BAB 1
Nur Ayla terkocoh-kocoh masuk ke
dalam dewan. Mencari tempat yang membolehkan semua tetamu yang hadir boleh
mendengar suaranya. DJ tidak ternampak pula ketika itu, yang terlihat hanyalah
mikrofon di pentas persembahan, yang dipegang oleh seorang lelaki.
Laju sahaja Ayla menapak ke arah
lelaki itu. Hadiah besar yang dipegang sejak dari tadi diberikan kepada lelaki
yang langsung tidak dikenalinya. Tanpa meminta kebenaran, terus sahaja mikrofon
di tangan lelaki itu di ambil dan diketuk-ketuk beberapa kali. Test mic!
“Maaf, maaf... mintak perhatian
semua.” Nur Ayla mula bersuara. Tetamu yang riuh rendah mula diam dan terus
memberikan perhatian kepada Nur Ayla.
“Saya ada terlanggaq reta BMW
mengelit-ngelit kat depan dewan nu... siapa punya tak tau?”
“Nombor Plat?” Lelaki yang memegang
hadiah Nur Ayla menyoal. Nur Ayla memandang sekilas sebelum menjawab.
“Nombor plat dia...” Nur Ayla
mengeluarkan pula telefon bimbit dari tas tangan yang tergantung di bahu.
“Haa... BMW 1989. Siapa punya reta?”
“Teruk mana awak langgar?” Lelaki
itu terus menyoal. Nur Ayla meletak mikrofon ke bawah.
“Awat dok tanya banyak? Saya nak
cari tuan punya reta.”
“Kereta tu kereta saya. Teruk mana
awak langgar?” Nur Ayla terdiam.
“Amat teruk.” Nur Ayla tersengih-sengih
seperti kerang busuk.
“Nur Ayla, what have you done?!” Suzanna yang cantik dalam persalinan
pengantin menghampiri dengan wajah serius.
“Macam biasa, aku langgaq reta
dia...” Nur Ayla terus tersengih panjang.
“Haa! Ayla, boleh tak hang ni kalau
sehari tak loqlaq? Sorry abang Shid, Ayla ni memang kalut, ni kali ke berapa
ratus tak tau dia rosakkan kereta orang.” Suzanna mula bising-bising.
“Bukan sengaja tau.” Nur Ayla
mengambil hadiah dari tangan Rashid dan terus menyerahkan kepada Suzanna.
“Jom la pi tengok. Senang nak buat quotation harga siap-siap.” Nur Ayla
terus mengajak Rashid ke kereta bagi melihat kesan perlanggarannya.
“Saya ada job ni, tunggu kejap
lagilah. Awak pi makan dulu ka apa ka na...” Rashid menunjukkan kepada band
yang sudah lama bersiap sedia untuk membuat persembahan. Nur Ayla terus
tersengih sekali lagi. Suzanna sudah menggeleng-gelengkan kepala.
“Opss... sorry.” Mikrofon terus
bertukar tangan.
“Boleh tak sebelum hang bangkit dari
katil hang setiap pagi, hang baca bismillah 21 kali. Bagi elok hari hang
sikit.”
“Amboi hang... kalau bab nak mengata
aku...”
“Betuilah, sampai hari kahwin aku
hang buat loqlaq. Sebab nilah aku tak mau hang jadi pengapit aku. Risau
terbalik habih pelamin aku.” Nur Ayla berdecit.
“Tak daklah sampai tera tu.”
“Habih yang jadi kat Julia tu apa
dia?” Nur Ayla menjeling dengan muka malas mendengar leteran Suzanna. Apa yang
terjadi sewaktu persandinga Julia adalah sebuah kemalangan. Kemalangan yang
membuatkan Julia sampai sekarang tidak bercakap dengan dia.
‘Bukan salah
aku, orang yang buat pelamin tu yang tak buat betul-betul. Aku pijak terus
roboh.’ Nur Ayla menjawab dalam hati. Matanya tertancap pada Rashid yang sedang
menyampaikan lagu Surat Untuk Starla. Sedap juga suara dia.
- bersambung nanti -
sila beri komen anda. okay tak?
4 comments:
Good intro,
Buat kita x sabo nak tahu what next...
Wahh penantianku kini telah berakhir. Haha.
wahh intro pon dh best ni..kaih2 sambung :)
Bestnya...cpt sambung abc 😊😊
Post a Comment