Wednesday, March 2, 2011

lawaKing sangat ke?

alhamdulillah.

karya ‘cerpen’ pertama abc, dapat sambutan and komen yang sangat memberangsangkan.

syukur!

korang dah baca?

nak baca?

jom!

cintaSkodeng copy

CINTA SKODENG

Asyik sangat baca novel malam tadi, menyebabkan aku tidur lewat, dan sekarang aku sudah lambat nak ke kelas. Kelam kabut dibuatnya. Kak Farina sudah pun keluar menunggu bas di depan pagar kolej. Kak Ida tak habis-habis membebel, lagi lambat aku nak siap bila kelam kabut. Kak Ann masih cool dengan sengihan yang panjang. Mujur! Mujur aku dah kemas beg malam tadi sebelum tidur. Baju aku pakai t-shirt muslimah aje, memang aku ada t-shirt muslimah je pun. Tudung pakai yang dah tersangkut di almari. Sudah lengkap semua, aku terkocoh-kocoh berlari ke hentian bas depan kolej. Dari kejauhan aku nampak bas semakin hampir, aku kena lari ni, kalau tidak memang tak sempat aku nak naik bas dengan kakak-kakak tadi.

“ Ika! Cepat sikit, nanti kami tinggal hang!” jerit kak ida, pergh! Garang betul akak ni. aku pun apa lagi, lari-lari anak la. Nak lari macam atlet memang tak mampu, sebab lemak-lemak yang ada aku sayang nak bakar. Bakar..bakar macam dialog Hantu Mak Limah. Lari punya lari, pakcik bas memang baik, dia tunggu aku dan.. zusss... fulamak! Belakang aku lagi ramai yang tengah pecut nak naik bas. Tak boleh jadik! Aku pun lari sekuat hati sampai ke tangga bas. Senyuman paling manis aku bagi dekat pakcik bas.

“ Terima kasih Pak cik!” ucapku kepada pemandu bas UTM. Aku tersengih-sengih melihat kak ida, kak farina dan kak ann yang asyik gelakkan aku berlari pecut 400x400meter. Mujur ada tempat kosong yang disimpankan oleh Kak Farina merangkap roomate aku di UTM ni. Penat! Air yang aku bawa aku minum hingga tinggal setengah. Aircond aku betulkan supaya menghala kepada aku sahaja. 10 minit juga nak sampai ke Fakulti ni, sempat rehat dari kepenatan berlari tadi. Pandangan aku lepaskan keluar tingkap bas. Ramai yang nak naik bas ni, setiap hentian penuh dengan manusia. Bas akan melalui kolej-kolej yang telah ditentukan untuk bas tersebut. Macam bas yang aku naik ni, akan melalui 3 kolej. Kolej 10, 9 dan KTC (Kolej Tuanku Canselor). Aku menyandarkan tubuhku, selesa! Lena pun sempat ni. pandangan aku masih keluar, hijau, UTM banyak pokok-pokok yang menghijau pandangan.

Bas berhenti lagi di hentian KTC. Aku tengok ke bangunan kolejnya. Kolej kediaman siswa, ada beberapa orang pelajar lelaki yang menaiki bas ni. Mata aku tertancap pada 3 orang lelaki yang berada disalah satu bilik, seorang daripadanya hanya bertuala. Ish! Tak malu, tapi aku yang tengok kan? Free show. Aku tergelak sendiri, geli hati, gatal betul aku skodeng budak lelaki. Kasar betul diorang ni bergurau, salah seorang daripada mereka asyik mengacah si lelaki bertuala untuk menanggalkan tualanya. Seorang lagi asyik gelak sampai menekan-nekan perut, apa yang kelakar sangat aku pun taktahu. Tiba-tiba! Alamak! Memang tertanggal tuala dia, kawan dia betul-betul tertarik tuala yang dia pakai. Aku? Aku kaget, mata aku masih pada dia dan... Ya Allah! Aku kaku disitu. Entah bagaimana, mataku dan si lelaki yang menjadi mangsa tadi bertaut. Dia sepantasnya mengambil tuala dan menutup kawasan yang tidak sepatutnya aku lihat. Serius! Aku bukan sengaja. Aku larikan pandangan. Kemudian perlahan-lahan aku kalihkan pandangan. Aku lihat dia mengarahkan sesuatu kepada kedua-dua rakannya tadi. Mereka semua memandangku. Aku tetapkan pandangan ke depan. Takut! Aku tak bersalah! Bila bas sudah bergerak, aku melepaskan nafas. Lega!

Bila bas sudah jauh sedikit daripada kawasan kolej si lelaki tadi, aku pusing melihat apa yang diorang rencanakan tadi. Si lelaki kelam kabut mengarah kawannya mengejar bas, mungkin la, sebab aku hanya nampak kawannya terkocoh-kocoh menghidupkan motosikalnya. Sudah! Aku berdoa, moga mereka tidak cam wajahku yang comel ini. Amin!

Laluan bas di Fakulti tidak boleh dilalui oleh kenderaan pelajar. Nasib aku baikkan, kalau diorang tu nak kejar aku dalam bas ni, memang tak dapatlah kan. Selamat-selamat. Aku pun turun bas dengan perasaan lega dan berjalan ke kelas seperti biasa. Hal tidak senonoh tadi aku cuba buang jauh-jauh. Aku memang tidak sengaja tertengok, bukannya aku skodeng. Pengajaran buat aku dan diorang jugalah kan. Perempuan kena jatuhnya pandangan bila melihat lelaki ajnabi. Dan kalau bergurau tu jangan lebih-lebih ye abang-abang sekalian. Aku hanya tersenyum geli hati.

“ Awat dok sengih-sengih Ika,” soal Kak Ann, mungkin dia tengok aku tersenyum sorang-sorang daripada tadi kut. Aku hanya menggeleng kepala dengan senyuman yang tak lekang.

“ Baik cerita..” kak ida dah mengugut, matanya mencerlung tajam. Kak farina menambah-nambah dengan dialog Hantu Mak Limah. “ cecite..cecite”. suka sangat dengan dialog tu. Aku pun gelak sorang-sorang and mulakan penceritaan pasal kes tadi. Rutin la kan bila pensyarah lambat masuk, students pun seronok menyembang. Pecah berderai ketawa diorang bila aku habis cerita.

“ Nanti dia tunggu Ika dekat busstop fakulti, taktau la..” celah Kak Tie. Alamak! Kak tie ni dah la mulut masin, cakap aje mesti jadi. Aku terdiam. Mati la aku kalau dia ada. Semua kakak-kakak ni dah mula menakut-nakutkan aku. Ah! Tak mungkin dia cam muka aku kan? Syaidin membuat pengumuman gembira tapi agak menyakitkan hati, kelas kami pagi itu dibatalkan. Kalau tau dari awalkan tak la aku kelam kabut pagi tadi. Kalau tau dari awal, mesti kejadian tu aku tak nampakkan. Aish! Dosa asyik ber’kalau’! Aku beristigfar dalam hati. Kami mengemas barang dan keluar dari kelas. Diorang semua nak pergi makan. Kebetulan aku pulak berpuasa. Aku ambil keputusan untuk pulang dahulu. Penat la nak berjalan ke kafe Pak Lah, nanti bus stop sana penuh orang.

“ Baik-baik ika, nanti diorang kejar!” ujar kak Tie, membuah gelak ketawa kakak-kakak yang lain. Geram pulak, tunggu la kat bilik ye, Ika cubit kak Tie, ujar hati kecilku. Aku buat tidak endah sahaja usikan itu. Sambil menunggu bas, aku keluarkan buku “7 Habits of Highly Effective People- Covey”, pemberian seorang mentor yang terbaik alaf ini, Dr Omar. Banyak nasihat dan tunjuk ajar yang Dr Omar berikan pada aku. Kadang sepotong ayat sahaja sudah memberikan semangat untuk aku. Penangan Dr Omar memang hebat! Aku menyambung kembali pembacaan. Ayatnya mudah untuk difahami dan ianya berkait rapat dengan kehidupan kita. Bas masih tidak sampai, sudah beberapa aku melihat jam. Alahai la bas!

Sedang asyik membaca. Seseorang berdiri depan aku dan berdehem dengan kuat.

“ ehem!”

Aku mengalih pandangan pada si empunya suara. Aku betulkan kaca mata. Eh! Apasal mamat sorang ni, buat muka berlagak pulak depan aku. Mujur la hang ni hensem walaupun tak sehensem Ustaz Amirul pujaan hatiku ini.

“ Ya? Ada apa” soalku penuh sopan santun, keayuan gadis melayu, kesusilaan dan kelembutan.

“ Ada apa? Ko tak kenal aku ke?” garang pulak mamat kerek ni. siapa pulak ni. wajahnya aku amati. Alamak! Si lelaki bertuala pagi tadi. Aku tutup buku dan bingkas bangun dan lari dari situ.

“ Woi! Ko nak pegi mana!” jerit lelaki itu, bila aku dah kelam kabut melarikan diri. Apa lagi yang dia nak. Aku tak bersalah!!! Aku terus berjalan laju. Ke mana aku nak pergi? Aku berjalan laju sambil mencari jalan untuk selamatkan diri. Lelaki itu masih mengejar aku dibelakang. Aku lajukan langkah tapi...

“ Ko nak lari mana hah!” tanganku direntap. Subhanaallah! Cengkamannya kuat pada lenganku. Sudahlah depan masjid. Aku dah la dengan gaya gadis solehah buat show pulak dengan lelaki bukan muhrim. Aku cuba melepaskan cengkaman tanganku. Dia mencengkam dengan kuat. Sakit!

”Apa awak ni, lepaslah!” marahku.

”Aku takkan lepas! Ko nak lari mana! Ko skodeng aku, lepas tu nak lari?” jerkah lelaki terbabit. Beberapa orang pelajar yang lalu disitu sudah mula berbisik-bisik. Malu!

”Bila pulak saya skodeng awak!” jawabku tegas mempertahankan diri. Aku cuba lagi melepaskan cengkaman tangannya.

”Bila? Buat taktahu ya! Aku cam la muka ko ni.. ingat senang-senang nak lari?” dia mula menarik aku ke tepi masjid. Nak kemana pulak ni. Aku lihat ada dua orang rakannya disitu. Kawan yang sama pagi tadi.

”Awak.. lepaslah. Malu orang tengok awak buat macam ni!” marahku. Sakit tangan dan sakit hati. Dia memberhentikan langkah dan tersenyum sinis.

” Malu? Yang ko skodeng aku pagi tadi tak malu?” marah dia. Aku bukan skodeng la bodoh! Hatiku membentak hebat. Lebih baik aku diam dan tunggu apa yang dia nak buat. Tiba di tepi masjid, dua orang kawan dia sedang berbual dengan ustaz Ismail. Apa yang diorang nak buat ni. suruh aku mengaku depan ustaz ke? Mampus. Malu-malu! Tapi aku rasa dia lagi malu kut?

” Adam.. lepaskan tangan kamu tu.” tegur Ustaz Ismail. Baru aku tau, Lelaki itu namanya Adam. Dia menurut kata Ustaz. Baik pula. Kebas tanganku yang dicengkam. Aku menggosok-gosok perlahan tanganku.

”Perempuan ni la Ustaz, pasal kes pagi tadi.” ujar Adam kepada Ustaz dan kawan-kawannya mengangguk setuju. Ustaz hanya tersenyum. Aku kurang faham, yang aku pasti, mereka ni sudah ceritakan kes pagi tadi kepada Ustaz Ismail. Ada tokok tambah aku tak pasti yang itu.

” Apa nama kamu, ya Ukhti?” soal Ustaz penuh sopan kepadaku.

” Ika, Nur Syafiqah..” jawabku perlahan. Segan pulak aku seorang perempuan di situ. Adam memandang aku seperti hendak ditelan aje. Seram!

” Benar apa yang Adam cerita pada saya, yang kamu lihat apa yang tidak sepatut kamu lihat pada diri dia?” soal Ustaz penuh tersirat. Aku malu. Aku pandang Adam, wajahnya merah menahan malu. Kawannya yang dua orang itu menekup mulut menahan geli hati. Aku rasa kebas muka. Malunya aku. Hendak bersuara seperti sudah tersekat dikerongkong. Aku hanya mengangguk. Ketawa dua kawan Adam meletus dengan jawapanku. Aku serba salah.

”Tapi saya betul-betul tak sengaja!” aku bersuara. Aku betul-betul tidak sengaja. Takkan la aku nak skodeng budak lelaki.

” Ko memang sengaja! Kalau tak ko tak la nampak aku...” marahnya termati disitu. Malu la tu. Aku hilang sabar. Hati ni membentak nak membalas semua kata-kata dia.

” nampak apa!” soalku berani, sengaja aku menyakitkan hati lelaki bernama Adam ni.

“Sudah, Adam, Syafiqah... ” tegur Ustaz, lembut tapi tegas. Ustaz hanya menggelengkan kepala melihat tingkah kami berdua.

” Sekarang Syafiqah, jujur dengan saya, betul kamu tidak sengaja?” soal ustaz.

” Betul Ustaz, saya dalam bas masa tu. Secara tidak sengaja saya ter.. ”ter”tengok.” ujarku dengan membuat gaya in bracket ”ter” itu. Riak wajah Adam seperti sangat-sangat tidak puas hati.

”Adam, apa yang kamu mahu sekarang? Syafiqah sudah mengatakan yang dia benar tidak sengaja.” soal Ustaz kepada Adam. Adam diam, lalu bersuara.

” sama macam pagi tadi jugak ustaz. Dia perlu bertanggungjawab.” aku bingung, sama? Apa yang dia nak?

” kamu pasti?” soal ustaz kepada Adam. Dia hanya mengangguk laju. Aku memandang ustaz penuh tanda soal. Apa pulak dia nak, siap suruh aku bertanggungjawab lagi.

” begini Syafiqah. Adam mahu kamu berkahwin dengan dia. Ini kerana kamu melihat sesuatu yang tidak patut kamu lihat pada dirinya.” belum Ustaz habis bercakap aku memintas. Kahwin? Gila!

” cuppp! Kahwin???? Tak boleh-tak boleh! memang tak boleh..” suaraku pantas.

” apasal tak boleh?! ko kena bertanggungjawab!” bentak Adam.

” saya tak sengaja. Saya ulang.. TAK SENGAJA!” aku bersuara keras. Gila ke apa, kalau nak aku mintak maaf ke logik la, sampai nak kahwin apa semua. Tidak sama sekali!

” itu aurat aku! Sama la macam kalau aku tengok ko punya. Ko mesti nak aku kahwin dengan ko kan?!” Adam makin meninggikan suara. Aku terpempan. Ada benar kata-kata Adam tu, tapi... kahwin? Sebab aku ternampak dia pagi tadi sahaja aku dah kena kahwin? Tak logik!

” Adam.. Syafiqah, bincang dengan baik, bukan meninggi suara.” tegur Ustaz lagi. Ustaz menyuruh kami berbincang bersamanya di dalam masjid, moga kami mendapat sedikit ketenangan hati bila berbincang tika di rumah Allah. Ustaz memulakan perbincangan dengan penjelasan isu aurat dan pandangan. Adam diam, khusyuk mendengar. Aku? Resah! Jangan sampai aku dinasihatkan supaya berkahwin dengan si Adam ini sudah!

” Islam memaafkan pandangan yang tidak disengajakan pada kali pertama kepada perkara yang tidak dibenarkan. Daripada Saidina Jarir bin Abdullah telah berkata : Aku telah bertanya kepada Nabi S.A.W. tentang pandangan secara tiba-tiba. Maka baginda menjawab :

(Palingkan pandanganmu).maksudnya janganlah mengulangi pandangan tersebut kali kedua. Jelas kepada kita bahawa pandangan yang tidak dibenarkan ialah pandangan seterusnya yang boleh menimbulkan fitnah dan menyebabkan rasa seronok serta memandang dengan lama walau tidak membangkitkan syahwat.” terang Ustaz panjang lebar. Aku masuk dalam kategori ini. Aku tidak sengaja, pandangan tiba-tiba.

” jadi Adam. Jelas di sini, Syafiqah tidak sengaja. Dan daripada cerita kamu pagi tadi kepada saya, Syafiqah hanya memandang kamu sekali ketika kejadian dan terus memalingkan mukanya, betul?” soal Ustaz selepas penerangannya yang panjang lebar.

” sebab dia terkantoi, saya nampak dia tengok saya.” Adam masih belum berpuas hati.

“ saya tak sengaja lah.. awak ni pekak ke apa!” aku marah. Macam mana nak jelaskan dekat mamat senget ni yang aku betul-betul tak sengaja. Adam mendengus marah.

” ustaz! Saya tak kira, dia kena kahwin dengan saya juga. Saya malu ustaz, malu!” Adam bersuara lagi. Bersungguh. Aku kaget. Biar betul dia ni. senang aje nak suruh aku kahwin dengan dia. Tak Nak!

” Awak gila ke apa.. saya akan lupakan hal tu. Saya mintak maaf sangat-sangat. Saya betul-betul tak sengaja pagi tadi. Saya tidak ada terkutik sedikitpun niat untuk skodeng awak, Adam” ujarku, tegas tetapi dalam kelembutan. Aku tidak boleh menambah marah Adam.

” Adam.. berkahwin itu bukan semudah menuturkan kata-kata sahaja.” nasihat Ustaz pabila melihat Adam sudah menggila begitu. Adam menggeleng-gelengkan kepala. Wajahnya merona merah.

” Tak boleh Ustaz, saya nak Ustaz kahwin kan dia dengan saya, kalau boleh harini jugak. Dia dah tengok semua yang ada pada saya ustaz!” Adam masih berkeras. Aku resah di situ.

” Syafiqah! Kalau ko kat tempat aku, ko mesti nak aku kahwin dengan ko kan? Betul tak?” Adam menyoalku, aku hilang kata-kata. Mungkin ya dan mungkin.... Ah! Aku taknak kalah pada rayuan dia. Takkan aku mesti kahwin dengan dia. Aku mesti pikir jalan keluar. Pikir ika pikir!

” Adam.. kamu jangan terburu-buru. Syafiqah, kelihatan gadis yang baik-baik, pasti dia akan lupakan segalanya harini.” nasihat Ustaz lagi. Ustaz menasihatkan Adam supaya mengambil wudhuk dan mendirikan solat, bagi menenangkan hatinya bercelaru. Adam patuh.

Ketika Adam sedang solat, Ustaz menyuruh aku pulang. Sebelum itu, Ustaz meminta supaya aku meninggalkan nombor telefon, Ustaz juga menyuruh aku mempertimbangkan permintaan Adam. Aku agak terpana. Mempertimbangkan untuk berkahwin dengan Adam. Kata Ustaz, Adam menangis pagi tadi kerana malu yang teramat dengan kejadian itu. Tak sangka! Kata Ustaz Ismail sebelum aku pergi, seorang yang bernama Syafiqah pasti memberikan keputusan yang menyenangkan orang lain, seperti namanya.

Sepanjang perjalanan itu, otak aku tidak berhenti berfikir. Patut ke aku berkahwin dengan dia?. Nama aku Syafiqah yang bermaksud belas kasihan, baik atau mesra. Memang aku senang beralah dan jujur aku katakan aku hampir beralah dengan permintaan Adam. Tapi kahwin adalah sesuatu perkara yang besar dan bukan mudah.

” kahwin ke tak.. kahwin ke tak”

Kepulangan aku yang terlebih lewat daripada kakak-kakak tadi menimbulkan tanda tanya mereka. Tak berselindung dan aku sangat perlukan nasihat, aku ceritakan daripada A sampailah Z. Mereka semua terkedu.

” ika kan single and available.. terima je la..” senang aje kak ida bagi jawapan.

” amboi-amboi! Bagi ye ika langkah bendul?” marahku. Kahwin tak semudah tu. Aku masih di semester 6, ada lagi setahun sebelum aku tamat pengajian. Adam? Entah. Aku tidak kenal dia.

” maksud akak, terima dia.. kahwin bila dah sedia.” aku mengangguk beberapa selepas itu aku menggeleng.

” ika taknak couple sebelum kahwin la kak...” itu memang prinsip aku sekarang. Ya, sekarang sebab sebelum aku dah pernah kecewa bila cinta yang bertahan bertahun lamanya terhenti di tengah jalan, kecewa! Tapi aku redha, mungkin bukan jodoh aku. Dan aku jadikan itu sebagai suatu ujian bagi aku dalam kehidupan di dunia ini. Aku takkan mengulangi kesilapan yang sama. Biarlah hati ini aku serahkan pada insan bernama suami.

+++++

Seminggu berlalu tanpa ada apa-apa, Cuma satu mesej penuh makna daripada Mohd Adam Asyaaf. Ringkas tapi penuh dengan kemaafan. Aku akan sentiasa tersenyum apabila mengenang peristiwa seminggu lalu. Aip! Bukan yang atas bas tu, tapi peristiwa di Masjid. Entah kenapa aku terkenang-kenang, dan ia membuahkan senyuman dibibir.

.... Assalam, saudari Nur Syafiqah, saya memohon atas keterlanjuran kata dan perbuatan saya tempoh hari. Maaf andai ia menyakitkan hati dan awak sendiri. Saya terlalu malu dengan awak. Kejadian itu sungguh memalukan saya, hinggakan saya tidak dapat berfikir dengan baik. Permintaan saya yang kurang wajar itu, saya harap awak lupakan. Saya mohon maaf sekali lagi.. (Mohd Adam Asyaaf)...

Aku maafkan, siapalah aku untuk berdendam. Lagi pula, apa yang dia lakukan itu akan dilakukan oleh sesiapa sahaja, mungkin juga aku. Tapi yang membuat aku terfikir sehingga sekarang, kenapa dia boleh membuat keputusan untuk berkahwin? Agak pelik, aku tak ada jawapan hanya Adam yang tahu kenapa.

++++++

“ Mama.. ma tak boleh buat macam tu. Ika tak buat semua tu..ika..” belum sempat aku menjelaskan apa-apa, mama sudah meletakkan telefon. Ya Allah, dugaan apa lagi. Ayah dan mama memberi khabar tidak enak untuk aku. Mereka telahpun membuat keputusan untuk mengahwinkan aku dengan anak Pak Long, sepupu aku sendiri. Sepupu yang paling aku benci! Semua ini atas sebab aku bertindak liar di Johor. Fitnah! Siapa yang buat fitnah ni semua. Mama kata sebulan lalu ada yang menelefon mama dan melaporkan sikap dan perangai aku di Johor selama ini. Peliknya.. siapa? Aku kalau keluar mesti dengan Kak Ida, Kak Ann. Kadang-kadang Kak Farina dan Kak Yuni. Sakit hati aku. Aku dah menafikan. Mama percaya, ayah juga tapi bagi menjaga maruah dan nama baik aku dan keluarga aku sendiri, Ayah kata baik aku berkahwin. Bila berkahwin fitnah yang tak baik, InsyaAllah akan hilang. Mulut orang akan diam. Apa yang mampu aku berikan sebagai alasan?

” Kak farina.. orang tak buat semua tu, akak tau kan...” ujarku dalam esakan. Aku sedih dan sakit hati. Dan aku tak ingin bersuamikan Zhamry, sepupu yang jelik itu. Setiap kali balik kampung, aku akan berkurung dalam bilik Opah. Aku benci dengan usikan Zhamry yang selalu mengejek aku debab dan gemuk. Pernah sekali sewaktu aku ditingkatkan lima, Zhamry memberiku cermin, dan menyuruh aku lihat wajahku di dalam cermin itu. Muka aku hitam dan hodoh katanya, tak layak nak menjadi sepupunya. Yalah, hanya aku cucu perempuan Opah yang berkulit sawo matang, yang lain semua macam Opah, putih melepak. Masa tingkatan empat dan lima aku selalu mewakili sekolah dalam perlawanan tenis, jadi kulit aku agak gelap ketika itu. Disebabkan keangkuhan dan kutukan Zhamry kepadaku, aku jadi seorang gadis yang sangat pemalu dan rendah diri. Namun begitu, sikap itu hilang apabila aku melangkah ke Universiti dan Zhamry hanya belajar setakat SPM sahaja.

”Kami tau Ika macam mana.. kami pun dah cakap dengan Mama dan ayah ika, tapi diorang kata, untuk kebaikan masa depan, diorang taknak hal yang sama berlaku lagi dekat ika.” pujuk Kak Ann. Ya aku tahu, untuk kebaikan aku, tapi aku tak nak Zhamry menjadi suami aku.

” Ika boleh terima untuk berkahwin tapi bukan dengan Zhamry!” ujarku dalam tangisan yang berlagu. Aku takkan pernah terima Zhamry sebagai suami aku. Aku taknak. Sampai bila-bila taknak.

” itu lah.. dulu Adam ajak kahwin taknak.. kan dah kena kahwin dengan OYDB” Kak Ida sempat lagi berseloroh tika ini. Kak Farina yang tak faham OYDB tu apa terus-terus bertanya. Sampai dia kena marah dengan Kak Ida. OYDB tu kan selalu ada dalam buku biodata kita masa kanak-kanak ribena dulu, OYDB singkatan bagi Orang Yang DiBenci.

” ADAM!” suaraku. Air mata yang berlinang aku sapu dengan belakang tangan. Handphone di bawah bantal aku capai, dan nombor telefon Adam aku dail.

” Helo..” Adam bersuara dari sana.

” Adam, saya nak jumpa awak sekarang, dekat MSI. Sekarang okay, saya tunggu awak.” aku seperti seorang ketua yang sedang memberi arahan. Aku capai tudung yang tergantung dan meminjam motosikal daripada Kak Tie, terus memecut motosikal. Kak ida setia menemaniku. Pada mulanya aku melarang, aku tak nak idea gila aku ni dihalang mentah-mentah oleh mereka.

Dari jauh aku lihat Adam sedia menunggu aku di hadapan MSI. Cepat? Mungkin dia sudah ada di Perpustakaan sewaktu aku telefon dia sebentar tadi.

” Ada apa?” ujarnya sebaik aku tiba disitu. Aku pandang Kak Ida, aku pandang Adam. Aku berdiri membelakangi Adam. Dengan bismillah.. aku bersuara.

” Jom kita kahwin.” perlahan tapi mampu didengari oleh Kak Ida dan Adam.

” What?” jerit Adam dan Kak Ida serentak. Mestilah diorang terkejut dengan tindakan aku yang nampak sangat terdesak! Ala-ala Desperate Housewife pula aku ni.

” please..Adam please tolong kahwin dengan saya...” aku kini berdiri menghadapnya, walaupun aku malu, tapi aku tetap merayu. Aku rela berkahwin dengan orang yang aku tidak berapa kenal daripada berkahwin dengan Zhamry yang aku terlebih kenal.

” Apa yang awak merepek ni Syafiqah!” jerkah Adam. Aku tahu dia marah, aku seperti main pondok-pondok. Boleh pilih siapa jadi mak, ayah dan anak. Aku memang terdesak!

” Awak saja yang boleh selamatkan saya. Tolong la Adam.” aku terus merayu. Kak Ida cuba menghalang aku daripada merayu begitu, nampak seperti tak ada maruah katanya. Tapi kerana terlalu benci dengan Zhamry aku rela! Aku rela untuk melutut supaya Adam menerima idea sangat gila aku tu.

Adam sudah berkira-kira untuk berlalu pergi. Aku terkesima. Adam sahaja yang aku terfikir sebagai penyelamat keadaan. Perlu ke aku mengugut dia dengan peristiwa dulu. Ya Allah, tunjukkan aku jalan disebalik semua ini. Beg yang digalas Adam aku tarik. Menarik dia daripada berlalu pergi.

” Adam.. awak kena tolong saya..” aku merayu dengan esakan. Tangisan aku kian menjadi-jadi bila Adam cuba melepaskan pegangan tanganku pada beg dia. Aku lepaskan akhirnya. Aku duduk , tunduk melutut dan menangis semahu-mahunya. Aku sudah tidak nampak jalan keluar daripada masalah ini. Bagaimana aku nak larikan diri daripada menjadi isteri Zhamry cuti semester ni. Kak Ida sudah putus asa untuk memujuk aku daripada berhenti menangis. Mujur hari cuti, jadi pelajar kurang lalu lalang disitu, yang ada cuma pelajar luar.

Lama berkeadaan begitu, tiba-tiba ada jari manusia yang menunjal-nunjal kepalaku. Aku biarkan kerana sibuk melayan perasaan. Hinggalah...

” Sudah lah.. jom kita kahwin.” ujar suara tu. Adam? Biar betul.. aku mengangkat muka ku. Ya! Adam! Mungkin kerana terlalu seronok aku tersenyum dengan tangisan yang bersisa.

” Nah.. lap air hidung tu, meleleh-leleh.. pengotor! Macam mana nak jadi isteri aku,” ujar Adam sambil memberikan sapu tangannya. Adam duduk melutut memandang aku. Sapu tangannya aku ambil. Aku lap air mata dan betulkan tudungku. Kak Ida hanya menjadi pemerhati tapi memerhati dengan senyuman yang tak lekang, mungkin lega masalah aku selesai dan mungkin juga lega aku sudah berhenti daripada meraung macam orang gila.

” Kenapa tiba-tiba ajak aku kahwin? Siap meraung-raung tadi?” soal Adam bila kami bertiga duduk bersama di dalam MSI bersama dengan Ustaz Ismail. Adam kata hal ini perlu dibincangkan dahulu. Kahwin bukan perkara kecil. Tapi dulu dia yang beria-ria ajak aku kahwin. Ah! Aku sudah faham keadaan dia ketika itu, dan ditambah dengan aku yang tidak setuju. Aku pula bernasib baik sebab Adam setuju. Syukur!

” Saya akan dikahwinkan dengan sepupu saya cuti semester ni.” ujarku perlahan. Aku ceritakan semuanya dan ditambah oleh Kak Ida sebagai saksi yang boleh mengesahkan kesahihan cerita aku. Air mata ini seperti sangat murah tika itu. Tiap kali aku sapu tetap mengalir. Ustaz Ismail seperti dahulu juga, meminta pendapat dan persetujuan aku dan Adam. Adam bersetuju memperisterikan aku tapi dengan syarat. Kami akan bernikah di MSI. Tiada kenduri besar, hanya kenduri antara rakan-rakan memandangkan kami masih lagi belajar. Adam di tahun dan semester akhir. Aku pula masih ada setahun sebelum tamat pengajian. Adam juga sudah sedia memberitahu kesibukkan dia semester ini, jadinya aku perlu faham dan terima kesibukan dia itu. Sebagai seorang pelajar aku faham dan tersangat faham. Ustaz memberikan nasihatnya, keluarga aku perlu diberitahu segera. Hal yang baik tidak elok ditangguhkan.

Sabda Rasulullah s.a.w

Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Malam itu, ayah dan mama aku khabarkan tentang Adam dan berita perkahwinan kami berdua. Ayah tak marah, begitu juga dengan mama. Namun mereka agak keberatan untuk membenarkan aku berkahwin di UTM dan terlalu cepat tarikh pernikahannya. Mereka mahu adakan kenduri di Kedah waktu aku cuti semester nanti. Aku memberikan alasan-alasan yang wajar dan akhirnya ayah dan mama bersetuju. Hujung minggu ini mereka akan datang ke Johor. Daripada mesej Adam, keluarganya juga bersetuju dan akan tiba dari Pahang hujung minggu ini.

Aku panjatkan kesyukuran kepada Yang Esa. Moga pilihan aku ini tepat dan merupakan jodoh yang baik. Aku yakin pada Adam. Aku habiskan malam itu dengan solat dan zikrullah, bagi menenangkan jiwa yang celaru dan penuh gelisah. Aku perlu yakin kerana inilah pilihan aku sendiri. insyaAllah.

+++++++

Hari yang dinanti tiba jua, hari ini aku akan dinikahkan dengan Mohd Adam Asyaaf Bin Mohd Sufian. Siapa sangka kan? Dulu aku tolak mentah-mentah sewaktu dia memaksa aku berkahwin dengannya. Tapi sekarang aku akan berkahwin juga dengan dia. Aku tergelak sendiri.

Debaran ini kian menjadi-jadi. Aku hanya memakai sepasang abaya coklat gelap, hadiah daripada kakak-kakak tersayang. Mereka yang sentiasa memberi semangat dan membantu aku sepanjang menuju hari ini. Kak Ida, Kak Ann, Kak Farina, Kak Tie dan Kak Yuni setia disisiku sedari tadi. Dari jauh aku lihat Adam segak berbaju melayu berwarna sedondon dengan bajuku. Sibuk berbincang entah apa dengan kawan-kawannya. Aku masih ingat lagi dua orang kawannya itu.

Ayah yang akan menikahkan aku pada harini. Mama sedari tadi tersenyum dan tidak putus-putus menasihatkan aku supaya menjadi isteri yang baik. Memandang hanya aku anak mama, mama mesti mahukan yang terbaik daripadaku.

