Tuesday, October 23, 2012

Janji. Promise. :)

Alhamdulillah.
2hari 1malam abc demam.
kaki. belakang semua lenguh2.

masa 'khayal' ubat, abc tetap fikirkan Cinta Atas Paksa.
yelah, tengah semangat menulis cerita Adra dan Daffa kut hehehehe

bila dah sembuh ni, abc terfikirkan janji abc pada readers semua.
janji untuk pos satu cerpen sebelum raya ^^
mujur teringat dalam demam, kalau tak mungkir janji lagi.
pagi tadi lepas teringat kembali (cehh macam hilang ingatan aje) abc ingat
nak ubah kepada cerpen hari raya lak, tak pernah buat lagi hehehehe

pape pun ceritanya, abc kena tunai janji. so dua hari kena siapkan cerpen raya.
dalam masa sama, update CAP JP dan lain2 cerpen. bolehkah?
oh! urusan nikah kawen pun belum langsai ==' susahkan jadik ala2 wedding planner hehehe

footNote: mama pergi kursus, esok baru balik. sudah rinduuuuuuuuuuuuuuu!

Sunday, October 21, 2012

Yang Mana Satu....????

Bagi bukan peminat gadjet2 terkini
abc amat sukar untuk membuat pilihan.

adik abc sudah tukar 'phone'nya untuk kesekian kali
Galaxy Tab 2
wah! sebagai seorang yang suka menulis.
suka berangan
blogger dan writer.
agak sesuai untuk abc pakai.
tapi, abc seorang yang cepat bosan. dan adik menjawab
'kita takkan bosan'
alamak! over budget lah!

bila abc usha S3.
alamak! sukalah.
tapi bukan abc nak sangat pakai HTC???
BB???

alamak!
apa nak buat nih?
duit dalam tangan dah.
'phone' apa yang abc nak beli?

any suggestions?
iphone tolak tepi. tak mampu hahahaha

please. suggest kan.
nak senang twit2
nak senang update blog
nak senang menulis dimana2
(nak galaxy note 10.1 huuuuuuu)

much love readers! :)

Friday, October 19, 2012

Novel : Cinta Atas Paksa




coming soon.
insyaAllah, abc cuba buat kelainan sikit
tapi taktaulah lain tak bagi korang :)


Wednesday, October 17, 2012

Teringin....

Assalamualaikum.
Sejuk aje malam nih. Mungkin sisa-sisa hujan petang tadi.
Alhamdulillah, masih basah bumi ditimpa hujan :)

teringin? bukan lagu Shima tu. lagu yang kadang2 jadi pilihan waktu berkaraoke dengan kawan2. hehehe
teringin untuk entri ni adalah tentang teringin atau keinginan abc dalam menulis. ^^

sepanjang menulis cerpen2 cinta ni. novel cinta. abc sebenarnya teringin nak tulis cerita seram, cerita misteri.
cerita-cerita gelap dan hitamlah kononnya... tapi, abc mengalami satu masalah iaitu; penakut!
alamak! abc memang penakut, tak nafi. bila ter'over' berimaginasi abc mudah membayangkan sesuatu yang tak wujud.

kalau korang cerita dekat abc cerita hantu, senang aje bulu roma nak tegak. sebab abc imagine every words yang korang cakap. huuuuu~~~ kalau abc imagine untuk menulis pulak macam mana???

ini buku feveret abc waktu sekolah rendah. kelebihan menjadi pengawas perpustakaan membolehkan abc mencari lebih banyak buku2 siri salma dalam perpustakaan sekolah :) really miss to read it! :( siri salma sangat best! sangat exciting dan sangat mendebarkan.

masuk sekolah menengah. al maklum umur meningkat, jadi novel-novel jadi pilihan. sampailah sekarang. tapi masa tingkatan 2 abc mula berjinak-jinak baca komik, semestinyaaaaaaaaaa.....
sekarang ni dah maju. ada movie dan kartun dekat tv3. heeeee~~~

abc dah melalut dah. cukuplah rasanya entri ni. karang berjela-jela abc melalut. asalnya nak tulis 'abc teringin nak tulis horror story' aje hehehe.

abc tiada idea untuk menulis. idea abc join konvokesyen haritu :) tunggu beberapa hari ye. insyaAllah sebelum raya haji abc post cerita baru. tunggu, baca dan komen ye.

much love readers!


Tuesday, October 16, 2012

Gambar Pre - Konvo - After :)

Pra-Konvokesyen










KONVOKESYEN










Selepas - sebelum hantar jubah :)



Alhamdulillah.
semua urusan sudah selesai :)
terima kasih Allah atas kejayaan yang hambaMu ini perolehi.
pinjamkan hamba ini kebijaksaanMu, moga lebih banyak kejayaan akan hamba perolehi kelak.
ameen!

Monday, October 15, 2012

Konvokesyen!

muka gembira + penat = gemnat ;p






Alhamdulillah.
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Kepujian Kelas Pertama
Anugerah Dekan

hadiah buat mama dan famili
yang sentiasa mendoakan kejayaan abc, 
menjadi tulang belakang abc.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah!

Tuesday, October 9, 2012

Masa untuk Konvokesyen. :)

Assalamualaikum wbt.
Hai readers!

Alhamdulillah, abc sudah post satu cerpen sebelum abc konvo 14.10 ni. insyaAllah lusa abc akan bertolak ke Johor Bharu. Jumaat abc ada raptai. Nervous nak tahu tersenarai atau tak dalam Anugerah Dekan dan pelajar yang dapat medal huhuhu. Moga usaha abc selama ini berbalas (Doa mak yang tak putus2!)

cerpen Bukan Pilihan, maaf kalau ada kekurangannya. abc buat terhenti-henti.
setakat yang komen, cerpen ni TOUCHING. betul?
alamak! tak tau, abc tak berapa feel yang sedih. lebih kepada 'kental'! hehehehe

harap yang membaca akan komen. abc 'open'. nak kritik pun boleh, as long as, guna ayat yang baik ye :)

abc akan post cerpen atau part novel yang seterusnya bila abc balik semula ke Kedah ye. (lepas abc konvo la maksudnya) ^^v

thank u korang-korang.

Much love!

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders