Friday, March 9, 2012

seawal pagi - UTM Skudai.

Assalamualaikum.

09 march 2012. Jumaat.

pagi ini bangun dengan sedikit terkilan.
niat ingin habiskan Kahfi, tapi subuh pagi ini selewat 7.15 pagi.

rancangan untuk daftar elektrik dibatalkan. terpaksa.
abc lewat bangun untuk bersiap. baju belum diseterika.
tudung pula tiada yang 'match' dengan baju yang baru dibeli.
baju ini terlalu diidamkan. alhamdulillah. selesa. boleh dibeli lagi dua tiga.

seawal pagi. sudah membuatkan kakak-kakak tertunggu-tunggu. maaf.
perut pula meragam. biasalah. rutin. panggilan alam.
seawal 8.05 pagi. bas yang selalunya ulang alik setiap masa, tiada.
yang ada asyik panaskan enjin. kami juga yang akhirnya panas hati!
salah sendiri. siapa suruh lewat?

pagi ini redup.
terasa terlalu awal keluar daripada bilik.
matahari seolah masih bersembunyi dibalik awan kelabu.

kaki menjejak turun dan melintasi jalan ke Fakulti Alam Bina.
Fakulti yang sunyi daripada manusia biarpun bangunannya besar dan luas seluasnya.
kagum. tiap kali melangkah melaluinya.
yalah... tempat bakal arkitek belajar. dalamnya ada satu gazebo, bentuknya ala-ala korea lama.
bila entah berani hendak bergambar di situ.

melalui tangga dibelakang perpustakaan. melalui belakang Masjid Sultan Ismail.
bangku-bangku kayu yang sudah berlumut. cantik.
terfikir juga hendak membawa D5100. biar dia simpan kenangan yang cantik ini.

pagi ini, hadam dalam minda.
langkah lagi 3 bulan.
tempat ini akan jauh aku tinggalkan.
moga benar, tahun ini terakhir untuk aku berada di sini.

kalaupun masih ada. mungkin untuk perjalanan seterusnya.
perjalanan yang lebih jauh dalam hidup saya. ameen.

No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders