PENGGANTI
LIMA
Suha sudah mula tidak senang duduk.
Kuku jarinya digigit-gigit bagi membuang getaran dan debaran yang melanda
dirinya. Sesekali tirai tingkap biliknya diselak untuk memandang keluar. Selagi
mereka tidak pulang selagi itu dirinya diselubungi debaran. Kenapa Haikal perlu
membuat keputusan sesuka hatinya? Sampai bila dia harus mengikut telunjuk
lelaki itu? Suha mengeluh berat.
“Dah, jangan dok buat muka lagu tu.
Dah selamat semua, Suha meh keluaq, depa nak sarung cincin.” Ujar ibu yang
entah bila menjengah ke biliknya.
“Sarung cincin?” Suha kembali
menyoal. Cincin tanda bukan boleh lepas-lepas ni sarung ke? Perlu ke masa semua
keluarga berkumpul macam ini?
“Yelah, depa kata terus tunang.
Senang sikit, nanti terus nikah ja. Jimat.” Ibu menggamit Suha supaya melangkah
seiring dengannya. Suha terlopong.
“Tunang?” Ibu ketawa kecil.
“Bakal suami kamu tu dok buat lawak
dari tadi. Lenguh pipi ibu nak gelak, Suha jangan dok tambah lawak. Cepat depa
dah lama tunggu.” Ibu melangkah menghampiri suha dan terus menarik lengan gadis
itu supaya bangun berdiri dan melangkah keluar ke ruang tamu di mana semua
tetamu istimewa hari itu sedang menantikan dia.
“Ibu, lawa ka baju ni? Muka Suha?”
Entah kenapa soalan itu yang keluar dari bibirnya ketika melangkah ke ruang
tamu. Ibu ketawa kecil. Wajah Suha dibelek penuh kasih.
“Suha anugerah terindah ibu dan
ayah. Cantik untuk segala-galanya.” Ibu mengucup pipi Suha bagai mengalirkan
kasihnya buat anak gadisnya itu. Suha terharu. Tubuh ibu dipeluknya erat. Kasih
Ibu tiada galang gantinya.
“Awat dok buat drama ni, cepat sikit
orang tunggu lama dah tu.” Suara ayah mematikan segala perlakuan, disambut
dengan ketawa Suha dan ibunya. Langkah kembali diatur ke ruang tamu.
“Bismillah...”Bisik hati kecil Suha.
Semua mata memandang ke arah Suha
yang berpakaian cantik daripada kebiasaannya. Suha melangkah perlahan-lahan
penuh sopan. Jantungnya berdegup pantas seperti sedang berlari 1000 kilometer!
Genggaman Ibu semakin erat dirasakan, bagai sedar akan getaran yang anaknya rasai
sekarang ini.
Suha mengangkat wajah dan mula
meliar memandang ke arah semua tetamu yang hadir. Ada dalam 15 orang semuanya
termasuk saudara terdekatnya. Gamitan ibu membuatkan Suha kembali melangkah,
terus menghampiri Puan Johana. Tidak langsung kelihatan wajah orang yang
dicarinya, entah ke mana lelaki itu pergi.
“Mama minta maaf atas semua yang
berlaku, mama harap Suha terima Haikal dengan hati terbuka. Mama tahu, Haikal
sangat sayangkan Suha.” Ujar Puan Johana perlahan seakan berbisik kepadanya sebelum
menyarungkan cincin tanda ke jari. Suha sekadar mengangguk. Lidahnya keras,
kelu.
“Haikal dah janji dengan mama, dia
akan jaga Suha sebaik-baiknya.” Puan Johana menambah sebelum cincin
bertakhtakan berlian itu disarung ke jari manis Suha. Kini Suha dengan rasmi
menjadi tunangan Khalif Haikal! Getaran itu hilang seakan pergi dihalau sepoi
angin. Suha menggariskan senyuman di bibirnya. Tangan Puan Johana disalaminya
penuh sopan. Beberapa cahaya kamera menarik perhatiannya. Ahh! Macam artis!
Suha berbisik sendiri.
“Panggilkan Haikal, ambil gambar.”
Suara lelaki itu membuatkan jantung yang reda getaran ‘tsunami’nya kini kian
bergelora. Tidak sampai seminit, Haikal dengan senyuman yang melebar sudah
sedia melabuh duduk betul-betul di sebelah Suha. Suha memandang tanpa kelip.
“Sabar, tak berapa lama dah kita nak
nikah.” Suha mengerut dahinya. Perasan la tu! Suha berdecit. Haikal ketawa
kecil, sengaja mengusik tunangannya itu.
“Senyum Suha, nanti buruk gambar
saya.” Makin galak Haikal mengusik Suha yang sudah kemerahan pipinya akibat di
sakat begitu dan di tambah pula dengan saudara mara yang mula ketawa dengan
gelagat Haikal. Haikal sangat berbeza, berbeza daripada yang dikenalinya
sebelum ini. Dia lebih ceria!
“Apa yang ‘happy’ sangat eh?” Suha
memberanikan diri menyoal Haikal ketika semua tetamu sedang menjamu selera.
Mereka? Masih berdua di penjuru rumah hanya memerhatikan tetamu sambil menjamah
pulut kuning yang menjadi hantaran Haikal buat Suha hari ini.
“Sebab saya dapat booked awak.”
Selamba Haikal menjawab. Suha sudah mencemberut wajah.
“Ingat order barang ke main book?”
Suha mengetap giginya menahan geram. Haikal ketawa lagi dan lagi. Tak penat ke!
Suha mengeluh perlahan.
“Awak sepatutnya bersyukur, saya
datang selamatkan maruah awak.” Haikal mula bersuara, serius. Suha memandang
Haikal, menunggu lelaki itu menjelaskan apa yang ingin diketahuinya.
“Maksud awak yang berlaku hari tu?”
Suha menyoal. Haikal sekadar menggangguk, mulutnya masih menjamah pulut kuning
penuh berselera. Suha mengeluh lagi, lebih kasar.
“Awak tak tahu apa yang jadi dan
yang pasti saya masih suci!” Suha bersuara lebih tegas namun masih perlahan,
cukup untuk didengari oleh Haikal seorang sahaja.
“Siapa yang boleh buktikan awak
suci? Sekadar cakap tak jadi apa-apa...” Haikal menjawab sinis. Sinis hingga
tersentap tangkai hati Suha. Kerana geram laju sahaja jari Suha membalas
dendam, biar pedih sepedih hatinya sekarang.
“Ouch!” Haikal mengaduh kuat hingga
berdiri dari duduknya. Suha menekup mulut menahan ketawanya. Padan muka! Semua
mata memandang ke arah mereka berdua. Haikal menggosok pahanya yang perit di
‘ketam’kan Suha sambil matanya memandang tajam ke arah Suha yang turut
memandang dengan muka yang memerah menahan ketawa.
“Awat ampa dua ni, malu kat orang
aih...” Ibu yang menghampiri berbisik dengan kerutan di dahi.
“Saya tak sangka tunang saya ni ada
jari ketam ibu.” Haikal mengadu manja. Suha yang mendengar dan melihat mengetap
bibir.
“Manja!” Suha berbisik sendiri namun
masih didengari oleh Haikal dan Ibu.
“Jealous la tu!” Haikal mengejek.
Membuat Suha makin panas hati dan terus menyilang tangan memeluk tubuh. Ibu
sekadar menggeleng dengan senyum yang tak lekang. Suha bahagia ibu bahagia,
bisik hati kecil ibu.
++++++++
Pengganti 6 dah siap. after yang suka marah-marah saya tu komen. saya post. hehe
takdelah gurau-gurau. esok malam part 6.
pengganti akan di habiskan sampai 10.
komen ye. miss uols lah! ^^v
2 comments:
best!!
Great bloog you have
Post a Comment