” Aku nikahkan dikau, Mohd Adam Asyaaf Bin Mohd Sufian dengan anak gadisku, Nur Syafiqah Binti Mohd Anuar, dengan mas kahwin RM22.50 tunai”

” Aku terima nikahnya Nur Syafiqah Binti Mohd Anuar dengan mas kahwin RM22.50 tunai”

Dengan hanya sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Mohd Adam Asyaaf. Selepas doa kesyukuran, Adam mendirikan solat sunat dua rakaat. Semua seakan lega dengan selesainya upacara akad nikah, tapi aku masih berdebar menanti upacara pembatalan air sembahyang. Cincin? Alamak! Macam mana aku boleh lupa benda paling penting. Aku sudah gelabah. Semua sudah kecoh bila aku kata aku terlupa nak beli cincin kahwin. Mama sudah mula nak berleter panjang.

Aku masih bersimpuh ayu. Aduh! Bernanahlah telinga aku ni, Kak Ida dah join Mama untuk sesi pembebelan. Aku tunduk melayan perasaan sendiri. Macam manalah aku boleh lupa!

Masjid yang terkecoh sebentar dengan kelalaian aku, menjadi sepi. Aku mengangkat kepala, Adam sudah sedia menghadapku. Dia hanya tersenyum dan menggeleng-geleng kepala. Dia menghulurkan tangannya, meminta aku melakukan yang sama. Adam menyarung sebentuk cincin emas bertakhtakan sebutir berlian ke jari manis ku. Aku hanya memerhati.

” Mujur muat.. pandai abang pilihkan.” ujarnya setelah siap menyarungkan cincin ke jariku. Aku melihat jariku yang terhias indah dengan cincin itu. Ralit dan terpana dengan perlakuan suamiku, cincin dan ‘abang’?. Kak Ida mencuit bahuku dan mengisyaratkan aku supaya menyalami Adam. Aku malu-malu. Ku cium tangan suamiku yang baru aku nikahi sebentar tadi. Setelah itu, kucupan hangat didahi Adam berikan padaku. Aku terkesima. Perlahan aku pejamkan mata. Ya Allah.. rahmatilah perhubungan ini.

Kak Farina sedari tadi mengambil gambar aku dan Adam, sampai aku kepenatan. Ditambah pula, dengan Farid kawan si Adam yang sama perangai macam Kak Farina, dari kami sejuk tak berpeluh sampai berpeluh-peluh asyik berposing.

Kenduri kesyukuran dibuat di Masjid. Malam itu juga aku mengenali dengan lebih dekat keluarga Adam dan Adam mengenali dengan lebih rapat lagi Ayah dan Mama. Agak menarik, sebab kami bernikah di Masjid Sultan Ismail, UTM. Hampir semua kawan kelas datang menghadiri majlis kesyukuran itu. Aku agak segan juga sebenarnya, yelah dah la baru 22 tahun, belajar belum habis sudah kahwin. Mesti ada yang mengata, tapi hendak buat apa? Jodoh itu semua di tangan Allah kan.

“ tak sangka kan?” Adam bersuara tatkala kami bersendirian, melihat tetamu menjamu selera. Aku memandang wajahnya, dahiku berkerut.

“ apa yang tak sangka?” soalku agak tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Adam.

“ Minah skodeng ni cantik juga orang nye.” jawab Adam dengan senyuman penuh makna. Perli! Ei.. sakit hati!

“ Perli la banyak-banyak. Dah banyak kali cakap saya tak sengaja!” ujarku dengan rajuk. Terasalah, sakit hati.

“ Nur Syafiqah, isteri Mohd Adam Asyaaf cantik orangnya.. tak sangka, akhirnya saya dapat berkahwin dengan awak.” ujar Adam bersungguh. Tanganku dicapai dan digenggam erat. Aku tak faham dengan ayat akhirnya, akhirnya dia dapat berkahwin dengan aku? Apa maksud Adam?

“ Apa maksud…” belum sempat aku bersoal, seorang gadis datang menghampiri kami dengan air mata. Penuh amarah. Kawannya disebelah bersungguh menghalang dia.

“ sampai hati awak Adam! Sampai hati awak! Kenapa awak kahwin dengan perempuan ni!!!” bentaknya dihadapan kami. Jarinya dari tadi menuding kepadaku. Seram! Tanpa sedar aku memaut lengan Adam. Adam sedar ketakutanku menolak aku kebelakangannya, seolah-olah melindungiku daripada gadis itu.

“ Perempuan ni ada nama, isteri aku. Tiada sebab lain aku kahwin dengan dia, semua kerana aku cintakan dia. Kau pun tahu kan semua ni!” Adam menjawab tetapi penuh amarah. Aku menyabarkan Adam dengan meggosok lembut lengannya. Pengakuan Adam itu amat membuat aku terkejut. Sejauh mana Adam mengenali aku?

“ Kenapa bukan aku? Kenapa kau setia sangat cinta dengan perempuan ni?! Aku kawan kau dari dulu, kenapa dia bukan aku!!!” marah gadis itu dengan tangisan yang tidak berhenti-henti. Kak Ann dan Kak Ida yang kebetulan berada dekat menghampiri kami.

Adam mengeratkan genggaman tangannya dan aku mengeratkan rangkulanku pada lengannya, mengharap dia terus bersabar.

“ Elina, sebab kau kawan aku, aku tidak pilih kau jadi kekasih aku dari dulu. Bukan aku tak sedar.. tapi aku tak boleh. semenjak aku di UTM ni, Nur Syafiqah telah mencuri hati aku. Kau tahu kan? Aku dah cerita semua dekat kau. Kenapa perlu persoalkan? Aku jemput ke majlis kami sebab aku nak kau kongsi kegembiraan hati aku. Aku kini dah miliki cinta hati yang aku nantikan dari dulu. Bukan kekecohan atau pergaduhan dengan kau.” jawapan Adam membuat aku terkedu. Dari dulu? Bila? Kenapa aku tak tahu? Aku kenal Adam sejak peristiwa ‘skodeng’ tu. Sebelum-sebelumnya aku langsung tidak kenal siapa Adam.

Aku memandang Adam penuh tanda tanya. Adam memandangku dengan senyuman. Dahiku dikucup tiba-tiba, Adam berbisik.. Nanti abang cerita semua pada sayang... aku yang terkejut, terkedu dan beku hanya mampu mengangguk. Gadis bernama Elina terus meninggalkan kami, setelah Adam mempersoalkan tentang khabar angin yang disampaikan kepada Ayah dan Mama,mungkinkah angkara dia?. Adam hanya mengekori dengan pandangan mata. Farid dan rakan sekelas Adam hanya menggelengkan kepala. Mereka menghampiri Adam dan menyabarkan dia. Aku disitu dengan kepala yang berserabut meminta jawapan kepada semua persoalan.

+++++

Seperti yang dijanjikan semalam, aku menunggu Adam di tasik UTM. Aku datang dihantar oleh Kak Tie, nanti balik Adam hantarkan. Sebenarnya aku tak mahu dihantar oleh Adam walaupun dia suami aku, aku segan nak naik motosikal dengan dia. Orang yang tahu kami suami isteri tak apa lah, yang tak tahu tu, ada aje yang nak buat gosip. Nak tak nak, cakap suami kena dengar. 5 minit menunggu Adam sampai. Eh? Kereta?

“ Lama tunggu sayang?” soal Adam. Aku hanya menggeleng. Aku tunding jari ke arah kereta dan membuat riak muka penuh tanda soal. Adam hanya tersenyum dan mengambil tempat di sisiku.

“ Ada orang tu kata, dia tak sudi nak naik moto buruk” selamba air cap badak dia aje nak perli aku.

“ Siapa? Bila? Pandai-pandai nak kata eh?” marahku, mataku ku beliakkan. Tanda marah dituduh bukan-bukan. Aku bukan kisah dengan harta kekayaan ni, yang penting hati. Adam hanya mencebik dengan senyuman.

“ sayang tau tak? Abang dah lama kenal sayang?” Adam memulakan bicara. Hari ini aku nak tahu segala-galanya, taknak ada rahsia lagi. aku hanya menggelengkan kepala. Mataku tak lepas memandang Adam. Manis! Hensem pulak tu, usik hati kecilku,membuahkan sengihan gatal. Adam perasan, jarinya pantas mencubit pipiku.

“ Sakit la..” aku menepis tangannya. Pipi yang sakit dicubit aku gosok. Tangannya pantas lagi dariku, digosok perlahan pipiku yang memerah.

“ Abang pertama kali nampak sayang di Pesta Konvo, tahun lepas.. masa tu sayang tengah busy sangat pilih tudung. Kelam kabut, mulut tu tak diam, asyik nak cakap aje. Hati abang tercuit dengan perangai sayang. Sejak malam tu, abang asyik teringat-ingat. Abang taktahu kenapa.” terang Adam panjang lebar. Aku mengalihkan tubuh ku terus menghadap dia, dan Adam pun serupa. Mata bertentang mata, lama. Bila dah tersedar, dua-dua gelak, termalu sendiri. Adam menggenggam tanganku dan menyambung kisahnya.

“ Abang tercari-cari sayang.. seminggu abang hidup tak tenteram. Perempuan lalu aje abang tengok, dah macam orang gatal. Abang selalu tunggu bas lalu, tak ada jugak. Tunggu dekat arked kolej 9 pun tak ada juga, nasib-nasib.” Adam tergelak sendiri. Aku hanya tersenyum menanti lanjutan kisahnya.

“ Ada satu hari, selepas beberapa bulan abang syok sendiri dekat sayang, abang ternampak sayang di padang futsal kolej 9. Abang ingat abang dok berangan lagi, rupanya tak. Perut yang mula-mula lapar terus kenyang. Abang pergi dekat lagi nak tengok sayang. Sayang bukan main happy, masa tu abang kata, ko happy je eh, aku merana tau cari ko merata, hai la nasib badan.” Adam ketawa lagi, mungkin terasa geli hati dengan kisah cintanya pada aku. Aku pun join juga gelak, sweetnya laki aku ni!

“ Abang tak tegur Ika?” soalku. Mematikan tawanya.

“ Abang tanya orang-orang dekat situ, diorang tak kenal sayang. Abang fikir sayang low profile kut. Abang jadi takut sendiri. Layak ke abang untuk sayang? Persoalan tu membuatkan abang pusing belakang dan terus balik bilik and tidur.” Adam mengeluh.

“ kenapa tak layak?” soalku, aku memang tak faham. Apa lebihnya aku, dan apa kurangnya dia? Adam menyambung cerita tanpa mempedulikan soalanku.

“ selepas tu, seminggu abang tengok gerak geri sayang dari jauh.. dan masa tu abang takut abang tak menepati ciri-ciri idaman sayang. Abang terus cuba lupakan sayang. Elina kawan perempuan yang perasan perubahan diri abang, abang ni gila-gila orangnya, tiba-tiba boleh jadi pendiam. Elina jadi tempat abang luah perasaan. Dekat dia abang tunjuk yang mana satu sayang. Elina banyak bagi nasihat yang baik tapi tak sangka dia pendam perasaan pada abang.” Adam mengeluh lagi. aku menggenggam tangannya lebih erat. Aku memberikannya sebuah senyuman paling manis.

“ Apa yang buat abang rasa tak layak?” aku soal lagi. Aku mahukan jawapan yang pasti.

“ Dari pandangan mata sesiapapun, sayang seorang gadis yang baik-baik, jaga adab dan diri dengan sempurna,tapi abang pula yang jenis gila-gila,bercakap sesedap rasa. Tapi abang tak putus asa, abang cuba lupakan sayang tapi tak boleh, kemudian Farid yang tahu masalah abang ni, bawak abang jumpa dengan Ustaz Ismail.” Adam berdiri hampir dengan gigi tasik. Aku membontoti langkahnya, berdiri betul-betul disisinya.

“ Abang cerita masalah abang pada Ustaz, abang kata diri abang tak layak untuk sayang.. lelaki baik untuk perempuan yang baik kan, abang sedih sangat masa tu. Nak lupa tak boleh, nak tegur tapi rasa tak layak. Sampai sekarang abang ingat lagi ayat Ustaz, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tetapi janganlah berkata, dia terlalu baik iaitu tidak sesuai untuk diriku sebaliknya berusahalah untuk menjadi baik agar dikurniakan pasangan yang baik.” Adam akhirnya membuahkan senyuman paling manis yang pernah aku lihat. Dicapai tanganku dan dikucup penuh cinta.

“ terima kasih sebab sayangkan saya.. ” ucapku seikhlasnya. Aku sungguh terharu dengan pengakuan Adam. Tak ku sangka dari kejauhan dia melihat ku dan mencintaiku. Alhamdulillah, pilihanku pastinya tepat. Adam insan terbaik buatku. Seketika melayan perasaan bersama, aku tiba-tiba teringat sesuatu..

“ dah lama nak tanya abang… kenapa eh masa peristiwa skodeng tu abang beria-ria nak suruh Ika kahwin dengan abang? Beria sangat-sangat...” soalku, Adam ketawa, bersungguh ketawa. Aku yang menanti jawapan ni dah rasa tak puas hati bukan dia nak jawab terus, gelak pulak.

