Wednesday, May 25, 2011

love is forever ~ 23

 

LOVE IS FOREVER

Usai siap bertudung, aku melangkah ke bawah untuk sarapan. Haikal lebih awal lagi turun ke bawah sementara aku sedang mandi. Aku ke bilik Ibu untuk mengambil Asyaaf yang telah siap dimandikan oleh Kak Julia, isteri kepada Angah. Kedua-dua mereka belum lagi dikurniakan anak. Mereka berdua baru sampai ke Malaysia sejam sebelum aku bernikah. Kak Julia menyambung pelajarannya ke Australia, jadi Angah tidak mahu berpisah dengan isteri, mengikut kak Julia dan turut menyambung pengajian di sana. Cinta zaman sekolah hingga je jinjang pelamin, jadinya kasih mereka sudah terlalu erat, bak kata orang, cubit peha kanan yang kiri juga terasa sakitnya.

Aku mendukung Asyaaf ke bawah, demamnya sudah kebah. Sudah semakin aktif jadinya. Ibu kata, budak kecil memang selalu demam, demam sebab nak membesar, betul ke? Dari anak tangga, aku melihat Along, Angah dan Haikal khusyuk berbincang yang aku agak berat, sebab semua muka serius aje. Haikal sempat berpaling dan memberikan senyuman yang manis tapi penuh makna. Ah! Terasa panas menyerbu muka.

“ Amboi pengantin baru kita, tersenyum-senyum depa..” Usik Angah melihat kami berdua yang berbalas senyuman. Aku menjelir. Malu!

“ Angah jeles la tu, pengantin lama..” Usikku kembali. Along dan Haikal hanya ketawa. Angah, abang yang paling suka mengusikku. Masa kami masih kecik, Angah selalu mengusikku hingga aku menangis, akibatnya Angah akan dimarah oleh ibu, tapi dia tak hairan pun, lagi menjadi-jadi adalah.

“ Untung Zu kan Long, baru semalam nikah, tup-tup pagi ni dah dukung baby.” Geram aku dengan usikan Angah. Ayah dan Ibu turut ketawa, Along jangan katalah, Kak Long dan kak Ngah hanya tersenyum-senyum. Haikal turut ketawa, langkahnya di atur menghampiriku. Asyaaf aku turunkan, berlari-lari si kecil itu ke arah meja makan. Haikal datang dan terus menarik tanganku ke dalam genggamannya, aku hanya tersenyum dengan tindakannya. Tak aku duga, Haikal pantas mencium dahiku penuh mesra. Aku sendiri terkejut dengan tindakannya. Mulalah suara-suara sumbang Along dan Angah berbunyi, dan tak di duga Ayah yang mengusik.

“ Amboi pengantin, tak cukup lagi ye semalam.” Ibu ketawa mengekek dengan usikan ayah. Malunya! Aku membuntangkan mata pada Haikal, geram! Haikal hanya tersenyum penuh makna. Sangat penuh makna! Kejadian pagi tadi masih terbayang, memalukan!

Sebaik azan subuh kedengaran, aku mula tersedar. Tersedar yang aku berada dalam dakapan suamiku, Haikal. Aku fikir Haikal masih belum bangun, jadinya, aku mengambil kesempatan ini untuk menilik wajahnya. Teringat saat kali pertama kami bersama dahulu. Kekacakan wajah Haikal membuatkan aku terasa kerdil pabila bersamanya. Mungkin kerana rasa itu membuatkan aku sentiasa dalam keadaan curiga. Siapa tak takut suaminya yang kacak digoda? Wajah melayu asli, tiada campuran mana-mana. Bukan Pan- Asia dan bukan juga seperti hero-hero korea kegilaan gadis remaja. Jemariku asyik membelai wajahnya, senyuman terukir dibibir Haikal. Aku terkejut melihat reaksinya yang tiba-tiba dengan mata yang masih rapat terpejam. Haikal mengeratkan pelukannya, dahiku dikucupnya, turun ke mata, pipi dan berhenti lama dibibir. Haikal membuka matanya, cepat-cepat aku tundukkan pandangan, malu! Haikal tersenyum lagi, perlahan dia bisikan;

“ Terima kasih sayang..” Ah! Segan aku dibuatnya. Merona merah wajahku. Mujur masih gelap, kalau tidak pasti Haikal dapat lihat betapa merah wajah aku sekarang. Perlahan dia bangun dan melangkah ke bilik air. Beberapa ketika aku melayan perasaan sendiri, Haikal terpancul di muka pintu bilik air.

“ Sayang, jangan lupa tukar cadar ye.” Ujar Haikal lalu kembali ke dalam bilik air. Sengaja! Baru aje aku hilangkan rasa malu dan segan aku dengan Haikal, sengaja dia wujudkan rasa itu kembali. Aku bangun dari pembaringan, rambut aku sanggulkan. Baik aku segera menukar cadar sebelum Haikal keluar, kalau tidak lagi segan! Bisik hatiku sendiri. Subuh kami solat berjemaah suami isteri. Inilah indahnya perkahwinan, dan inilah yang selama ini ingin aku rasakan kembali, saat kami berdua bergelar suami dan isteri. Haikal seorang yang menjaga solat, dan aku yang dulunya liat hendak bangun subuh sudah terbiasa bangun dengan sendiri selepas menjadi isteri Haikal. Kadang-kadang aku ada terfikir. Aku mungkin matang awal dari usia aku kerana aku punya suami seperti Haikal. Aku jadi sematang dia. dan aku rasa, jika Haikal bukan suamiku, aku tidaklah sekuat mana menjeruk hati ditempat orang. Semua bagai ada hikmahnya.

++++

“ Kejap lagi Abang nak pergi buat report tentang ugutan Zhamry tu, sayang kena ikut sekali.” Ujar Haikal semasa kami semua sedang menikmati sarapan pagi beramai-ramai.

“ Dia ganggu kamu berdua lagi ke?” Soal Ayah dengan riak penuh persoalan. Bukan Ayah saja, semua yang ada. Aku mengangguk perlahan.

“ Dia jerat diri sendiri Ayah. Kami dah tahu dia akan buat ugutan. Kalau dapat tangkap dia, kita akan tahu dalang sebalik kes ni.” Sampuk Along yang berada di sebelah Ayah. Semua mengangguk dengan penjelasan Along.

“ Zu tak payah balik Johor lagi, duduk sini dulu, Ibu risaulah.”

“ Tak boleh lah bu, Zu baru seminggu lebih mengajar, dah la daftar hari tu lewat, kesian students Zu.” Aku membantah cadangan ibu. Bukan sengaja, tapi memang aku ada terfikir, tapi apa nak ditakutkan, akukan dah pakai bodyguard a.k.a suami!

“ Takpe bu, Haikal akan ikut Zu balik sana, Asyaaf sekali, Haikal kerja sendiri, jadi senang nak ambil cuti.” Haikal seolah-olah membaca fikiranku saat ini. Ibu hanya mengangguk perlahan. Aku tahu ibu risau.

“ Ibu jangan risau eh.” Ujarku sambil memeluk bahu ibu. Ibu mana yang tak risaukan anak? Aku tahu hati ibu, sebab akukan Mama Asyaaf.

++++

Menurut maklumat pihak polis, Zhamry Sabri menggunakan kad pengenalan palsu semasa memberikan maklumat kepada pihak Jabatan Agama tempohari. Nombor kad pengenalan yang digunakan adalah milik seorang lelaki berbangsa cina. Namun begitu, Zhamry tidaklah sebijak mana, wajahnya di kad pengenalan adalah milik dia sendiri. Pihak polis sudah mengesan kedudukannya, dalam tempoh 24 jam mereka akan memaklumkan penangkapannya. Moga Allah permudahkan urusan pihak polis, moga kebenaran dapat ditegakkan!

“ B ingat nak beli rumah dekat Johor.” Haikal bersuara sebaik kami berada di dalam kereta. Kalau berdua, Haikal akan biasakan dirinya dengan panggilan B dan kalau dihadapan orang lain, dia senang bahasakan dirinya dengan abang. Hendak bermanja hanya bila berdua katanya. Aku hanya ikutkan, tapi ada baiknya, malu juga nak bermanja walaupun depan keluarga kan?

“ Beli? B memang nak duduk Johor? JB pulak tu.”

“ Habis tu, sayang nak sewa? Lagi mahalkan, RM650 sebulan?”

“ Tak lah, I mean, kita memang nak menetap dekat JB?”

“ Sayang kan kerja dekat UTM, pensyarah, as u wish. B boleh bukak cawangan dekat JB. Dulu dah buka bagi orang jaga, tak jalan, terus tutup.” Haikal menjalankan perniagaan membekalkan alat tukar ganti bagi barangan elektrik. Kalau dekat Pahang, lagi banyak perniagaan yang dia buat, yang paling besar, membekalkan daging lembu dan kambing. Perniagaan yang dibuat untuk membantu belia kampungnya.

“ Sayang ingat nak duduk kampung, pindah Pahang ke..” cadangku. Aku lagi suka suasana kampung dari bandar. Aku mahu Asyaaf dan bakal anak-anakku membesar dalam suasana kampung yang lebih tenang, tak sangka aku dah pasang angan-angan sendiri, hatiku ketawa sendiri.

“ Erm.. B ikut aje, but for this while, kita jadi orang bandar dulu eh. Nanti kita fikirkan lagi ye sayang..” Ujarnya sambil sempat jarinya mencuit hidungku.

Inikah bahagia yang aku dambakan? tatkala hatiku menjeruk seribu rasa benci pada dia. Kini dia suamiku secara sahnya. Mana hilang benci itu? Mana hilang marah itu? Lenyapkah? Atau aku hanya mempergunakan dia untuk menutup aibku? Dia.. benarkah dia cinta? Benarkah dia setia? Aku telah serahkan segala-galanya pada dia suamiku, tanpa aku tahu punca seksanya kisah semalam. Setelah aku mula rasa bahagia dan cinta, perlukah untuk aku kembali menyoal kenapa dan mengapa, perlukah aku membangkit perang dunia untuk sekian kalinya?

Aku menggenggam erat tangannya, tanpa sedar. Spontan tatkala hati berdebat sesama mereka. Hati! cepatlah umumkan pemenangnya, aku tak mahu resah setiap masa, curiga setiap kali bersama. Aku cuma mahu tahu, yang kami akan bahagia di akhir segala cerita.

6 comments:

blinkalltheday said...

whoaaa,best2..lagi,pleassss

Hafia Hana said...

best2x..
nk lg.
nk tau sape punyer kerja.
so,zu bkn mangsa rogol la ye

Ad_dEen said...

mkna nya zu still virgin??
cpt2 biar zhamry kene tangkap..
spe dalang nye ye?
best..cpt smbg...

Anonymous said...

i agak zhamry no org suruhan alisya tu lah kot! mungkin dia dah menyesal setelah meninggalkan haikal dan ingin kembali pada haikal. walaupun aku gembira kerana akhirnya Zu still virgin but aku kecewa sangat bila ingatkan Haikal bukan lagi teruna. pulak tu, hilang keterunaan ditubuh musuh Zu! Alisya. grrrrrrrrr... geram. benarlah apa yang aku teka, cinta haikal hanya berlandaskan nafsu tubuh wanita semata-mata, tubuh perempuan gedik pun sanggup untuk diratahnya, dasar lelaki hidung belang.. aku benci kau haikal!!!!!

mi$sUn@3iRa said...

wah.. dah blaja2 buat novel ka? keep it up! best! hehe

akubersamaCahya said...

cik anon dh dtg,, ehehe ^^v cik anon, jgn la emo.. saya sayang Haikal tau! =P
sapa sokong saya angkat tangan!

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders