JANGAN LUPA KOMEN!
LOVE UOLS
PENGGANTI
SEPULOH-AKHIR
Rudy memerhati Haikal, yang sekejap
mengeluh sekejap meraup mukanya sekejap menyedut air minumannya. Sejak 30 minit
mereka bertemu, Haikal tidak bersuara apa-apa. Wajahnya terlihat begitu tegang
dan dalam masa yang sama muram.
“Kau okay ke tak ni?” Soal Rudy,
rimas melihat kawannya itu berdiam diri sebegitu.
“Suha. Dia dah tekad, tak nak aku
jadi pengantin dia nanti.” Rudy tercengang.
“Korang gila ke! 4 hari lagi ja.
Takkanlah?!”
“Salah aku, buat main-main soal
putus tunang. Suha betul-betul kecewa dengan aku.” Haikal mengeluh lagi.
“What everlah. She is the one for
you Haikal. Takkan kau nak lepaskan macam tu aje?”
“Aku sayang dia. Sayang sangat.
Tapi...”
“Tapi apa lagi Haikal. Pedulikan apa
dia kata. 4 hari lagi, sediakan diri kau nak jadi suami kepada Suha Binti
Sulaiman. InshaAllah, dia akan terima kau, sayang kau sebagaimana kau sayang
dia dari dulu sampai sekarang.” Rudy memberikan nasihat, tahu benar betapa
Haikal mencintai Suha. Kalau tak, tidaklah angau selama beberapa tahun selepas
bertemu Suha di UTM dahulu.
“Aku tak tahu, aku tak nak kecewakan
dia lagi dan lagi. Aku takut kalau aku berdegil, Suha akan terus membenci aku
selama-lamanya.” Haikal serabut. Rudy menggeleng, tidak setuju apabila Haikal
telah kalah dan berputus asa.
“Aku hanya mampu nasihat, selebihnya
kau yang kena buat.” Rudy sudah mati kata. Terpulanglah, andai melepaskan
dirasakannya sebagai keputusan yang terbaik.
“Mujur aku sempat dapat tiket datang
sini!” Marah Laila. Penat belum habis lagi, perjalanan 10 jam dari Johor ke
Kedah masih terasa. Suha hanya tersengih. Tekad untuk menjemput Laila ke
kendurinya dan menjadi pengapitnya nanti.
“Nanti aku tak bagitau, kau marah.
Aku bagitau kau marah juga.” Suha sengaja buat-buat merajuk.
“Mujuqlah aku sayang hang.” Laila
cuba berloghat Kedah.
“Semacam ja aku dengaq.” Meletus
ketawa mereka berdua.
“Nervous tak nak kahwin lusa ni?”
Soal Laila. Suha hanya tersenyum. Gementar yang amat sangat! Entah siapa yang
akan menikahinya esok. Adakah masih Haikal atau orang lain?
“Suha!” Jerkah Laila mengejutkan
Suha yang berkhayal sendiri.
“Ye, nervous la. Sebab aku tak tahu
siapa pengantin aku nanti.” Mendatar sahaja suara Suha. Laila hairan.
“Panjang ceritanya Laila. Mungkin
salah aku jugak. Mengada-ngada kecewa. Lepas tu buat keputusan untuk tak terima
dia.” Suha cuba menerangkan seringkas mungkin. Laila semakin tidak faham.
“Sekarang ni aku jadi pengapit
‘bidan terjun’ kau dengan alien?” Laila suka buat lawak walaupun tengah serius!
“Alien pun alien la. Sekarang ni aku
menyesal.” Suha mengeluh.
“Tunang kau datang dekat UTM tu
kenapa?” Soal Laila, dia tak berapa faham kisah sebenar yang berlaku.
“Dia datang cakap nak putuskan
pertunangan kami. Sebab tu aku buat keputusan tak nak terima dia walaupun dia
mengaku dia hanya pura-pura sebab nak tahu apa ada dalam hati aku.” Suha
menjelaskan.
“Kiranya korang ni tak pernah
bercinta?” Soal Laila lagi. Suha mengangguk.
“Sweet eh. So sekarang confirm
Haikal tak datang nanti? Orang lain ganti? Siapa?” Banyak pula soalan Laila.
Suha mencebik dan menggeleng.
“Pulak! Ibu dengan Ayah tau tak ni?”
Suha menggeleng lagi dan lagi.
“Naya ni. Kes naya ni! Meh nombor
Haikal. Aku akan paksa dia mai jugak lusa ni.” Entah macam mana Laila asyik
terkeluar loghat Kedah.
“Ish... malu la aku!” Bentak Suha.
“Kau ni mengada betul tau tak.
Berlagak sangat tak nak, sekarang sedih-sedih. Hang habaq ja hang sayanggggg
kat dia kan. Hang dah cinta dia kan.” Laila sudah bercekak pinggang. Suha
mengeluh melepas hela, kepalanya diangguk perlahan-lahan.
“Padan muka, kahwin dengan bangla la
hang esok ni.” Laila ketawa berdekah-dekah, sengaja mahu mengenakan sahabatnya
itu. Suha menyembam muka ke bantal.
“Kita ni kena matang bila datang
soal nikah kahwin ni Suha. Kena guna akal bukan hati semata-mata. Kau dah buat
keputusan, sekarang kena tunggu keputusan Haikal. Sama ada dia tetap menjadi
pengantin kau atau tak. Nasihat aku, kau berdoa dan banyakkan solat sunat.
Siapa pun nanti, itulah jodoh kau.” Laila memeluk Suha memberikan kekuatan.
Suha dari perkenalan pertama mereka sememangnya banyak berahsia. Suha suka
merendah diri, suka membiarkan dirinya terluka. Sekarang hanya kerana cuba
bertegas Suha tersilap percaturan. Hatinya kian terluka.
“Apa jadi dekat kau malam tu?” Soal
Laila. Semakin tahu tentang cerita Suha. Cerita cinta yang agak menarik, macam
novel! Laila masih asyik membantu Suha memakai inai. Esok harinya, Suha
kelihatan semakin kuat setelah Laila banyak ember kekuatan.
“Daniel marah-marah. Dia bengang aku
terima Haikal. Sedangkan dia salah faham. Daniel cuba nak kiss pipi aku. Sebab
tu aku tampaq dia.” Suha gelak mengenangkan malam itu, betapa kuat dia menampar
Daniel yang cuba melepaskan amarahnya dengan cuba mengambil kesempatan ke atas
Suha.
“Boleh gelak?” Laila mencebik.
“Kuat tau aku tampaq. Daniel ni
sebenarnya frust menonggeng bila Dayanna, awek dia nak kena kahwin dengan
pilihan keluarga. Dayanna yang masa tu merajuk dengan Daniel setuju dengan
family dia.” Cerita Suha.
“Jadi bila dia dengar kau nak dekat
Haikal, Dayanna pulak nak blah dari dia. Jadi dia bengang la eh?” Suha
mengangguk.
“Habis yang kau punya baju siap
rabak-rabak tu apa?” Laila berloghat Kedah lagi. Pelik betul bunyinya!
“Takdalah rabak. Koyak sikit ja.
Lepas aku tampaq, aku nak lari keluar dari kereta dia. Aku jadi kelam kabut,
nak bukak tali pinggang keledar lagi. Dalam dok kalut-kalut aku pun terjatuh
terus dari kereta. Baju aku tersangkut tang mana entah. Tu jadi macam tu.”
Laila sudah menahan ketawa. Suha tersengih sahaja.
“Daniel nak tolong, tapi aku
menangis sungguh-sungguh sangat, dia mintak maaf dan terus balik.” Terang Suha.
Laila mengangguk faham, tangannya masih ligat memakaikan jemari Suha dengan
inai.
“Haikal dah tahu?” Soal Laila.
“Daniel dah cerita semua. Sebab tu
Haikal datang UTM dan cuba nak main-main dengan aku.” Suha bersuara lirih.
“Kenapa dia buat macam tu?”
“Malam aku dengan Daniel tu, Daniel
ada bagitau Haikal tu betul-betul sukakan aku. Daniel pun kata aku ni sukakan
Daniel. Aku keliru. Selepas Haikal sanggup terima aku walaupun dia tak tahu apa
yang berlaku, buat aku percaya yang hati aku dah pun ada dengan dia.” Laila
tersenyum mendengar kisah hati Suha.
“Jangan menyesal Suha. Allah tahu
jodoh sebenar kau. Kalau pun esok bukan Haikal, kau kena kuatkan hati kau untuk
redha. Allah sebaik-baik penentu.” Laila memberikan sedikit peringatan dan
nasihat. Suha hanya tersenyum.
“Terima kasih Laila, aku tak tahu
kalau kau tak ada sekarang, dengan siapa aku nak luahkan semua ni. Terima kasih
sebab datang.” Suha sudah bermain air mata. Laila juga.
“Janji dengan aku, kau mesti
bahagia.” Ujar Laila. Suha hanya mengangguk perlahan. Dalam hati Suha berdoa,
agar Allah memudahkan segala-galanya.
Haikal termenung di birai katil.
Memandang resah ke arah baju nikahnya yang elok tergantung. Pergi atau tak
pergi? Jam sudah pun tepat jam 9.00 pagi. Lagi satu jam pernikahan akan
berlangsung. Sejak malam terakhir bertemu empat mata dengan Suha, Haikal tidak
lagi menghubungi Suha. Apa khabar gadis itu? Masih tekad dengan keputusan yang
sama atau turut sama merasa rindu dengan dia?
“Pakai cepat. Suha akan terima.”
Daniel yang sedari tadi memerhati kelakuan Haikal menegur. Haikal meraup
wajahnya berkali-kali.
“Tak. Aku takkan pergi.” Haikal
membuat keputusan.
“Jangan buat kerja bodoh!” Marah
Daniel.
“This is what she want.”
“Korang berdua ni sama aje degilnya.
Terpulang, kalau kau nak terus hidup dalam penyesalan selepas ni teruskan
dengan keputusan bodoh kau ni!” Daniel menumbuk pintu, melepas amarahnya.
“Haikal tak siap lagi?” Tegur Puan
Johanna yang baru turun dari biliknya bersama-sama Imtiyazz.
“Dia tak nak kahwin.” Puan Johanna
dan Imtiyazz tercengang. Pulak!
“Gila ke apa? Jangan buat malu
mama.” Marah Puan Johanna, laju sahaja dia melangkah ke bilik Haikal.
“Haikal! Jangan sampai mama pakaikan
baju tu. I give 10 minutes to be ready! I warn you!” Puan Johanna menjerkah.
Penat sudah melayan perangai anak terunanya. Dulu bukan main nak jadi hero,
harini jadi watak jahat pulak?
“Mama...”
“Don’t you dare to go against my
word!” Puan Johanna laju sahaja memintas kata-kata Haikal. Haikal terdiam, dia
merebah terus tubuhnya ke katil. Letih! Tak tahu apa yang perlu dilakukan saat
ini. Pergi atau lari?
Suha yang sudah siap dengan mekap
dan baju nikah kini mundar mandir. Sudah 15 minit berlalu. Orang diluar sudah
kecoh-kecoh. Haikal datang atau siapa yang akan datang? Hatinya gundah.
“Suha, cuba kau duduk kat sini
diam-diam. Aku tengok kau macam ni lagi aku serabut.” Laila menepuk tilam
perlahan. Memujuk Suha supaya bertenang.
“Kalau tak ada sesiapa datang macam
mana? Ibu dengan Ayah mesti malu.” Air mata Suha sudah bergenang. Menunggu saat
menitis ke pipi.
“Haikal akan datang. Percayalah.”
“Mana kau tahu. Haikal tu bukan
lelaki biasa.”
“Ye, sebab dia bukan lelaki biasalah
aku yakin dia akan datang. Datang mendapatkan gadis luar biasa dia ni.” Laila
cuba memujuk dan menenangkan Suha.
“Kau main-main lagi masa ni. Hati
aku ni dah main drum dari tadi. Rasa nak meletup pun ada.” Suha sudah tidak
tentu arah. Hanya Allah yang tahu saat ini apa yang berlaku dalam hati dan
fikirannya juga di sana, apa yang sedang berlaku dengan Haikal.
“Duduk dan istighfar.” Laila
bertegas. Suha ditarik ke birai katil.
Kedengaran kekecohan diluar rumah.
Laila segera ke tingkap bilik Suha untuk melihat apa yang berlaku.
“Dik awat depa bising-bising tu?”
Soal Laila kepada seorang budak perempuan yang kebetulan lalu ditepi tingkap
bilik itu.
“Pengantin laki dah sampai kak.”
Jawapan yang membuatkan Suha dan Laila mengurut dada. Lega! Suha mengucap
syukur namun sesaat kemudian dia terus berdiri tegak.
“Laila jom keluar sekarang. Aku nak
tengok pengantin aku.” Tangan Laila terus ditariknya.
“Wehhhh! Hang lupa ka hang pengantin
perempuan. Jangan buat loqlaq naa. Biaq cheq yang pi tengok.” Laila kembali
memaksa Suha untuk duduk. Laila keluar dari bilik meninggalkan Suha sendirian.
Suha berdecit. Nak tahu siapa lelaki yang akan menikahinya. Nama Haikal terus
disebut-sebut dalam hati. Nak pulak kau Suha, haritu beria-ria tak nak dia.
Hati Suha mengutuk sendiri.
“Suha, aku harap kau sabar
banyak-banyak. Istighfar dan redha tau.” Ujar Laila sebaik sahaja masuk ke
bilik. Suha sudah gabra.
“Kenapa? Haikal tak datang? Siapa
pengantin aku?” Suha sudah menyoal banyak. Resah!
“Kau kan dah redha untuk sesiapa
jadi pengantin kau harini, kau lupa?” Laila masih tetap mengingatkan. Suha menghela
nafas perlahan. Air mata yang mula mengalir, diseka perlahan.
“Allah tahu yang lebih baik. Aku redha.”
Suha menguntum senyum. Laila juga tersenyum dan terus memeluk rakannya itu. Mereka
berdua menarik nafas dalam-dalam dan terus melangkah keluar sebaik sahaja Ibu
masuk dan meminta mereka untuk keluar. Sesiapa pun, inilah jodoh dari Allah.
Suha tunduk sahaja. Debaran dihati
kian terasa. Masanya telah tiba. Suara tok kadi telah kedengaran. Ayah akan
nikahkan dia dengan jodohnya hari ini. Apalah yang ibu dan ayah rasa ketika
ini, bukan Haikal yang menjadi menantunya. Suha akan jelaskan selepas ini,
selepas selesai semuanya.
“Muhammad Khaliff Haikal Bin Johari,
aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Suha Binti Sulaiman dengan mas
kahwinnya satu ribu ringgit tunai.” Suara ayah kedengaran, nama yang disebut
ayah itu membuatkan Suha cepat sahaja mengangkat wajahnya. Air mata laju
mengalir. Senyuman mula menguntum. Dalam hati Suha mengucap beribu kesyukuran.
“Aku terima nikahnya Suha Binti
Sulaiman dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai.” Hanya dengan sekali
lafaz Suha dan Haikal telah sah menjadi suami dan isteri.
Laila yang berada di sisi Suha hanya
tersenyum, gembira kerana tahu rakannya akan bahagia, inshaAllah untuk
selama-lamanya. Suha mencubit kecil paha Laila kerana menakut-nakutkannya
sebentar tadi. Laila hanya ketawa.
“Suha cepat sedia, Haikal nak sarung
cincin tu.” Ujar Ibu yang sudah merah matanya kerana menangis. Satu-satunya
anak telahpun menjadi milik orang. Suha membetulkan duduknya. Haikal sudahpun
sedia mengambil tempat betul-betul di depannya. Haikal memegang bekas cincin,
wajah Suha yang telah menjadi isterinya itu dipandang. Wajahnya beriak cemas. Suha
mengerut kening, kenapa dengan dia?
“Awak masih marahkan saya? Awak boleh
terima saya jadi suami awak?” Perlahan sahaja Haikal menyoal. Suha tersenyum
dan terharu. Begitu sekali Haikal resah dengan keputusan Suha.
“Saya mintak maaf sebab marah awak.
Saya sayang awak.” Suha membalas. Haikal yang tadinya muram sahaja, terkejut dengan
pernyataan Suha. Senyuman terus sahaja terukir di bibirnya. Jemari Suha dicapai
dan terus disarungkan cincin ke jari manis isterinya. Suha mencium tangan
suaminya. Mereka berdua tersenyum sesama mereka. Hanya mereka yang tahu gelodak
rasa 2 minggu ini.
“Terima kasih sebab datang.” Ujar
Suha
“Thanks to mama sebab paksa. Saya dah
putus asa Suha.” Ikhlas sahaja Haikal memberitahu.
“Saya harap selepas ni kita lebih
berterus terang.” Suha tersengih.
“Saya ke awak yang banyak berahsia?”
Haikal menyoal sengaja mengusik isterinya yang sudah tersipu-sipu.
“Tak apa siapa-siapa pun. Asal jangan
berahsia.” Suha ketawa, matanya memandang Haikal seolah-olah mahu mengetahui
sesuatu.
“Kita jumpa dekat PSZ, masa tu pen
awak terjatuh. Awak pakai jubah merah. Awak senyum aje masa tu. Pen tu awak
kata bukan awak punya.” Haikal mula bercerita memahami isterinya itu mahu tahu
kisah sebenar pertemuan mereka.
“Masa first semester saya dekat UTM?
Awak dengan kawan-kawan awak kan?” Suha menyoal, cuba mengingat kembali. Haikal
mengangguk.
“Lepas tu kita ada jumpa lagi dekat
bazaar kolej Perdana. Saya ada belikan awak ayam golek. Ingat tak?” Suha mulai
ketawa. Yang itu tak boleh lupa. Sejak hari tu, kecoh dalam kelasnya Suha sudah
ada ‘pakwe’!
“Ingat sangat, semua orang tak
berani kacau saya lepas tu. Patutlah saya macam kenal aje awak masa pertama
kali kita jumpa dulu. Tapi...” Suha tak menghabiskan kata. Suha hanya
tersenyum.
“Tapi apa?”
“Masa kita jumpa awak nampak
sombong, ego sangat. Dulu awak nampak nakal-nakal tapi baik.” Suha jujur.
“Saya hidup dalam kerinduan terhadap
awak. Saya tak jumpa awak kat mana-mana. Jenuh saya cari sampailah saya grad. Tetap
tak jumpa awak.”
“Saya cuti satu semester. Ayah jatuh
sakit.”
“Allah kekalkan jodoh kitakan
sayang.” Suha menarik muka dan ketawa. Geli!
“Semacam ja saya dengar sayang awak
tu.” Suha ketawa lagi. Haikal tersengih.
“Kena biasakanlah, kita dah kahwin. Nak
pergi honeymoon mana?” Haikal mengangkat-angkat keningnya.
“Langkawi boleh?”
“Langkawi je?”
“Tak pernah pergi.”
“Alolo sian dia. Okay, lusa kita
pergi. Be ready sayang.” Ujar Haikal nakal! Suha menjelir, gelilah!!!!
Mereka hanya ketawa dan tersenyum. Terima
kasih Allah. Terima kasih atas semuanya. Terima kasih untuk jodoh ini. Terima
kasih.
.ALHAMDULILLAH.
++++++++++++
okay kan? komen tau.
thank you ye. :)
.
10 comments:
:-) so sweet
cieee cieeee siap tuh penggantinya ?? so sweet bangettt dehhhhhh
Tq 😀
Thumb's up.
Wowww!sweet betul la😍
Awesome
Awesome
Best 😊
Post a Comment