” Jawab la cepat... gelak pulak!” rajukku... adam menghabiskan sisa tawanya. Lalu menyambung al-kisah peristiwa skodeng yang tergantung begitu saja.

” Lepas abang jumpa Ustaz, Ustaz pesan, kalau sayangkan seorang perempuan, jaga maruah dan dirinya. Lelaki yang baik tidak akan pernah menyentuh dan menyebabkan kelalaian atas wanita yang dicintainya. So.. abang sayang sangat dekat Nur Syafiqah, abang biarkan cinta ini bersemadi dalam hati abang, biar abang saja yang tau. Allah telah menentukan segalanya kan. Allah pertemukan sayang dengan abang, dengan peristiwa skodeng tu.” Adam bercerita dengan tawa yang mengiringi.

“ Seperti selalu, abang akan tunggu bas lalu, pagi tu abang tau sayang akan lalu, hati ni suruh tunggu, abang baru nak pergi mandi, dengar bunyi bas, berlari depan pintu bilik. Farid and Shamir yang tau cerita abang, dok mengganggu pulak, acah-acah nak tarik towel abang pakai. Bila tertanggal aje towel, abang perasan bas depan abang, terus nampak sayang tengah tengok, tak berkelip! Gatal eh?” boleh pula tengah bercerita dia mengenakan aku, tawa besarnya meletus. Aku dengan geram dan malu terus aje mencubit lengannya. Geram!

“ Ei! Cerita la betul-betul, nak kenakan Ika je abang ni..” rajukku. Tubuhku dipeluk erat. Terasa hangat pelukkan Adam. Aku terkesima, terus kaku macam patung. Pipi terasa panas membahang, malu! Adam meneruskan ceritanya dengan memeluk aku.

“ Abang malu sangat-sangat, yelah gadis yang abang admire nampak abang tak pakai apa-apa. Malu besar!” Adam masih bersisa dengan tawa. Aku membalas pelukan dia. Rasa sayang kian menular ke hati. Aku sedar, aku juga mencintai dia, sejak peristiwa itu.

“ Pertama kali ika kenal abang dengan peristiwa tu.. ” ujarku dengan ketawa.

“ tu la yang malunya, sayang baru nampak muka hensem abang, tapi dalam keadaan tak senonoh!” kami berdua ketawa, sungguh! Ia sangat lucu bila dikenangkan semula.

“ Abang hanya terpikir untuk terus memiliki sayang, abang sangat-sangat malu, abang takut sayang pikir yang bukan-bukan tentang abang bila nampak abang dengan kawan-kawan masa tu, abang dah rasa kehilangan masa tu.. thats why abang terus aje paksa-paksa nak kahwin. Puas jugak abang kena tegur dengan Ustaz lepas sayang balik.” banyak yang aku tidak tahu sepanjang peristiwa tu berlaku. Banyak sangat. Adam begitu menyintai aku selama ini, namun diluar kesedaran aku.

“ Ustaz tu kira berpakat eh dengan abang, siap minta nombor telefon Ika masa tu.” ujarku lalu melepas pelukan, naya kalau pak guard lalu, kami asyik berasmaradana kat tasik, mujur tak ada orang.

“ A’ah, baik betul Ustaz Ismail. Lepas ustaz tegur salah abang, dia bagi kertas yang ada nombor sayang, Ustaz suruh mesej minta maaf saja, tak bagi lebih-lebih. Abang mesej tapi tak ada balasan pun.” Adam menyatakan rasa terkilannya. Aku tak balas mesej dia waktu itu, sebab aku taknak berlanjutan bermesej sampai ada putik-putik cinta.

“ Bagus juga tak balas, kalau tak mesti kita tak kahwin sekarang kan? Mesti perjalanan kisah kita jadi panjang dan kita taktahu akhirnya. Betul tak? Allah merancang segalanya dengan terlalu sempurna. Subhanallah.” aku memberikan jawapan yang wajar aku kira. Dan sememangnya hidup ini telahpun dirancang oleh DIA sebaik-baiknya. Adam mengangguk tanda persetujuan. Aku kini mengerti kenapa dan mengapa Adam memaksa aku berkahwin dengannya dulu. Dan aku juga tahu kenapa aku terlewat bangun hari tu, dan aku juga sudah faham kenapa kelas aku pada pagi tu dibatalkan. Sememangnya hidup ini sudah dirancang dengan sungguh sempurna.

Kami beriringan ke kereta. Adam nak bawa aku jalan-jalan harini, ala-ala honeymoon katanya tapi versi window shopping.

“ Abang tak jawab pun lagi…”

“ Jawab apa?”

“ Macam mana boleh ada kereta pulak?”

“ Ummi pinjamkan sampai abang beli kereta sendiri, Ummi kata senang nak bawa sayang pergi medical checkup bulan depan.”

“Medical checkup? Ika tak sakit apa-apa..”

“ bulan depan sakit la..”

“ sakit apa pulanya, doa yang tak baik kat isteri sendiri eh!”

“ sakit yang.. loya-loya, muntah-muntah, mengidam macam-macam, perut membesar lepas 4 bulan sayang dapat sakit tu.”

“ Abang!!!! Gatal!!!”

14 comments:

ikiketetel said...

hoho.best lahh :)

NurWahidah Abdullah said...

wah...dah jadi penulis....

akubersamaCahya said...

iki: hehee thanks..

najiha: taklah.. sekdar isi masa n hobi aje. ^^v

Jey said...

lahh abc ke yg tulis..
sy baru baca cerita ni kt p2u.
memang sangat best walopon cara diorang kawin nmpak senang jek..hek hek.
lagipun sy memang suka tema kapel lpas kawen :)

nanti tulis lg yek..kasi lg mantap dr ni pon cantekkk

akubersamaCahya said...

h.s: teee~~~ insyaAllah.. =)

Anonymous said...

bestnyerrrr!!

Anonymous said...

hahaha,,mmg best,klakar plak tu,,,pade pnulis,,,naty buad la cerita bnyk2,,,mmg best sgt,,hehe

Unknown said...

haha baru je lps bace cerpen ni kat p2u 4-5 hari lps..xsangka mlm ni jumpa blog owner..

Zierwa Zainal said...

best..=)thumbs up!

mizz acu said...

nice.. hehe lawak pon ada... ;)

akubersamaCahya said...

my very first cerpen :)

aku dan tawarikh said...

apa publisher cerita nih? kalau diterbitkan la..kot2 boleh cari nanti

akubersamaCahya said...

xde publisher. sy publish di blog aje hehehe

nhm1326 said...

Subhanallah,cinta yg masih ikt landasan islam,cinta d redhai Allah,suka bile baca.thanks,mg lepas ni,byk lg karya seperti ini.

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders