Thursday, November 11, 2010

serabut!!!

not in a mood!
not in a mood!
not in a mood!


+++++++++++++++

as I've told u before. even if i am not in mood. i still can write. =)
agak tekanan sekarang. masalah datang. masalah pergi.
bila la selesai. tunggu MATI. =)
Ya Allah. Matikan aku dalam iman. Amin.

+++++++++
what are the things that kept bothering me?
dunno. still wondering.
erm.
I'm jobless rite now.
dunno what to do.
++++++++
I'm thinking of diet.
i have to!
naek ber KG-KG..
aiyooo.
dah sedat dah semua seluar.
seksis gitu.
wuahahahaha.
++++++++
novel?
ya.. i'm trying to write a novel.
and. An pun dah suke bace novel. yeahaa!
ade geng dah gile novel.
we just bought 2 novel.
done. dah abes bace pun.
Mama pun sokong hobi kitorg ( hobi??)
sebab mama pun suke bace novel.
=)



reminder: nak tido je la~

Wednesday, November 10, 2010

love is forever~ 06


”Puan.. Puan.. dah sampai ke tempatnya Puan..”
Aku yang sedang enak diulit mimpi terbangun dengan sapaan pemandu teksi itu.. Sisa air mata ku kesat dengan telapak tangan. Setelah membayar duit tambang, aku keluar daripada perut teksi. Namun kaki ku berhenti disitu. Kelibat lelaki dan perempuan yang sedang berbual di hadapan blok kolejku. Pandangan mereka terarah kepadaku. Haikal? Ayuni? Apa lagi dia mahu? Macam mana dia boleh sampai dahulu dari aku? Ku percepatkan langkahku.. lagi cepat ku ayun setelah aku lihat Haikal melangkah ke arahku..
” Sayang... tunggu dulu... kita bincang... ” ujar Haikal terus menggenggam lengan ku.
” Lepas lah, takde ape lagi nak dibincangkan.. ” balasku sambil cuba melepaskan cengkamannya yang agak kuat, terasa sakitnya. Haikal memperketatkan lagi genggamannya dan cuba membawa aku masuk ke dalam keretanya. Rontaan aku untuk melepaskan cengkamannya hanya sia-sia dan meletihkan.
”Awak nak bawak saya pegi mane nih!!” kasar aku bertanya, Geram!
Ayuni hanya mampu menggelengkan kepala dan tersenyum melihat keadaan aku dan Haikal.
”Zu.. hang pi ja lah ikut laki hang... buat macam kena culik ja.. apa la..” ujarnya sambil ketawa mengekek. Aku membalas dengan menjeling tajam. Sampai Hati!!
Aku pelik. Macam mana beg bagasi aku boleh siap sedia di tepi kereta?
”Ayuni, saya pinjam kawan awak ni seminggu ye.. nanti awak tolong salinkan nota-nota dan tugasan kuliah untuk dia ye.” ujar Haikal sambil tersenyum penuh makna.
” Stop! Apa semua ni? Kenapa beg saya ade kat sini.? Pinjam seminggu?” soalku penuh marah.
” Abang nak bawak Zu balik Kuantan, jumpa ummi dan baba.” tegas jawapannya. Aku terkesima. Senang hati betul dia buat keputusan.
” Zu taknak, siapa awak nak paksa-paksa saya?!.” jerkahku.
”Abang suami Zu!!.” jawab Haikal, keras. Aku terdiam. Senyap. Aku ditarik masuk ke dalam kereta. Paksa-Rela. Beg bagasi aku dimasukkan ke bahagian belakang kereta. Ayuni memandang aku penuh makna, senyumannya tidak lekang dari bibir. Aku memandangnya sayu. Seperti meminta untuk diselamatkan. Ayuni seperti mengerti;
” hang ikut ja la.. untuk kebaikan hang jugak.. seleseai baik-baik tau.” bisiknya padaku.
Aku hanya mampu mengeluh. Sampai hati Ayuni berkomplot dengan Haikal. Aku benci Haikal.
Perlahan kereta yang dipandu Haikal menyusur keluar.
” Jangan salahkan Ayuni, abang mintak tolong die siapkan baju Zu.. Abang..” belum siap Haikal habiskan kata-katanya, aku memintas.
”Zu taknak dengar ape-ape pun. Zu benci ape yang abang buat sekarang. Benci!” bentakku, keras. Keluhan Haikal kedengaran. Aku memandang keluar tanpa perasaan.
” Zu salah faham...” ujar Haikal perlahan tapi masih jelas di telingaku.
Aku hanya biarkan tanpa sebarang balasan. Aku masih terluka. Mata ku pejam rapat. Seolah-olah membiarkan semua masalah ini pergi dari fikiranku. Hati ku terus membisikkan doa, moga segala kesulitan ini menemui penyelesaiannya. Mudah-mudahan. Amin......
+++++++++++++++++++++++++++++

Tekak yang loya membangkitkan aku dari lena yang panjang. Tidak tertahan rasanya. Segala isi perut seakan-akan bertolak-tolak hendak keluar. Kepala aku pula makin berpusing-pusing seperti sedang bermain gasing. Ya Allah, kenapa ni...
” Abang.. stop kete...” suara ku sambil menekup mulut dengan tangan. Haikal yang terkejut dengan permintaanku yang tiba-tiba setelah lama menyepi, tidak terus memberhentikan kereta.
” Sayang kenapa? RnR baru je lepas..” jawabnya sambil sekali sekala mencuri pandang kepadaku.
” Berhenti cepat...nak mun...” belum sempat aku jelaskan segala isi perut ku sudah sampai ke garisan penamat. Seperti semua makanan yang telah terhadam aku keluarkan ketika itu. Bila dah aku termuntah, baru lah Haikal memberhentikan keretanya. Padan muka!
” Ya Allah... sayang kenapa nih..” soal Haikal sambil memicit belakang leherku. Aku ketika itu sudah pun keluar daripada kereta. Haikal memberikan sebotol air untuk aku berkumur. Setelah aku berasa selesa aku kembali ke kereta, aku melihat Haikal sedang mencuci sisa muntah di dalam kereta. Seluar aku basah dek muntah yang banyak. Aku makin mual dengan bau muntah yang melekat pada tubuhku. Aku menolak apabila Haikal menyuruh aku menukar pakaian di dalam kereta. Tidak sama sekali! Haikal hanya mampu menggeleng kepala dengan sikap degil aku.
”Depan sikit nanti ada RnR.. kite berhenti rest kejap, sayang boleh la tukar baju kat situ.” ujar Haikal setelah aku berada di sisinya. Aku hanya mampu mengangguk. Kepala aku masih pening. Tangannya segera ke dahiku. Risau. Aku mengerutkan dahi.
” sayang pucat.. sakit kepala ye?” soalnya lagi. Aku menjawab dengan anggukan kecil. Malas. Aku masih terasa hati. Aku masih marah. Aku masih benci. Haikal sedar tentang itu. Keluhan demi keluhan darinya buat aku faham, dia masih boleh bersabar. Setelah beberapa minit kemudian. Kami meneruskan perjalanan. Sebelum itu,Haikal sapukan minyak cap kapak ke belakang leherku, itu pun setelah aku kalah untuk menolak. Haikal menyuruh aku membuka tudungku, bagi sejuk kepala katanya. Aku menolak. Nonsense. Sebab pemolakan itu, aku kena benarkan dia sapukan minyak ke belakang leherku. Hanya Tuhan yang tahu degup jantung aku ketika tangannya lembut menyentuh leher ku.
++++++++++++++++++
Tepat jam 11 malam, kami selamat tiba di rumah ummi dan baba. Ummi dan baba telah pun di khabarkan berita kepulangan kami lebih awal oleh Haikal. Aku disambut dengan gembira oleh ummi dan baba. Aida Hanis, adik kepada Haikal masih belajar di UDM, mengambil kurus diploma kejururawatan, hanya ummi dan baba dirumah seketika ini. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke rumah ummi dan baba. Pertama kali adalah semasa kenduri 6 bulan dahulu. Selepas seminggu kenduri, aku pulang ke Kedah bersama keluargaku atas alasan aku perlu menguruskan hal kemasukkan aku ke Universiti. Ya, aku pulang tanpa Haikal. Oleh sebab itu, Haikal tidak pernah tahu perihal kemasukkan aku ke UTM . Kedatangannya ke UTM dua hari lalu, merupakan kali kedua kami bertemu. Namun, hati ini tidak sekali melupakan dia. Saat ijab kabul, cinta buat dia, mekar dan terus mekar. Haikal takkan pernah tahu. Haikal? Aku pun tidak pernah tahu apa perasaannya terhadap aku. Cinta buat aku jauh sekali rasanya, jika tidak masakan ada ”sayang” yang menelefonnya. Perempuan yang menghancurkan angan-angan aku bahawasanya Haikal mencintai aku. Saat itu aku sedar aku hanya bermimpi!

Tuesday, November 9, 2010

ilham. idea. mood baik.


idea akan datang kalau mood baik.
ilham pun sama.
mood oke. memang banyak ilham + idea.
but kalau mood tak oke pun banyak ilham kan? =)

___________________________________________

salam malam penuh barakah!

aku tengah mood baik punye!
why?
sebabnye.. aku post aku punye novel kat penulisan2u.my
then.. alhamdulillah. komen menggalakkan. walaupun bukan ramai yang komen.
tapi kalau kritikan pun oke jugak. sebab. aku malu tau nak bagi orang bace penulisan aku. huhuhuhu.. sebab tak berapa berbakat. orang kata.. aku masih bertatih.

bila kena puji. idea mencurah-curah. rajin bertambah-tambah. =)

aku nak belajar menulis. sebab. hobi. ya. hobi aku menulis.. tak percaya? jenguk la aku punye blog.. http://nurwateeqa.blogspot.com , haa.. kat sini kebanyakkan hasil tulisan aku. aku pun pelik, kenapa la aku tak letak novel kat blog tu je.. nanti la aku pikir sebab nye..

to those yang membaca blog-blog aku.. kept reading ya!

sebagai orang yang masih belajar menulis
dan sebagai seorang yang masih belajar berbahasa,
sokongan amat aku perlukan!!!


reminder: nak abeskan menulis! yes.. my love is forever!

love is forever~ 05


Deringan telefon haikal membuat pembacaan aku terganggu. Haikal sedari tadi di dalam tandas. Tersilap makan. Terlalu excited nak makan Char Kue Tiow petang tadi, suka sangat makan pedas tu lah bahana nya. Tandas la tempat nya. Aku mula rimas dengan deringan telefon berkali-kali. Telefon yang terselit di poket baju kemeja nya aku ambil. Nama pemanggil aku belek. Sayang? Siapa sayang Haikal? Aku? Dada aku berombak. Sifat ingin tahu menggunung tinggi. Ya Allah. Siapa sayang? Aku tekan butang hijau.
’B.. B pegi mane ni.. Baby call pun B tak angkat.. Baby mesej pun B tak reply. B!!”
“Hello B!!!”

Terkesima. Siapa Baby? B?
Jeritan perempuan itu aku biarkan. Aku matikan telefon. Aku terus mengemas barang-barang aku. Air mata seakan mahu menitis saat ini. Aku tahan. Takkan aku biar kolam air mata ini tumpah di depan dia. Takkan.
Sedang berkemas, Haikal keluar dari tandas, hanya bertuala. Matanya tidak berkelip melihat aku mengemas barang.
” sayang? Nak pegi mana.. belum pukul 5 kan...” soal Haikal curiga.
Setelah siap berkemas. Aku berdiri depan pintu, ”hantar saya balik sekarang jugak” ujar ku penuh getaran akibat menahan tangisan.
’ kan dah janji pukul 5.. kenapa ni..?” soal haikal, hairan.
” sekarang jugak, awak taknak tak ape. Saya tau balik sendiri” tanpa menunggu jawapan daripada dia aku terus memboloskan diri keluar. Jeritan haikal memanggil namaku aku biarkan. Entah mengapa air mata ini tetap berdegil mahu tumpah. Aku biarkan. Kali kedua aku dikecewakan setelah aku mulai menguntum cinta.
Haikal dibalut penuh kebuntuan. Nak mengejar, takkan tak berpakaian. Nak biarkan? Aduh.. apa lagi kali ni.. Ya Allah. Berikan aku peluang menebus kesilapan.
Telefon dibirai katil di ambil, setahu dia telefon ini masih belum dikeluarkan dari poket sedari pulang tadi. Kerana perut terlalu memulas, sampai sahaja di bilik hotel tandas menjadi sasaran pertama. Jangan-jangan... Haikal sudah mengesyaki sesuatu; di ambilnya telefon dan dibelek mesej dan panggilan.. Sayang.. Allah.. kenapa la aku simpan lagi nombor dia. Apa lagi betina ni nak? Apa yang Zu cakap dengan dia tadi.. aduh!

+++++++++++++++++++++++++++++++
”Puan nak ke mana?” suara pemandu teksi menjengah ke corong telingaku yang sedari tadi dihiburkan dengan esakan aku sendiri. Mujur hotel yang kami menyewa siap sedia kereta sewa untuk kemudahan pelanggan. Mujur.
” UTM ye encik.” ujar ku sambil melindungi suara esakan. Walau aku tahu, pemandu teksi ini sudah jelas-jelas tahu aku menangis. Biar lah. Aku nak cepat-cepat balik ke bilik. Hati aku remuk. Sudah enam bulan menjadi isteri Haikal. Kenapa bahagia belum menyinggah? Betul sangkaan ku. Memang Haikal tidak mencintaiku. Mana tidaknya, sedari tadi telefon ku sepi. Ya, aku terlalu berharap. Perasan! Mungkin ini lebih tepat. Dia hanya hendak menjalankan tanggungjawabnya. Atau dia hanya ingin membalas ”Jasa Besar” ku. Ah! Biarkan Zu! Bisik hati kecil, seakan memujuk diri supaya jangan lagi menitiskan air mata. Aku melayan perasaan sehingga aku terbuai mimpi disiang hari.

kering + kontang

kering kontang daerah minda
namun realitinya
air penuh melimpah
( kedah banjir!!!!)

_____________________________
salam malam yang indah!

keadaan masih belum stabil. maseh bosan. maseh kering idea. maseh kontang rasa nak menulis.
kenapa?
penat. mungkin,,
nak rehat. iye la kut.
saje malas. ye..hihihihihi

actually
tiada suara nak dibicara. tiada jiwa nak berkata-kata tiada hati nak ketawa.

mungkin mood belum datang.
macam mana eh.. orang leh post byk entri in a day??

erm...

nak habes kan novel pun dah mengantuk. =(





reminder: saya memang malas!

Saturday, October 30, 2010

~perempuan melayu terakhir~

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan.

salam sabtu yang barakah. i'Allah.

+++++++ perempuan melayu terakhir.. apa kes nih?

korang tengok tak program realiti tu? gadis melayu? malam tadi baru umumkan pemenang musim ke 3.. aku kenai yang pertama je.. aida.. ala yang baru kawen tu.. =)

aku tak berapa minat sangat program macam ni.. (kalau lelaki melayu tengok kut... hahahaha gatai)

aku suka tengok nyanyi-nyanyi.. waaaa.. aku akan jadik pengkritik jalanan. hihihihi..

eh.. lari tajuk dah.. ala,.. aku tak minat gadis melayu sebab aku takleh masuk... hihihi takde lah.. aku just nak borak-borak pasal gadis melayu.. i wanna be one of them because i am a malay girl too! kalau tak masuk gadis melayu tak semesti bukan gadis melayu kan.. =) kalau perempuan melayu ape eh yang berkaitan??? silat?? zaman-zaman dulu (bukan zaman kepahlawanan) mak-mak kite tak masuk pun kelas silat.. (hihihi aku pun ahli silat pesaka gayung)

kesah nye,,, perempuan melayu terakhir ni... kena pandai MEMASAK, MENGEMAS RUMAH, MENJAHIT, MENJAGA + MENDIDIK ANAK-ANAK, MENGAJI AL-QURAN.. ni kalau nak ikut seperti mak-mak kite la.. mak-mak kite kan pakar hal nih??? tul tak?? kalau korang join mak-mak masa kenduri ( siang bawang masa kenduri) mesti dia akan cerita hal anak-anak.. *mr.goo punye pic.. huhu

"kiah,.. anak jantan hang dah kawen ka??" "awat bedah... hang ada anak dara ka??" " tak la.. anak odah tu... baru abaih blajaq... dah la cerdik.. masak pun pandai... hang jgn kata pa.. dok tunggu reja.. dia dok amek upah jait baju... baguihhh budak tu... ngaji pun pandai... cucu odah suma dia ajaq ngaji... hang taknak ka..??


ni la serba sedikit borak-borak yang aku selalu dengar... (aku pun dah besa masuk jadik topik tapi takde la sampai puji aku pandai masak.. sebab aku tak pandai!! hahhahahha)

tapi kita zaman 2010.. so kena add la teknologi..

CELIK IT, OTAK MAU CERDIK PANDAI, PENAMPILAN MAU CUN, SENI PERTAHANAN DIRI (silat ke... yelah zaman banyak jenayah,...huhuhuhu)

*ambil dari mr.goo.. blog orangnye..huhu

so... korang paham tak entri nih?? aku nak sangat gadis-gadis melayu zaman 2010 dan yang akan datang ada ciri-ciri yang aku kaitkan tadi.. risau tengok anak-anak dara zaman sekarang.. ( banyak dah hilang dara walaupun maseh bawah umur... =,( )

apa nak jadik..
apa nak jadik..

ada setengah tu.. baru umur 16. dah kawen.. yelah umur 13 dah bercintan-cintun.. dalam pikiran diorang.. habes belajar kawen.. aduhai anak gadis melayu.. sedih kan...?

melayu dulu + melayu sekarang = melayu berjaya.





reminder: aku nak jadi anak gadis melayu yang berjaya dunia dan akhirat.

Friday, October 22, 2010

this is the end.

salam readers.

the moment that I've waiting was arrived. the end of my practical. but the feeling is different. differ from what i thought before. erm.

its already 13 weeks. tapi seperti semalam aku datang Kluang. seperti baru semalam aku kenal diorang semua. ahhh! hati sedih. serasa mahu menanges. nikmatnya menjadi guru. marah. penat. tapi bahagia. ya. kerna ada mereka.

aku pasti akan merindui mereka semua.

thanks to all SMCC. teachers staffs and my beloved students.

1(2) 1(3) 1(4)

pelajar-pelajar pertama aku dalam kerjaya seorang guru. mereka mengajar aku erti sabar. mengajar aku erti sayang. mengajar aku erti seorang guru. mereka bawa suatu kesah bahagia dalam hidup aku. terima kaseh! =)

kamu semua seperti adik cikgu sendiri!! sayang kamu!


kala aku melangkah ke situ
aku, kau belum kenali
kala aku bersuara
aku, kamu belum cintai

kala aku bersama kamu
kita bersama tanpa jemu
menimba segala ilmu

sayang nya
perpisahan terjadi jua
aku disitu bukan utk selamanya
hanya sementara
sekadar selingan antara masa.

namun..
kau tetap dihati
ini janjiku!





reminder: miss them so much! (baru bape jam je balik sekolah,,huhu)

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders