Khalif Haikal J.
Assalamualaikum cinta
hatiku.
Semoga kau baik-baik
sahaja jauh nun di sana. Sentiasa dibawah kecintaan Yang Maha Esa, sentiasa
dalam lindunganNya. Aku kan terus mendoakan kesejahteraanmu di sana.
Cinta hatiku, hari ini
hari yang seterusnya kamu dihatiku. Dan aku tahu, sentiasa kau dihatiku,
sentiasa. Semakin hari cintaku padamu mekar, bagai mawar yang baru
mengembangkan kelopaknya satu demi satu setiap hari. Dan aku akan pastikan, ia
takkan layu sebagaimana hayat mawar yang sementara. Cintaku padamu tiada
akhirnya. Kerna doaku pada Dia yang mewujudkan rasa cinta ini, kekalkan cintaku
kepada mu hingga ke syurga.
Cinta hatiku, jarak
memisahkan kita. Negara yang berbeza. Menghirup udara yang berbeza, namun tetap
memandang bulan mentari yang sama. Dengan itu, tak pernah antara kita merasa
jauh malah terlalu hampir antara kita.
Cinta hatiku, aku menulis
tinta ini kerna tika ini aku terlalu merinduimu. Terasa degup jantungku berirama
luar biasa. Detaknya melodi yang tidak biasa ku rasakan. Melihat sahaja gambar
wajahmu, menenangkan degupan rinduku. Melihat senyummu, bisa membuatkan bibirku
yang sentiasa menyebut namamu turut tersenyum. Betapa kamu aku rindu, betapa
kamu aku cinta.
Cinta hatiku, aku
senantiasa menghitung waktu. Detik bila bisa kita bertemu empat mata. Detik
bila bisa kita berbicara, menyata rindu yang ada, menyata betapa kita saling
mencinta. Detik bila bisa kita menghulurkan segala apa yang terpendam di jiwa.
Aku yakin, detik itu akan tiba. Mungkin esok, lusa mahu hari seterusnya.
Biarlah bertahun ku menanti, aku berjanji akan terus setia menantimu, kerana
kamu cinta hatiku.
Cinta hatiku, warkah ini
akan aku nokhtahkan ia di sini. Akan ada coretan untuk mu di lain waktu.
Nantilah bila aku benar tak mampu menampung rindu yang membebani jiwaku. Waktu
itu akan aku kirimkan warkah rindu dan cintaku buatmu. Janjiku untuk setia,
janjiku mencinta, janjiku untuk terus menantikanmu. Sayangilah, cintailah aku
sebagaimana aku menyayangi dan mencintaimu. Moga kasih kita hingga ke syurga.
Mohon jua kasih DIA.
Kerna
cinta, kerna rindu, aku dari kejauhan untuk kamu.
Nurwateeqa.
No comments:
Post a Comment