BAB 2
Rashid membelek bumper keretanya
yang pecah dan kemek dilanggar Nur Ayla. Nur Ayla setia memerhati sejak dari
tadi.
“Teruk betul ni. Awak langgar dengan
apa ni?” Rashid menyoal dengan senyuman. Hairan melihat kesan perlanggaran yang
seakan dilanggar oleh lori pula!
“Tu kereta saya.” Nur Ayla menunjuk
ke arah kereta myVi miliknya. Bumper belakang sudah jatuh terus.
“Macam mana boleh langgar ni?” Soal
Rashid lagi.
“Saya ni tak reti parking. Masuk pi
masuk mai, terus bum!” Nur Ayla bercerita, sengihan masih setia di bibirnya.
Rashid ketawa, teruk betul parking. Macam mana boleh dapat lesen?
“Mahal ni kalau tengok keadaan,
boleh ke bayar?” Rashid bersuara lagi. Nur Ayla tersenyum lebar.
“InsyaAllah, saya cuba selesaikan
sebaiknya. Encik bagi nombor telefon dekat saya. Ni semua details saya. Siap
salinan ic saya bagi.” Nur Ayla menyerahkan beberapa helai kertas kepada
Rashid. Berkerut kening Rashid menerima huluran kertas itu. Rashid membelek
satu persatu kertas yang diberikan Nur Ayla.
“Semua complete. Memang selalu
langgar orang ke Cik Ayla?” Rashid berseloroh.
“Agak selalu. Setiap bulan memang
kena keluarkan peruntukkan untuk repair kereta orang dan saya.” Nur Ayla
menjawab jujur.
“Jenuh juga tu.”
“Nak buat macam mana, saya kelam
kabut. Tak boleh nak ubah.” Nur Ayla tersengih sendiri.
“Mandi bunga tengok.”
“Tu macam nak cari jodoh.”
“Apa salahnya, sekali harung orang
Kedah kata.”
“Belum terfikir lagi. Lagi pun baru
ja putuih, malas nak cari ganti. Orang tak suka saya ni loqlaq.”
“Lah. Maaflah, saya tak tau.”
“Tak apa, benda biasa ja. Saya nak
balik Ipoh terus ni, apa-apa call saja. Saya tak lari.” Nur Ayla mahu
menamatkan perbualan. Segan pula berbual lama-lama di tepi jalan.
“Kerja dekat Ipoh?”
“Ya, sebab tu lambat sampai dan
kalut nak balik. Esok kerja pagi.”
“Macam mana nak balik bumper jatuh
tu?” Rashid terus menerus menyoal. Nur Ayla sudah penat menjawab.
“Tak apa. Saya angkat masuk butt, pastu
drive baliklah.”
“Kalau nak, saya boleh tolong pasang
balik.” Nur Ayla terus memandang ke arah keretanya yang sudah tampak togel
dengan bumper yang terjatuh.
“Tak ada tools.” Ujar Nur Ayla.
“Saya ada, jom.” Rashid terus
membuka butt keretanya dan mengeluarkan kotak peralatan yang ada.
“Saya pasang ni tak adalah elok pun.
Nanti sampai Ipoh cik Ayla kena pergi bengkel dan betulkan.” Ujar Rashid sambil
memperbetulkan bumper myVi Nur Ayla yang terjatuh.
“Pecah teruk juga ni. Ganas betul
cik Ayla bawa kereta. Bahaya ni ulang-alik jauh-jauh. Dah ada insurans?”
“Juai insurans ka? Patut pakai BMW.
Dah saya dah ada insurans. Saya ni loqlaq kena ambik awai-awai. Kurang-kurang
mak ayah saya ada habuan bila saya tak ada.”
“Uishhh ke situ pulak. Dah siap.
Nanti jumpa dekat Ipoh ajelah.”
“Ipoh jugak?”
“Iye. Meru. Cik Ayla.”
“Panggil saja Ayla. Sama juga, Meru
Permai.”
“Owh, sama. Saya Haluan Meru
Permai.”
“Erm, okay dah ni kan? Nanti apa-apa
terus call saja ya. Dah lewat ni, saya nak singgah rumah mak ayah kejap lepas
tu nak terus drive balik Ipoh.” Nur Ayla teragak-agak untuk terus memberi lokasi
rumahnya. Baru kenal kut setakat sudah beritahu yang sepatutnya pun rasanya dah
cukup.
“Tak nak konvoi balik ke? Saya boleh
tunggu.” Rashid seakan mahu meneruskan perbualan. Nur Ayla menggaru kepala yang
berlapik selendang.
“Tak apa kut. Encik balik dulu,
nanti saya balik sendiri. Terima kasih banyak no.” Nur Ayla menolak dengan
berhemah. Melebih pula Rashid, baru kenal kut!
“Panggil Rashid saja. Kalau macam tu
tak apalah. Hati-hati. Nanti sampai Ipoh saya call Ayla ya.” Rashid tersenyum
lagi dan lagi. Sejak dari awal tadi senyum sahaja, biarpun Ayla menyampai
perkhabaran tentang keretanya yang teruk dilanggar. Rashid sudah kenapa?!
2 comments:
Senanglah nak jumpa....😍😍😍
Kelakar citer ni kak suka
- kak min -
Post a Comment