“Saya nak kuruskan badan.”
“Hah? Payah ni dik…” Lelaki itu masih
tergelak-gelak.
“Kenapa pulak?”
“Uish… abang tengok adik ni, lemak
tepu banyak.” Sarah terus menghentak kepala lelaki berkumis nipis itu dengan
tangannya yang seberat 3 kilo itu. Terus sahaja lelaki itu mengaduh kesakitan.
“Apa ni adik?” lelaki itu masih
menggosok kepalanya yang sakit dihentak.
“Bagi abang rasa, tepu tak tepu lemak
saya ni.” Jawab Sarah lalu terus melangkah keluar dari Gim tersebut. “Kurang
ajar punya Instructor!” Bentak Hati Sarah.
…………………….
Mama
hanya memerhati dari tepi kolam ikan. Sarah melangkah dengan bebal ke arah
kerusi malas di luar rumah. Mama sudah tersenyum-senyum dan kemudian ketawa
kecil.
“Mama
gelak pulak.” Mama terus ketawa besar, sambil tangan masih lincah memberi makan
kepada ikan-ikannya.
“Iyelah,
mama dah cakap tak payah, nak jugak dengar cakap Along kamu tu.” Sarah
mencebik.
“Along
kata kawan dia baik. Baik apa ke benda. Mulut takde insuran adalah, rasa terus
penangan tangan berputar Sarah sebijik.” Mama ternganga.
“You
didn’t do it right Sarah?” Mama menyoal, Sarah menggeleng.
“Sarah
dah buat dah mama.” Mama tergeleng-geleng. Sarah ketawa kecil. Deruman
kereta turbo Safrizal mengalih perhatian
mereka. Sarah kembali mencerut, pabila Safrizal keluar dari kereta dan terus
ketawa apabila memandang wajahnya.
“Mama
tau tak apa princess Mama dah buat hari ini.”Safrizal menyoal selepas menyalami
Mama.
“I
know. She punched Hariez.” Mereka berdua ketawa besar. Sarah menghentak-hentak
kakinya, tanda protes.
“Dia
kata adik ni tak boleh kurus dah sebab lemak tepu, siapa tak marah?” Sarah
menjuih bibir.
“Adik
dah benjolkan kepala dia tau tak.”Ujar Safrizal dalam sisa ketawanya.
“Padan
muka dia.” Sarah memuncungkan bibir. Safrizal lantas menarik kedua-dua belah pipinya,
apa lagi, tercetuslah adegan ronta meronta. Mama pula asyik membebel marahkan
kebisinganya kedua beradik itu. Hai lah! Mujur Angah masih di UK kalau tidak,
jenuh! Rungut Mama dalam hati.
……………………………
Mama
yang sedang menggunting daun-daun mati di pokok-pokok bunga kesayanganya, leka
memerhatikan tingkah Sarah yang sejak dari lepas Asar sudah bersenam di kawasan
tepi rumah. Mula berlari keliling rumah, kemudian diikuti lompat bintang.
Sekarang pula bersungguh melompat dengan tali ‘skipping’nya. Kejap-kejap Sarah
berhenti mengambil nafas dan tenaga sebelum meneruskan lagi.
“Sarah
sudah-sudah la tu, orang bersenam 45 minit aje setiap hari, kamu tu dah lebih
tiga jam.” Sarah memberhenti lompatannya setelah mendengar teguran mama. Sarah
menggeleng kepada mama yang masih memandangnya, setelah itu lompatan diteruskan
lagi.
“Mengeluh
ma…” Tegur Safrizal, keluhan mama kedengaran sungguh berat.
“Adik
tu Long, risau mama dibuatnya.” Safrizal mengambil tempat di kerusi malas
berdekatan taman mama.
“Apa
yang mama risaukan? Adik okay aje Along tengok.” Mama melangkah menghampiri
Safrizal dan turut duduk di kerusi malas yang ada.
“Adik
kurang makan sekarang ni, seminggu kadang sekali, kadang langsung tak makan.
Makan epal hijau aje, lepas tu awal pagi sebelum pergi kelas, berjogging empat lima round rumah kita ni.
Kalau petang, macam tu lah…” Mama memuncungkan mulut menunjuk ke arah Sarah
yang masih dengan skippingnya.
Safrizal membetulkan duduknya. Belakang tengkuk digosok perlahan. Hatinya
sendiri gundah melihat perlakuan adik bongsunya itu.
“Zahir
berjanji sangat dengan dia. Mama pun tahu macam mana sayangnya adik dekat Zahir
tu. Payahlah Along nak cakap dengan adik bila berkaitan dengan Zahir dia tu.”
Mama mengeluh lagi. Walaupun Zahir anak saudara mama, tetapi dia tidak berkenan
dengan cara Zahir terhadap satu-satunya anak perempuannya.
“Along
dah cuba cakap dengan Zahir?” Safrizal hanya mengangguk lemah. Mama tidak tahu
mahu berkata apa lagi. Dalam hati, tak lepas mendoakan yang terbaik buat
anak-anaknya.
…………………………….
Sarah
berlari-lari anak menuruni tangga. Mama yang mahu berlalu ke dapur, melihat
tingkah laku Sarah yang kelam kabut itu dengan kerutan di dahi. Sarah membuka
almari kasut, dan mula memunggah kasut-kasut yang ada. Mama menggeleng kepala.
“Nak
ke mana Sarah. Kelam kabut aje mama tengok.” Sarah memandang Mama sekilas, lalu
terus menyarung kasut yang telah dijumpainya.
“Zahir
tunggu Sarah dekat Taman Rekreasi depan sana tu.” Jawab Sarah laju.
“Ha
kalau pun dia tunggu yang kelam kabut sampai berlari turun tangga kenapa? Kalau
jatuh macam mana?” Mama mula menegur, tidak suka apabila ada sahaja hal
berkaitan Zahir Sarah mesti lupa perkara lain sampai keselamatan diri tak
dijaga.
“Ala
mama, adik dah lambat. Adik pergi kejap ye. Bye mama, Assalamualaikukum.” Laung
Sarah apabila mula kelam kabut masuk ke dalam kereta dan kemudian terus memecut
pergi. Mama hanya mampu tergeleng sendiri. Apalah yang ada pada Zahir sampai
‘angau’ anaknya teruk sangat jadinya? Mama bersoal sendiri.
“Hai
Zahir!” Sarah melaung apabila terlihat kelibat Zahir sedang duduk di kerusi
taman. Zahir serta merta bangun dan mengalih tubuhnya memandang Sarah yang
sedang berlari-lari anak ke arahnya. Zahir melambai-lambaikan tangan.
“A’ah…”
Suara Zahir perlahan apabila Sarah sudah terpacak di hadapannya dengan senyuman
melebar, namun senyuman itu mati tatkala Sarah terpandang gadis bertubuh genit
di sebelah Zahir. Cantik! Getus hati Sarah.
“Siapa
ni Zahir?” Soal Sarah, Zahir berubah riak. Resah semacam!
“Er…
A’ah… Zahir ada perkara nak bagitau dekat A’ah. Tapi…” Zahir berusaha mencari
ayat. Sarah sudah mencerut muka.
“Tapi
apa?” Sarah tidak sabar. Hatinya sudah berdetak kuat.
“A’ah…
ni Umairah. Tunang Zahir. Kami dah 6 bulan bertunang, dua bulan lagi kami akan
bernikah.” Sarah terpana. Jantungnya bagai berhenti berdegup. Kakinya serta
merta mengundur ke belakang, setapak demi setapak.
“A’ah…
dengar dulu.” Zahir merapatkan kembali kedudukan. Sarah menekup kedua belah
telinganya dan menggeleng laju.
“Zahir
dah janji dengan A’ah… tapi kenapa?!” Ujar Sarah dengan suara menahan tangis.
“Saya
tak boleh terima awak A’ah…” Kata-kata Zahir bagai belati, melibas hati Sarah
hingga berdarah.
“Tapi
kenapa… kenapa tak cakap dari dulu? Kenapa sekarang… Zahir, jangan buat A’ah
macam ni…” Sarah mula merayu-rayu. Umairah hanya memandang dengan sepi, tiada
riak tiada emosi.
“A’ah…
dulu Zahir main-main aje, A’ah yang ambil serius hal tu.”
“Zahir!”
Sarah mula meledak marah. Main-main? Soal kahwin dikatakan main-main. Soal hati
perasaan bukan mainan!
“Betul
A’ah… Zahir cakap betul. Zahir minta maaf.” Sarah mula berlinang air mata.
“A’ah…”
Zahir memanggil lagi.
“Saya
akan buat apa saja yang awak nak Zahir, please jangan tinggalkan saya.” Ketika
Sarah cuba memaut lengan Zahir, Zahir melarikan tubuhnya. Tangan Umairah
dicapai Zahir dan terus mahu berlalu.
“Awak
tak mampu untuk memenuhi apa yang saya nak A’ah. Dari dulu saya dah cakap dekat
awak tapi awak ingat saya bergurau.” Ujar Zahir senafas lalu terus berlalu
meninggalkan Sarah yang sudah lencun wajahnya.
“Zahir…”
Suara Sarah dengan lemah beserta tangisan yang kian menjadi-jadi. Terjelepok
dia jatuh di hadapan kerusi kayu itu. Ingatannya melayang mengimbas kenangan
dia dan Zahir dibangku sekolah.
“A’ah
suka Zahir.” Sarah yang bertocang satu menunduk wajah, malu memandang abang
sepupunya yang tika itu berada di tingkatan 5 dan dia pula tingkatan 3.
Kawan-kawan Zahir sudah ketawa besar.
“A’ah
ni… kenapa tiba-tiba cakap macam tu? Kita kan sepupu.” Zahir cuba mengawal
keadaan yang mula bising dan Sarah yang mula berwajah merah, malu diketawakan
oleh rakan-rakannya.
“Suraya
nak confess dekat Zahir petang ni, jadi Sarah nak confess dulu sebelum dia
confess dengan Zahir.” Zahir ternganga dengan kejujuran Sarah. Makin kuat
ketawa kawan-kawan Zahir dek kata-kata Sarah tadi.
“Wei
Sarah. Suraya dengan Zahir memang couple la, nak confess mende!” Mail kawan
Zahir menyampuk. Zahir menyiku pinggang Mail sehingga dia mengaduh sakit.
“Betul
ke Zahir?” Sarah terus memandang tepat pada wajah Zahir meminta kepastian.
Zahir mengeluh dan kemudian mengangguk perlahan. Mata Sarah mula berkaca-kaca,
kalau dikerdip pasti mula melimpah.
“Kenapa
Suraya?” Sarah menyoal lagi. Zahir mengetap bibir dan hanya menggeleng
perlahan. Tidak mahu memberi jawapan.
“Sarah,
Sarah… jawapan dia, kau pergi depan cermin dan tengok sendiri.” Lukman pula
menyampuk. Sinis sekali kata-kata itu, biarpun mereka ketawa bagaikan ianya
satu gurauan.
“Lukman,
kau diam lah.” Zahir meninggi suara. Sarah yang mula berjalan ke cermin besar
di tepi tangga sekolah diekorinya. Sarah sudah membelek-belek dirinya dihadapan
cermin, sesekali tubuhnya dipusing kiri dan kanan.
“A’ah
lupa? Masa kita sekolah rendah A’ah pernah confess jugak masa tu, ingat tak?”
Zahir mula bersuara setelah beberapa ketika dia membiarkan Sarah membelek
dirinya dihadapan cermin.
“Ingat
tapi…” Sarah memandang Zahir yang berdiri di sebelahnya sambil memasukkan
kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar.
“Masa
tu Zahir dah bagitau dekat Sarahkan ciri-ciri gadis idaman Zahir…” Sarah
memandang Zahir sambil mencari jawapan, mengingati kembali waktu itu.
“Tinggi
dan kurus?” Ujar Sarah apabila dia mula mengingati kata-kata Zahir semasa
mereka berada disekolah rendah. Zahir mengangguk perlahan dengan senyuman,
diundur langkah dan kemudian mula memanjat tangga. Sarah terkebil-kebil di
situ. Pandangannya kembali terarah ke arah cermin. Pipi yang tembam
dipegangnya, sesekali digerakkan kepalanya menunduk, terlihatkan lemak dibawah
dagunya.
“Gemuk
ke aku?” Soal Sarah kepada dirinya sendiri.
Sarah menangis semahu-mahunya.
Kakinya ditarik rapat ke dada, kepala disembam ke lutut. Kenapa dia terlalu
bodoh untuk memahami semua itu? Kenapa sekarang baru dia sedar? Cintanya pada
Zahir seawal 10 tahun, gara-gara Zahir menjadi heronya apabila coklat pemberian
Along dicuri oleh kawan Zahir sendiri. Sejak hari itu, dia memuja dan mencinta
Zahir sepenuh jiwanya.
“A’ah kuruskanlah badan. Nanti Zahir masuk
meminang A’ah.” Masih terngiang-ngiang kata-kata itu pada hari lahir Sarah
yang ke-23 tiga bulan lalu. Kata-kata itu membuatkan tangisan Sarah kian lebat
dan membawa jiwa Sarah terbang jauh entah ke mana. Oh Tuhan, hebat benar ujian
hati yang Kau berikan ini….
++++++++++++++++++++
how was it? abc dah janji kan, tapi malang abc tak dapat tunaikan. sikit sedutan pertama cerpen bulan march. actually, abc buat 2 cerpen serentak, sekarang dalam menyudahkan konflik, dan mencari penamatnya, cinta tak harus memiliki bukan?
komen sikit ^^
6 comments:
suke sangat2! :D
best3
tak sabar nk baca ending nnti..
hehe :)
sambung2. tak sabar nak tahu kesudahannya.
^^ thanks. tengah proses menghabeskan nih.
Besttt..mesti c zahir cr a'ah balik ble a'ah da kurus...=)
entah... hehehe
Post a Comment