Monday, October 8, 2012

Surat Cinta : menulis dengan cinta.




Aku menulis dengan penuh kecintaan hanya kepada mu : 
Khalif Haikal J.

Assalamualaikum cinta hatiku.

Semoga kau baik-baik sahaja jauh nun di sana. Sentiasa dibawah kecintaan Yang Maha Esa, sentiasa dalam lindunganNya. Aku kan terus mendoakan kesejahteraanmu di sana.

Cinta hatiku, hari ini hari yang seterusnya kamu dihatiku. Dan aku tahu, sentiasa kau dihatiku, sentiasa. Semakin hari cintaku padamu mekar, bagai mawar yang baru mengembangkan kelopaknya satu demi satu setiap hari. Dan aku akan pastikan, ia takkan layu sebagaimana hayat mawar yang sementara. Cintaku padamu tiada akhirnya. Kerna doaku pada Dia yang mewujudkan rasa cinta ini, kekalkan cintaku kepada mu hingga ke syurga.

Cinta hatiku, jarak memisahkan kita. Negara yang berbeza. Menghirup udara yang berbeza, namun tetap memandang bulan mentari yang sama. Dengan itu, tak pernah antara kita merasa jauh malah terlalu hampir antara kita. 

Cinta hatiku, aku menulis tinta ini kerna tika ini aku terlalu merinduimu. Terasa degup jantungku berirama luar biasa. Detaknya melodi yang tidak biasa ku rasakan. Melihat sahaja gambar wajahmu, menenangkan degupan rinduku. Melihat senyummu, bisa membuatkan bibirku yang sentiasa menyebut namamu turut tersenyum. Betapa kamu aku rindu, betapa kamu aku cinta.

Cinta hatiku, aku senantiasa menghitung waktu. Detik bila bisa kita bertemu empat mata. Detik bila bisa kita berbicara, menyata rindu yang ada, menyata betapa kita saling mencinta. Detik bila bisa kita menghulurkan segala apa yang terpendam di jiwa. Aku yakin, detik itu akan tiba. Mungkin esok, lusa mahu hari seterusnya. Biarlah bertahun ku menanti, aku berjanji akan terus setia menantimu, kerana kamu cinta hatiku.

Cinta hatiku, warkah ini akan aku nokhtahkan ia di sini. Akan ada coretan untuk mu di lain waktu. Nantilah bila aku benar tak mampu menampung rindu yang membebani jiwaku. Waktu itu akan aku kirimkan warkah rindu dan cintaku buatmu. Janjiku untuk setia, janjiku mencinta, janjiku untuk terus menantikanmu. Sayangilah, cintailah aku sebagaimana aku menyayangi dan mencintaimu. Moga kasih kita hingga ke syurga. Mohon jua kasih DIA.

Kerna cinta, kerna rindu, aku dari kejauhan untuk kamu.
Nurwateeqa.

Sunday, October 7, 2012

Tiada pengakhiran.

Assalamualaikum. :)

abc sedang serabut, nak buat ending cerpen ni. huhuhu
dalam banyak-banyak part dalam cerpen, part akhir paling payah bagi abc.
camna nak buat diorang bercinta, jatuh cinta dan tamatkan cerita. =.="

bila dah serabut, mula nak berkaraoke. kesian adik abc yang nak PMR lusa ni. abc menganggu concentration dia. huuuuuuuu~~~


 abc tersuka pulak dengan lagu Aku yang tersakiti by Judika ni. bukak google tengok si Judika. wah! boleh tahan... abc suka bentuk muka dan bentuk kening dia. :)

layan je la ^^b

Saya respect Suri Rumah!

Assalamualaikum.
Selamat hari Ahad.
Apa cerita hari ini? apa kisah hari semalam?
semoga apa yang berlaku semalam, jadi pengajaran buat harini.
selalu doa, moga harini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baek daripada harini.
 
apa isu hari ini?
lama tak menulis sebagai 'blogger'. asyik pasal entri cerpen dan novel aje kan :)

Misae Nohara suri rumah :)

hampir 3 bulan abc duduk rumah. tak bekerja. hanya jaga anak sedara, dan buat kerja2 rumah.
penat. sangat penat. bangun pagi, hantar mak dan adik2 ke sekolah (sekadar pandai dan lambai, mak drive sendiri ^^)

bila dah bangun pagi, kadang2 lepas subuh mengantuk, kadang2 tak. kalau mengantuk, abc tidur kemudian bangun pula jam 9 atau 10 hehehe. kalau tak mengantuk, memang berjaga. kadang basuh baju dan kemas rumah kadang layan FB dan TV :)

tapi bila jam 10.30 pagi, abc dah mula kerja2 rumah. masak dan kemas rumah. abc ni suka jemur baju lambat2 (terbiasa jemur baju malam2 kat UTM) so kadang mak dah balik baru jemur.
masak tu yang lama. sebab fikir nak masak apa. ingat senang ke? jenuh tau nak lain2kan menu setiap hari... sangat payah! =="

bila penat. duduk dekat sofa, abc akan terfikir. KENAPA SESETENGAH ORANG PERLEKEH KERJA SURI RUMAH? kononnya tak standard dan pandang sebelah mata why????


menjadi suri rumah tu mulia sangat kerjanya.segala yang dilakukannya adalah untuk keluarga dia. masak, kemas rumah, jaga anak dan suami. sangat banyak kebaikan menjadi suri rumah ni. antaranya:

