Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....
Saya sedang menabahkan hati yang sedang bersedih, mungkin juga bergembira dalam air mata.
Ustaz, saya gelarkan dia begitu. sejak saya kenal dia di awal usia 18 tahun, saya amat mengagumi akhlak dan peribadinya. Hari ini saya dapat tahu, dia sudah bergelar suami kepada seorang bidadari (gadis pilihannya).
saya bukan kecewa atau dikecewakan. Ustaz tak kenal saya, hanya saya yang begitu mengambil tahu tentang dia. (admire sebenarnya... ^^) saya cuma terkejut, dalam diam-diam rupanya dia sudah punya pilihan hatinya. mungkin sudah lama dan saya tak tahu. :)
saya mengaguminya, kerana dia juga saya berusaha menjadi lebih baik daripada sebelumnya. saya mahu seganding dengan orang-orang sebaik dia. saban hari ada sahaja ujian yang saya tempuhi untuk menjadi baik sebaik dia. saya belum mampu menjadi seperti dia... banyak salah dan silap saya... namun saya tetap berusaha sikit demi sedikit....
jujur saya katakan, saya sedih kerana bukan saya pilihan dia. mungkin saya terlupa, dulu saya pernah katakan pada diri, bukan dia yang saya mahu tetapi 'lelaki' seperti dia....
suka saya katakan, saya tidak mencintai dia. saya lebih kepada mengagumi dia. saya punya perasaan seperti wanita lain iaitu 'idaman'. ustaz adalah kategori lelaki idaman saya. yang mana saya akan hormat, taat dan setia. dia punya segala yang wanita inginkan. Agama, Pelajaran dan Peribadi.
kerana ustaz, saya sentiasa mengingatkan diri saya untuk menjadi baik. ya kedengaran seperti hipokrit tetapi Allah tahu segalanya.... :)
buat Ustaz dan bidadarinya... Barakkallah... semoga cinta kalian hingga ke syurga, semoga dapat melahirkan mujahid dan sri kandi islam yang sentiasa berjuang di jalan Allah. Insya-Allah... Ameen Ya Rabb...
#sentiasa saya minta pada Allah, diketemukan insan seperti ustaz yang dapat memimpin saya ke jalanNya. ^^v
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA
FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way. jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders
-
Sekuat mana hati wanita, tatkala sang lelaki menidakkan haknya sebagai isteri? Inilah kisah Shadha Shadiqah, yang berusaha menamba...
-
Alhamdulillah. dah tengah hari. 16hb Februari 2012 abc dah janji nak post cerpen kedua untuk Februari kan? baca dan komen yek! ...
-
maaf kerana mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan cerpen ini ^^v enjoy and comment! +++ Panggilan telefon dari mama petang t...
6 comments:
Wateeqa, jangan sedih2.. insyaAllah awak akan bertemu jugak dengan seseorang yg Allah telah takdirkan.. berlapang dadalah dengan apa yang diberi dengan mensyukurinya.. mungkin jodoh yg tiba tidak seindah yang kita idamkan tetapi lebih baik dari orang yg tidak memilikinya.. Allah memberi apa yg kita perlu bukan apa yg kita mahu.. insyaAllah moga akan ada seorang 'ustaz' yg bakal memimpin awak ke jannah.. ^_^
" mungkin jodoh yg tiba tidak seindah yang kita idamkan tetapi lebih baik dari orang yg tidak memilikinya.. Allah memberi apa yg kita perlu bukan apa yg kita mahu.."
terima kasih... betul2 memberi kesan kepada saya :) insyaAllah... saya akan terus berusaha mengejar cinta Allah... pasti yang hadir yang terbaik dari Allah untuk saya, kelak.. insyaAllah.
terima kasih Farah :)
sama2.. insyaAllah.. semua orang harapkan yang terbaik tetapi lagi baik jika kita sediakan diri kita untuk jadi antara yang terbaik tu.. :)
ameen insyaAllah... :)
hmm..bila baca ni teringat pengalaman sendiri..sy pon pernah sayangkn sorang lelaki..dia tak la alim macam ustaz tu tp dia baik..sy sendiri tak tahu ape yg istimewa ttg dia tp sy tahu sy syg dia..tp mungkin dia tak tahu sy btul2 syg dia..satu hari dia jmput sy pegi knduri kahwin dia, esoknya..sy rsa nk pengsan msa tu..haha..sedih..tp skrang sy da boleh terima..sy sentiasa doakn dia bahagia dgn pilihan dia..sy tahu Allah tentu janjikan hikmah..tentu ada yg lebih baik utk sy..so sy harap awk pon sama.. =)
Alhamdulillah, sudah hampir setahun, insyaAllah saya menanti jodoh saya yang sebenar2nya untuk saya. :)
saya doakan kamu juga ^^
Post a Comment