Beg galas aku betulkan duduk talinya.
Anak tangga pantas aku pijak menuruni bas. Angin dingin pengakhiran musim sejuk
di Korea menyapa wajahku. Aku mendepangkan kedua belah tangan. Tidak lekang
senyuman dibibir ini sedari aku melangkah masuk ke balai melepas di KLIA.
Alhamdulillah, impian untuk menjejakkan kaki di Korea telah terlaksana.
Buktinya, kini aku menghirup udara segar Korea.
“Terima
kasih abah…” Aku berbisik sendiri. Hatiku berdoa, mohon angin membawa bisikanku
kepada abah, yang telah kembali pada Yang Maha Esa.
Pemandu
pelancong memanggil semua pelancong supaya berkumpul sebentar. Aku yang sudah
sedikit jauh daripada tempat bas, mula berlari-lari anak mendekati mereka
semua. Tak ramai orang melayu yang mengikuti, hanya tiga orang termasuk aku.
Dua lagi sedang berbulan madu, takkan aku hendak menganggu waktu-waktu mereka,
jadinya aku hanya berkawan seorang diri.
Baru
aku sampai, semua sudah bersurai. Entah apa yang disampaikan oleh pemandu
pelancong itu tadi. Aku memanggil salah seorang pelancong cina yang turut serta
untuk bertanya.
“Excuse
me miss, what have he said just now? I’m quite late to assemble here.” Soalku
dengan senyuman.
“Oh…
He asked us to be here again after one and half hour. Just enjoy our time
here.” Jawabnya dengan senyuman. Aku mengangguk dan mengucapkan terima kasih.
Aku tersenyum sendiri. Taman ini sangat cantik dan besar, tentunya mengambil
masa untuk pusing mengelilinginya. Aku mula ‘on’ kan D5100 ku dan terus sahaja
berjalan mengikut kehendak kaki sendiri.
Walaupun
sudah diakhir musim sejuk. Masih ada lagi butiran putih itu disepanjang jalan
ini. Aku sentuh dengan jemariku butiran yang masih terlekat didaun-daun pohon
rendang sekelilingku. Terasa sejuk dihujung jari, lalu membuahkan senyuman
dibibir. Bagai mimpi, sebelum ke sini, aku selalu berimaginasi sendiri, duduk
di bangku taman depan rumah, pasang lagu-lagu Korea yang aku minati. Jauh
imaginasiku, membayangkan aku berada di Korea, tempat-tempat cantik yang aku
lihat di dalam drama dan kini, aku benar-benar berada di Korea. Tak perlu
pasang lagu Korea ditelinga, kerana aku kini sedang merasa dinginnya angin
Korea.
Setelah
jauh berjalan, aku singgah berehat di sebuah gazebo yang tersedia. Kakiku ayun
perlahan. Kamera yang sentiasa ditangan aku belek, melihat gambar-gambar yang
aku ambil sepanjang jalan. Suara-suara yang bercakap menarik perhatianku,
pandangku lepas ke hadapan. tiada siapa, hanya ada rimbunan pokok renek. Aku
terjengah-jengah, lalu bangun berdiri dan mula melangkah ke arah suara
tersebut. Setelah beberapa langkah melepasi rimbunan pokok renek aku terpaku
sendiri.
Rumah
agam itu tersergam indah. Pagar yang dibina dengan buluh-buluh halus, begitu
unik dan cantik! Lantas kamera aku angkat, dan mula mengambil beberapa keping
gambar. Wah! Benar-benar cantik, kalau sebelum ini hanya dapat dilihat dalam
drama dan filem korea sahaja.
Tepukan
dibahu mengejutkan aku yang asyik mengambil gambar. Aku berpaling ke belakang.
Dua orang lelaki, berkot hitam dan berkaca mata hitam. Aku tersebut dan
menunduk hormat.
“Ahnnyeonghahsehyo” ujarku sebagai tanda hormat. Dua
orang lelaki turut menunduk sedikit dan kemudian mula bercakap denganku dalam
bahasa Korea. Ah! Silap aku juga, mesti mereka fikir aku boleh berbahasa korea.
“I’m
sorry sir, I can’t speak Korean. Can you speak in English?” Dua orang lelaki
tersebut memandang satu sama lain, kemudian kembali memandangku. Aku perhati
mereka melangkah menghampiriku, dekat dan makin dekat.
“Hey…
what do you want?” Soalku dalam ketar, mereka makin mendekat dan kemudian
memaut lenganku erat. Aku mula meronta, tapi apalah sangat kudrat aku sebagai
seorang perempuan genit berbanding mereka berdua yang lebih besar daripadaku.
“Please.
Let me go!” Jeritku sepanjang diheret ke dalam kawasan rumah agam tersebut.
Jeritanku mati, tatkala sudah berada di dalam kawasan rumah agam itu.
Rekabentuk rumah yang sangat unik, benar-benar seperti rumah tradisional lama
Korea.
Aku
ditolak hingga tersungkur ke tanah. Hatiku membara amarah walaupun ada sedikit
ketar. Iyelah, aku kini bukan di Malaysia, kalau berlaku apa-apa payah!
“Hey,
you almost break my camera!” Marahku kepada dua orang lelaki tadi. Aku bingkas
bangun dan membelek kamera kesayanganku, sambil itu tanganku mengimbas pakaian
yang dikotori tanah. Aku menjeling kedua-dua lelaki tersebut dan kemudian
berpaling ke depan. Akibat terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang begitu
hampir, aku terjelepok jatuh kembali. Lelaki dihadapanku tersenyum sinis.