  • anak2 kita jaga sendiri
  • makan minum keluarga terjaga
  • rumah sentiasa terjaga
  • masa untuk keluarga lebih banyak
ini pendapat abc. seorang gadis 23 tahun yang belum berkahwin dan memilik ibu bapa yang berkerjaya :) abc memberikan pendapat dengan melihat orang lain dan berfikir daripada kekurangan2 yang abc rasa daripa keluarga abc.

yang baik mesti ada yang buruk. tapi taklah banyak, mungkin dari segi kewangan. kalau suami bekerja dan ada pendapatan tetap dan mencukupi untuk keluarga, tiada masalah. :)

kebanyakan wanita/ibu yang bekerja adalah untuk membantu suaminya menanggung keluarga. sekarang taraf hidup semakin tinggi, harga barang pun dah tinggi. jadi faham2lah.

semua ni pendapat abc yang masih tiada pengalaman sendiri. sekarang ramai aje siswazah yang menjadi suri rumah. ^^v ibu, suri rumah yang berijazah! wow!

siapa suri rumah di sini? angkat jari dan komen. hehehehe

p/s: kalau suami abc nanti seseorang yang abc betul2 percaya masa depannya, insyaAllah mahu jugak jadi suri rumah :)

Saturday, October 6, 2012

Maaf, terlambat!

Assalamualaikum.
Hai semua.
Harap ada yang masih setia dengan blog abc ni :)

Alhamdulillah, urusan Konvokesyen 14/10 ni sudah selesai.
urusan JPN dan sekolah, tempat kajian akhir juga selesai.
sekarang tinggal urusan PTPTN aje. harap selesai sebelum pergi Johor.

Maaf ye abc terlambat untuk update cerita di blog.
agak busy. dan dalam busy tu, laptop abc sakit :)
maaf ye readers.

abc sebenarnya, nak sentiasa update cerpen dan novel di blog, tapi kekangan masa menghalang.
duduk di rumah lagi busy tau :)
yelah, takkan nak menghadap laptop 24/7. famili?
famili first. sentiasa menjadi keutamaan, insyaAllah ^^b
harap anda memahami.

Alhamdulillah.
setiap masa. dalam apa jua yang abc buat, cerpen dan novel sentiasa dalam fikiran abc.
dengan itu, idea kebelakangan ni mencurah-curah. :)

sebelum abc ke Johor untuk konvo. abc akan postkan cerpen baru ye. harap terus bersama abc ^^b

much love readers!

I-city! memang cantik!

Saturday, September 29, 2012

Alhamdulillah. Puji pujian bagi Allah.

1.0 Perjalanan Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah.
abc sudah selamat sampai di rumah.
penat, menempuh jalan yang sesak akibat berlakunya kemalangan.

beringat, berhati-hati di jalan raya. tak perlu kalut-kalut, sebab malang itu tak berbau.
semoga yang terlibat dalam kemalangan sepanjang perjalanan tadi tidak mengalami kecederaan yang
serius.

Alhamdulillah, pengalaman sepanjang perjalanan.
kenal Puchong, kenal Shah Alam, kenal Kuala Lumpur :)
membantu serba sedikit penulisan novel dan cerpen abc, insyaAllah.

2.0 Mr. L.D

Alhamdulillah, Mr L.D sudah selamat.
tiada yang kronik, mungkin Mr.L.D penat menanggung beban yang abc bagi dia.
yang hilang cover-cover novel dan cerpen abc. agak kecewa sedikit, mujur ada yang abc dah post di blog ni.

pentingnya cover tu untuk abc, ia memudahkan abc mengikut urutan. yang mana perlu buat dulu, dan yang mana kemudian.
takpelah, takde rezeki ^^b

3.0 Idea

Perjalanan memberikan pengalaman.
beberapa idea untuk cerpen datang sepanjang perjalanan abc.
insyaAllah, akan abc luahan dalam bentuk penulisan.
apa-apa pun nak sambung cerpen yang tertunda sebelum Mr.L.D

+++++++++++

cukup entri pertama selepas Mr.L.D sehat ^^
jumpa lagi malam nanti, insyaAllah. hehehehe

Saturday, September 22, 2012

Laptop rosak. Shah Alam.

Salam Jumaat.
tulis dengan sedih. hati terasa sayu.


kenapa laptop rosak pulak, mungkinkah kerana terlalu berat???
petang tadi abc guna, okay aje =='
mintak2 kejap lagi okay.
camne nak menulis kalau takde laptop?
PC ni ramai sangat pengguna ;(






insyaAllah, next week abc ke Shah Alam. ada urusan yang perlu abc ke sana.
tak sabar! masa search kat google dengan word 'shah alam', keluar gambar di atas.
cantik! Masjid Shah Alam eh? sorry, PA abc kurang sikit hehehe

+++

mood tak tentu arah.
kalau format laptop, kacau tak data2 dekat dekstop??
pakar komputer, tolong jawab?? :(


much love readers!


Wednesday, September 19, 2012

KFC di awal pagi. Bukan Pilihan!

Assalamualaikum.
abc tidur sejam setengah aje. semua sebab cerpen bukan pilihan. =.='
menulis bukan main asyik sangat. sampai tidur termimpi-mimpi.
bangun tidur takde pulak tulis apa yang dimimpi tu :p


bangun awal, solat subuh dan breakfast makan KFC.
perghhh! sangat mual.
bukan apa, abc bukan jenis makan awal pagi. abc prefer brunch daripada breakfast ^^b









cerpen ni sudah 90%!
nak sambung sampai habis, dan edit.
insyaAllah kalau tiada aral. tengah malam boleh post ^^v

teruskan setia bersama abc... hehehe

much love readers!

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders