombor telefon Adam ku dail, takkan mungkin pernah aku meninggalkan cinta hatiku. Moga cinta kami cinta sampai syurga!

Bismillahirrahmanirrahim..

Istimewa buat tatapan isteri ku yang tercinta, isteriku yang ku puja, isteriku yang akan ku tunggu dipintu syurga...

Isteriku Nur Syafiqah.. wajahmu telah lama mengisi hati kosongku. Wajahmu telah lama berpadu dengan jiwaku. Wajahmu telah lama menjadi penyejuk amarahku. Wajahmu telah lama menjadi pengubat rinduku. Wajahmu telah lama menjadi biasan cahya pada mataku.

Isteriku yang cantik, pertama kali kau ku temu, senyumanmu itu membuat hati ini berdetak laju, pantas dan ribut. Senyumanmu itu seolah berbicara dengan lubuk hatiku, yang terus menyata cinta pada hatiku. Senyumanmu itu, menggoda diriku yang lemah tak berdaya. Gelak tawa mu yang tiada suara, menggetarkan seluruh nadiku. Jantung ini seakan terhenti berdenyut tatkala kau memandangku.

Isteriku, jantung hatiku, pemilik cintaku.. betapa diri ini terlalu bersyukur, yang kita telah selamat diijab kabul. Saat dikau ku cinta, aku gusar, aku hilang pedoman jiwa. Aku terlalu takut untuk bersua muka, kerna diri ini tidak punya apa-apa, kau terlalu istimewa, kau terlalu sempurna. Tahukah dikau, betapa kau ku cinta?

Sayangku, rinduku, cintaku.. Nur Syafiqah..

cintailah aku seadanya aku, kerna aku tidak sempurna malah penuh dengan cacat cela..

Cintailah aku selagi ada nafasmu itu, kerna setiap nafasku adalah kamu.

Cintailah aku selagi hangat darah ditubuhmu, kerna cintaku buatmu sehangat darah yang mengalir dalam diri ini.

Cintailah aku wahai isteriku, kerna kamu kan ku cintai selagi hayatku dibumi, dan andai aku ditakdir pergi sebelummu, yakinlah wahai pemilik cintaku, akan ku tunggu dirimu dipintu syurga. Kerna aku begitu menyintaimu, dan kau lah ainul mardhiahku dunia dan akhirat.

Cinta kita, cinta sampai syurga~~

Insan yang sentiasa mencintaimu,

Mohd Adam Asyaaf

1 comment:

Zass said...

so so romantic.

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders