Jadual 'update'

Saturday, March 24, 2012

Cerpen : Dugun Dugun (Full)






 Alhamdulillah. siap jugak. ^^
abc guna dua pandangan dalam penceritaan di bawah.
cuba faham-faham kan eh. hehehehe
dialog tu kalau grammar dia tak berapa betui, ignore je la eh. klu nak betuikan pun boleh, 
tulis dalam ruangan komen ye. ;)
abc ni oral comm. dapat A tapi  grammar kalah sikit. 

baca dan komen ye. much love readers!

++++++



Beg galas aku betulkan duduk talinya. Anak tangga pantas aku pijak menuruni bas. Angin dingin pengakhiran musim sejuk di Korea menyapa wajahku. Aku mendepangkan kedua belah tangan. Tidak lekang senyuman dibibir ini sedari aku melangkah masuk ke balai melepas di KLIA. Alhamdulillah, impian untuk menjejakkan kaki di Korea telah terlaksana. Buktinya, kini aku sedang menghirup udara segar Korea.

            “Terima kasih abah…” Aku berbisik sendiri. Hatiku berdoa, mohon angin membawa bisikanku kepada abahyang telah lama kembali pada Yang Maha Esa.

            Pemandu pelancong memanggil semua pelancong supaya berkumpul sebentar. Aku yang sudah sedikit jauh daripada tempat bas, mula berlari-lari anak mendekati mereka semua. Tak ramai orang melayu yang mengikuti, hanya tiga orang termasuk aku. Dua lagi sedang berbulan madu, takkan aku hendak menganggu waktu-waktu mereka, jadinya aku hanya berkawan seorang diri.

            Baru aku sampai, semua sudah bersurai. Entah apa yang disampaikan oleh pemandu pelancong itu tadi. Aku memanggil salah seorang pelancong berbangsa cina yang turut serta untuk bertanya.

            “Excuse me miss, what have he said just now? I’m quite late to assemble here.” Soalku dengan senyuman.

            “Oh… He asked us to be here again after one and half hour. Just enjoy our time here.” Jawabnya dengan senyuman. Aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Aku tersenyum sendiri. Taman ini sangat cantik dan besar, tentunya mengambil masa untuk pusing mengelilinginya. Aku mula ‘on’ kan D5100 ku dan terus sahaja berjalan mengikut kehendak kaki sendiri.
            Walaupun sudah diakhir musim sejuk. Masih ada lagi butiran putih itu disepanjang jalan ini. Aku sentuh dengan jemariku butiran yang masih terlekat didaun-daun pohon rendang sekelilingku. Terasa sejuk dihujung jari, lalu membuahkan senyuman dibibir. Bagai mimpi, sebelum ke sini, aku selalu berimaginasi sendiri, duduk di bangku taman depan rumah, pasang lagu-lagu Korea yang aku minati. Jauh imaginasiku, membayangkan aku berada di Korea, tempat-tempat cantik yang aku lihat di dalam drama dan kini, aku benar-benar berada di Korea. Tak perlu pasang lagu Korea ditelinga, kerana aku kini sedang merasa dinginnya angin Korea.

            Setelah jauh berjalan, aku singgah berehat di sebuah gazebo yang tersedia. Kakiku ayun perlahan. Kamera yang sentiasa ditangan aku belek, melihat gambar-gambar yang aku ambil sepanjang jalan. Suara-suara yang bercakap menarik perhatianku, pandanganku lepas ke hadapan. Tiada siapa, hanya ada rimbunan pokok renek. Aku terjengah-jengah, lalu bangun berdiri dan mula melangkah ke arah suara tersebut. Setelah beberapa langkah melepasi rimbunan pokok renek aku terpaku sendiri.

            Rumah agam itu tersergam indah. Pagar yang dibina dengan buluh-buluh halus, begitu unik dan cantik! Lantas kamera aku angkat, dan mula mengambil beberapa keping gambar. Wah! Benar-benar cantik, kalau sebelum ini hanya dapat dilihat dalam drama dan filem Korea sahaja.

            Tepukan dibahu mengejutkan aku yang asyik mengambil gambar. Aku berpaling ke belakang. Dua orang lelaki, berkot hitam dan berkaca mata hitam. Aku tersebut dan menunduk hormat.

=======================================
            “Ahnnyeonghahsehyo” ujar Hana sebagai tanda hormat. Dua orang lelaki turut menunduk sedikit dan kemudian mula bercakap dengannya dalam bahasa Korea. Ah! Silap aku juga, mesti mereka fikir aku boleh berbahasa Korea, guman Hana sendiri.

            “I’m sorry sir, I can’t speak Korean. Can you speak in English?” Dua orang lelaki tersebut memandang satu sama lain, kemudian kembali memandang Hana. Hana kaget apabila mereka berdua mula melangkah menghampirinya, dekat dan makin dekat.

            “Hey… what do you want?” Soal Hana dalam ketar, mereka makin mendekat dan kemudian memaut lengan Hana erat. Hana mula meronta, tapi apalah sangat kudratnya sebagai seorang perempuan genit berbanding mereka berdua yang lebih besar dua kali ganda.

            “Please. Let me go!” Hana meronta dan menjerit sepanjang diheret ke dalam kawasan rumah agam tersebut. Jeritannya mati, tatkala sudah berada di dalam kawasan rumah agam itu. Rekabentuk rumah yang sangat unik, benar-benar seperti rumah tradisional lama Korea.

            Hana ditolak hingga tersungkur ke tanah. Hatinya membara amarah walaupun ada sedikit ketar. Iyelah, dia kini bukan di Malaysia, kalau berlaku apa-apa payah!

            “Hey, you almost break my camera!” Marah Hana kepada dua orang lelaki tadi. Hana bingkas bangun dan membelek kamera kesayangannya, sambil itu tangan kanan mengimbas pakaian yang dikotori tanah. Hana menjeling kedua-dua lelaki tersebut dan kemudian berpaling ke depan. Akibat terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang begitu hampir, dia terjelepok jatuh kembali. Lelaki dihadapannya tersenyum sinis.

            Kedua-dua lelaki yang mengheret Hana mula bercakap-cakap dengan lelaki dihadapannya dalam bahasa Korea yang sepatah apa pun dia tak faham. Kalau tengok drama ada sarikata, sekarang ni serupa keadaannya waktu dia melayan lagu korea, satu patah pun tak faham kecuali, saranghae!

            “What are you doing here?!” Soal lelaki dihadapan Hana, tegas. Hana bingkas bangun dan menepuk perlahan kaki seluar yang kotor dengan tanah.

            “I’m a tourist; I’m just walking and taking pictures. Is that wrong?” Lelaki di hadapan Hana itu masih memandangku dengan pandangan yang tajam.

            “This is a private area, restrict. You cannot come here as you please. Illegal!” Hana terkedu. Mana aku tahu ini kawasan larangan. Alamak!

            “Oh, I’m really sorry. I really don’t know. I’m so sorry.” Bersungguh-sungguh Hana memohon maaf. Mujur tak kena tembak sebab masuk kawasan larangan, getus hatinya.

            “Are you sure that you are here without any other reasons?” Hana mengerut dahi. Alasan?

            “I’m sorry, I don’t get it. What do you mean by that?” Lelaki di hadapan Hana tersenyum sinis.

            “Are you sent by anyone, any agencies?” Hana menggeleng laju.
            “Please don’t misunderstand me. I can show you my passport if you are not believed in me.” Hana mula menarik beg galas dan mencari passportnya. Tapi tangan itu memegang beg Hana dan menghalang dia daripada terus mengambil passport.

            “No… No… It’s okay. Just give me your camera.” Pulak!

            “Why should I give it to you?” Lelaki itu tetap menyuakan tangannya. Hana menggeleng. Lelaki itu mengangguk, Hana menggeleng lagi. Asyik buat benda sama, lelaki tersebut mengeluh berat.

            “I just want to see what kind of pictures you have taken. Just that, so give me your camera.” Ujar lelaki itu dengan ketapan gigi.

            “No. You can see all those pictures but let me, just me holding my camera, okay.” Hana membalas, tegas. Hana bergerak ke sisinya apabila dia hanya mengangguk. Satu per satu gambar yang diambil dikawasan rumah agam itu, dipaksanya Hana untuk padam. Bila Hana tidak mahu, dia suruh membayar. Mahu tak mahu, Hana terpaksa padam. Dalam pada proses padam memadam gambar, Hana menelek setiap inci tubuh lelaki korea disebelahnya. Tampak seperti orang-orang kaya. Daripada baju yang dipakai, kasut, jam dan cincin. Jam! Hana sudah terlewat 15 minit daripada waktu berkumpul.

            “I’m sorry sir, but I’m already late to be back to my bus. I have to go now.” Ujar Hana senafas lalu ingin terus melangkah laju. Baru sahaja mahu memulakan larian obor, beg galasnya ditarik orang. Hana kalih sekilas, ah! Lelaki itu.

            “I’m not done yet!”
            “But I’m late. I’m not Korean but Malaysian. Please, my bus will leave me if I’m not be there right now.” Hana mula merayu kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut menarik kameranya, kasar.

            “You can go now.” Lelaki itu bersuara lagi.

            “But my camera…” Hana menuding kepada kamera yang dirampasnya sebentar tadi.

            “You take lots of pictures here. So I’m taking your camera as refund. You can go now, your bus waiting.” Hana merengus geram. Lelaki itu mula melangkah masuk ke dalam rumah. Hana cuba untuk mencari jalan. Idea!

            “Sir, wait!” lelaki itu berhenti melangkah dan berpaling menghadap Hana yang menjerit memanggilnya. Hana mula berlari-lari anak, apabila sudah berada di hadapannya, Hana lantas merampas kembali kamera dan terus berpusing melarikan diri sekuat hati.

            “Sorry sir. Thank you!” jerit Hana setelah jauh daripada mereka semua. Lelaki-lelaki berkot yang mulanya mengejar, terhenti separuh jalan. Hana tersenyum. Selamat!

…….. Perbualan dalam Bahasa Korea sebenarnya…..

            “Kami boleh tangkap dia Tuan.” Ujar Joong dengan sedikit tercungap-cungap, Kyung hanya mengangguk menandakan dia bersetuju dengan apa yang dikatakan Joong.

            “Biarkan dia, dia tidak merbahaya, hanya seorang pelancong yang terlalu kagum dengan Korea.” Jason tersenyum. Gadis itu sungguh unik! Jason meletakkan telapak tangannya ke dada, degup itu seperti biasa dirasakannya dulu. Sudah lama tidak terasa detak yang sama, kenapa tiba-tiba?

=================================

            Aku berlari-lari ke tempat bas. Jam dibalik lengan baju aku belek. Ah! Sudah terlalu lewat. Sebenarnya, aku tercari-cari jalan ke tempat bas tadi, sudah hampir setengah jam aku berpusing, dan akhir kembali ke tempat yang sama. Keadaan sekeliling semakin gelap, aku takut! Kenapa benda buruk jadi dekat aku sewaktu ke Korea, tempat percutian impianku? Air mata mula bertakung ditubir mata.

            Aku tidak putus asa, aku teruskan melangkah. Usahaku nyata tidak sia-sia, aku berjaya kembali ke tempat bas tetapi kawasan itu kosong, jangan kata bas, basikal pun tiada. Jangan kata orang, kucing pun tiada. Air mata yang mulanya seakan mahu kembali dalam bebola kini merembes laju keluar. Aku sudah tertinggal!!!

            “Abah… Hana takut…” Aku menangis sambil memandang ke sekeliling. Kakiku tetap melangkah mengelilingi kawasan, mungkin ada orang yang boleh membantu aku bertemu kembali dengan kumpulan rombongan percutianku. 

======================================
            Jason menutup pintu gelongsor rumahnya. Baru berpaling kebelakang, dia tersentak dek kehadiran gadis genit petang tadi. Hampir luruh jantungnya melihat gadis yang berbungkus dari atas sampai bawah.

            “Why are you still here?” Ujar Jason sambil mengurut dada. Hana memandangnya dengan mata yang dikaburi air mata. Lama, namun kemudian Hana terus terjelepok jatuh, dan terus sahaja menangis teresak-esak. Kalau mak ada, mesti mak akan kata, macam budak-budak hang ni Hana!

            “Hey girl, why are you crying?” Soal Jason, dia memandang Hana yang menangis dan kemudian menjengah keluar, hanya memerhati jika ada sesiapa yang telah membuatkan si gadis ini menangis sebegini rupa.

            “Hey…” Jason duduk bertinggung. Dia menolak bahu Hana dengan hujung jarinya.

            “Hey… did my bodyguard hurt you?” Takut juga si Joong dan Kyung mengapa-apakan gadis ini. Mereka berdua terlalu menjaga Jason!

            “No… just…” Hana tidak dapat menjawab, dia terlalu sedih, takut dan macam-macam lagi.

            “You just what?” Jason menyoal lagi. Hana mengangkat muka memandangnya Jason yang berada betul-betul dihadapannya.

            “They left me. When I got there, they weren’t there anymore. I’m scared…” Hana menyambung tangis. Jason mengangguk-angguk, sudah faham kenapa si gadis itu menangis sesungguh hati. Diangkat tangannya perlahan, dan menepuk-nepuk perlahan bahu gadis itu, sekadar menenangkan hati si gadis.

            “Shh… There was nothing to be scared. I’ll help you. Don’t worry.” Hana terkebil-kebil memandang Jason. Air matanya disapu kasar dengan jemarinya.

            “Let’s go, send me to my bus.” Hana bingkas bangun, Jason turut bangun dan tergaru-garu kepala. Hana masih setia memandangnya.

            “But, I have something to do first. My work...”

            “But, just now you said you want to help me….” Mata Hana yang bulat itu mula bertakung air kembali. Jason menahan.

            “Hey… hey… don’t cry. I will help you, but after I’ve finish my work first. Just for a few minutes. Can you wait?” Jason berkompromi. Hana menangguk juga, namun hatinya resah. Langkahnya menuruti langkah Jason.

            “I can wait but I don’t know about my bus, either they can wait or not.” Hana bersuara perlahan. Air mata yang mengalir perlahan dipipi, disapu cepat agar tidak disedari oleh Jason. Jason mengeluh perlahan, tangannya menyeluk poket bajunya. Sapu tangan putih itu dihalakan ke arah Hana, matanya masih pada pemanduannya.

            Hana mengambil dengan teragak-agak dan malu! Dia sudah terlalu banyak menangis dihadapan lelaki asing itu. Kalau dulu, air matanya hanya abah yang nampak.

            “Hana, kalau abah takde nanti, abah jangan nangis tau.”

            “Tapi, Hana mesti sedih, kalau sedih Hana mesti nangis.”

            “Air mata Hana, mahal. Biar abah aje tengok, orang lain tak boleh tengok kecuali…”

            “Kecuali? Siapa abah?”

            “Suami Hana… orang yang akan jaga Hana macam abah jaga Hana. Ingat tu…”

Terlayar kenanganya bersama abah dahulunya. Waktu itu dia masih disekolah rendah, menangis kerana berebut teddy bear dengan Kak Long. Abah pandai memujuk, disebabkan kata-kata abah, Hana menjadi seorang gadis yang kental. Payah hendak melihat Hana menangis, sewaktu berita kematian abah di tanah suci juga, Hana tidak menangis walaupun setitik air mata. Hana hanya tersenyum, abah sudah mencapai impian terakhir dalam hidupnya. Abah mahu disemadikan di tanah suci. Pada Haji kedua abah, impian abah akhirnya dimakbulkan, abah pergi menghadap Ilahi pada 1 syawal dua tahun lalu.

“You want to eat something?” Suara Jason menyedarkan Hana daripada lamunan panjang. Hana memandang ke luar tingkap. Restoran V’cuisine?

“I’m hungry but…” Hana ragu-ragu. Jason yang baru hendak melangkah keluar terbantut.

“Why?” Hana teragak-agak untuk menjawab.

“I am a muslim.” Jason mengangkat kening.

“So…?” Hana menggaru pipi yang tidak gatal.

“I can’t explain…” Hana menutur lemah. Payahnya nak jelaskan, dia faham ke nanti? Hana merungut sendiri.

“Don’t worry, this is vegetarian restaurant. Hundred percent veggies, no alcohol and no pork. Let’s get in.” Hana terlopong. Tahu ke dia?

………………….

            Dari jauh Hana memandang Jason yang sedang serius berbincang dengan seorang lelaki. Mungkin jumpa client, Hana meneka sendiri. Makanan dihadapannya disuapnya perlahan-lahan. Ralit Hana memerhatikan Jason, namun secepatnya dia mengalih pandangan apabila Jason turut memandang ke arahnya.

            “It is nice isn’t it?” Ujar Jason sambil tangannya mengambil sebiji bebola sayur lalu memasukkan ke dalam mulut. Hana mengangguk perlahan.

            “Bashhta…” Ujar Hana sambil tersenyum, Jason turut tersenyum.

            “You can speak Korean?” Hana menggeleng.
            “Just a few and simple words, I love watching Korean drama, listening to Korean song.” Jawab Hana dengan wajah keterujaannya. Jason mengangguk faham.

            “Then, you will love this…” Jason bangun daripada duduknya dan menghampiri sekumpulan pemuzik yang berada di sudut pentas yang ada dihujung restoran itu. Jason mengambil tempat di pentas sambil memegang gitar. Hana berkerut dahi, kata-kata Jason sebentar tadi cuba dihadam bersama dengan apa yang Jason lakukan sekarang.

            Jason membisikkan sesuatu kepada pengacara yang beberapa minit lalu mengumumkan sesuatu dalam bahasa Korea yang sememangnya tidak difahami Hana.

            “Our boss said that he have new friend from Malaysia, he dedicated this lovely song for her. Hope you will smile again…” Hana terkedu, bos? Petikan gitar itu menarik perhatian Hana. Sepenuh perhatian diberikan kepada Jason, hilang sebentar kerisauan yang berhimpun dihati.

Utseobwa seulpeohajiman malgo
gwaenchanh-a nunmul heulliji malgo
jigeum bureuneun nae noraega
jakeun wiroga doegil barae
Utseobwa apahajiman malgo
gwaenchanh-a sesangi neol himdeulgehaedo
i sigani da jinagamyeon
modu da neol ihae halgeoya
Utseobwa ne gyeot-e ittjanh-a
saranghae nae mam-i deullini
nuga mworaedo neol midgot itneun
naega hamkke ittjanh-a
Utseobwa
Neol midgoittneun naega ittjanh-a ….
Hana tersenyum, lagu ini terlalu biasa ditelinganya. Suara Jason bagai terus masuk dan mendinginkan hatinya.

            “A comfort song for you, hope you like it.” Ujar Jason sebaik melabuh duduk disebelah Hana kembali. Hana tersenyum.

            “Thank you. Even you sang it in Korean, I knew the meaning. A song from the latest Korean drama isn’t it?” Jason ketawa kecil.

            “It is quite hard if I sang it in English.” Hana mengangguk dengan senyuman.

            “Thank you, that helped me a lot.”

            “You are welcome.” Ujar Jason, lalu meneguk air perlahan. Hana memerhatikannya, pandangannya terfokus pada setiap inci wajah Jason. Tergodakah dia?

            “Stop starring at me or you will fall for me.” Jason bersuara tanpa memandang Hana, yang tidak itu termalu sendiri. Dibetulkan tudung yang dipakainya, entah mana yang perlu dibetulkan lagi.

            “I’m thinking if you can send me to the Hotel that I used to stay yesterday. Can you?” Hana menyerahkan kad Hotel yang diterimanya sebaik check-in di Hotel Deugeun semalam.

            “Owh… just nearby, we can just go there by walking.” Jason menyerahkan kembali kad Hotel itu dengan senyuman. Hana terkejut.

            “Really, Alhamdulillah… it makes me feel relief!” Hana tersenyum dengan muka yang sungguh bahagia dan gembira. Wajah Hana itu memukau pandangan Jason, lantas dilarikan matanya daripada terus memandang wajah gadis itu.

            “Let me…” Belum sempat Jason menghabiskan kata-katanya, jeritan seorang perempuan yang memanggil nama Hana menampar telinga.

            “Kak Rozy!” Hana berlari ke arah Kak Rozy yang merupakan salah seorang ahli rombongan percutiannya.

            “Kamu pergi mana Hana, puas kami cari. Mr.Kyeung risau gila bila kamu tak sampai-sampai!” Setelah meleraikan pelukannya.

            “Hana tersesat dalam taman tu sebab tu jadi lambat, bila sampai aje kat tempat bas, semua dah takde.” Hana bercerita dengan nada yang sedih, nada menahan air mata.

            “Mr.Kyeung ada dekat hotel, nak uruskan pencarian kamu. Baik kamu balik hotel sekarang.” Hana mengangguk laju,baru hendak keluar restoran Hana teringatkan Jason.

            “Akak kejap, nak pergi beritahu kawan Hana dulu.” Kak Rozy tercengang, sejak bila Hana ada kawan dekat Korea ni?
            Hana berlari-lari anak ke arah Jason yang sedari tadi memerhatikannya. Bibir Hana kembali menguntum senyuman seperti sebelum-sebelumnya.

            “Now you’re safe.” Ujar Jason, belum sempat untuk Hana bersuara. Hana mengangguk kepalanya.

            “Thanks a lot Mr….” Hana terhenti, dia masih belum berkenalan dengan lelaki itu.

            “Looks like we’re not introduce our self yet.” Ujar Jason dengan riak bersalah, begitu juga Hana.

            “We forgot the most important thing…” Ujar Hana.

            “It is okay, I’m Jason. Nice to meet you ….”

            “Hana…” Hana menyambung. Mereka berdua kemudian terdiam sendiri, keadaan yang agak kaku daripada sebelumnya. Kenapa perlu mereka berasa tidak selesa?

            “I’ve got to go, nice to meet you too Jason. See you again, if… there were time for us.” Ujar Hana sambil melambai tangannya beberapa ketika, kemudian terus kembali kepada Kak Rozy yang masih setia menunggu. Jason hanya mengangkat tangan kanannya sekali dan kemudian kembali menyembunyikan tangan di dalam poket seluarnya. Kelibat Hana diperhati hingga hilang daripada pandangan mata. Kenapa ada rasa sayu dalam hatinya?

=============================
            Aku kini di kawasan rumah api, Pulau Jeju. Tempat yang paling aku idamkan untuk menjejakkan kaki. Kini impian menjadi kenyataan. Hati ini tidak puas berterima kasih pada abah yang menghadiahkan percutian ke Korea kepadaku, sempena meraikan aku tamat pengajian diperingkat Sarjana Muda. Abah sudah merancang lebih awal, dua tahun awal. Tiket ini aku terima daripada peguam abah sebaik aku menerima segulung Ijazah.

            “Abah… hati adik telah tercuri dek manusia Korea. Mulut abah masin bah… Adik rindu abah…” Aku berbisik perlahan pada angin yang sejuk menghembus diriku.

            Hari ini hari terakhir percutianku, cukup empat hari aku di sini. Belum puas rasanya. Masih ada tempat yang terasa belum aku jejak. Tapi cukuplah, aku sudah merasa dinginnya angin Korea, sedingin hatiku yang terlalu teringin ke sini dahulu.

            Jason, sejak malam itu, aku belum berkesempatan bertemu dengannya. Mungkin itu hari pertama dan terakhir aku berbual dengannya, siapa tahu, pertemuan yang kedua dengannya lebih bermakna. Setiap kali aku memejam mata untuk menikmati kedinginan angin Korea, kerap kali wajahnya muncul dilayar mata. Jenuh aku tepis tapi bayangan itu terlalu degil untuk pergi. Kenapa perlu ada rasa begini?

xxxxxxxxxxJasonxxxxxxxx

            Petikan gitar ini tidak memberikan ketenangan buatku. Sebaliknya, wajah gadis genit itu sungguh mendamaikan. Oh, Tuhan apakah semua ini? Aku meletakkan kembali gitar kesayanganku ke tempatnya. Aku melangkah ke arah taman. Masih terasa dingin penghujung musim sejuk. Tanganku masukkan ke dalam poket seluar.

            Jika sebelum ini, taman ini tidak memberi apa-apa inspirasi buat aku, kini ia adalah sumber utama. Sejak hadirnya gadis bernama Hana itu, hidup aku berubah hampir seratus peratus. Kenapa?

            Bunga-bunga kecil yang melingkari pagar buluh aku sentuh perlahan.

            “Hana…” Mulutku pantas sahaja menyebut nama itu. Hana bermaksud bunga kalau dalam Bahasa Jepun. Setiap bunga yang ada aku sentuh dengan jemariku. Nama Hana setia meniti dibibir. Rindukah aku? Sekuntum bunga putih melayang-layang dan kemudian jatuh tepat pada bahuku. Aku pasti dia juga sedang mengingatiku.

============================
            “Seen today is your last day in Korean, I already prepared for farewell party, all counts on me.” Semua ahli rombongan percutian bersorak girang dengan pengumuman yang disampaikan Mr Kyeung sebentar tadi. Siapa tak suka orang nak belanja makan kan?

            “But, I have a request. Hope the youngest will fulfill it.” Mr.Kyeung mula memandang ke arah Hana. Hana terkedu, alamak! Orang ramai mula bersorak lagi.

            “What was it Mr.Kyeung?” Hana mula menyoal, risau!

            “I heard you sang Korean song last day at Jeju’s Island. So, tonight I want to hear it again, can I?” Hana ternganga, lantas ketawa kecil.

            “No problems! Do I have to sing it here, now?” Alah, bukan apa-apa pun, semua dah macam kawan baik sepanjang percutian ini. Mr.Kyeung menggeleng, Hana menjungkit kening.

            “No, not here, tonight at the farewell party.” Hana menelan liur sendiri. mampus!

            Hana mengemaskan pakaian dan barang-barangnya secepat mungkin. Dia sudah terlambat untuk ke party perpisahan yang diadakan di restoran berdekat. Kak Rozy dan suami sedang menunggunya di lobi. Tidak banyak cenderamata yang dibelinya sepanjang di Korea, hanya beberapa barang untuk diberikan kepada anak-anak saudaranya sahaja. Gambar, gambar yang sudah terlalu banyak. Gambar kenangan untuk di bawa pulang ke Malaysia, entah bila lagi dia akan ke sini. Kamera di sangkutkan ke leher, lantas Hana melangkah keluar.

            “Lamanya kamu bersiap Hana, abang Lan dah lapar sangat tu.” Ujar Kak Rozy sambil menunjuk ke arah Abang lan yang sedang berdiri di luar Hotel.

            “Sorry akak, sakit perut tiba-tiba.” Hana tersengih-sengih, takut kena marah sebenarnya.

            “Erm… macam-macam, jom cepat.” Kak Rozy menarik tangan Hana supaya melangkah menyainginya.

            “Restoran mana kak?”

            “Ala... restoran depan tu, restoran yang akak jumpa kamu haritu, deu apa entah nama dia.” Hana terkedu.

            “Deugun?”

            “Ha.. betullah tu…” Kak Rozy melepaskan pegangan tangannya selepas Abang Lan menyuakan tangan untuk berjalan bersama. Orang baru kahwin kata kan. Hana melangkah berat. Jantungnya berdetak lagu. Kalau boleh, tidak mahu bertemu muka dengan dia. Takut terus jatuh dan terjatuh.

            “Hana, jalan la laju sikit, dah lambat ni.” Kak Rozy bertempik.

            “Akak dengan Abang Lan jalan dulu, Hana sampai kejap lagi.” Kak Rozy sekadar mengangguk dan terus melangkah laju ke restoran.

Hana mengatur langkah satu per satu. Berat rasa hatinya. Sejak dia bertemu dan dibantu oleh Jason, hatinya bagai tertinggal di situ. Kenapa? Kalau dulu, terlalu inginkan cinta seperti drama korea, terlalu inginkan lelaki korea menjadi pasangan, tapi kini? Realiti tak semudah imaginasi. Hana mengeluh berat.

“Tired or feeling sad?” Suara itu mengejutkan lamunan Hana, pantas dia kalih ke sisinya. Jason tersenyum manis. Ah! Senyuman yang membuatkan jantung Hana berdegup lebih laju daripada sebelumnya.

“Jason…” Hana menutur perlahan.
“Yes, I am. Why Hana? You look too surprise.” Jason mengerut kening. Hana menggeleng laju, pandangan dikalih, menyembunyikan wajahnya yang mula memerah.

“No… nothing.” Hana mempercepatkan langkah yang sengaja dilambatkan tadi.

“Hey… wait for me.” Jason memanggil Hana yang langkahnya mula menjadi seperti larian.

“Hana!” Jason mencapai pergelangan tangan Hana dan menahannya daripada terus melangkah. Hampir-hampir sahaja Hana terjatuh dek rentapan itu.

“Are you trying to avoiding me or what?!” Ada nada marah dalam persoalan Jason itu. Hana membulat mata memandang Jason, apabila mata mereka bertentang, sepantasnya Hana melarikan pandangannya. Hana cuba meleraikan pegangan Jason yang kian erat di lengannya. Biarpun berlapik, Hana tidak selesa.

“I’m not! And please…” Hana menjawab lembut dan pandangnya menyorot pada pegangan Jason. Jason yang mengerti meleraikannya dengan cepat.

“Sorry…”

“My friend has waiting for me at your restaurant. I have to go now.” Hana menutur perlahan, dan mula ingin menapak pergi. Jason menghalang langkah Hana dengan tangannya. Hana mengeluh lemah.

“Meet me after party? Can you?”

“Why?” Hana kalut.

“Tonight is your last night here, isn’t it?” Hana mengangguk perlahan.

“Before you leave, I have something to give to you, my new friend, Hana.” Kata-kata Jason bagai air sejuk yang mendinginkan segenap hati Hana. Rasakah dia apa yang aku rasa?
Hana berbisik di dalam hati.

“We’ll see if there is a change or time.” Hana berdolak dalih.

“Spare just a minute for me, Hana.” Jason bersuara lagi, lembut seakan merayu. Hana mengangguk perlahan. Kenapa perlu ada pertemuan terakhir, kalau ianya sekadar menambah beban dalam hati?

“I can’t promise you.” Ujar Hana apabila dia sudah jauh ke depan. Jason memberikan pandangan yang kecewa. Kenapa payah bagi Hana untuk memberikan dia sedikit masa? Dia perlukan masa itu, Hana perlu tahu sesuatu.

“Hana… I will wait for you.”

=================================
            Aku gerak ke kiri dan kanan. Sukar sungguh untuk melelapkan mata. Sepatutnya aku gembira kerana sudah selamat sampai ke Malaysia. Tapi tidak, resah! Ibu sudah berkali-kali bertanya, aku tidak seperti aku, hilang celoteh, hilang mulut murai yang sepatutnya menjadi sebahagian hidupku.

            “I’ve wait for you five hours Hana, didn’t enough for you to kept me waiting there?” kata-kata terakhir Jason sebelum dia menyerahkan sebuah kotak silver berbunga merah jambu kepadaku dan terus melangkah pergi. Hatiku terasa ketar yang lain macam apabila kata-kata itu aku kenang kembali. Langkah Jason aku iringi hanya dengan pandangan mata yang berbalam. Tidakku hentikan malah aku ingin dia terus melangkah pergi. Hati ini siapa yang tahu ketar dan detaknya laju daripada aras normal!

            “Abah, mulut abah masin sangat, adik betul-betul tersangkut dengan mamat korea.” Hatiku berbisik kecil, senyuman hambar terukir jua dibibir biarpun air mata terus sahaja mengalir bagai tiada henti.

xxxxxxxJasonxxxxxxxx
            Entah tebal mana lagi baju yang perlu aku sarung. Kalah waktu musim sejuk! Kedinginan ini menghangatkan lagi rasa rinduku pada Hana. Entah mengapa, bayangan gadis bertubuh genit itu sungguh menghantui hidupku. Oh Tuhan, benarkah dia yang kau hadirkan untukku?

            Kebisuan gadis itu ketika di lapangan terbang begitu menyesakkan fikirannya. Tidak dia merasakan apa yang aku rasa? Tidakkah jantungmu berdetak sehebat jantungku berdetak? Mungkinkah hanya aku yang memiliki rasa ini sejak saat pertama wajahmu ku terpandang?
            “I’m just scared to be lost again.” Kata-kata Hana sewaktu aku menyoalnya buat kali terakhir, mengapa dia seakan melarikan diri daripadaku. Mungkinkah dia juga merasa yang sama?

====================

            “Hana, can you?” Mr.Kyeung menyerahkan mickorfon kepada Hana. Hana teragak-agak. Ibu tahu mesti marah ni, nyanyi depan khalayak ramai. Zaman kecik-kecik boleh la, Hana berfikir dua tiga saat.

            “Just one song, okay Mr.Kyeung?” Anggukan daripada Mr. Kyeung melegakan Hana. Untuk kali ini saja! Hati Hana berdetak. Langkah diatur perlahan menaiki pentas kecil dihujung restoran. Mickrofon, diletakkan di tempatnya, Hana mengemaskan duduk. Gitar disebelahnya di ambil, dan dibetulkan dahulu tunenya. Di sinilah juga Jason mendendang lagu untuknya sebelum ini. Hana tersenyum sendiri.

            “A song…. from the bottom of my heart. Because I Miss You…” Petikan gitar Hana mendapat sorakan yang gemuruh daripada rombongan percutiannya dan pelanggan-pelanggan restoran tersebut. Dari kejauhan ada mata yang memandang, mendengar penuh minat.
Neul ttokgateun haneure (it’s always the same sky)
Neul gateun haru (It’s always the same kind of day)
Geudega omneun-gotmalgoneun
Dallajin-ge omneunde

Nan bonenjur-aratjyo
Da namgim-obsi
Anijyo anijyo nan ajik (No, no, I still haven’t)
Geudereul motbonetjyo (I still can’t let you go)

Geuriwo geuriwoso (I miss you)
Geudega geuriwoso (because I miss u)
Meil nan honjasoman (everyday, I’m alone)
Geudereul bureugo bullobwayo (and I call for u 2x)


Bogopa bogopaso (I want to see u)
Geudega bogopaso (because I want to see u)
Ije nan seupgwanchorom (now just like a habit)
Geudea ireumman bureuneyo (I only call out your name)
Oneuldo (even today)

Haruharuga jugeul gotman gateunde
Ottoke heyaheyo

Saranghe sarangheyo
Geudereul sarangheyo
Maljocha motchagoso
Geudereul geuroke bonenneyo

Mianhe mianheyo (I’m sorry)
Ne mari deullinayo (can u hear my heart?)
Dwineujeun ne gobegeul (My already late confession)
Geuden deureul su isseulkkayo (Are u able to hear that too?)
Sarangheyo (I love u)

…………………………………………
            Pakaian yang telah siap dilipat di masukkan ke dalam bagasi kecil di atas katil. Beberapa helai tudung yang telah dipadankan dengan pakaian yang dibawa, turut dimasukkan. Kakinya melangkah ke bilik air, mengambil keperluan yang telah siapkan petang tadi lagi. Kuakkan pintu bilik membuatkan dia terjengah sebentar ke luar. Farah.

            “Belum siap lagi kemas baju?” Farah melabuh duduk dikatilnya. Hana keluar membawa beg plastik yang mengandungi barang keperluannya.

            “Dah siap dah, nak masukkan dalam beg aje. Ni yang last.” Hana menunjukkan beg plastik kecil itu lalu terus memasukkannya ke dalam poket kecil bahagian depan bagasi. Farah hanya tersenyum, Teddy Bear Hana di ambilnya dan dipeluk.

            “Tak sabar nak pergi kursus esok kan…” Hana menjungkit kening. Hana melabuh duduk di kerusi meja solek, sikat di ambil dan disisir rambutnya.

            “Kenapa tak sabar? Aku biasa je.” Farah mencebik.

            “Kau memang… tak sabar la, Cikgu Shimah cakap, penceramah yang akan bagi talk masa kursus esok dan lusa pure Korea!” Hana menekup telinga, dek jeritan Farah yang tiba-tiba.

            “Kau ni, jerit pulak, kalau Korea kenapa?” Hana menggeleng kepala, rambutnya disatukan dan diikatkan dengan getah rambut yang dipakai ditangan sedari tadi.

            “Ala… dulu masa dekat U, kau yang paling excited dengan lelaki-lelaki Korea. Kenapa sekarang tak excited dah? Kau masih ingat dekat mamat tu ke?” Farah menebak hati Hana. Hana cuma tersenyum hambar.

            “Dulu aku tak matang lagi, sebab tu macam tu…”

            “Sampai apek pun kau kata Korea!” Farah ketawa besar. Hana menjeling tajam, ada sahaja cerita lama yang nak diungkit Farah.

            “Dulu okay, dulu… sekarang aku dah matang.” Farah menjuih bibirnya. Dia bergerak dari katil mendekati Hana yang berada di meja solek. Hana memandang Farah pelik.

            “Matang? Kau matang?” Hana mengangguk laju.

            “Matang apa benda kalau macam ni…” Farah menunjuk ke arah gambar-gambar yang dilekatkan di cermin meja soleknya. Hana mengetap bibir.

            “Ni tak termasuklah, dah lama lekat, malas nak buang.” Farah mengetuk dahi Hana. Hana ternganga, tangannya menggosok tempat yang diketuk Farah.

            “Kau kenapa!” Hana marah.

            “Penuh sticker love, gambar kau, sampai nak tengok cermin pun tak boleh. Matang kau kata? Hana, Hana… sampai bila nak seksa hati sendiri eh?” Hana mengeluh lemah. Malas bila Farah mula membuka topik yang tidak mahu dibincangkan.

            “Bukan seksa, aku ajar hati aku.” Hana menyandarkan badannya ke sisi jendela. Pandangan dilepaskan keluar.

            “Ajar? Apa yang kau nak ajar? Tak cukup mengajar students kat sekolah tu Hana?” Farah cuba menggeletek hati Hana yang sudah mencerut wajah, tapi tidak berjaya.

            “Ajar hati aku terima realiti bukan terus berimaginasi Farah. Cukup-cukuplah aku habiskan usia remaja aku dengan berangan benda yang tak pasti.” Giliran Farah pula untuk mengeluh. Didekatinya Hana yang berada dijendela bilik.

            “Realiti dah tiba masa tu, tapi kau lari Hana. Kau terlalu takut dengan realiti, sekarang kau nak paksa hati kau menafikan realiti, bukan ajar terima realiti.” Hana memejam matanya rapat. Terasa beban berat bagai tergantung dipangkal hatinya.

            “Dah la Farah. Dah lewat ni, esok awal pagi kita nak bertolak, Cameron Highland kalau lewat sangat nanti sesak jalan dia. Jom tidur jom…” Hana cuba lari daripada menjawab dan melawan kata-kata Farah yang bisa membuat dia terfikir 48 jam!

            “Nak lari pandai. Bila boleh aku dapat tebak apa yang kau simpan dalam hati kau tu?” Soal Farah sambil berdiri berpeluk tubuh memandang Hana yang sudah terkulat-kulat.

            “Suatu hari nanti, bila fantasi aku suatu masa dulu jadi sebuah realiti. Masa tu aku keluarkan hati aku untuk kau baca.” Hana bersuara bersungguh. Farah tersenyum dan mengangguk lalu terus melangkah keluar dari bilik Hana.

            “Hari tu takkan tiba Farah…” Hana memejam matanya buat kesekian kalinya, air panas mengalir laju membasah pipinya. Tangan ditekup ke dada, terasa dengup yang memeritkan rasa didada. Allah, cinta dunia ini sungguh sukar mencari nyatanya, mudahkan aku merawat hati ini.



==============================================
            Aku mendekati meja solek. Gambar-gambar yang aku lekat dicermin solek, aku sentuh dengan jemariku. Terukir jua senyuman dalam tangis yang kian melebat. Satu per satu gambar aku belek. Setiap kenangan di sana bagai terimbas. Kenapa perlu Jason memberikan setiap gambar yang diambilnya ini kepadaku?

            “Keep this with you. Even there are single days you hate me the most!” Kata-kata itu menerobos jelas ke pendengaranku, kotak silver bertukar tangan. Ya! Setiap hari aku cuba membenci dia. Setiap saat aku cuba hapuskan bayangan dia, namun payah!

            Gambar aku sedang cuba melompat mencapai hujung daun yang masih tersisa dengan salji. Gambar saat butir-butir putih itu jatuh membasahi wajahku. Semua, setiap langkahku di sekitar rumahnya. Gambar aku menyentuh buluh pagar rumahnya, jelas wajah keterujaanku ketika itu, rumahnya terlalu unik, aku teruja!

            Gambar-gambar ini bisa membawa aku kembali seolah-olah masih berada di sana. Bagai ada rakaman dibalik gambar ini, aku bisa tersenyum sendiri tanpa perlu ada pelawak yang menggeletek hatiku. Jason, kenapa perlu aku rasa begini?

=================================

            Hana membetulkan kot yang membaluti tubuhnya. Dewan itu sudah terlalu dingin dirasakan. Tidak ramai wakil guru yang hadir kursus Keusahawan kali ini, tidak seperti tahun lalu, penuh! Farah berulang kali menyelak buku program yang kami terima, Hana sampai naik rimas.
            “Kau ni kenapa Farah, dah beribu kali kau selak buku tu. Cari apa, penanda buku?” Hana menyoal sambil menyindir. Farah tetap menyelak, sehelai demi sehelai.

            “Ish… kau ni, aku tengah cari nama mamat Korea yang jadi penceramah kursus kita ni la. Tak ada pun, tipu ke apa cikgu Shimah tu…” Farah membebel, Hana tergelak kecil. Pulun sangat aih!

            “Yang kelam kabut sangat kenapa? Tunggu la, lagi 15 minit start la kursus kita, kau boleh tengok dia.” Farah menutup buku program kasar, Hana mengerut kening.

            “Kalau nama takde mesti kejap lagi pun takde. Ish!” Farah merengus kasar. Hana menggeleng perlahan.

            “Kau ni… entah-entah mamat korea kau tu tua kerepot, nyesal kau.” Farah menjeling marah. Hana geli hati, tangannya mengambil buku program daripada fail dan membelek setiap nama.

            “Haa… ni dia… ada je, kau yang buta.” Hana menunjukkan pada satu nama. Laju saja tangan Farah mencapai buku program daripada tangan Hana.

            “Mana-mana…”

            “Tu… Mr. Johan Young.” Farah merenung nama yang ditunjukkan Hana. Terus sahaja terukir senyuman dibibirnya.

            “Johan… macam nama orang melayu je kan… Muslim eh…” Farah mula teruja. Hana menjungkit bahu.

            “Mana la aku tau, aku bukan AJK program pun…” Farah menjuih bibir.

            “Tak sabarnya…” Hana tercengang. Serius terasa Farah sangat gedik tika ini! Farah menyerah semula buku program kepada Hana, dan terus sahaja mengambil cermin kecil daripada beg tangannya dan mula membetulkan shawl yang dililit dikepala. Farah melawa lebih daripada hari biasa ke sekolah. Betul-betul tak sabar ni! Hana menggeleng perlahan, teringat sewaktu dia terlalu fanatik dengan Korea, begitu jugalah kegedikkan dan keterujaannya. Paling memalukan, sanggup bergaya seperti pelakon perempuan Korea sebab sekelas dengan lelaki cina yang bergaya seperti mamat Korea!

            “Eh… diorang dah masuk dah…” Farah menyiku lengan Hana yang asyik membelek buku program. Hana mengangkat mukanya sedikit memandang ke arah sekumpulan manusia yang mula memasuki dewan. Para guru yang ada mula berdiri, sebagai menghormati kehadiran tetamu yang memasuki dewan. Hana turut bangun dan mula membetulkan baju kurungnya.

            “Hana… Hana… serius macho gila! Macam artis Korea aje dia tu…” Farah menggoncang tubuh Hana laju, Hana yang tidak stabil dirinya hampir sahaja terjatuh kembali ke atas kerusi. Hana berdecit kecil, geram dengan tingkah Farah yang ter’over’ excited itu.

            Hana membetulkan tudungnya, dan kembali memandang ke arah tetamu-tetamu yang dinantikan, ada lima orang semuanya, seorang sahaja yang akan mengendalikan kursus kali ini, yang lain adalah orang-orang yang menguruskan perjalanan kursus. Hana memanjangkan kepalanya memandang ke arah penceramah yang buat Farah hampir ‘gila’!

            Hana tergamam sendiri. Kakinya terasa sejuk, tangannya terasa gigil dengan tiba-tiba. Mukanya berpeluh, merinik! Dia? Tak mungkin, mungkin pelanduk dua serupa. Hana tidak tunggu lama, beg tangan di atas kerusi di sebelah, di ambil dan terus berjalan laju keluar. Farah memandang Hana dengan pelik. Nama Hana di laung, namun langkah Hana kian laju. Akibat terlalu terburu-buru keluar, Hana terlanggar pekerja Hotel yang sedang menyorong troli makanan ditengah dewan. Berdenting kuat bunyi gelas akibat terjatuh dan terus pecah. Hana sendiri terpusing ke belakang dek perlanggaran itu, kembali menghadap semua tetamu yang telahpun kalih memandang ke arahnya. Hana terkaku sendiri. Terus keras kakinya, apabila mata itu tepat memandang ke arahnya. Dari duduk, dia terus berdiri. Hana melangkah ke belakang perlahan-lahan, kakinya bagai disimen, keras dan berat! Terus sahaja berpusing kebelakangan dan berlari keluar daripada dewan. Hana memegang dadanya, detak itu kembali lagi, lebih perit daripada dulu, kenapa?!

            “Hana…” Bibir itu menutur perlahan.

================================================
Air mata yang kian deras mengalir, aku kesat dengan belakang tangan. Tanganku tekup didada, detak itu masih ada, masih setia. Kenapa? Setiap kali aku fikirkan tentang dia, mesti detak itu hadir. Perit! Sesak! Dadaku bagai mahu pecah. Kenapa?

            Aku pandang wajahku di cermin, bahagian mata yang mula comot aku bersihkan dengan tisu basah. Tudung yang sudah berkeromot, aku betulkan kembali. Nafas, aku tarik panjang dan lepaskan perlahan-lahan, masih ada air mata yang setia untuk mengalir. Tubuhku sandarkan ke sinki. Beg tangan aku capai, dan telefon bimbit aku keluarkan. Aku tekan butang menu, telefonku bercahaya, gambar diskrin telefon cukup untuk membuat aku kembali tersenyum. Abah.

=========================================
            “Abah, Hana ingat pesan abah, sebab tu Hana lari tadi. Hana tak nak tumpahkan air mata depan orang lain selain suami Hana. Betulkan tindakan Hana ni abah…” Hana mengeluh perlahan.

            “Tak betul. Macam orang gila.” Suara Farah menyentakkan Hana. Air mata yang masih mengalir, pantas disapu.

            “Kenapa Hana, tiba-tiba aje?” Farah turut menyandarkan tubuhnya ke sinki, betul-betul disebelah Hana. Hana menggeleng perlahan, cuba menguntum senyum dan memandang Farah.

            “Ish… huduh tau, tak payah senyum kalau nak menangis, macam hantu.” Hana mencebik, Farah boleh buat lawak?

            “Aku okay, kau pergi la masuk dulu, kejap lagi aku masuk.” Hana menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg, bedak compact dicapai, dan disapu sedikit ke wajahnya.

            “Takde makna, my handsome Korean man, Mr.Johan Young suruh I tengok-tengok kan you, and bring you back to the hall. Clear? So, dah siapkan? Jom…” Farah menarik lengan Hana, mengajak keluar daripada tandas. Hana merentap, hingga terlepas pegangan Farah pada lengannya.
            “He what? Farah, can you… just this time, let me be here, alone…” Hana bersuara lemah. Farah pelik dengan sikap Hana yang tiba-tiba begini, cengeng? Hana bukan macam tu.

            “Apa kena la kau hari ni Hana?”

            “Aku okay, please Farah…” Farah mengeluh lemah dan terus sahaja melangkah keluar daripada tandas, meninggalkan Hana untuk… sesaat dua.

            “Tarak makna. Jom.” Farah menarik Hana keluar daripada tandas, Hana terdorong ke depan, mujur masih dapat mengawal langkahnya sehingga menyaingi langkah Farah. Biar sekuat mana dia menarik tangannya daripada genggaman Farah, tidak berjaya.

            “Farah…” Hana bersuara.

            “Jalan aje Hana…” Farah ketawa ‘jahat’!

Mereka berdua melangkah memasuki dewan, bila sudah ditengah dewan, barulah Farah melepaskan tangan Hana yang digenggam sebentar tadi. Hana mengurut tangannya yang hampir kebas dicengkam Farah.

Farah hanya tersengih, tersenyum lebar ke arah Mr. Johan Young yang memandang mereka sedari memasuki dewan. Biarpun sedang memberikan ceramah, matanya sempat mencerlung tajan ke arah Hana. Hana sekadar menunduk sedikit, tanda hormat. Farah dan Hana kembali mendapat tempat duduk mereka.

“Lady with pink scarf… thank you for coming back here. Are you okay?”  Hana yang sedang ralit mengeluarkan buku nota tersentak apabila Farah menyikunya.

“Kau ni kenapa…” Hana menjeling tajam, hatinya masih marah pada Farah. Farah memuncung-muncung mulutnya. Hana mengerut dahi, tanda tak puas hati.

“Kau ni apasal Farah…” Soal Hana dengan mengetap bibir, takut suaranya menarik semua orang.

“Miss Hana, are you hurt?” Hana terkedu. Hana kalih pandangan ke depan. Dia cakap dengan aku ke?

“Miss Hana….” Suara orang ramai yang mula ketawa, menyedarkan aku untuk menjawab apa yang disoal.

“No, I’m fine, thank you for your concern.” Hana mengangguk kepala sedikit. Johan Young tersenyum dengan jawapan Hana.

“You are MOST welcome Miss Hana.” Johan Young menekankan sedikit pada perkataan ‘most’ yang membuatkan Farah terus sahaja memandang ke arah Hana. Pandangan yang memerlukan sebuah penjelasan.

“What?” Hana menyoal.

“Whats going here Hana, is he…” Farah cuba menebak, Hana terus sahaja memintas.
“No… takde apa-apa, fokuslah…” Farah mengangguk perlahan, malas bersoal, dia tahu Hana tidak akan menjawab, namun dia juga tahu pasti ada sesuatu. Hana dan Johan… Apakah?

…………………………………

            “Okay, it is already late at night, I bet every one is tired right, so we stop here, tomorrow we will continue again.” Apabila Johan Young sudah menamatkan ceramahnya, cepat sahaja Hana mengemas barang-barang, mahu terus keluar dari situ. Sejak tengah hari tadi, dia tidak betah berada di situ. Setiap slot, pasti namanya dipanggil, serasa Hana ada 50 lebih guru yang hadir, tapi kenapa asyik namanya dipanggil? Baru sahaja mahu bangun dan keluar, namanya sekali lagi dipanggil.

            “Miss Hana, can you wait here for a while?” Kalau Johan sekadar berkata tanpa mikrofon mahu sahaja dia buat dek, tapi… satu dewan sudah pandang ke arahnya. Dalam hampa, Hana mengangguk perlahan, tidak langsung dipandang Johan Young yang berada di hadapan.

            “Hana, aku pergi dulu, mengantuk la…” Farah terus sahaja melangkah keluar tanpa sempat Hana menahan. Tak guna punya kawan! Bentak hati Hana.

            Hana duduk ditempatnya, statik. Masih ada beberapa orang guru yang sedang berbual dengan Johan Young, mungkin ada beberapa soalan yang ditanya. Hana mengambil waktu itu untuk mengumpul kekuatan. Hatinya mula terasa denyutan. Janganlah detak itu datang!

            “Hana…” Suara itu kedengaran hampir ditelinganya. Hana mengangkat wajahnya. Hana tersentak, lantas dilarikan wajahnya menjauhi Johan Young yang begitu hampir dengannya.

            “Dreaming? Want me to pinch you, so that you can wake up from your dream?” Johan bersuara lagi, senyuman sentiasa terukir dibibirnya. Johan melabuh duduk dikerusi, betul-betul disebelah Hana. Hana memeluk beg tangannya erat, suaranya hilang, dadanya berdetak kuat, tapi perit itu tiada, pelik!

            Johan meletak kedua-dua tangannya ke kepala kerusi didepannya. Hana tetap membisu. Yang menemani mereka sekarang, hanya deruan nafas dan bunyi pendingin udara dewan.

            “It’s been a long time we didn’t meet. Two years isn’t it?” Johan Young memecah keheningan yang terbina antara mereka.

            “Hana… please… say something, I miss you, a lot my Hana.” Hana terkaku, baru hendak bersuara, kata-kata itu mematikan segalanya tetapi tidak jantungnya, kian laju berdetak.

            “Okay, I will wait till you are ready. If five hours in a cold weather I can stand, five years is just a same.” Johan Young terus bangun dari duduknya. Hana kalih wajahnya ke arah Johan Young yang sudah mula melangkah menjauhinya.

            “Johan? Then who is Jason?” Johan Young mematikan langkahnya, senyuman terukir dibibirnya. Akhirnya suara yang dirindu menampar lembut telinganya. Perlahan dia memusingkan tubuh ke arah Hana yang masih duduk di situ. Matanya terus sahaja singgah ke mata Hana yang bundar. Hana pantas sahaja melarikan pandangannya. Johan Young tersenyum lagi.

            “Johan is the same person you met at Korea Hana, Johan is Jason, and Jason now is Johan.” Hana mengerut dahi.

            “Is that means you are now….”

            “Muslim. Almost three years.”

            “Three years, it that means, when we met…”

            “Yes, when we met I’m already a muslim. Hana, we even didn’t get any chance to introduce ourself, how we want to get know better that time…” Hana mengangguk perlahan, logik, benar apa yang dikatakannya Johan. Mereka bertukar nama pun di saat mahu berpisah. Bila pulak hendak bertanya itu ini?

            “I should leave now.” Hana bangun dari kerusi, langkah di atur perlahan menghampiri Johan. Detak itu setia, tapi peritnya tiada. Hana kawal dirinya, terasa janggal. Entah kenapa, pertemuan sesingkat dulu boleh menjarakkan hubungan mereka sebegini. Entah mana yang silapnya, mereka bagai cuba menahan detak hati mereka daripada bersatu dalam satu irama.

            “Tired?” Johan menyoal, prihatin. Jam ditangan dibelek sekali lalu.

            “Kind of…” Hana berdiri berhadapan dengan Johan. Hana memegang erat beg tangannya.

            “Can we have a coffee, just for a few minute?” Hana memandang Johan, tangan keduanya dimasukkan ke dalam poket, Johan penuh karisma. Hana menggeleng perlahan.

            “Some other time… It’s already late.” Hana beralasan, tak betah dia hendak berdua sahaja dengan Johan. Mahu jantungnya terjun keluar dari badan!

            “Okay, tomorrow we have lunch together. Deal! Bye Hana.” Johan terus sahaja membuat keputusan, Hana terperangkap sendiri. Johan bagai membaca fikiran Hana. Hana mengetap bibirnya, kakinya dihentak. Kenapa mesti ada pertemuan kedua?

……………………………
            Hana memeluk tubuh. Manusia dihadapannya dipandang dengan pandangan yang tajam menikam. Bukan menggerunkan manusia itu malah bagai menggeletek hatinya.

            “Hana, stop stares at me like that. You asked me to do that, so?”

            “Bila? Takde pulak saya cakap suruh buat macam tu.” Hana menjeling tajam Johan yang masih dalam sisa tawanya.

            “Hey, not fair, I’m still in learning Bahasa Malayu.” Johan cuba membantah. Hana menjuih bibir, dalam hati ‘PADAN MUKA’!

            “Suka hati la. It is Melayu bukan Malayu.” Hana sengaja mempekenakan Johan yang sudah tarik muka. Sakit hati dengan sikap ambil kesempatan Johan.

            “Hana… English please.” Johan memandang Hana dengan wajah yang sengaja diseriuskan. Hana menggeleng tangan disilang memeluk tubuh.

            “Hana….” Johan bersuara lagi. Hana tetap menggeleng. Johan tersenyum, Hana degil!

            “Okay-okay, fine, just speak Malayu. But I remind you earlier, if I’m wrong in understanding it; it is your fault. Okay? Deal?” Hana memandang dengan pandangan tidak puas hati.

            “Okay. Biar padan muka awak.” Johan cuma tersengih dengan kata-kata Hana.

            “What? You miss me?” Hana membuntang matanya.

            “Ei, takde makna!” Johan tersenyum, kian melebar.

            “Oh my! You love me?” Hana ternganga.
            “Bila pulak?!”Johan mula ketawa.

            “Like crazy? Love me like crazy… Oh Hana… I’m so touching…” Hana menepuk meja.

            “Johan, don’t speak nonsenses!” Johan ketawa tak henti. Seronok membuat Hana marah begitu. Hana bengang, nak pekena Johan akhirnya dia yang terkena sendiri.

            “I can get A’s in Bahasa Malayu right?” Johan masih dengan ketawa lagi. Hana tarik muka masam.

            “Melayu. Me-la-yu.” Hana memperbetulkan sebutan Johan mahu tak mahu.

            “Me-la-yu… owh… Melayu. Thank you.” Johan tersenyum, terasa bahagia dengan kesudian Hana memperbetulkan sebutannya.

            “Still marrah?” Johan bersuara, matanya tetap setia memandang segenap wajah Hana. Hana hanya menggeleng, R tak perlu tebal kut!

            “Yes I am! You cannot do anything as you please Johan.” Hana memuntahkan marahnya, Johan suka mengambil kesempatan.

            “It is your fault. Last night you promise to have a lunch with me isn’t it?” Johan menyedut minumannya.

            “No. I didn’t, it is you who make the promise. I didn’t say even a word.” Hana mengingatkan Johan, Hana memandang dengan mata yang dikecilkan.

            “But still, you never go against it. So, it is a promise between us, Hana.” Johan masih ingin menang.

            “I don’t have even a single chance to say anything...” Johan ini menjawab lagi, namun pantas dipintas Hana.

            “Okay, just order, eats and then sends me back to my home. Please.” Hana bertegas, pelayan dipanggil ke meja. Hana memesan satu set makanan melayu perak; Ikan patin masak tempoyak, sambal belacan dengan ulam-ulaman, ikan pekasam. Johan hanya menurut, tak tersempat untuk dia memesan makanan lain bila Hana mengatakan, dia akan belanja makan tengah hari itu.

            Sakit hati Hana apabila tiba di lobi Hotel, Farah sudah menghilang, yang ada Johan Young yang tersengih-sengih ke arahnya. “I’ve send her home.” Kata-kata Johan apabila Hana bertanya ke mana Farah pergi. Farah kemudian menghantar mesej kepadanya bahawa dia sudah dalam perjalanan pulang. Farah juga berpesan untuk mengetahui cerita penuh antara Hana dan Johan Young.    

“How was it Mr.Johan Young a.k.a Jason?” Soal Hana apabila melihat wajah Johan yang memerah selepas mengunyah kacang kelisa yang dicicah ke dalam sambal belacan.

            “Spicy, too spicy but nice…” Johan meneguk air beberapa kali. Ternganga dia menahan pedas. Hana tersenyum sendiri, kesian tapi tak sah kalau sudah di Malaysia tapi tidak mencuba makanan kampung.

            “Now we are even. Double 0.” Hana bersuara, sebaik mereka habis menjamu selera. Johan mengelap dahinya yang penuh rinikan peluh.

            “Even? What do you mean?” Hana memasukkan semula baki duit ke dalam beg tangannya. Hana memandang Johan yang berada disisinya.

            “Meal. When I was at Korea, you’ve treat me with veggies foods, now I’m treating you with our traditional food. It is even, isn’t it? Sama satu kosong.” Hana melangkah masuk ke dalam kereta. Johan menjungkit kening, lalu turut melangkah masuk ke dalam kereta. Tali pinggang dipasang, kemudian enjin kereta dihidupkan.

            “No it isn’t.” Hana yang sedang memakai tali pinggang keledar terus sahaja laju mengalih tubuh menghadap Johan di bahagian pemandu. Johan tersenyum dan mengangguk-angguk.

            “Why? It is even!”

            “Nope. You know why?” Hana menggeleng laju dengan wajah tak puas hati.

            “At Korea, I’ve treat you with veggie food not Korean traditional food as you treat me just now.”

            “Its okay, I’m fine with it. Still, we are even in treating each other right?”

            “I’m not okay with that, so I have to treat you with my traditional food and you have to treat me with Malaysian’s veggie food. After that we can call it is even.” Hana merengus kasar, pendingin kereta diputar ke suhu paling sejuk, hatinya terasa panas!

            “Do we have too?” Johan dikerling tajam.

            “Of course. I’m not finish yet, listen…”

            “Whats more Johan?” Hana memintas.

            “Relax Hana….” Johan ketawa, melihat wajah mencuka Hana. Johan tidak ambil kisah, yang dia tahu, Hana perlu berada dekat di sisinya.

            “At Korea you have been very exciting looking and taking pictures of my house, which is our traditional Korean house. So, it is a pleasure for me if I can look and taking a few pictures of yours. Rumah Melayu Lama.” Hana tercengang, takkan nak bawak balik kampung mamat Korea ni pulak?

…………………………………

            Ibu bercekak pinggang di tangga. Mata ibu dari tadi memandang Johan atas bawah. Achik yang kebetulan ada di rumah kerana cuti sekolah sudah mengekek ketawa dibelakang ibu. Ucu pula asyik memandang Johan yang tersengih-sengih di depan ibu dan Ucu. Ucu langsung tak berkedip, anak dara bawah umur tu sekarang tengah gila dengan Super Junior, mungkin teruja tengok mamat Korea yang ‘terlepas’ ke rumah sekarang ni.

            “Ibu… apa pandang dia macam tu?” Ibu menggeleng kepalanya, wajah ibu masih beriak serius.

            “Sapa ni Hana?” Ibu menarik Hana mendekatinya, dan mula berbisik.

            “Kawan Hana bu, kawan masa dekat Korea dulu. Yang Hana ada cerita dulu tu…” Hana juga berbisik kepada ibu. Ibu memandang Hana dengan mata yang dibuntangkan.

            “Dia ni yang kamu…” belum ibu sempat melepaskan kata, Hana memintas.

            “Bu… sat gi kita cerita lain na, kita ajak dia masuk dulu boleh?” Ibu menekup mulutnya, ibu cepat tangkap reaksi Hana. Ibu mengangguk perlahan, dan kemudian menjemput Johan masuk ke dalam rumah.

            “Achik, tolong angkat beg abang Johan boleh? Masukkan dalam bilik hujung.” Hana sempat meminta tolong pada Angah yang masih berdiri di tepi tangga.

            “Abang ipar chik eh Kak Hana?” Hana membeliakkan mata.

            “Pandai la hang, cepat tolong.” Johan yang seakan memahami hanya tersenyum.

            “Apa senyum-senyum?” Hana menjeling Johan. Johan terus sahaja ketawa.

            “Senyum is a sadakah. I’ve learned that from my Ayah.” Achik menggelakkan Hana yang senyap tidak terkata dengan jawapan Johan. Hana mencerlung tajam ke arah achik seakan memberi amaran. Achik hanya menjelir lidah.

            “Achik sudah-sudahlah kacau kakak hang tu… Hana cepat ajak Johan masuk, dah panaih dah ni, tu Ucu tu awat dok senyap kat situ.” Ibu yang sudah di dalam rumah, melaung daripada tingkap. Hana terus sahaja memandang ke arah Ucu yang masih tegak berdiri di depan tangga.

            “Ucu, lalat dah bertuluq dalam mulut tu.” Hana mengusik. Terus sahaja Ucu menekup mulutnya. Johan menghampiri Ucu. Dagu Ucu dicuit lembut, Hana yang melihat terus sahaja berlari mendekati Johan dan menampar tangan Johan.

            “She is a girl. Non-muhrim!” Hana menegur, achik yang kemudian berjalan mahu memasuki rumah, sempat mengenyit mata kepada Johan.

            “It is okay, she’s jealous to Ucu.” Achik mengenakan Hana yang sudah ternganga dengan pernyataannya.

            “Yup, I know.” Johan membalas kenyitan mata nakal. Mereka berdua ketawa besar, Ucu sudah tersenyum-senyum dan melangkah membontoti Achik ke dalam rumah.

            “Jangan perasan sangat la.” Hana menjelir, geram dengan Johan yang kelihatan cepat mesra dan pandai mengambil hati keluarganya. Johan terus sahaja ketawa kecil, Hana manja!

…………………………….
            Ibu menghampiri Hana yang sedang menyiang ikan puyu yang dikail achik semalam. Ditangan ibu ada segenggam daun kesum dan sebatang bunga kantan yang hampir mekar, ibu bercadang mahu masak asam pedas ikan puyu.

            “Boleh ke kawan kamu tu makan masakan kampung Hana?” Dahi ibu berkerut, mungkin risau. Iyalah, ibu mana pandai masak makanan Barat, Korea apatah lagi.

            “Ibu masak kimchi…” Ucu menyampuk, sambil tangan masih lagi ligat mengupas bawang. Terhambur ketawa ibu dan Hana.

            “Ada pulak ucu ni, jangan mengarut. Boleh bu, sebelum balik tadi, Hana ada singgah restoran, Hana ajar dia makan sambal belacan. Layan je dia.” Ibu yang masih dengan sisa tawa mengangguk perlahan dengan jawapan Hana. Ucu mencebik.

            “Kak Hana, Abang Johan orang islam?” Ucu yang baru berusia 11 tahun menyoal. Ibu sudah pun melangkah ke ruang depan. Hana memandang adik bongsunya itu sekilas.

            “A’ah… dah tiga tahun masuk Islam.” Ucu mengangguk perlahan kepalanya.

            “Dia tak boleh cakap melayu?” Ucu menyoal lagi. Hana ketawa kecil dengan soalan itu. Hana tahu sangat, Ucu kurang mahir berbahasa inggeris, tidak seperti achik yang lebih cepat mempelajari dan menggunakan bahasa antarabangsa itu seawal 10 tahun.

            “Tak boleh sangat la, baru belajar-belajar. Kenapa?”

            “Ucu nak borak, nak cakap Korea mana Ucu tau. English Ucu pun tak berapa boleh.” Ucu bersuara lirih. Inilah sikap Ucu yang sering dirisaukan Hana, kurang keyakinan diri.

            “Ala Ucu, sembang dalam bahasa melayu aje, Abang Johan paham jugak sikit-sikit. Masa ni la Ucu nak improve English Ucu. Betul dak?” Hana yang sudah siap membersihkan ikan menghampir Ucu yang sedang asyik memotong sayur.

            “Boleh paham eh?” hana mengangguk.

            “Kak Hana dah ajar dia banyak dah Bahasa Melayu. La ni Ucu ajar dia BM nanti suruh dia ajar Ucu BI. Amacam?” Ucu tersenyum dan mengangguk laju kepalanya. Teruja! Terus sahaja dia mengemas barang-barang, pisau di serahkan kepada Hana.

            “Eh, nak kemana?”

            “I’m going to learn with my brother in law to be.” Hana membuntang mata. Pandai-pandai aje!

……………………………………

            “Ibu said that, she wants you to get married, but you kept refusing. Why?” Hana terkedu dengan persoalan itu. Hana membetulkan penyapu lidi yang digunakan untuk menyapu daun-daun kering di halaman rumah. Johan yang duduk di pangkin, menguis-nguis pasir dengan hujung selipar yang dipakainya.

            “Not refusing as I like. I still hold tied on ‘Jodoh’ and ‘ajal’ is on Allah hands. So, kalau takda jodoh nak buat macam mana?” Johan berkerut dahi. Mungkin tidak faham dengan ayat akhir Hana. Hana ketawa kecil. Dihampirinya Johan yang masih dengan kerutan di dahi.

            “When the time comes, insyaAllah, I will never refuse to be married, to a man which Allah said he is the one for me. Sooner or later I believe the time will come.”

            “Okay, insyaAllah. Pray for it.” Hana tersenyum, tangannya kembali menyapu daun-daun kering yang masih tersisa.

            “Ucu showed me your ‘Korean’ album. Die hard fans K-Pop are you?” Hana berpusing laju memandang Johan yang sudah dengan senyuman nakalnya. Keningnya sengaja di angkat-angkat.

            “Alamak! Ucu ni memang la…” Hana merengus marah.

            “Don’t get angry Hana. Erm, ciri-ciri suami saya, muka mesti macam orang korea. So, I pass, no doubt!” Hana terbeliak memandang Johan yang sedang menyelak satu persatu album gambar-gambar hero Korea miliknya sewaktu berumur 19 tahun dulu.

            “Johan… you can’t read that. Give me back.” Johan sudah berlari menjauhi Hana yang menyinga.

            “Number two, tinggi macam orang Korea. I pass that also.” Johan masih lagi setia membaca sengaja mengenakan Hana. Hana pula sudah terbakar wajahnya, malu! Hana mengejar langkah Johan yang mengelilingi pangking. Lama kelamaan, mereka berdua sudah macam dalam cerita Hindustan, ala-ala Kajol dan SRK!

……………………………………
            Hana menyapu air mata yang mengalir dengan belakang tangan. Sendu ditahan sekuatnya. Biar hanya air mata sahaja yang melambangkan betapa hatinya hancur!

            “Kak Hana, Ucu yakin abang Johan tak salah. Percayalah.” Ucu memegang lengan Hana, kejap, namun dek kerana marahnya pegangan itu direntap.

            “Tak payah nak back-up dia dekat akak Ucu. Biarlah dia, pandai-pandai dia tanggung.” Ucu mengeluh berat. Dok menangis macam ni pun dok menafikan lagi, benci betul orang ‘dewasa’ ni! Ucu membentak dalam hati.

            “Akak ni, cepatla, Ibu dah lama pergi dengan achik. Kesian abang Johan tu akak, dia tak salah.” Hana malas dengan Ucu yang sedari tadi mempertahankan Johan. Kalau tidak salah, macam mana orang kampung boleh tangkap Johan dengan Munah dekat pondok usang hujung kampung. Hana terus sahaja masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.

            “Kak Hana ni, macam budak kecik!!!” Ucu menjerit pada Hana yang sudah tidak kelihatan, kakinya dihentak-hentak, sakit hati dengan Hana yang langsung tidak percaya pada Johan.
=======================
            Telefon bimbit di atas meja solek aku capai. Aku labuhkan duduk di birai katil. Folder gambar aku buka, setiap gambar yang ada aku belek. Mata ini berat dengan genangan air mata, yang bila-bila sahaja akan gugur. Detak jantung lain iramanya, terasa perit mencengkam jiwa. Mungkinkah detak ini akan hilang irama cintanya?

            Gambar Johan sewaktu menangkap ikan di bendang dua hari lalu, aku telek sedalamnya. Wajahnya kotor tercalit lumpur, tangannya penuh berselut. Johan seakan sudah biasa, tidak kekok dalam mencuba apa sahaja yang ada dikampung ini. Bibirku masih boleh menguntum senyum dalam linangan air mata.

            Berita petang tadi sememangnya merenggut pergi detak yang indah dalam hati. Antara percaya atau tidak, aku tidak pasti. Yang aku tahu, aku begitu kecewa. Kenapa? Bukankah petang ini sepatutnya kita ke Jeti, tetapi awak beralasan ada hal dengan achik. Awak tahu tak, payah saya hendak menerima realiti yang terasa seperti sebuah fantasi bila awak hadir dalam kehidupan saya. Malangnya, baru hendak meletak harapan dihujung bintang, awak mengecewakan. Saya tidak sanggup merasa kehilangan buat kesekian kalinya, tidak sanggup!

=============================

            Hana bingkas bangun dari pembaringannya. Penjelasan daripada achik membuatkan dia diserbu rasa bersalah. Mulutnya terlalu lancing semalam, menghalau Johan pulang. Tamparan ibu terasa perit, tapi bicara achik lebih tajam rasanya.

            “Ibu tak ajar Hana kurang ajar dengan sesiapa. Abah akan kecewa dengan Hana kalau dia masih ada.”

            “Kalau dia tak salah, kenapa dia kena tangkap dengan Munah tu bu. Dasar lelaki liar, orang kampung pun jadi!” Sesaat memaki hamun Johan yang tunduk menekur tangga di muka pintu, tangan ibu melekap dipipi Hana.

            “Ibu…” Hana bersuara, terkejut dan tersedar.

            “Kamu tak tahu apa yang berlaku, kamu diam. Jangan sebab kamu simpan rasa kamu pada Johan, kamu pernah kecewa dengan kekasih kamu yang curang, kamu boleh maki hamun orang. Ingat Hana, ibu kecewa dengan sikap kamu!” Hana terkedu dengan kata-kata ibu. Johan turut memanggung kepala. Hana menyimpan 1001 rahsia dalam dirinya, kenapa?

            “Achik, abang Johan naik flight pukul berapa?” Achik yang sedang duduk di meja makan, memandang Hana dengan senyuman.

            “11.30, sekarang pukul 11, cepat kak Hana nanti terlepas.” Hana tersenyum hambar.

            “Terima kasih chik, doakan akak…” Hana bersuara lemah. Sejak semalam, Ibu dan Ucu memboikot untuk tidak bercakap dengan Hana. Marah, itu jawapan mereka kepada achik yang tak putus memberi nasihat. Payah jadi abang sulung!

………………………….

            Hana terus sahaja melangkah laju sebaik sahaja memarkirkan keretanya. Orang ramai di lapangan terbang membuatkan pandangan Hana tersekat. Jenuh dicarinya kelibat Johan. Skrin besar penerbangan diteleknya. Sudah masuk balai berlepas!

            Hana melajukan lari langkahnya ke balai berlepas. Kelihatan beberapa orang beratur menunggu giliran. Lelaki yang kulitnya kelihatan terbakar dek panas membuatkan Hana terpaku, kaku. Johan!

            “Johan….” Hana memanggil setelah mendekatki Johan yang berada didalam barisan penumpang yang bakal berlepas menaiki penerbangan ke KLIA. Johan kalih setelah suara itu menyapa telinga.

            “Hana… why are you here?” Soal Johan, terkejut dengan kehadiran Hana.

            “I…. I’m…” Hana ingin menahan Johan pergi namun suaranya bagai tersekat-sekat.

            “Sending me home?” Johan tersenyum sinis.

            “I’m going back Hana, don’t worry. Don’t trouble yourself just to make sure that I’m really going back or not.” Johan berkata sinis. Hana menggeleng kepalanya laju.

            “I’m not… I just…”

            “Enough Hana…” Johan terpaksa keluar daripada barisan, supaya tidak mengganggu penumpang yang lain dengan perbualan mereka berdua.

            “I’m not guilty. I tried to explain, but awak terlalu marrah.” Hana menarik nafasnya dalam-dalam.

            “I’m sorry.” Johan mengangguk lemah.

            “Its okay, if I’m in your place, saya juga marrah. Tak apa.” Johan cuba menguntum senyum biarpun tampak payah.

            “If I ask you not to go, are you willing not to go?” Hana melafazkannya penuh pengharapan. Johan memandang Hana lama, dengan keluhan perlahan, Johan memberikan jawapan.

            “No. I will go. Hana, we are not doing drama, or watching drama…” Johan menggeleng perlahan.

            “I ask you again, please don’t go…” Hana merayu lagi, tahukah Johan hatinya hampir berkecai dengan jawapan itu.

            “Please Hana, I have to go. Face the reality.” Mata Hana mulai dikaburi dengan air mata. Tegarnya hati Johan untuk tetap pergi.

            “I’m trying to face the reality, because of that I kept asking you not to go. You are my reality.” Hana merayu lagi, air mata setia membasahi pipinya.

            “Hana… listen, I’m going… I have too… please, wiped your tears, and let me go.” Johan bersuara tegas. Hana tidak mampu merayu lagi. Hatinya kini hancur untuk kesekian kalinya, dan kali ini atas salahnya.

            “Sir, please hurry.” Pengawal yang menjaga pintu perlepasan memanggil Johan. Sudah tiba masanya untuk Johan berlepas.

            “Saya cuba padamkan nama awak dalam hati saya selepas pulang dari Korea tiga tahun lalu. Dalam masa saya hampir melepaskan awak pergi, awak kembali dalam hidup saya. Tiga minggu sahaja nama awak bagai terpateri di hati saya. Saya sedar realiti saya adalah awak, dan sekarang awak minta saya melepaskan awak? Berapa tahun lagi yang saya perlukan untuk melupakan awak?” Johan hanya mengerut dahi mendengar kata-kata Hana. Hana mengeluh lemah.

            “I’m sorry, just go.” Hana melangkah mengundur. Setelah beberapa langkah, Hana terus berpaling dan meninggalkan Johan yang masih kabur dengan kata-katanya. Faham atau tidak Hana tidak peduli, yang pasti itulah kata hatinya tika ini.

            “Hana… I’m going, but just for a while. Our heart needs a time to break from thumps hard. It’s thump harder when you smile.” Johan melangkah melepasi pintu pemeriksaan. Hana tidak kalih lagi selepas itu, Johan hanya tersenyum sendiri. Tangannya ditekup ke dada, detak itu makin kuat.

==============================
            Kata-kata dibelakang gambar itu aku renung dan baca beberapa kali. Johan pasti sahaja akan menghadiahkan sekotak gambar apabila mahu berpisah. Adakah ini juga perpisahan yang sementara? Berapa tahun pula harus aku tunggu?

“Dugun dugun…. My heart kept thumps, even with your smile. The time will come, Hana.”

Aku meletakkan tangan ke dada. Degupan itu berirama seperti dulu, dan peritnya terasa kian mencengkam. Kenapa harus ada dia untuk terasa lega dengan degupan begini? Adakah degup ini menyatakan rindu? Selama manakah lagi harus aku tahan dengan peritnya degupan ini, selama mana juga harus aku habiskan untuk mencari realiti kembali? Masa itu akan tiba, aku pasti!
           

9 comments:

MiMi said...

adeh..xkan tu endingya? o_O

Anonymous said...

sorry dear.. I tak baca smpi hbis pown... Maaf jika kasar tapi rasanya inilah karya ABC yang tak beberapa menarik minat...
Jalan cerita sedikit kelam kabut. Tak buat research.

Sorry, just my opinion.
Bi'an.

Anonymous said...

ada sambungan ka?

riyadh said...

salam,cerita ni sweet sgt,cam reall.adeke?? hehe...tp xpuas hati sgt laa dgn endingnya...lg satu jalan cerita agak kelam kabut sket,maybe abc xperasan kot..

akubersamaCahya said...

Bi'an... memang abc sendirik tulis dalam kelam kabut n memang tak berapa buat research.

thanks for comments.. ;)

itu bukanlah ending dia. hehehe

Anonymous said...

ohh..nsib bukan inin ending..tp commenters kat atas mmg btul..agak berterabur skit bbnding gn karya2 abc yg lain :(

akubersamaCahya said...

er.. sori. abc pun :(

MasyitahHassan said...

kalau di susun elok + wat research.. mesti best kan .. huhuu

akubersamaCahya said...

tu la ermmmmmmm
otoke... bianneee