Tuesday, November 13, 2012

cerpen : Korban Kasih ^^

Nur Ansar melangkah keluar daripada pusat menderma darah itu dengan lemah longlai. Niatnya mahu menderma darah tidak kesampaian buat kesekian kalinya. Sedari berumur 18 tahun dia sudah mahu menderma, namun sehingga berumur 24 tahun masih belum berjaya. Aras hemoglobinnya rendah daripada yang telah ditetapkan oleh pakar. Nur Ansar mengeluh perlahan, jari yang disuntik untuk mengambil darah tadi dibelek, bibirnya dicuihkan. 

“Sebijik macam angsa!” Suara itu membuatkan Nur Ansar berpaling laju kebelakang. Abrisam!

“Patut aku terbau-bau benda masam, rupanya kau kat belakang aku.” Abrisam tersenyum dengan jawapan dari mulut Nur Ansar. Jawapan yang sama setiap kali dia mengusik Nur Ansar dengan angsa. Nama Ansar dikatakan hampir dengan perkataan angsa. Nur Ansar akan membalas dengan perkataan masam, menurut Nur Ansar, Nama Abrisam pula lebih kurang dengan perkataan masam.

“Eleh... aku baru aje mandi tau sebelum keluar tadi. Kenapa macam angsa aje nih? Gagal lagi?” Abrisam menyaingi langkah Nur Ansar. Nur Ansar mengangguk perlahan.

“Bila la nak boleh derma ni. Nak juga rasa darah baru.” Ujar Nur Ansar dengan nada kecewa. Abrisam tersengih sendiri mendengar rungutan Nur Ansar.

“Tiap-tiap bulan keluar pun tak puas hati lagi.” Abrisam ketawa besar. Nur Ansar menjeling tajam mendengar baris kata yang keluar dari mulut Abrisam. Mahu sahaja dia lepuk kepala lelaki itu dengan beg tangan yang dikeleknya.

“Jangan main-mainlah...” Marah Nur Ansar. Abrisam menekup mulut, menutup tawanya yang meletus besar sebentar tadi. Sekadar ingin bergurau, membuang kecewa dihati sahabatnya itu.

“Sorry Cik Nur Ansar.” Abrisam merapatkan kedua-dua telapak tangannya, bercantum. Nur Ansar menggeleng perlahan. Kunci kereta dikeluarkan dari beg tangan, lalu pintu kereta dibuka.

“Sorry naik lori ye, aku nak balik dah ni. Kau datang dengan apa?” Soal Nur Ansar mengendahkan permintaan maaf Abrisam yang sememang jarang bersikap serius dengan Nur Ansar.

“Aku datang dengan kereta la, bawak Jameela... My buah hati...” Abrisam bersuara dengan nada ceria. Nur Ansar mengangguk perlahan. Jameela, gadis yang berjaya membuat Abrisam, seorang lelaki ‘cerewet’ tentang perempuan jatuh cinta. Jameela juga yang berjaya menyedarkan Nur Ansar, kawan baik tak boleh bercinta. Oleh sebab itu, Nur Ansar terus menyimpan cintanya buat Abrisam jauh dilubuk hati.

“Okay lah kalau macam tu, aku balik dulu...” Ujar Nur Ansar pantas. Abrisam menahan pintu kereta daripada ditutup oleh Nur Ansar.

“Kau ni, tak tanya pun aku dengan Jameela datang hospital buat apa kan?” Abrisam bernada kecewa. Nur Ansar mengeluh perlahan.

“Kau dengan Jameela buat apa dekat hospital ni?” Nur Ansar menyoal, sekadar menjaga hati sahabat baiknya. Abrisam tersenyum.

“Aku dengan Jameela datang buat ujian HIV.”Abrisam menjawab ringkas. Nur Ansar mengerut dahinya, hairan.

“Bukan selalunya ujian tu untuk....”

“Yup, aku dengan Jameela akan bernikah bulan depan.” Ujar Abrisam memintas kata-kata Nur Ansar. Nur Ansar terkedu, bibirnya terbuka akibat terperanjat dengan berita itu.

“Kenapa aku tak tahu pun?” Ujar Nur Ansar, masih terkejut.

“Sebab kau bukan pengantinnya...”Abrisam ketawa kecil, sekadar bergurau. Namun dia tidak sedar, jawapan itu bagai menghiris luka yang masih berdarah. Nur Ansar mengangguk perlahan, dia menunduk seketika, mencari kekuatan dan mahu mengelak riak wajahnya yang berubah disedari oleh Abrisam.

“Tahniah Abrisam Bin Hisham. Harap kenduri nanti jangan lupa jemput.” Tutur Nur Ansar setelah emosi dan riak wajahnya dapat dikawal. Namun degup jantungnya yang seolah-olah mahu berhenti tiada siapa tahu. Setelah itu, dia menutup pintu keretanya dan terus berlalu pergi, belum sempat untuk Abrisam mengucapkan terima kasih. Abrisam yang tadinya tersenyum, terus mati senyumannya, pelik dengan reaksi Nur Ansar yang bersahaja namun terlihat juga ‘sentap’nya. Merajukkah? Soal Abrisam di dalam hati.

+++++++++++++++

Nur Ansar duduk menekur tanah. Sesekali pandangannya dilepaskan ke atas. Melihat awan, burung-burung dan lambaian nyiur. Pemandangan itu membuatkan dia hanyut dalam kenangan lamanya.

“Ansar, kalau besar nanti awak nak tak jadi girlfriend saya?” Abrisam menyoal dengan mulutnya comot dengan coklat Cadbury yang dikongsi bersama Nur Ansar. Nur Ansar menggeleng laju.

“Awak tak suka saya ke?” Abrisam menyoal lagi.

“Saya tak nak jadi girlfriend.” Ujar Nur Ansar.

“Habis tu?”Abrisam menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Nur Ansar tersenyum, dia menghampiri Abrisam yang duduk di atas pangkin di depan rumahnya. Pipi Abrisam yang dikotori coklat di sapu dengan sapu tangannya sehingga bersih. Abrisam tersenyum menampakkan giginya yang agak rongak.

“Saya nak jadi angel awak. Saya akan lindungi awak setiap masa.” Nur Ansar bersuara dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya.

Angel? Macam Charlie's Angel ye?” Abrisam menyoal kurang faham.

“A’ah macam tu lah. Angel kan cantik dan kuat!”

“Tapi kenapa angel bukan girlfriend?” Soal Abrisam sedikit kecewa.

“Sebab saya sayang awak.” Ciuman di pipi kanan itu membuatkan Abrisam terkaku, tak lama kemudian tersengih sendiri. Ciuman daripada Nur Ansar!

“Berangan atau mengenang?” Nur Ansar bingkas bangun daripada pembaringannya. Nenek yang baru pulang dari menoreh, menyapa Nur Ansar yang dilihatnya termangu sendirian dipangkin depan rumah.

“Eh, bila nenek balik?” Nur Ansar cuba mengubah topik, takut juga bila di soal tentang Abrisam.

“Baru saja. Nur... nenek tanya sikit boleh?” Nur Ansar teragak-agak untuk mengangguk. Hatinya seolah-olah dapat meneka apa yang ingin disoalkan.

“Nur sayangkan Abrisam?” Soalan nenek terus sahaja, tiada belok dan simpang siur!

“Ish, mencabarnya soalan nek!” Nur Ansar mengawal perasaannya dengan ketawa. Nenek berwajah tenang dan serius. Ketawa Nur Ansar mati.

“Sayang... dia kan kawan Nur dari kecik lagi.” Nur Ansar menjawab, wajahnya ditundukkan ke bawah. Nenek mengeluh perlahan.

“Jadi selama ni korang berdua hanya berkawan?” Nenek menyoal lagi. Nur Ansar mengangguk perlahan.

“Abrisam tak tahu Nur sayangkan dia lebih dari seorang kawan baik?” Nenek terus menerus menyoal. Persoalan kali ini membuatkan Nur Ansar menyembam mukanya ke ribaan nenek. Nur Ansar mula teresak-esak menangis.

“Kenapa tak bagitahu dia?” Nur Ansar menggeleng-gelengkan kepalanya. Nenek mengeluh perlahan. Dibiarkan Nur Ansar melayani perasaan sedihnya itu. Beberapa ketika kemudian, Nur Ansar mengangkat mukanya. Air mata yang telah membasahi wajahnya disapu kasar dengan telapak tangan.

“Biarlah Nur simpan rasa sayang Nur, rasa cinta Nur untuk dia sampai bila-bila nek. Nur tak layak untuk dia.” Nur Ansar kembali mengalirkan air matanya. Nenek menepuk perlahan belakang tubuhnya, cuba menenangkan Nur Ansar.

“Layak macam mana lagi? Setahu nenek korang berdua rapat sangat...” Nur Ansar mengangguk perlahan.

“Sebabkan kami rapat, Nur tahu dia tak sukakan Nur. Nur tak cantik nek, parut ni... parut ni yang membuatkan Nur tahu, Abrisam takkan dapat terima Nur sebagai bidadari dalam hidup dia.” Nur Ansar menyelak kain tudung yang menutupi separuh pipinya. Kelihatan parut yang agak panjang, dari hujung kening hingga ke bawah cuping telinga Nur Ansar. Nenek beristighfar perlahan.

“Nur dapat parut ni sebab dia jugakkan?” Nenek kembali menyoal. Nur Ansar mengangguk. Peristiwa hitam yang hampir meragut nyawanya itu kembali terlayar di mindanya.

Senja 12 tahun lalu, riuh satu kampung Abrisam cikgu Hisham diculik lelaki gila yang mengamuk sewaktu sedang bermain bola di hujung kampung. Semua penduduk mula berkumpul di balai raya membincangkan cara untuk menyelamatkan Abrisam daripada lelaki gila itu. Nur Ansar yang turut mendapat berita tersebut, terus sahaja ke tempat Abrisam dijadikan tebusan. Tanpa berfikir panjang, Nur Ansar terus sahaja merempuh masuk ke dalam rumah using tempat persembunyian lelaki gila itu. Abrisam berjaya diselamatkan dua minit lebih awal oleh penduduk kampung dan polis, namun Nur Ansar pula menjadi mangsa tetakan lelaki gila tersebut. Mungkin belum ajal, Nur Ansar berjaya diselamatkan.

“Kenapa kau buat macam tu?” Soal Abrisam selepas Nur Ansar sudah sedar dari koma. Nur Ansar tersenyum, namun Abrisam masam mencuka.

“Akukan nak jadi angel kau...” Nur Ansar menjawab dengan suara yang masih lemah. Abrisam merengus.

“Sekarang kau dah buruk, kau bukan angel aku lagi!” Ujar Abrisam tegas, lalu terus berlari keluar daripada bilik itu. Nur Ansar terpana, air mata mula bertakung ditubir matanya, mengalir perlahan sebaik dia mengelipkan kelopak matanya. Kata-kata Abrisam tadi merobek hati kecilnya. Sehingga kini, kata-kata itu masih jelas terngiang ditelinganya.

“Abrisam dan Jameela macam pinang dibelah dua...”Nur Ansar bersuara perlahan. Nenek menarik Nur Ansar ke dalam pelukannya.

“Nenek tahu Abrisam sayangkan Nur Ansar...” Nenek bertutur perlahan. Tangannya mengurut lembut belakang Nur Ansar, cuba menenangkan cucunya itu.

“Nur kan kawan baik dia...” Ujar Nur Ansar sekadar mahu melenyapkan rasa hiba. Nenek hanya mendiamkan diri. Pelukannya dieratkan. “Moga bahagiakan jadi milikmu, cu....”

+++++++++++++

Abrisam leka bermain dengan tablet barunya. Adik kecilnya, Aisyah sedari tadi memandang ke arahnya. Lukisan yang baru dilukis tidak dipedulikan lagi. Abrisam yang sedar dirinya diperhati, berpaling ke arah Aisyah.

“Dari tadi tengok abang, kenapa? Abang hensem sangat ye?” Abrisam mengangkat-angkat keningnya sambil menyoal. Aisyah menjuih bibir mungilnya.

“Perasan la abang ni.”

“Dah tu, asyik pandang abang aje, lukisan tu pun belum warna lagi. Kenapa?” 

“Aisyah hairanlah dengan orang dewasa ni....” Aisyah mula bersuara, Abrisam mengubah kedudukannya dari berbaring kepada duduk bertentangan dengan Aisyah yang duduk di atas permaidani.

“Hairan tentang apa?” Ujar Abrisam.

“Hairanlah, bercinta dengan orang lain tapi kahwin dengan orang lain.” Soalan itu membuat Abrisam menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Siapa?” Ujar Abrisam penuh hairan.

“Tanya lagi? Abang la... bercinta dengan Kak Nur, kahwin dengan Kak Meela.” Aisyah pantas sahaja menjawab. Abrisam ternganga.

“Bila abang bercinta dengan Kak Nur?” Abrisam menyoal lagi. Aisyah merengus kecil.

“Habis tu, bila pulak abang bercinta dengan kak Meela?” Aisyah yang baru berumur 7 tahun ni, terus menerus menyoal. Ada sahaja!

“Abang kenal Kak Meela sejak abang belajar dekat UTM lagi tau.” Abrisam melayani tiap persoalan si kecil itu.

“Tapi Kak Nur abang kenal dari kecik lagi kan?” Abrisam sekadar mengangguk.

“Haa... mestilah abang bercinta dengan Kak Nur dulu sebelum kahwin dengan Kak Meela.” Aisyah membuat kesimpulan. Abrisam ketawa kecil. 

“Kak Nur tak suka abang la, sebab tu abang kahwin denga Kak Meela.” Aisyah pula yang tergaru-garu kepala. Abrisam tersenyum.

“Kalau dia tak suka, kenapa setiap kali abang ada dekat rumah dia mesti hantar makanan kesukaan abang?” Abrisam mengangkat Aisyah ke atas ribaannya.

“Sebab kan dia kata dia baru belajar masak semua tu...” Aisyah cepat sahaja menggeleng.

“Bila abang takde dekat rumah, Kak Nur dah belajar semua tu dengan mak la. Kenapa nak belajar banyak kali pulak?” Abrisam terdiam sendiri. Dia sendiri tidak pasti dan dia baru sahaja tahu tentang itu.

“Betul tu, mak pun nak tanya kamu juga sebenarnya. Tapi dah jodoh kamu dengan Jameela, mak terima aje.” Emak Abrisam yang kebetulan baru memasuki ruang tamu turut mencelah.

“Tanya apa mak?” Abrisam dilanda kehairanan.

“Tanya kenapa kamu tak kahwin dengan Nur, tapi Jameela. Nur tu kalau kamu tak balik kampung ni, hari-hari datang. Banyak yang dia tanya pasal kamu. Kamu telefon ke tak, ada hantar emel ke tak.” Giliran ayah pula menyampuk belum sempat emak mahu menjawab.

“Nur dengan Sam kan kawan aje yah mak...” Ujar Abrisam. Ayah Abrisam sekadar mengangguk perlahan.

“Yelah, kami tertanya-tanya aje. Takpelah, jodohkan. Ha... Ayah baru edarkan kad jemputan, nenek Mah terkejut kamu nak kahwin. Ayah lupa yang dia ke Mekah masa kita pergi merisik dan meminang dulu, lupa pulak nak bagitau dia lepas dia balik.” Ayah meletakkan baki kad ke atas meja. Emak yang tadinya masuk ke dapur, kini datang dengan mendulang air minuman buat ayah.

“Yeke, patutlah Nur pun terkejut semalam masa Sam cakap Sam nak nikah dengan Jameela bulan depan.” Ujar Abrisam menokok tambah.

“Tak marah ke orang tua tu?” Soal Emak kepada Ayah. Ayah hanya menggeleng perlahan.

“Tak, cuma dia terkejut aje, takde ribut takde apa tup-tup anak bujang kita nak kahwin dah.” Abrisam tersenyum kecil dengan jawapan ayahnya. Emak sekadar mengangguk perlahan.

“Kamu memang tak bercinta dengan Nur?” Entah kenapa ayah menyoal lagi.

“Kami kawan aje ayah, kenapa ye?.” Jawab Abrisam ringkas.

“Takdelah, orang kampung yang mana tak tahu kamu dah bertunang, semua ingat kamu kahwin dengan Nur. Yelah dulu kamu berdua tu macam berlangkas. Ke mana aje kamu pergi mesti Nur ada, kamu pun macam tu jugak. Sampai la kamu masuk UTM, Nur masih di kampung. Sejak tu baru orang nampak Nur sorang-sorang.” Ujar Ayah, dengan ketawa kecil. Senang dengan mengingati anak-anaknya waktu kecil dulu. Abrisam hanya mengangguk, mindanya menerawang jauh. Persoalan Aisyah, cerita tentang Nur Ansar yang tidak diketahuinya dan telahan orang kampung membuatkan Abrisam terfikir sendiri seolah-olah ada rahsia tersembunyi disebalik semuanya.

“Dah la Sam, tak payah fikir banyak. Tolong mak kejap, belikan mak tepung pulut. Semalam kata teringin nak makan onde-ondekan?” Suara emak mematikan lamunan Abrisam. Abrisam bingkas bangun dan terus mengambil kunci motor. Kedai runcit Pak Ali di hujung jalan menjadi destinasinya.

+++++++++++

“Semuanya 9 ringgit aje Nur.” Pak Ali menyerahkan bungkusan itu kepada Nur Ansar yang sudah tersedia dengan not RM10 di tangan. Pak Ali kemudian memulangkan baki wang kepada Nur Ansar.

“Pak Ali baru dapat jemputan dari Cikgu Hisham. Pak Ali terkejut juga ingat kamu yang kahwin dengan Si Abrisam tu, yelah kamu selalu datang kedai Pak Ali tapi tak cakap apa-apa pun.” Pak Ali membuka cerita, Nur Ansar terdiam sendiri. Hatinya tidak dapat menerima apabila ada yang mula bercerita tentang itu. Nur Ansar mengawal riak wajahnya. Dia menguntum senyum yang hambar.

“Ish, ada pula macam tu Pak Ali. Siapalah nak dekat saya ni Pak Ali?” Ujar Nur Ansar sekadar bergurau. 

“Yelah Pak Ali, pakwe lama dia tu belajar tinggi, hensem pula tu... mestilah cari yang sama padan. Takkan nak yang duduk kampung, takat pandai masak menjahit aje, dah tu pulak cacat!” Suara sumbang kutu kampung mula membingit telinga Nur Ansar. Jika dulu, sebelum Abrisam pergi belajar jauh di selatan, Abrisamlah yang sering membela dia. Selepas pemergian Abrisam ke Johor, Nur Ansar mula membiasakan diri diganggu dengan kutu kampung itu semua. Namun hari ini, hatinya bagai tidak biasa menerima gangguan itu. Hatinya pedih dengan setiap bait kata mereka. Nur Ansar terus melangkah laju keluar daripada kedai.

“Eh Nur?” Tegur Abrisam yang baru sahaja sampai di depan kedai. Apa lagi, suara ketawa kutu kampung itu kembali kuat dan mengejek-ngejek Nur Ansar. Abrisam saling memandang kedua-duanya tanpa suara. Nur Ansar terus melangkah laju tanpa berkalih sekali pun.

“Korang ni, dari dulu sampai sekarang asyik nak mengacau Nur aje kan!” Marah Abrisam. Kutu kampung itu hanya ketawa.

“Hero Nur sudah balik, tapi kesian bawak balik heroin baru!!!” Mereka semua ketawa besar sebelum melangkah pergi. Abrisam menggenggam penumbuknya erat. Ikut akal pendeknya sudah habis dibelasah mereka semua, namun disabarkan sahaja hatinya. Abrisam terfikir, bagaimanakah hidup Nur sepanjang 5 tahun dia keluar dari kampung itu?

++++++++++++

Abrisam menunggang motor perlahan sepanjang sawah dihujung kampung. Petang-petang begini, memang seronok ambil angin di sini. Abrisam memandang ke seluruh kawasan sawah. Dari jauh dia terpandang susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Motornya dipulas minyak agar laju sedikit. 

“Nur Ansar.....!” Tempik Abrisam dari hujung sawah. Nur Ansar betul-betul berada ditengah sawah dengan kerbau belaannya.

“Sam kau buat apa kat sini?” Soal Nur Ansar sebaik dia menghampiri Abrisam yang sedari tadi menenggek di atas motor dan memekik memanggilnya.

“Tu dia, sombongnya... tak boleh ke aku datang sini?” Soal Abrisam. Nur Ansar tiada riak wajah.

“Aku tak nak orang cakap bukan-bukan aje nanti. Kau tu lepas raya minggu depan dah nak jadi laki orang.” Abrisam mencebik dengan kata-kata Nur Ansar.

“Alah... semua orang tahu kita kawan baikkan.” Nur Ansar masih tidak beriak, tangannya ligat menanggalkan sarung tangan yang dipakainya dan kasut getah yang dipakai untuk ke tengah sawah tadi.

“Ye, tapi keadaan dah tak sama. Tak manis orang tengok. Nanti yang jadi mangsanya aku jugakkan.” Nur Ansar membidas, agak kasar. Senyuman Abrisam termati dengan kata-kata Nur Ansar.

“Jadi kau marahkan aku?” Abrisam menyoal. Nur Ansar mengeluh berat.

“Tak marah, aku tak nak terus hidup bawah bayangan kau.”

“Bayangan aku?” Abrisam tidak faham.

“Sekarang kecoh satu kampung kau akan kahwin, kecohnya sebab bukan aku pengantin perempuannya. Kau faham tak yang tu?” Nur Ansar mengetap bibir menahan rasa.

“Aku tak faham betullah, apa masalah aku nak kahwin ni dengan kau?” Abrisam mula bersuara tinggi. Dia sudah bosan mendengar hal yang sama.

“Sebab tu lah, aku harap kau tak datang sini, rumah aku atau jumpa aku. Aku pergi dulu.” Nur Ansar terus meminta diri, sarung tangan, kasut getah dan parang di ambilnya lalu terus mahu melangkah pergi. Namun Abrisam menahan dengan mencengkam erat lengan Nur Ansar. 

“Dulu aku ajak kau jadi kekasih aku, tapi kau jugak yang tolakkan?” Soal Abrisam dengan wajah bengis. Nur Ansar cuba menarik lengannya daripada cengkaman Abrisam. 

“Aku tak layak untuk kau.” Suara Nur Ansar. Abrisam mengeratkan lagi cengkamannya.

“Setiap kali aku cakap tentang cinta, kahwin, isteri, jawapan kau tetap sama dari dulu lagi. Kau nak juga jadi angel yang entah apa-apa tu!” Abrisam mula mengungkit kisah lama.

“Dan aku tahu aku tak layak jadi angel untuk kau.” Tutur Nur Ansar perlahan dengan matanya dipejam erat menahan tangis.

“Ye sebab kau cacat, parut kau tu jadikan kau buruk. Buruk untuk jadi seorang.....” Nur Ansar merentap erat lengan sebaik cengkaman yang erat itu kian longgar dengan setiap bait kata yang keluar dari mulut Abrisam. Nur Ansar terus berlari pulang ke rumahnya, meninggalkan Abrisam yang terdiam kerana baru menyedari sesuatu yang selama ini dia tidak pernah fahami.

“Seorang bidadari... Bidadari....” Abrisam menutur perlahan, Nur Ansar yang berlari meninggalkan dia jauh dihadapan hanya diperhatikannya. Tak dikejar, tak dihalang. Baru hendak berpaling, bunyi hon yang panjang menarik perhatiannya. Tubuh Nur Ansar dilihatnya terbang melayang sebelum jatuh terhempas di atas jalan. Abrisam tergamam, semuanya begitu pantas tanpa dia mampu untuk melakukan apa-apa.

“Kenapa dia tak pernah balas emel saya nek?” Abrisam menyoal dalam sendu. Wajah Nur yang pucat dengan wayar-wayar yang berselirat dipandangnya sayu.

“Nur Ansar sudah banyak pendam perasaan dia. Bila dia termenung, menangis baru nenek tahu dia sedih. Dia cetak semua emel Sam. Setiap hari dia baca. Nur segan nak balas. Setiap emel Sam cerita tentang kehidupan baru Sam di Universiti, tapi Nur masih di kampung, kawasan tempat mainan Sam dari kecil. Kata Nur apa lagi dia nak cerita.” Nenek mengesat air matanya dengan hujung baju kurung yang dipakainya.

“Abrisam banyak tanya pasal perasaan dia, tapi dia senyap aje. Abrisam sayang Nur, sayang sangat. Tapi Nur tak pernah balas, tak pernah cakap perasaan dia.” Abrisam tersendu lagi. Nenek menepuk perlahan bahu Abrisam.

“Nur sayangkan Abrisam, dari kecil sampai sekarang. Cuma Nur malu untuk mencintai Abrisam walaupun sebenarnya cinta itu sudah lama ada. Nur pendamkan, sampailah satu emel dari seseorang yang membongkar perasaan Nur untuk Abrisam pada nenek.” Abrisam mengesat air matanya yang mengalir.

“Emel?”

“Petang tu, Nur balik dalam basah kuyup, wajah dia muram, mata dia bengkak. Dia hulurkan emel tu dekat nenek. Emel tu dari seorang kawan Abrisam, yang menyuruh Nur tidak membalas semua emel-emel Abrisam. Kata emel tu lagi, Abrisam dengan dia sedang saling mengenali hati, kehadiran Nur menganggu dia dan Abrisam. Sejak hari tu, Nur tak pergi lagi ke kedai internet tu untuk cetak emel dari Abrisam.” Abrisam terdiam.

“Sebab tu dia datang rumah, setiap hari jumpa Mak dan Aisyah. Nur datang tanyakan khabar Abrisam. Mulanya mak hairan tapi lama-lama mak sudah terbiasa.” Emak Abrisam mencelah.

“Kenapa Nur tak cakap Nur cintakan Sam?” Abrisam menyoal Nur Ansar yang terbujur kaku. Hanya mesin yang membantu Nur Ansar untuk terus bernafas.

“Sejak Abrisam marahkan Nur waktu Nur cedera ditetak dulu, sejak itu Nur terasa dirinya tidak lagi layak untuk Abrisam. Cinta dia untuk Sam dia simpan dalam hati. Yang terluah hanyalah bidadari....” Nenek cuba menjelaskan segalanya kepada Abrisam.

“Sam marah sangat dulu, Nur hampir tergadai nyawa dengan kejadian tu, dia tak sepatutnya ke situ waktu tu. Bidadari...Sam tak faham semua tu nek... Bila Sam faham, semuanya dah terlambat.” Abrisam teresak-esak menangis di tepi katil yang menempatkan tubuh lemah Nur Ansar. 

Hari ini genap 7 bulan Nur Ansar hidup dibantu mesin untuk bernafas. Nenek redha pada Allah, tidak mahu cucunya terseksa hidup hanya berjasad. Menurut pakar, semua organ dalam badan Nur Ansar telah rosak teruk akibat kemalangan tersebut. Nenek redha. Hari ini doktor akan mencabut mesin yang membantu Nur Ansar untuk terus hidup. Hari ini Nur Ansar akan pergi buat selamanya dari bumi yang fana. Kisah Nur sudah sampai ke akhirnya, cintanya sahaja yang dibawa bersama-sama.

Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.

++++++++++++++++++++


“Nur... awak tahu tak bidadari tu apa?” 

“Nenek kata, bidadari tu seorang yang cantik yang akan sentiasa menemani seorang lelaki yang baik.”

“Saya baik tak Nur?”

“Baik... sebab tu saya selalu teman awak.”

“Awak bidadari saya ye Nur?”

“Ye, saya nak jadi bidadari awak sampai bila-bila.”

14 comments:

Unknown said...

sedihnyeeeeee

akubersamaCahya said...

sedih jugak.....

nae nematoda said...

:) , lain dari yg biasa...
dah biasa baca happy ending dari abc , ttiba baca yg ni , sentap rasa...
thank untk cerpen ni , hari2 jengok cini , baru terlepas rindu ;)

Ummi Nurmasyitah said...

yang balas email tue mesti jameelaa kannn kann ,, jahatnyaa

akubersamaCahya said...

nang... sori... klu boleh hari2 nak update.. tapi lately byk hlgan n kerja walimah yg perlu di selesaikan... ;-)

abc nak keluar dr kebiasaan....

akubersamaCahya said...

ummi... ye... abc tak rsa jhat...mungkin terasa mahu memiliki hihihihi

Anonymous said...

Best + sedih...huhuhu....

Anonymous said...

Best + sedih...huhuhu....

cyah said...

dasyat sedih huhuhu

Anonymous said...

abc sibuk ngan walimah sapa??
hmm...last sekali apa ending ceta ni...nur tu mati erk??/

akubersamaCahya said...

nur meninggal :( Allah lebih sayangkan dia. ^^

Unknown said...

kalu aku pon..aku akn lepaskan dy..bantuan mesin ni hnya bantu dy nk 'hidup' dalam erti kata sebenar ada roh tp jasad x leh wak pape..aku rela dy pergi..dari seksa dy camtu..fuhh jiwang plak..hee

Unknown said...

cik abc..bru 1st singgah sni..kebetulan je nmpk crpen ni..sedihnyeee cerpen ni..menitik air mata..truskn brkarya..:)

Anonymous said...

Sedihnye...

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders