Wednesday, July 17, 2013

Ashraf Muslim kahwin dua?

Haaa... bergosip!!
MasyaAllah.
Bulan Puasa kenapa bergosip???

okeh! Saya mengaku saya pos status di FB tentang perkahwinan kedua Ashraf Muslim.
Nak tau cerita sila ke Beautiful Nara ye :)
Tak pun Murai.com

Apa yang abc boleh kata, abc sebagai wanita (eceh, mentang2 sudah 20-an) abc terkilan.
kenapa perlu kahwin di Thailand?
ya, mungkin Ashraf ada alasannya.
Dayana mungkin sudah tahu.
Dayana mungkin setuju.

terkilan. kalau abc yang berada di dalam situasi itu, macam mana?
Allah, sangat tak kuat!

abc tidak menolak poligami.
namun poligami itu bukan semudah 'a b c'
poligami kerana???
perlu ada sebabnya.

Apa-apa pun.
abc doakan Dayana tabah dan sabar.
Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.
Buat Ashraf Muslim, tahniah! semoga anda bahagia dengan pilihan anda.
Buat Sakinah, berbahagialah.

keluarga abc pun ada yang berpoligami,
tetapi abc bersetuju 100% 
kerana, dia ada alasannya dan semua jelas akan alasan itu :)
malah semua menyokong.

abc tidak menolak poligami
kerana poligami itu di izin Allah.

namun... abc mahu menjadi Saidatina Khadijah, yang tak dimadukan Rasulullah.
Malah menjadi isteri yang paling disayangi Rasulullah :)

Cintailah dia kerana Allah
pasti kau takkan pernah merasa lelah
 Cintailah dia kerana Allah
pasti kau akan merasa cukup,
Cintailah dia kerana Allah
pasti kau bahagia hingga ke syurga.

Allah,
bahagiakan dia, cinta yang kau hadirkan untukku
Allah,
lindungilah dia, cinta yang kau izinkan buatku
Allah,
kasihi dia, cinta yang kau berikan kasihnya buatku.

nurwateeqa@abc/17.7.2013



8 comments:

Happy Mind said...

bergosip eh...

AM dijadikan isu sekarang ni mungkin sebab dia ni antara ikon yang islamik tapi memilih utk ke Thailand bernikah. ->Sungguh tak patut.
Apapun hanya mereka dan keluarga mereka tahu cerita sebenar.

nae nematoda said...

huhu , semoga Dayana tabah , dan semoga mereka semua bahagia walaupun poligami :)

akubersamaCahya said...

opsss gosip plak ehehehe
betul tu. icon islamik tetapi carapernikahan dia tu.

doakan dayana terus tabah, sedih tengok muka dia ms kat mahkamah tu. sedih!

Anonymous said...

Saya sokong AM....
Lelaki ada HAK utk kawen dua tiga empat selagi dia mampu..

fatin aziz said...

sedihkan kalau jadi dayana..tapi ada yg saya baca luahan ayah dayana..sebenarnya dayana xtau pun ashraf muslim pergi thailand.. huhu

akubersamaCahya said...

fatin aziz: yup. saya pun tgk video tu. tapi AM dh lama failkan utk berpoligami, sejak bulan 4. ditangguhkan sebab dayana nak cr lawyer.

akubersamaCahya said...

anonymous: saya tak tolak poligami ye cik anon.. ye, ada hak. tapi cik anon tau ke poligami yang sbenar2nya yg laju je nak sokong? hehehe

saya terkilan dengan cara pernikahan dia tu. kalau dah tau ada hak, kenapa lari ke Thai? awat malaysia dah takde tok kadi ke?

Happy Mind said...

setuju . perkahwinan untuk erat hubungan sesama keluarga/umat, yang boleh jauhkan silaturrahim apa yang baiknya kat situ?

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders