Sunday, April 21, 2013

Kenapa ya?

Alhamdulillah.
Sudah sebulan lebih di Ipoh, menjadi guru sebagaimana yang abc mahu sebelumnya.
Tapi kenapa ya, hati rasa tak seronok? hati rasa sayu? hati sering merindu? hati selalu rasa sunyi dan sendu?
Allahu....

Kenapa ya perlu ada semua rasa yang negatif tu?
abc sendiri masih dalam mencari jawapannya. pening! serabut!
dan paling sedih, 'HOMESICK'!!!

Kenapa ya?
abc tak suka rasa macam ni.
abc sudah mula membuat yang abc sendiri menolak daripada melakukkannya. ahh! menyesal.
hanya kerna abc rasa 'tidak suka' 'resah' abc lari daripada kenyataan/realitinya kehidupan.
Allahu...

Kenapa ya?
hilang sudah abc yang kuat, yang positif dan yang yakin.
ke mana pergi entah abc yang sentiasa mampu melakukan apa sahaja.
Allahu....


Kenapa ya?
abc sendiri tak faham, kenapa abc perlu ada rasa 'teruk' sekarang.
entah apa yang kurang :(
abc sebenarnya bertuah daripada yang lain, yang mana lebih sukar.
abc sebenarnya lebih baik daripada yang lain tapi entah kenapa ada rasa ini menyinggah :(

perlu positifkan diri.
abc perlukan doa dari kalian. :') doakan ya.

abc rindukan kalian/pembaca blog bersawang ini.
rindu mahu BW. mahu komen sana sini. :'(

Allah, kuatkan hamba ini.

p.s: doakan abc ya. kuat dan tabah menjadi seorang guru yang berdedikasi. :)

3 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah...yang penting abc kena sentiasa pujuk hati sendiri...^_^

Itulah yg akk selalu buat bila ras resah dan gelisah..huhu

Anonymous said...

saya yakin dan percaya bahawa setiap manusia akan pernah melalui 'perassan' yg saudari katakan itu sebab saya sendiri pernah merasainya beberapa kali dalam hidup...mungkin itu perkara normal dlm hidup ini,wallahualam...

akubersamaCahya said...

kak Fatonah: in shaa Allah. setiap resah ada bahagianya sendiri. :) terima kasih

Anonymous: mungkin :) balik gundah ada senyuman yang lebih mekar. in shaa Allah. saya sudah dapat laluinya dengan baik. ya, rasa itu akan dtg lagi. sy akan laluinya sebagaimana sy laluinya skarang. thanks :)

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders