Tuesday, June 11, 2013
Nenek Si Bongkok Tiga, Misterinya!
Assalamualaikum! Salam 1 Malaysia. Harini abc nak update sikit kisah seseram sesuam air panas. ekeke! cerita ni berkaitan sangat dengan cerita Upin Ipin yang terbaru sabtu minggu lepas. Kisah Nenek Si Bongkok Tiga. Bila dengar aje Nenek Si Bongkok Tiga, abc adik beradik dan pandang2 sesama sendiri, sebab kami mengalami misteri dan keseraman yang berlaku awal tahun lalu.
Kisahnya bermula di Kelantan. Abc sekeluarga memang kerap balik Kelantan kalau cuti sekolah. Al Maklum cucu-cucu mak semuanya di Kelantan. Kelantan pun best, makanan diaa soooo yummy! okay back to the main story. Kami bercuti selama seminggu. Sana cuacanya panasss sangat sampai paya belakang rumah abang abc kering kontang. Di sebabkan lama bercuti, kami pun dah taktau nak buat apa, jadi petang tu kami cadang nak main 'Aci Sembunyi' atau nama lainnya HIDE N SEEK :) memang seronokla, main dengan Amir Haziq yang umurnya 4 tahun hehehe layannyaaa aje Mak Lang yang umor tua 20 tahun kekekeke. Bila dah petang, kami stop. Keseronokan bermain petang tadi masih terasa hehehe. Jadi abc pun merancanglah satu permainan yang kami boleh main petang esok. Bila dah dapat idea, terus tersenyum sendiri.
Petang esoknya, abc pun bersuara "Jom kita main nenek-nenek?" Semua setuju! Malangnya adik perempuan ika demam, so dia tak main petang tu. Memang seronok habislah! Amir Haziq siap baring atas pasir lagi.
Dua petang kami main, sehinggalah petang ketiga. Apabila misteri mula dibongkarkan...
Petang tu, dalam jam 6 petang, pengasuh Amir dan baby Asyraf datang ziarah. Borak punya borak terkeluarlah pasal misteri rumah tu. Bila dah keluar cerita, adik- adik abc mula buka cerita.
Adik Perempuan abc (raihan) : Malam, selepas petang pertama kami main nenek2 malam tu dia demam. Tengah malam tu, dia kata dia dengar suara nenek tua menyanyi lagu nenek2 dekat dengan telinga dia.
Lagu dia yang ini : cucu-cucu di mana ada, nenek tua banyak sakti...
Adik Lelaki abc (Udin) : Masa main sorok-sorok, dia nampak 'benda' besar dengan kepala kecil dan terangguk melintas di bawah rumah. huuuuu~~
Menurut Mak Yah (pengasuh), dia sudah beberapa kali nampak tapi dia diamkan. Baby tak pulak nangis. Itu yang menghairankan, kiranya benda tu tak menganggu mungkin hanya melintas.
Selepas aje benda ni terbongkar, kami serik nak main dah! Nak dengar lagu tu dah serammm rasanya. Rumah sewa angah abc ni rumah kampung lama. depan rumah, rumah yang belum siap sepenuhnya. belakang paya, tepi sebelah kanan rumah lamaaa tinggal. rumah tu lagi banyakkk cerita. (takmau cerita, seram!)
Komen anda? Tak percaya? Terpulang, yang pasti benda ghaib itu wujud! :)
P>S: seram la pulak menulis sorang-sorang kat rumah ni haaa~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA
FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way. jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders
-
Sekuat mana hati wanita, tatkala sang lelaki menidakkan haknya sebagai isteri? Inilah kisah Shadha Shadiqah, yang berusaha menamba...
-
Alhamdulillah. dah tengah hari. 16hb Februari 2012 abc dah janji nak post cerpen kedua untuk Februari kan? baca dan komen yek! ...
-
maaf kerana mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan cerpen ini ^^v enjoy and comment! +++ Panggilan telefon dari mama petang t...
3 comments:
ABC nak tau dak, baca jer tajuk seram sejuk nak baca isi..hihi..tapi akhirnya baca juga...
Akak pecaya benda halus ni wujud sama mcm kita juga..sebab semua tu Allah yang jadikan kan??
Tapi mintak dijauhkanlah dari pandangan mata akak yg penakut inih..hihi
abc tak tulis bg seram. tapi ada cerpen untuk kisah seram ni. tapi seram2 romantik hehehe
kena percaya :) samalah! mintak dijauhkan huhu
Mukin c pengasuh tu ada bela kut
Post a Comment