Saturday, March 3, 2012

KasihMu Tuhan...

Assalamualaikum dunia.

terasa syukur masih bisa bangun membuka mata, menghirup udara pagi ini.
khabaran sahabat abc yang kemalangan malam tadi amat menggemparkan.
hati-hati para sahabat tak lekang berdetak berdoa, selamatkan dia daripada sebarang kecelakaan yang serius!
Allahuakbar.

facebook terlalu auta. manusia membawa berita-berita yang agak sukar hendak dipercaya.
kami tetap setia menanti jawapan daripada sahabat yang berasa di Hospital bersama dia.
selewat malam dia masih dalam wad kecemasan. pagi ini, abc sendiri belum dapat jawapan yang benar daripada para sahabat yang bersama dia semalam.

moga khabar baik menjengah. ameen.

daripada ujian sahabat abc itu, abc muhasabah diri sendiri.
ajal itu bila-bila masa. entah selepas tamat abc menulis entri ini.
atau semasa masih menulis. siapa tahu? ini kerja DIA. Allahuakbar.

ingat Mati!

takut. sangat takut.
iman masih nipis. sikit. goyah selemahnya.

ingat Mati!

pasti diam satu hari.
menangisi dosa yang lekat bagai daki tak tertanggal.

tapi... kekalkah ingatan itu?
abc masih banyak khilaf.
seawal minggu belajar masih leka dengan hal dunia. erm...
bagaimana mahu mengawal nafsu diri? Astagfirullah.
moga tak terlalai melakukan ibadah yang 5 waktu itu. ameen.

jauh di sudut hati. abc mahu menjadi Wathiqah. kuat, teguh dan kukuh.
menegur silapnya manusia. menasihati salahnya mereka. sabar dalam kata-kata manusia.
tapi rasa noda salah itu masih kuat melekat. moga Allah memberi abc jalan.

muhasabah diri bukan hanya hari ini
bukan hanya bila diuji
bukan hanya bila terasa sendiri.
muhasabah setiap hari, sedar khilaf diri.
adakah manusia yang aku kecewakan hatinya hari ini?
teruskan.... sampai jumpa nilai kesedarannya.

Ya Allah Bantulah moga selamat selamanya.....




p/s: terfikir, bagaimana pabila buka mata sudah di alam yang kekal selamanya? cukupkan amalan yang dibawa??

No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders