Sunday, March 18, 2012

Cerpen : Dugun - Dugun (promo)







Beg galas aku betulkan duduk talinya. Anak tangga pantas aku pijak menuruni bas. Angin dingin pengakhiran musim sejuk di Korea menyapa wajahku. Aku mendepangkan kedua belah tangan. Tidak lekang senyuman dibibir ini sedari aku melangkah masuk ke balai melepas di KLIA. Alhamdulillah, impian untuk menjejakkan kaki di Korea telah terlaksana. Buktinya, kini aku menghirup udara segar Korea. 

            “Terima kasih abah…” Aku berbisik sendiri. Hatiku berdoa, mohon angin membawa bisikanku kepada abah, yang telah kembali pada Yang Maha Esa. 

            Pemandu pelancong memanggil semua pelancong supaya berkumpul sebentar. Aku yang sudah sedikit jauh daripada tempat bas, mula berlari-lari anak mendekati mereka semua. Tak ramai orang melayu yang mengikuti, hanya tiga orang termasuk aku. Dua lagi sedang berbulan madu, takkan aku hendak menganggu waktu-waktu mereka, jadinya aku hanya berkawan seorang diri.

            Baru aku sampai, semua sudah bersurai. Entah apa yang disampaikan oleh pemandu pelancong itu tadi. Aku memanggil salah seorang pelancong cina yang turut serta untuk bertanya.

            “Excuse me miss, what have he said just now? I’m quite late to assemble here.” Soalku dengan senyuman.

            “Oh… He asked us to be here again after one and half hour. Just enjoy our time here.” Jawabnya dengan senyuman. Aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Aku tersenyum sendiri. Taman ini sangat cantik dan besar, tentunya mengambil masa untuk pusing mengelilinginya. Aku mula ‘on’ kan D5100 ku dan terus sahaja berjalan mengikut kehendak kaki sendiri. 

            Walaupun sudah diakhir musim sejuk. Masih ada lagi butiran putih itu disepanjang jalan ini. Aku sentuh dengan jemariku butiran yang masih terlekat didaun-daun pohon rendang sekelilingku. Terasa sejuk dihujung jari, lalu membuahkan senyuman dibibir. Bagai mimpi, sebelum ke sini, aku selalu berimaginasi sendiri, duduk di bangku taman depan rumah, pasang lagu-lagu Korea yang aku minati. Jauh imaginasiku, membayangkan aku berada di Korea, tempat-tempat cantik yang aku lihat di dalam drama dan kini, aku benar-benar berada di Korea. Tak perlu pasang lagu Korea ditelinga, kerana aku kini sedang merasa dinginnya angin Korea. 

            Setelah jauh berjalan, aku singgah berehat di sebuah gazebo yang tersedia. Kakiku ayun perlahan. Kamera yang sentiasa ditangan aku belek, melihat gambar-gambar yang aku ambil sepanjang jalan. Suara-suara yang bercakap menarik perhatianku, pandangku lepas ke hadapan. tiada siapa, hanya ada rimbunan pokok renek. Aku terjengah-jengah, lalu bangun berdiri dan mula melangkah ke arah suara tersebut. Setelah beberapa langkah melepasi rimbunan pokok renek aku terpaku sendiri.

            Rumah agam itu tersergam indah. Pagar yang dibina dengan buluh-buluh halus, begitu unik dan cantik! Lantas kamera aku angkat, dan mula mengambil beberapa keping gambar. Wah! Benar-benar cantik, kalau sebelum ini hanya dapat dilihat dalam drama dan filem korea sahaja. 

            Tepukan dibahu mengejutkan aku yang asyik mengambil gambar. Aku berpaling ke belakang. Dua orang lelaki, berkot hitam dan berkaca mata hitam. Aku tersebut dan menunduk hormat.

            Ahnnyeonghahsehyo” ujarku sebagai tanda hormat. Dua orang lelaki turut menunduk sedikit dan kemudian mula bercakap denganku dalam bahasa Korea. Ah! Silap aku juga, mesti mereka fikir aku boleh berbahasa korea.

            “I’m sorry sir, I can’t speak Korean. Can you speak in English?” Dua orang lelaki tersebut memandang satu sama lain, kemudian kembali memandangku. Aku perhati mereka melangkah menghampiriku, dekat dan makin dekat.

            “Hey… what do you want?” Soalku dalam ketar, mereka makin mendekat dan kemudian memaut lenganku erat. Aku mula meronta, tapi apalah sangat kudrat aku sebagai seorang perempuan genit berbanding mereka berdua yang lebih besar daripadaku.

            “Please. Let me go!” Jeritku sepanjang diheret ke dalam kawasan rumah agam tersebut. Jeritanku mati, tatkala sudah berada di dalam kawasan rumah agam itu. Rekabentuk rumah yang sangat unik, benar-benar seperti rumah tradisional lama Korea. 

            Aku ditolak hingga tersungkur ke tanah. Hatiku membara amarah walaupun ada sedikit ketar. Iyelah, aku kini bukan di Malaysia, kalau berlaku apa-apa payah!

            “Hey, you almost break my camera!” Marahku kepada dua orang lelaki tadi. Aku bingkas bangun dan membelek kamera kesayanganku, sambil itu tanganku mengimbas pakaian yang dikotori tanah. Aku menjeling kedua-dua lelaki tersebut dan kemudian berpaling ke depan. Akibat terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang begitu hampir, aku terjelepok jatuh kembali. Lelaki dihadapanku tersenyum sinis.

            Kedua-dua lelaki yang mengheret aku mula bercakap-cakap dengan lelaki dihadapanku dalam bahasa Korea yang sepatah apa pun aku tak faham. Kalau tengok drama ada sarikata, sekarang ni serupa keadaannya waktu aku melayan lagu korea, satu patah pun tak faham kecuali, saranghae!

            “What are you doing here?!” Soal lelaki dihadapanku, tegas. Aku bingkas bangun dan menepuk perlahan kaki seluar yang kotor dengan tanah.

            “I’m a tourist; I’m just walking and taking pictures. Is that wrong?” Lelaki di hadapanku masih memandangku dengan pandangan yang tajam. 

            “This is a private area, restrict. You cannot come here as you please. Illegal!” Aku terkedu. Mana aku tahu ini kawasan larangan. Alamak!

            “Oh, I’m really sorry. I really don’t know. I’m so sorry.” Bersungguh-sungguh aku memohon maaf. Mujur tak kena tembak sebab masuk kawasan larangan, getus hatiku.

            “Are you sure that you are here without any other reasons?” Aku mengerut dahi. Alasan?

            “I’m sorry, I don’t get it. What do you mean by that?” Lelaki di hadapanku tersenyum sinis.

            “Are you sent by anyone, any agencies?” Aku menggeleng laju.

            “Please don’t misunderstand me. I can show you my passport if you are not believed in me.” Aku mula menarik beg galas dan mencari passportku. Tapi tangan itu memegang begku dan menghalang aku daripada mengambil passport.

            “No… No… It’s okay. Just give me your camera.” Pulak!

            “Why should I give it to you?” Lelaki itu tetap menyuakan tangannya. Aku menggeleng. Lelaki itu mengangguk, aku menggeleng lagi. Asyik buat benda sama, lelaki tersebut mengeluh berat.

            “I just want to see what kind of pictures you have taken. Just that, so give me your camera.” Ujar lelaki itu dengan ketapan gigi. 

            “No. You can see all those pictures but let me, just me holding my camera, okay.” Aku membalas, tegas. Aku bergerak ke sisinya apabila dia hanya mengangguk. Satu per satu gambar yang aku ambil dikawasan rumah agam itu, dipaksanya aku padam. Bila aku tidak mahu, dia suruh membayar. Mahu tak mahu, aku terpaksa padam. Dalam pada proses padam memadam gambar, aku menelek setiap inci tubuh lelaki korea disebelahku. Tampak seperti orang-orang kaya. Daripada baju yang dipakai, kasut, jam dan cincin. Jam! Aku sudah terlewat 15 minit daripada waktu berkumpul.

            “I’m sorry sir, but I’m already late to be back to my bus. I have to go now.” Ujarku senafas lalu ingin terus melangkah laju. Baru sahaja mahu memulakan larian obor, beg galasku ditarik orang. Aku kalih sekilas, ah! Lelaki itu.

            “I’m not done yet!” 

            “But I’m late. I’m not Korean but Malaysian. Please, my bus will leave me if I’m not be there right now.” Aku mula merayu kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut menarik kameraku, kasar.

            “You can go now.” Lelaki itu bersuara lagi.

            “But my camera…” Aku menuding kepada kamera yang dirampasnya sebentar tadi.

            “You take lots of pictures here. So I’m taking your camera as refund. You can go now, your bus waiting.” Aku merengus geram. Lelaki itu mula melangkah masuk ke dalam rumah. Aku cuba mencari jalan. Idea!

            “Sir, wait!” lelaki itu berhenti melangkah dan berpaling menghadapku. Aku mula berlari-lari anak, apabila sudah berada di hadapannya, aku lantas merampas kembali kameraku dan terus berpusing melarikan diri sekuat hati. 

            “Sorry sir. Thank you!” jeritku setelah jauh daripada mereka semua. Lelaki-lelaki berkot yang mulanya mengejarku, terhenti separuh jalan. Aku tersenyum. Selamat!

…….. Perbualan dalam Bahasa Korea sebenarnya…..

            “Kami boleh tangkap dia Tuan.” Ujar Joong dengan sedikit tercungap-cungap, Kyung hanya mengangguk menandakan dia bersetuju dengan apa yang dikatakan Joong.

            “Biarkan dia, dia tidak merbahaya, hanya seorang pelancong yang terlalu kagum dengan Korea.” Jason tersenyum. Gadis itu sungguh unik!
………………………………………………………………………………………………………………

p/s:

cubaan pertama abc dalam kisah cinta ala-ala K-Pop. akibat terlalu jatuh cinta dengan Jason (Dream High!). oke ke tak eh??? dalam cerpen ni abc ada buat kelainan dengan menggunakan beberapa sudut pandangan. try and error... ^^ (sebabkan cerpen ni, membuatkan abc belajar bahasa korea!)

komen sikit please......

10 comments:

Anonymous said...

promo pon dh menarik nie..
suka2.. :D

[hawa]

adilah said...

nice2..akak study kt utm skudai ea??cos ape >.<

akubersamaCahya said...

hawa: i like ur name! ^^ thanks.. hehehe

akubersamaCahya said...

adilah : yup... kos pendidikan ;)

Anonymous said...

sambung.. pls..plss.....

akubersamaCahya said...

dh nak siap 80% dah ^^

nia said...

seriously x sbar nak tggu full entry.....hehehe teruja,,,smbung la cpat ckit,,plis......

SyUhAdA said...

bleh thn jgk..dpt bygkan situasi dlm cerpen nie..

shamsinah_0196225412 said...

Suka baca semua cerita abc... X bosan...

shamsinah_0196225412 said...

Suka baca semua cerita abc... X bosan...