Kedua-dua
lelaki yang mengheret aku mula bercakap-cakap dengan lelaki dihadapanku dalam
bahasa Korea yang sepatah apa pun aku tak faham. Kalau tengok drama ada
sarikata, sekarang ni serupa keadaannya waktu aku melayan lagu korea, satu
patah pun tak faham kecuali, saranghae!
“What
are you doing here?!” Soal lelaki dihadapanku, tegas. Aku bingkas bangun dan
menepuk perlahan kaki seluar yang kotor dengan tanah.
“I’m
a tourist; I’m just walking and taking pictures. Is that wrong?” Lelaki di
hadapanku masih memandangku dengan pandangan yang tajam.
“This
is a private area, restrict. You cannot come here as you please. Illegal!” Aku
terkedu. Mana aku tahu ini kawasan larangan. Alamak!
“Oh,
I’m really sorry. I really don’t know. I’m so sorry.” Bersungguh-sungguh aku
memohon maaf. Mujur tak kena tembak sebab masuk kawasan larangan, getus hatiku.
“Are
you sure that you are here without any other reasons?” Aku mengerut dahi.
Alasan?
“I’m
sorry, I don’t get it. What do you mean by that?” Lelaki di hadapanku tersenyum
sinis.
“Are
you sent by anyone, any agencies?” Aku menggeleng laju.
“Please
don’t misunderstand me. I can show you my passport if you are not believed in
me.” Aku mula menarik beg galas dan mencari passportku. Tapi tangan itu
memegang begku dan menghalang aku daripada mengambil passport.
“No…
No… It’s okay. Just give me your camera.” Pulak!
“Why
should I give it to you?” Lelaki itu tetap menyuakan tangannya. Aku menggeleng.
Lelaki itu mengangguk, aku menggeleng lagi. Asyik buat benda sama, lelaki
tersebut mengeluh berat.
“I
just want to see what kind of pictures you have taken. Just that, so give me
your camera.” Ujar lelaki itu dengan ketapan gigi.
“No.
You can see all those pictures but let me, just me holding my camera, okay.”
Aku membalas, tegas. Aku bergerak ke sisinya apabila dia hanya mengangguk. Satu
per satu gambar yang aku ambil dikawasan rumah agam itu, dipaksanya aku padam.
Bila aku tidak mahu, dia suruh membayar. Mahu tak mahu, aku terpaksa padam.
Dalam pada proses padam memadam gambar, aku menelek setiap inci tubuh lelaki
korea disebelahku. Tampak seperti orang-orang kaya. Daripada baju yang dipakai,
kasut, jam dan cincin. Jam! Aku sudah terlewat 15 minit daripada waktu
berkumpul.
“I’m
sorry sir, but I’m already late to be back to my bus. I have to go now.” Ujarku
senafas lalu ingin terus melangkah laju. Baru sahaja mahu memulakan larian
obor, beg galasku ditarik orang. Aku kalih sekilas, ah! Lelaki itu.
“I’m
not done yet!”
“But
I’m late. I’m not Korean but Malaysian. Please, my bus will leave me if I’m not
be there right now.” Aku mula merayu kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut
menarik kameraku, kasar.
“You
can go now.” Lelaki itu bersuara lagi.
“But
my camera…” Aku menuding kepada kamera yang dirampasnya sebentar tadi.
“You
take lots of pictures here. So I’m taking your camera as refund. You can go
now, your bus waiting.” Aku merengus geram. Lelaki itu mula melangkah masuk ke
dalam rumah. Aku cuba mencari jalan. Idea!
“Sir,
wait!” lelaki itu berhenti melangkah dan berpaling menghadapku. Aku mula berlari-lari
anak, apabila sudah berada di hadapannya, aku lantas merampas kembali kameraku
dan terus berpusing melarikan diri sekuat hati.
“Sorry
sir. Thank you!” jeritku setelah jauh daripada mereka semua. Lelaki-lelaki
berkot yang mulanya mengejarku, terhenti separuh jalan. Aku tersenyum. Selamat!
…….. Perbualan dalam Bahasa Korea
sebenarnya…..
“Kami
boleh tangkap dia Tuan.” Ujar Joong dengan sedikit tercungap-cungap, Kyung
hanya mengangguk menandakan dia bersetuju dengan apa yang dikatakan Joong.
“Biarkan
dia, dia tidak merbahaya, hanya seorang pelancong yang terlalu kagum dengan
Korea.” Jason tersenyum. Gadis itu sungguh unik!
………………………………………………………………………………………………………………
p/s:
cubaan pertama abc dalam kisah cinta ala-ala K-Pop. akibat terlalu jatuh cinta dengan Jason (Dream High!). oke ke tak eh??? dalam cerpen ni abc ada buat kelainan dengan menggunakan beberapa sudut pandangan. try and error... ^^ (sebabkan cerpen ni, membuatkan abc belajar bahasa korea!)
komen sikit please......
9 comments:
promo pon dh menarik nie..
suka2.. :D
[hawa]
nice2..akak study kt utm skudai ea??cos ape >.<
hawa: i like ur name! ^^ thanks.. hehehe
adilah : yup... kos pendidikan ;)
sambung.. pls..plss.....
dh nak siap 80% dah ^^
seriously x sbar nak tggu full entry.....hehehe teruja,,,smbung la cpat ckit,,plis......
Suka baca semua cerita abc... X bosan...
Suka baca semua cerita abc... X bosan...
Post a Comment