PART 2
Suha memeriksa latihan yang baru
sahaja selesai disiapkan oleh Imtiyazz sebentar tadi. Setelah hampir dua minggu
mengajar, menjadi guru tuisyen peribadi kepada gadis cilik itu, Imtiyazz sudah
menampakkan peningkatan. Imtiyazz berlalu ke dapur, mahu mengambil air
membasahkan tekak yang kering sedari tadi.
Suha yang kelihatan sendirian di
penjuru ruang itu membuatkan Haikal yang baru sahaja menuruni tangga sudah
tersenyum penuh makna. Langkah yang mulanya mahu diatur keluar dari rumah kini
berubah arah.
“Hai sayang.” Haikal terus sahaja
melabuh duduk di sebelah Suha, membuatkan Suha terus sahaja menjarakkan
tubuhnya. Suha tergamam.
“Kenapa ni Encik Haikal?” Suha
menjauhkan lagi jarak antara mereka berdua. Bukan kali pertama Haikal
berkelakuan begitu, sudah banyak kali dia bersikap demikian. Suha sudah tidak
terlayan.
“Kenapa? Takde apa-apa. Saja nak
teman sayang saya.” Haikal tersenyum lebar, matanya tepat memandang ke arah
Suha yang sudah berkerut seribu.
“Siapa sayang awak?” Suha bersuara,
ada ketar dalam nadanya. Jarak yang dibina kini kian dihapuskan oleh Haikal
yang semakin mendekatinya.
“Awaklah, cikgu Suha.” Haikal
mengenyitkan matanya, membuatkan Suha terus mengangkat tangannya ke arah
Haikal. Menghalang Haikal dari terus mendekatinya.
“Sejak bila saya jadi sayang awak?”
Suha menyoal, setelah Haikal sudah statik ditempatnya. Haikal tersenyum lebar,
tidak langsung rasa serba salah seperti mana yang dirasakan Suha ketika itu.
“Sejak awak kerja dekat sini.”
Selamba sahaja Haikal menjawab. Suha mengerut keningnya yang sedari tadi sudah pun
berkerut seribu.
“Jangan nak mengada, saya tak selesa
kalau Encik terus macam ni.” Suha terus bersuara, menyatakan perasaannya.
“Siapa nak awak selesa?” Selamba
sahaja Haikal menyoal begitu. Suha menarik nafas sedalamnya.
“Encik tak suka saya di sini?” Suha
kembali menyoal. Haikal yang mula bermain dengan alat tulis yang ada di meja
tersenyum hujung bibir. Bahu dijungkit sekali. Membuatkan Suha masih
tertanya-tanya.
“Encik nak saya pergi dari sini?”
Suha menyoal lagi, biarpun persoalannya tadi masih belum berjawab.
“No. Just stay here, be beside me.”
Haikal kembali mahu merapati Suha, membuatkan gadis itu bingkas sahaja bangkit
dari duduknya. Haikal ketawa perlahan, berjaya mengenakan gadis naïf itu.
“Kalau Encik tak suka saya, saya
harap Encik dapat bersabar untuk sebulan lagi. Selepas selesai tugas dan
tanggungjawab di sini saya akan pergi.” Sebaik sahaja kata-kata itu dilafazkan,
Suha terus sahaja melangkah ke dapur. Danial yang kebetulan baru menuruni anak
tangga memandang ke arah Suha yang melangkah laju ke dapur dan Haikal yang baru
berdiri dengan ketawa yang tak sudah. Fahamlah Danial dengan apa yang berlaku.
“Kesianlah dia Kal.”Suara Danial sebaik
melabuh duduk di sofa. Haikal yang sudah siap mengambil kunci kereta sekadar
tersenyum penuh makna.
“Bagi dekat aku yang ini.” Suara
Danial lagi, terus memberhentikan langkah Haikal. Haikal terus memaling wajah
memandang tepat ke arah Danial yang tersenyum namun pandangan Danial masih ke
arah televisyen yang dipasangnya.
“Jangan cakap yang kau dah...”
“Kalau ye kenapa?” Danial memintas
kata Haikal yang tidak sempat dihabiskan.
“Dalam diam-diam.” Haikal ketawa
kecil. Danial mencebik dan menjungkit bahu.
“So deal? Bagi peluang dekat aku?”
Danial menyoal lagi, kali ini dia memandang ke arah Haikal yang masih berdiri
di pintu rumah.
“Nope. The best man win!” Haikal
bersuara yakin, membuatkan Danial tersenyum lebar dan mengangguk laju. Fahamlah
dia, Haikal juga mahu yang sama! Haikal terus masuk ke perut kereta dan memecut
laju ke jalan raya.
“I will be and always the winner.”
Danial tidak mengalah!
Suha meneguk
laju air sejuk yang dihulurkan Imtiyazz. Imtiyazz memandang dengan riak wajah
penuh kehairanan.
“Kenapa
akak? Im banyak buat salah ke latihan tadi?” Imtiyazz menyoal. Suha menggeleng
laju dengan gelas yang digenggamnya erat.
“Dah tu
kenapa macam bengang semacam aje?” Imtiyazz menyoal lagi.
“Im, Abang
Kal tu dah ada girlfriend kan?” Suha menyoal, membuatkan Imtiyaz mengangkat
keningnya dan mengangguk.
“Yes, Shaha
Rose. Kenapa?”
“Diorang ada
masalah ke?”
“Sentiasa,
tapi kenapa tiba-tiba akak tanya pasal diorang?” Imtiyazz kian kehairanan.
“Abang Kal
tu macam nak mengorat akak aje.” Suara Suha membuatkan Imtiyazz menekup
mulutnya. Mujur tidak tersembur air yang diteguknya tadi.
“Akak!
Perasannya.” Suara Imtiyazz dengan ketawa mengekek.
“Akak cakap
aje, bukan perasaan. Abang Kal tu suka kacau akak, macam nak mengurat akak aje.”
Suha mula diserbu rasa malu setelah berkata begitu. Imtiyazz masih bersisa
ketawa.
“Abang Kal
tu pemain cinta. Semua yang keluar dekat mulut dia 1 daripada 10 yang betul.
Akak tak nampak tebu dekat bibir dia? Sebab tu manis aje ayat dia.” Imtiyazz
menempelak Khaliff Haikal biarpun lelaki itu tiada di situ. Suha mendengar dan
kemudian dia mengeluh perlahan.
“Habis tu,
dia tak suka akak dekat sini? Akak tak selesalah.” Suha meluah rasa.
“Jangan
layan, biarkan dia. Akak buat-buat macam dia tak wujud.” Imtiyazz cuba
menyelesaikan masalah yang dialami Suha.
“Akak tak
layan pun dia, tapi dia tu payahlah!” Bentak Suha, perlahan.
“Nanti Im
report dekat mama, akak sabar ye.” Imtiyazz menggenggam erat tangan Suha.
“Akak memang
bersabar, kalau tak sabar memang akaklah flying kick dia.” Suha bersuara dengan
mengetap bibir, menahan geram.
“Amboi anak
dara, ganasnya!” Danial yang baru memasuki ruang dapur terus menyampuk. Suha
menggaru kepalanya yang tak gatal, mukanya mula memerah. Imtiyazz sudah
tersenyum melebar.
“Abang Dan,
Kak Suha ni dah tak tahan kena ganggu dengan abang Kal.” Imtiyazz mula mengadu.
Danial menjungkit kening.
“Suha ni
lembut sangat kut, cuba marah dia sikit.” Ujar Danial. Suha sekadar mengangguk
perlahan.
“Saya tak
reti nak marah orang.” Ujar Suha.
“Tadi yang
nak flying kick tu siapa?” Danial mengusik membuatkan Suha mula memerah muka.
Imtiyazz kembali ketawa.
“Cakap aje,
buat tak.” Suha bersuara perlahan. Danial tersenyum melebar.
“Garang
sikit, mesti Haikal tak berani.” Ujar Danial lagi.
“Nantilah
saya cuba.” Suha bersuara, nasihat Danial itu didengarinya.
“Tak pun,
Suha kawan dengan saya. Nanti Haikal tak beranilah ganggu Suha.” Suha mengerut
kening, kurang memahami.
“Maksud
Encik Danial?” Soal Suha setelah lelaki itu hanya tersenyum sedari tadi.
“Kita
kawan?” Soal Danial, tidak menjawab lagi persoalan Suha. Suha mengangguk,
lambat-lambat.
“Jadi
panggil saya Dan, bukan Encik Danial.” Danial membetulkan. Suha mengangguk
sekali lagi, namun lambat-lambat kerana teragak-agak dengan permintaan itu.
Tidak sukar tapi kekok di dengarinya.
“Tak susah
pun kan.” Ujar Danial lalu terus melangkah keluar daripada dapur. Suha masih
tercegat di situ dengan mata terus memandang Imtiyazz yang sudah tersengih
sendiri.
Sesi
pengajaran hari itu habis seperti biasa, jam 5 petang. Suha sudah siap solat
Asar dan berkemas untuk pulang. Beberapa latihan ditinggalkan kepada Imtiyazz
sebagai kerja tambahan untuk meningkatkan lagi kefahaman gadis cilik itu.
“Jom saya
hantarkan.” Entah daripada datangnya Danial, tiba-tiba sudah tercongok di pintu
rumah sewaktu Suha sedang menyarung sandalnya. Suha berfikir beberapa saat
sebelum menggeleng dengan senyuman.
“Terima
kasih sajalah Encik Danial.” Danial berkerut dahi dan terus mengangkat jari
telunjuk dan menggoyangkannya di hadapan Suha.
“Buanglah
Encik tu. Dan aje.” Danial mengingatkan, Suha menggigit lidah, terlupa!
“Okay.” Suha
menjawab ringkas.
“Betul tak
nak saya hantarkan?” Soal Danial lagi.
“Betul,
terima kasih banyak. Saya balik dengan bas aje.” Suha menolak lagi. Danial
sekadar mengangguk perlahan dengan penolakkan itu.
“Hati-hati,
jumpa esok!” Danial melambai tangan, Suha tersenyum dan turut melambaikan
tangannya sebelum melangkah menjauhi rumah itu. Suha tidak mahu menyusahkan,
sudahlah gaji yang diterima melebihi yang dijangka. Makan dan tempat yang
selesa diberikan oleh Puan Johanna kepadanya. Itu sudah lebih daripada
mencukupi, takkanlah sekarang mahu berhantar pula oleh Danial, walaupun lelaki
itu tampak ikhlas menawarkan khidmatnya. Suha berfikir sendiri sewaktu berjalan
menuju ke arah perhentian bas.
Khalif Haikal memandu laju pulang.
Agenda hari ini tidak mahu dilepaskannya, mahu dilaksanakan sebaiknya. Pedal
minyak ditekan kuat apabila melihat Suha sedang melangkah menghampiri hentian
bas di seberang jalan. Laju sahaja dia memusing stereng dan terus meluncur laju
ke arah hentian bas itu. Brek ditekan sehingga mengeluarkan bunyi yang agak
kuat, menarik perhatian semua yang ada dihentian bas ketika itu. Haikal terus
memaling wajahnya ke arah Suha yang berdiri dan kelihatan tercengang
melihatnya.
“Gila ke.” Getus Suha perlahan.
Haikal keluar daripada kereta dan
terus berdiri menghadap Suha, membuatkan Suha mengerut dahinya dan sesekali
gadis itu memandang ke arah orang sekelilingnya yang sudah berbisik sesama
sendiri dan memandang pelik kepada mereka berdua.
“Jom sayang, saya hantar balik.”
Selamba sahaja Haikal bersuara. Dahi sudah bertambah kerutnya.
“Takpe, terima kasih Encik Haikal.
Saya boleh balik sendiri.” Ujar Suha perlahan, hanya mahu Haikal yang
mendengarnya.
“Alah! Janganlah merajuk lama-lama
dengan saya sayang. Penatlah nak pujuk.” Haikal menguatkan suaranya, sengaja!
Suha mengetap bibir dan menggenggam jarinya erat. Geram dengan tingkah Haikal
yang mengada-ada itu.
“Terima kasih Encik Haikal, tapi saya
tak nak! Tolong faham!” Ujar Suha mengetap giginya menahan daripada bersuara
tinggi. Haikal mencebik bibir, langsung tidak endah dengan penolakan Suha itu.
“Sayang, cepatlah. Pukul berapa nak
balik? Saya dah janji dengan ayah, nak hantar sayang balik rumah hari ni. Jom
sayang, jom.” Haikal memaut lengan Suha, namun sempat sahaja Suha menepis.
“Stop it Haikal!” Amarah Suha
akhirnya meletus. Haikal terkedu dengan kelantangan suara Suha ketika itu.
Haikal terkaku di tempatnya berdiri. Beberapa saat kemudian dia kembali sedar
dan memandang ke sekelilingnya. Senyuman di bibirnya sudah mati, kini dia
memandang tajam ke arah Suha yang mencuka wajahnya. Senyuman sini terukir di
hujung bibir. Haikal memeluk tubuh dan berdiri menghadap Suha sekali lagi.
“Sayang, sayang. Jangan cabar saya,
menyesal nanti.” Haikal yang merapatkan wajahnya ke arah Suha kini berbisik,
ada tersirat ugutan di situ. Suha masih mencemberut wajah. Malu juga dengan
pandangan orang yang berada di situ.
“Bas saya dah sampai, saya balik dulu
ENCIK Haikal.” Suha sengaja menekankan perkataan encik itu menggambarkan
hatinya yang terbakar dek perlakuan lelaki itu. Haikal yang sudah terasa
tercabar, terus memaut erat lengan Suha menghalang gadis itu melangkah ke arah
bas yang sudah berhenti di belakang kereta Haikal. Orang ramai yang turut
menunggu di situ sudah pun berlari-lari anak ke arah bas tersebut.
“Lepaslah, bas saya dah sampai tu!”
Suha cuba menarik lengannya daripada pautan Haikal namun gagal. Haikal
mengeratkan pautannya.
“No! Saya akan pastikan hari ini awak
naik kereta saya.” Suara Haikal, Suha sudah gelisah. Beberapa dia mencuba
merentap pautan Haikal yang kian terasa kuat memaut lengannya.
“Saya tak nak!” Suha menolak lagi.
Beberapa minit Haikal dan Suha berdrama di hentian itu sehingga bas sudah mula
bergerak mahu berlalu pergi. Suha makin gelisah.
“Lepaslah Encik Haikal, tu bas
terakhir ke rumah saya!” Suha meninggikan suaranya, sudah penat meronta cuba
melepaskan diri daripada lelaki itu.
“Say good bye to the bus.” Haikal
mengangkat tangan ke arah pemandu bas itu setelah bas tersebut melintasi mereka
dan terus bergerak menjauhi hentian bas. Suha mengeluh lemah.
“Jom, saya hantar balik.” Haikal
melepaskan lengan Suha yang dipautnya tadi. Suha mengurut lengannya yang
terlalu kuat digenggam oleh Haikal. Suha mengetap bibirnya menaham kemarahan
yang meluap-luap kepada Haikal. Nafasnya ditarik perlahan. Beg sandangnya
dibetulkan ke bahu dan kemudian terus melangkah laju menjauhi Haikal. Haikal
terkejut dan tercengang.
“Hey, where are you going?” Soal
Haikal setelah Suha melangkah pergi. Setelah beberapa meter Suha menjauhinya,
Haikal mula berlari menuju ke arah Suha yang langsung tidak berpaling ke
arahnya walaupun jenuh dia memanggil nama gadis itu.
“Bila saya kata saya hantar balik,
tiada siapa yang boleh menolak termasuklah awak sendiri.” Ujar Haikal yang
sudah berdiri berdepan dengan Suha yang masih mencuka. Tanpa banyak soal atau
menunggu penolakkan Suha yang seterusnya. Haikal sekali lagi memaut lengan
gadis itu yang berlapik baju kurung yang dipakainya dan terus menarik gadis itu
mengikut langkah ke arah kereta. Suha tidak dapat bersuara atau mengeluarkan
suara, dia terlalu terkejut dengan tindakan Haikal yang langsung tidak
dijangkanya. Sesampainya di kereta Haikal terus membuka pintu dan menolak Suha
masuk ke dalam kereta dan terus menutup pintu itu kembali. Haikal kemudian
masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju. Suha masih terdiam dan terkaku.
“Bear in your mind, no one go against
my will including you!” Haikal bersuara setelah dia menghampiri kawasan
perumahan Suha. Suha masih berdiam diri, langsung tidak bersuara. Haikal
sekadar memandang sekilas sebelum memandang terus ke hadapan. Setelah kereta
diberhentikan, Suha laju sahaja turun daripada kereta itu tanpa sempat Haikal
mahu bersuara. Pintu terus ditutup setelah jelingan tajam diberikan kepada
lelaki itu. Hati Suha membengkak menahan marah.
“Terima kasih.” Haikal bersuara
sendiri di dalam kereta, sebelum meluncur laju ke jalan raya. Suha langsung
tidak berpaling ke arah sebaik melangkah pergi. Haikal merengus kasar melepas
lelah.
“Don’t play with her heart Haikal.”
Haikal menutur kata sendiri kepada dirinya sendiri. Tahu gadis itu tidak
menyenangi perlakuannya dan itu yang dimahukannya. Sedar gadis itu langsung
tidak menyukai kehadirannya dan itu juga yang dimahukannya. Haikal mahu Suha
membencinya dan dia mahu benci itu akhirnya menjadi cinta. Haikal tersenyum
sendiri, rancangannya itu berjalan seperti yang dijangkakannya.
“One week to go to make her fall to
my knees!” Getus hati Haikal sehingga membuahkan senyuman penuh makna di
bibirnya. Keretanya terus dipandu laju pulang ke rumah dengan perasaan yang
penuh dengan kepuasan. Puas, rancangan hari ini berjaya seperti dimahukan. Esok
pasti akan turut berjaya!
Suha melangkah memasuki kawasan rumah
dengan perasaan yang masih sebal. Hatinya belum reda dengan kemarahan terhadap
tindakan Haikal yang baginya sudah keterlaluan. Sesekali dia mengeluh lemah.
“Awat dok mengeluh sangat tu?” Suara
tua Ayah menyapa telinga Suha membuatkan Suha tersentak dari lamunannya.
Langsung tidak disedari akan susuk Ayah yang sedang berehat di pangkin depan
rumah. Dalam langkah longlai Suha menghampiri Ayahnya.
“Suha penat sikit hari ini yah.” Ujar
Suha sebaik sahaja menyalami tangan Ayahnya. Ayah menarik Suha supaya duduk
bersebelahan dengannya.
“Penat dari berkebun tengah panas?”
Ayah mula menyoal, menyentap tangkai hati Suha. Kalau dibandingkan kerja ayah
dan ibu dengan kerja yang dilakukannya sekarang, pastinya kerja yang dilakukan
orang tuanya lebih memerah keringat. Suha menjatuhkan kepalanya ke ribaan ayah
tercinta.
“Maaf yah, bukan maksud macam tu.
Sebenarnya Suha penat dengan sikap anak Puan Johanna tu.” Suha meluahkan yang
sebenarnya. Lagi pula dia sememangnya tidak pernah menyembunyikan apa-apa
dengan ayah dan ibunya. Untuk apa disembunyikan? Hanya dialah satu-satunya anak
kepada orang tuanya. Merekalah teman kala suka dan dukanya selama ini.
“Dia buat apa dekat Suha?” Ayah
menyoal, keningnya mula bercantum dek kerutan di dahi.
“Tak buat apa-apa, tapi dia suka menyakat
Suha. Suha rimas.” Suha bangun dari pembaringannya dan memandang ke arah wajah
tua ayahnya.
“Dia saja nak melawak la tu. Sabaq pi
la, sat saja lagikan.” Ayah cuba memujuk, Suha mencebik manja.
“Letih nak layan dah yah. Tak larat
dah.” Rungut Suha.
“Kalau lagu tu, beghenti. Dok rumah,
tolong ayah dengan ibu usaha kebun. Mau?” Ujar Ayah membuatkan Suha terdiam.
Niatnya bekerja untuk menambah duit poket untuk semester akan datang ini.
“Diam pulak. Sabaq ja Suha. Apa pun
yang jadi dalam hidup kita ni, Allah sudah lukis. Tapi orang kata takdir ni
kita boleh ubah kepada yang lebih baik. Yang penting usaha. Dia nak kacau Suha,
biaq kat dia. Kalau dia kacau lebih-lebih, habaq dekat ayah tau.” Ayah memberi
nasihat, bukannya dia tidak risau. Resah hati tuanya mendengar rungutan anak
gadisnya itu. Namun, tiada jalan lain selain terus bersabar dengan apa jua yang
berlaku. Zaman sekarang kerja bukan mudah untuk diperolehi walau setinggi mana
sijil yang kita ada.
“Suha minta maaf ayah, buat ayah
risau.” Suha memeluk erat lengan ayahnya. Ayah sekadar mengangguk perlahan
dengan senyuman kecil terukir di bibir.
“Ayahnya, dah nak senja ni masuklah. Bawa
anak dara awak tu sekali, apa lagi nak di sembangnya tu.” Ibu sudah melaung
dari muka pintu. Tidak tunggu lama, Suha dan Ayahnya terus mengemas dan
melangkah masuk ke dalam rumah. Suha mendapatkan ibunya dan menyalami tangan ibunya.
“Sudah-sudah mengumpat tu, cepat
mandi dan siap untuk solat maghrib.” Ujar Ayah setelah melihat Suha dan ibunya
pula berbual di meja dapur sambil mengelap pinggan mangkuk. Suha dan ibunya
ketawa kecil mendengar sindiran ayah.
“Malam nanti kita sambung lagi, Suha
pi mandi dulu satgi ayah bising lagi.” Bisik ibu sebelum mereka melangkah ke
bilik. Suha mengangguk laju dengan senyuman terukir. Suha terus mengambil tuala
dan melangkah ke bilik air. Apa yang berlaku hari ini, dibiarkan berlalu. Sebolehnya
Suha tidak mahu mengingatinya walaupun sesaat!
Hari ini Suha berat hati untuk
bekerja, namun kerana amanah dia tetap perlu bekerja sehingga tamat tempoh yang
dijanjinya dahulu. Suha menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum melangkah ke
rumah Puan Johanna. Baru beberapa tapak, deheman di belakangnya membuatkan Suha
lantas berpaling. Suha terkedu.
“Tak payah nak tarik nafas dalam
sangat.” Haikal sudah berdiri bersebelahan dengan Suha, siap berpakaian sukan. Mungkin
baru pulang dari bersenam. Hari ini hari sabtu mungkin dia tidak berkerja,
telah hati Suha.
“Kenapa pandang saya macam tu?” Suha
menyoal setelah melihat Haikal memandangnya atas bawah. Haikal terdiam, matanya
dihentikan terus ke mata Suha yang turut memandang ke arahnya. Mereka saling
bertentang mata, lidah kelu tanpa suara. Beberapa saat kemudian malu mula menyerbu
wajah. Kedua-duanya terus sahaja melarikan pandangan ke arah bertentangan. Setelah
itu, keadaan antara mereka berdua jadi begitu asing. Haikal hilang petahnya,
Suha hilang suara tegasnya.
“Saya jalan dulu.” Suha mula
melarikan diri daripada keadaan yang janggal yang dirasakannya ketika itu. Haikal
hanya mengangguk kepala, langsung tidak bersuara sehinggalah Suha sudah jauh ke
hadapan, Haikal akhirnya bernafas seperti biasa.
“I’ve met her before.” Bisik Haikal
perlahan, matanya masih dilepaskan memandang ke arah Suha yang sudah jauh
melangkah ke rumahnya. Haikal meraup wajahnya beberapa kali. Jubah merah itu
tidak akan pernah dilupakannya. Takkan!
“Ini pen awak. Saya nampak jatuh
dekat tangga PSZ tadi.” Suara itu kembali terngiang-ngiang di telingannya.
Haikal mengeluh perlahan, orang yang sama? Tak mungkin! Tak mungkin orang yang
sama!
++++++++++++
MAAF!
terlalu lama abc menyepi.
abc kembali, yeah!
maaf kalau sikit dari yang pertama, semua baru nak refresh semula, cuti lama sangat ^^
baca dan komen ye.
much love readers!
4 comments:
Weee...cerpen pengganti dah kembali:P
Kak abc,haikal ke hero dalam cerpen nie?
c.dayana: kita tgk part akhir nanti eh hehehehe
syg abc , muah3x... hehehe , lama dh tgu... good luck untuk part akhir... btw , sy tetap rasa nak lempang si haikal uh... hahahaha
nakal gila
part akhir lambaaaat ag kut. kita bg panas2 dulu hehe best gak klu ada scne lempang kan ermmmm
Post a Comment