Tuesday, November 27, 2012

aku pun tahu menangis.

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
abc menulis dalam emosi yang bercelaru.

terkadang abc merasa tertekan kepada perkara yang sebelum ini dapat abc terima sebaiknya.
kadang2, abc terasa mahu tanggalkan akal yang waras untuk ikut hati yang terlebih berani. Mujur iman yang nipis memastikan hati terus dalam kawalan kesabaran. :(

abc ada perasaan.
ya kalau anda kenal abc, pastinya jarang boleh melihat abc menangis.
jarang mahu dengar abc sedih.
jarang mahu tahu abc terluka.

abc pernah putus cinta dan tidak langsung keluarkan air mata.
bagi abc, untuk apa menangis sesuatu yang tidak begitu penting bagi kita?

Hal peribadi (famili) yang banyak buat abc menangis.
ada suatu masa abc malu untuk menyanyi lagu nasyid Saujana yang pernah popular sekitar tahun 2001-2002.
entah la.. jiwa muda remaja T_T

hari ini abc tertekan lagi. mulalah akal jadik singkat dan pendek. hati mula meroyan. iman juga yang menyabarkan. sangat-sangat tertekan, dalam keadaan yang kurang sehat =="

sampai satu saat, hati yang menggila mula berdetik... mahu lari, mahu kawen lari, mahu yang lari-lari.
erm... iman pun mula menebal sedikit, mengingatkan kepada berita2 terkini di TV dan akhbar.
mungkin sebab sebegini, terjadinya hal2 dan masalah2 sosial sekarang. salah siapa? diri atau mereka2?

saat ini abc memerlukan sahabat. namun mesej abc tidak dibalas. mencari yang rapat, tiada =="

Ya Allah, hamba cuma ada Engkau.
susah dan senang, hanya diriMu.

betullah... teman waktu susah sukar dicari :)

#dear mr.Fiance' I wish u were here, lending me your shoulder and wiping my tears ;,(

5 comments:

wawasyazwani said...

sabar dik..setiap yang berlaku ada hikmahnya..teman masa susah memang sangat susah untuk kita cari..sebab tidak semua teman dapat bersama-sama kita sentiasa, Ingat teman yang sentiasa bersama kita dan tak pernah jemu mendengar rintihan kita..ALLAH SWT..sabar banyak2..

radziah AR said...

sabar...walau hanya kata2 pengubat jiwa, melakukannya amat sukar, tambahan melawan perasaan, tetapi sesungguhnya sabar itu nikmat yg tidak terhingga...kerna bila tiba masanya, baru kita merasai sabar itu.
ABC, bila dikenang, mmg sedih, tertekan, ingin jauhkan diri dari semua org, tapi bersabar itu menjadi kekuatan utk kita...
kzie doakan yg terbaik utk ABC...

akubersamaCahya said...

terima kasih :)
insyaAllah... semua akan spt sedia kala. terima kasih ats doanya

nur farah amanina said...

Untuk akak wateeqa,

Setiap yg berlaku semua dari Allah, ujian yang melanda adalah untuk kita lepas dari rantaian-rantaian yang terikat kemas di jasad kita. Ujian yang diturunkan untuk memupuk rasa sabar yang tahap maximumlah! .. jadi bersyukur lah akak sebab ujian yang datang sebab Allah masih dan sentiasa ingat akak.. bersyukurlah kita sebab kita menjadi salah seorang yang Allah masih utamakan.. kita ada iman dan juga nafsu, namun kita ada akal untuk lead nafsu dan iman kita untuk terus tunduk dan patuh pada Allah.. bersyukurlah dengan iman yng senipis kulit bawang itu meletakkan akak di tempat dan jalan yang lurus.. bersyukurlah kita menjadi antara orang yang masih beriman itu. shabat suka dan duka sukar dicari. namun Allah insyaAllah sentiasa dekat dan berada dalam hati. :) nasihat untuk diri saya jua..

akubersamaCahya said...

inshaAllah... terima kasih :)

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders