BLIND DATE 1 (BUKAN SAYA!)
Panas. Cuaca
sekarang amat panas. Tapi panas lagi hati Dhia. Panas hati dengan kawan
serumahnya yang sudah buatkan diri Dhia terperangkap dalam satu ‘Blind Date’!
Inilah yang orang kata, harapkan pagar, pagar makan padi. Nak aje disumpah seranah
tapi difikir-fikir diri yang sedang mengganti puasa yang masih tertunggak, di
sabarkan sajalah.
Telefon ditangan
dipegang erat. Sekali sekala dipandangnya. Entah siapa yang bakal ditemuinya.
Tak kenal, tak tahu apa-apa. Dhia ke sini kerana kawan serumahnya kata ada
masalah besar. Bila sampai, barulah hal sebenar diberitahu. Benci!
Lamunannya
tersentak apabila kerusi di hadapannya ditarik dan terus di duduki oleh seorang
lelaki. Tidak ada salam, tidak ada sapaan, kesimpulan tiada adab!
“Haaa. Awak ni
salah tempat ke apa?” Soal Dhia tanpa lapik-lapik. Sudahlah panas hati, lelaki
di depannya ini memang cari nahas.
“Bukan. Nur Dhia
Adzara Binti Ahmad?” Soal lelaki itu, merenung terus ke arah Nur Dhia dengan
kaca mata hitamnya. Poyo amat!
“Ye saya. Awak siapa?”
Dhia cuak. Tahu nama siap nama abah sekali.
“Nour. Nour Zaed”
“Haa. Noh? Zaed?
Siapa? Tak kisahlah. Macam mana tahu nama saya? Lagi satu, siapa suruh duduk
sini. Saya tengah tunggu orang ni.” Dhia mengerut dahinya, muka cuak ditutup
baik. Mana tahu orang ni berniat jahat ke. Muka kena berani, walaupun hati
sudah lari 1000 km/jam!
“Saya orang yang
awak tunggu. Tak baca mesej ke? Tak tengok gambar ke? Apa ke pelik awak ni?”
Lelaki yang bernama Nour Zaed itu berdecit, kaca mata hitam ditanggalkan. Wajah
gadis di hadapannya ditelek. Ditelek dan ditelek. Dhia sudah mencerut wajah.
“Maaflah ye encik.
Saya bukan orang yang terima mesej, terima gambar. Saya ni mangsa. Bidan
terjun. Kawan saya tu tiba-tiba sakit perutlah apalah. Pergi mana pun saya tak
tahu, yang saya tahu dia suruh saya tunggu sini sampai orang yang dia nak jumpa
datang.” Panjang dan lebar. Dhia puas hati. Lunas rasa marahnya.
“Maaflah cik Nur
Dhia Adzara Binti Ahmad. Tapi saya terima mesej dan gambar, dan memang awak
orangnya.” Ujar Nour Zaed, telefon bimbitnya ditunjukkan kepada Dhia.
Terpampang wajah Dhia di skrin telefon Nour Zaed. Dhia terlopong.
“Eh.. ni gambar
saya. Macam mana boleh ada dekat awak? Siapa bagi? Eh… salah orang ni.” Dhia
cuak dan kali ni tak sempat nak cover. Nour Zaed tersenyum sinis. Jelas di mata
Dhia. Dhia menghela nafas.
“Sumpah!” Dhia
mengangkat tangan kanannya seperti orang berikrar.
“That’s cute. Tapi
jangan berdolak dalih. This will be my last blind date. So, awak nak atau awak
tak nak. Awak kena terima saya.” Nour Zaed memakai kembali kaca matanya. Kerusi
disorong ke belakang dan terus bangun berdiri.
“Jom.” Nour Zaed
menghulur tangan.
“Eh… ke mana. Saya
dah kata bukan saya. Jadi saya tak nak terima. Encik paksa ke saya rela ke saya
tak nak!” Laju Dhia bangkit dan terus melangkah keluar dari perkarangan kafe
itu. Nour Zaed merengus kasar. Jam di tangan dibelek. 30 minit sebelum waktu
yang dijanjikan dengan Mummy dan Tok Mak.
Langkah Nur Dhia di kejarnya dengan
hanya beberapa langkah. Nur Dhia bukannya tinggi mana, rendah. Mungkin separas
dada Zaed sahaja, jadi mudah amat nak kejar. Lengan Nur Dhia direntap. Mujur
sahaja tidak tersungkur.
“Eh….!” Nur Dhia merentap. Wajahnya
mencemberut.
“Eh, Oh, Ah…. Saya dah lambat. Awak
suka atau tidak, saya tak nak tahu, yang saya tahu saya nak awak ikut saya.
Jadi, adalah lebih baik awak diam dan ikut saya. Faham.” Lengan Nur Dhia
dicengkam kuat dan terus sahaja ditarik. Memaksa Nur Dhia untuk berjalan
bersamanya.
“Encik ni tak faham bahasa ke apa,
kan saya kata salah orang!” Nur Dhia cuba melawan, tangannya cuba ditarik dari
cengkaman Nour Zaed. Tetapi lelaki itu masih kuat mencengkam dan menarik Nur
Dhia sehinggalah ke keretanya.
“Awak lebih baik diam.” Nour Zaed
memberi amaran. Wajahnya bengis. Nur Dhia terdiam, lengan yang telah dilepaskan
digosok perlahan-lahan. Nur Dhia hanya menurut, hatinya resah tetapi kakinya
tetap melangkah masuk ke dalam kereta lelaki itu. Kerja gila! Balik nanti
tahulah dia nak mengajar si Sarah tu!
“Be nice, be a good girl. Mummy dan
Tok Mak tak makan orang.” Tutur Nour Zaed sebaik sahaja Nur Dhia melangkah
keluar dari kereta. Tersergam indah sebuah rumah di penghujung sebuah kampung.
Kampung di Bandar Ipoh, taklah kampung sangat.
“Mummy? Tok Mak? Saya kena jumpa
orang tua awak ke?” Nur Dhia sudah gelabah.
“As you promised yesterday. Saya ada
mesej-mesej awak. Jadi kalau nak lawan dekat mahkamah pun saya boleh menang.
Siap boleh saman sejuta lagi tau!”Nour Zaed seakan mengugut. Tapi Nur Dhia
Adzara bukan perempuan lemah gemalai sopan santun ayuss gebuss tu.
“Silap orang. Saya tak takut sikit
pun ye. Dah la, baik selesaikan semua apa yang ‘saya’ janji tu. Lepas habis
hantar saya balik.” Ujar Nur Dhia, malas hendak melawan kata.
“Bagus. Jom.” Nour Zaed menghulur
tangannya. Lagi sekali Nur Dhia menghela nafasnya kasar.
“Tolonglah encik. Tangan encik ni
HARAM nak saya pegang. So please eh, jauh-jauh sikit” Nur Dhia bengang. Hatinya
berdetik “Tak reti halal haram ke?”
“Tak romantiklah. Nanti Mummy dan
Tok Mak tak percaya.” Nour Zaed membangkang. Tangan sudah menyeluk saku
seluarnya.
“Apa ke hal pulak kena
romantik-romantik ni? Lagipun romantik bukan dari segi perlakuan aje tau.”
Terus sahaja Nur Dhia menapak pergi. Malas nak layan Mr. Poyo berkaca mata tu.
Silau ke apa entah!
Nour Zaed kemudiannya menuntun
langkah. Tidak terus ke dalam rumah tetapi ke bahagian sisi rumah. Tersergam
sebuah taman mini yang dihiasi dengan pelbagai jenis pokok-pokok bunga dan
herba. Bau yang amat menyenangkan, tambahan pula dengan bunyian air dari air
terjun mini yang berada betul-betul di belakang meja putih yang menempatkan dua
orang wanita. Seorang masih tampak muda dan seorang lagi sudah jelas usianya
dari kedut-kedut wajahnya.
“Assalamualaikum. Mummy, Tok Mak.”
Nour Zaed terus sahaja menyalami kedua-dua wanita itu. Mereka tersenyum, mata
tak lepas memandang Nur Dhia yang berdiri betul-betul di belakang Nour Zaed.
Nur Dhia gelabah. Tidak biasa dipandang sebegitu. Namun, pantas dia menyalami
kedua-dua mereka selepas Nour Zaed berbuat demikian.
“Ini orangnya Zaed?” Ujar wanita
yang lebih berusia, mungkin Tok Mak.
“Ye Tok Mak, inilah. Nur Dhia
Adzara.” Nour Zaed memperkenalkan. Nur Dhia diam seribu batu. Hanya senyuman
yang kurang menjadi diberikan. Hatinya berdegup laju. Debar!
“Duduk Dhia, kita minum dulu.” Mummy
Nour Zaed menjemput. Nour Zaed menarik kerusi untuk Nur Dhia dan kemudian terus
duduk dikerusi bersebelahan.
“Dah lama kenal?” Soal Mummy sambil
menuang air ke dalam gelas di hadapan Nur Dhia dan Nour Zaed. Nur Dhia
memandang tepat ke arah Nour Zaed namun lelaki itu boleh khusyuk menikmati kuih
muih yang ada.
“Baru tadi.” Jawab Nur Dhia jujur
yang membuatkan Nour Zaed tersedak! Mummy dan Tok Mak memandang antara satu
sama lain, pelik.
“Baru tadi?” Soal Tok Mak. Nour Zaed
meneguk air laju dan menggeleng.
“Maksud Dhia, baru lagi. Just a few
month. But I like her. Jadi, Mummy dan Tok Mak setuju tak?” Terus sahaja Nour
Zaed ‘cover’ semua. Seram pula kalau Nur Dhia terlepas kata-kata yang
membuatkan rancangannya gagal.
“Kalau ikut Mummy, Nur Dhia Adzara memang
menepati kriteria yang Mummy dan Tok Mak senaraikan. Betul tak mak?”
“Betul sangat. Kalau macam tu, jadi
ye hujung bulan ni seperti yang Mummy kamu dan Tok Mak tetapkan?” Ujar Tok Mak
menambah keresahan di hati Nur Dhia. Nur Dhia langsung tidak memahami.
“Apa yang hujung bulan?” Laju sahaja
Nur Dhia menyoal apabila keresahan kian menebal. Tok Mak dan Mummy sekali lagi
memandang kepelikan.
“Hai Zaed takkan Dhia tak tahu?”
Soal Mummy. Nour Zaed mengetap bibir. Nur Dhia tak boleh dibiar lama bersama-sama
Mummy dan Tok Mak, boleh hancur rancangan dia nanti.
“Dhia memang suka buat-buat tak
faham. Dhia tak boleh lamakan Dhia? Tadi kata nak pergi shopping?” Nur Dhia
Adzara mengerut dahi, apa pelik lelaki ni? Shopping apa pulak?
“Alah, shopping esok lusa pun boleh.
Biarlah Dhia lama sikit dekat sini boleh juga Mummy dan Tok Mak berkenalan
dengan Dhia.”Ujar Mummy. Nour Zaed tersengih seperti kambing lapar rumput,
serba salah!
“Esok lusa pun boleh kenal lagi.
Zaed hantar Dhia balik dulu ye Mummy, Tok Mak.” Nour Zaed segera menarik kerusi
yang di duduki Nur Dhia. Isyarat memaksa gadis itu bangun dan segera
meninggalkan rumahnya.
“Okay, but make sure next weekend
Nur Dhia datang rumah kita dan spend whole day dengan Mummy dan Tok Mak.
Promise that.” Suara Mummy tegas. Tok Mak hanya tersenyum dan mengangguk
setuju.
Lagu yang terpasang dalam kereta
dilayan begitu sahaja. Nur Dhia berfikir banyak perkara. Menerawang ke merata.
Akhirnya keluhan terluah sehingga membuatkan Nour Zaed mengalih pandang.
“Kita dah berjanji. Saya sendiri
tanya awak dua hari sebelum ni. Awak kata ok, siap cakap dah solat istikharah
bagai.” Nour Zaed meluah kata. Nur Dhia geram!
“Berapa kali saya nak cakap? Bukan
saya. Saya tak pernah kenal siapa encik Zaed, bila kita mesej pun saya tak
tahu. Yang paling pelik gambar-gambar saya. Untuk pengetahuan encik Zaed, saya
ada dekat kafe tadi tu sebab kawan rumah saya yang saya baru kenal 3 bulan
suruh saya tunggu seseorang dekat situ. Dia sakit perut ke apa entah. Bila
encik Zaed sampai, kawan saya masih tak sampai-sampai.” Panjang lebar Nur Dhia
menerangkan. Nour Zaed hanya tersenyum sinis. Sinis amat!
“Jadi, anggap semua ni jodoh.
Boleh?” Mudah sangat Nour Zaed mahu menyelesaikan kerumitan apa yang jadi hari
ini.
“Macam tu aje? Ni soal kahwin!”
Bentak Nur Dhia. Nour Zaed terlepas gelak.
“Kenapa gelak?!” Marah Nur Dhia.
“Comel.”
“Tak ada comel-comel! Sekarang macam
mana?” Nur Dhia terus menyoal. Mahu perkara ini selesai tanpa ada soal
perkahwinan.
“Kita kahwin hujung bulan ni.” Nour
Zaed menguntum senyuman yang sangat menjengkelkan! Nur Dhia terlopong.
“Tak nak!” Bentak Nur Dhia lagi dan
lagi.
“Tolong?” Tetap tak mahu
rancangannya terbatal semudah itu. Dia perlu segera kahwin dengan gadis di
sebelahnya ini. Nur Dhia merengus kasar.
“Kahwin tu bukan semudah awak pilih
baju atau seluar. Bukan semudah awak petik bunga. Bukan semudah awak pilih
makanan. Kahwin itu satu sunnah. Kahwin itu perkara baik dan mulia. Kahwin itu
diibaratkan seolah-olah kita membina sebuah masjid. Dari seorang imam dan
seorang makmum, sehinggalah ramai makmun dibelakang imam itu kelak. Kahwin
bukan perkara yang boleh dimain-mainkan semudah ini Encik Nour Zaed.” Sudah
habis kata untuk menidakkan dan menyelesaikan. Nur Dhia tidak mahu menerima
semudah ini, biarkan sepuluh pusingan masa kelak lelaki ini jodoh dia. Mungkin
masa akan menyesuaikan sebaiknya. Bukan hari ini dia perlu mengatakan ya saya
terima. Bukan!
“Kalau awak terima saya, saya akan
jadi imam awak dan anak-anak kelak. Saya amat amat berharap awak terima saya
hari ini seadanya saya. Saya akan cuba jadi apa yang awaknya kelak.” Nour Zaed
tetap dengan keputusannya. Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan kafe dia
bertemu dengan Nur Dhia.
“Saya tak boleh terima awak hari
ini.” Jawab Nur Dhia, jujur seperti mana selalunya.
“Okay.” Nour Zaed membalas,
membuatkan Nur Dhia tersenyum lega.
“Terima kasih untuk hari ini.” Nur
Dhia bersedia untuk keluar dari kereta lelaki itu.
“Esok awak sila terima saya. Terima
kasih.” Laju sahaja Nour Zaed menutur kata. Nur Dhia tergamam. Tak sempat
menyoal dan membalas, Nour Zaed telah laju menyusur jalan. Nur Dhia mengeluh
berat seberat-beratnya. Ish!
6 comments:
kakabc!!!lamanya tak buat cerpen...huhuuuu...kali ni tolong habiskan semua cerpen yer..;)
Rindu cerpen2 akak!!
hahahaha saya akan cuba menolong menghabiskan semua cerpen hehehehe inshaAllah :) tq amra nusroh
salam akak, selalu bukak blog ni nak baca cerpen yang latest... :)
Salam akak.
Bila nk update mini novel pengganti ?
Nae nematoda. Tqqqqq hehehe lama kan tunggu hehehe
Anon... pengganti? Aah. Tunggu hehehe suha dh lama xkluarkan.
Post a Comment