Assalamualaikum.
malam ni abc nak berkongsi sedikit dengan korang khasiat ayat seribu dinar.
kalau dulu zaman sekolah, minggu exam aje cikgu akan bagi satu kad (penanda buku) yang ada ayat seribu dinar. kami boleh bawak masuk dewan.
ayat seribu dinar:
kisah disebaliknya:
salah seorang hartawan bermimpi dalam tidurnya, seorang lelaki datang kepadanya lalu berkata:
“beramallah dengan hartamu sebanyak seribu dinar kepada fakir miskin yang banyak berkeliaran meminta-minta”
kerana mimpi ini berulang kali dialaminya, maka dilaksanakan apa yang diimpikan itu, iaitu memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar.
pada suatu malam dia bermimpi pula, lelaki yang sama datang kepadanya dan mengajarkannya beberapa kalimat ayat-ayat alQuran (ayat seribu dinar). lelaki terbabit mengalakan si hartawan tersebut mengamalkannya pagi dan petang, maka dengan itu Allah akan melepaskan dari bahaya yang menimpa diri.
setelah hartawan itu bangun dari tidur, dia memikirkan dengan perhatian apa yang ia dapati dalam mimpinya seolah-olah ada hubungan dengan mimpinya yang terdahulu.
maka dengan tidak ragu-ragu dibacanya dan diamalkannya kerana kalimat itu adalah ayat-ayat Al-Quran yang tidak diraguikannya lagi kebaikannya.
tidak lama kemudian hartawan tersebut berada dalam suatu perjalanan melalui laut menumpang sebuah kapal layar membawa barangan dagangannya. setelah kapal itu berada ditengah-tengah laut yang luas, bertiuplah angin taufan yang sangat dahsyat, gelombang semakin besar, kapal terumbang ambing. penumpang mereka cemas dan takut, hari mulai malam, hujan turun dengan lebatnya, tetapi hartawan tetap tenang mengharapkan pertolongan Allah s.w.t sambil membaca ayat-ayat yang didapati dalam mimpinya. nakhoda kapal dan anak kapal berusaha sekuat tenaga menyelamatkan kapal dan penumpangnya tetapi keadaan bertambah dahsyat. kapal terhempas diatas sebuah batu karang dan akhirnya pecah. disaat itu penumpang dalam keadaan kelam kabut, kapal dipenuhi air dan tidak dapat diselamatkan lagi, anehnya si hartawan yang mengamalkan ayat-ayat tadi telah terdampar ditepi pantai dalam keadaan selamat bersama harta dagangannya.
demikianlah khasiat ayat yang didapatinya dalam mimpi kerana dia beramal sebanyak seribu dinar, lalu ayat-ayat tersebut disebut dengan ayat-ayat seribu dinar.
khasiat:
1. Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan
2. Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka
3. Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah
4. terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
*jadikan sebagai amalan selepas setiap kali solat*
+++
ada banyak lagi khasiat dan kebaikan ayat seribu dinar ni.
korang boleh tengok di;
a. http://alivewire.wordpress.com/2007/06/13/hikmat-ayat-seribu-dinar/
b. http://mindaislam.blogspot.com/2008/07/ayat-seribu-dinar.html
+++
yakin pada Allah.^^v
abc amalkan ayat ni setiap kali hati rasa resah dan gelisah.
insyaAllah, Allah akan beri ketenangan.
*dengan mengingati Allah jiwa2 akan tenang*
sumber rujukan: buku Doa dan wirid oleh Abdul Aziz Ismail
sumber gambar: Google.
1 comment:
slmt buat tag :)
Post a Comment