Syafiqah mengambil telefon bimbitnya di dalam
beg tangan. Nombor Kak Ida dicari dan didail. Lama ditunggu sebelum
panggilannya disambungkan.
“Assalamualaikum…
so how? Happy dapat jumpa suami tersayang awak tu?” Kak Ida terus sahaja
bersuara sebaik menyambung talian. Syafiqah hanya tersenyum dalam sebak.
“Waalaikummussalam…
erm, mulanya happy la dah sampai tapi…” Syafiqah tak dapat menahan tangisnya.
Air mata yang ditahan-tahan akhir melimpah keluar dari tubir mata. Esakan yang
mulanya perlahan, kini kian menjadi-jadi.
“Alahai,
kenapa pula ni Ika?” Kak Ida terus sahaja menyoal sebaik mendengar esakan
Syafiqah yang kian deras.
“Ika
sendiri tak faham kak, ingat dia happy bila Ika ada depan mata dia. Tapi tak,
dia marah-marah.” Kak Ida hanya mampu beristigfar perlahan.
“Sekarang
Ika nak ke mana? Sarawak bukan tempat Ika kan…” Syafiqah mengawal tangisnya.
“Adam
suruh ke rumah sewa dia. Ika dalam perjalanan ke sana… Akak…” Syafiqah yang
masih dalam sedu, cuba untuk terus meluahkan rasa hatinya.
“Hati-hati
kalau macam tu… kenapa Ika?”
“Ika
dah jumpa perempuan tu.” Syafiqah menarik nafasnya dalam-dalam. Lalu dilepaskan
perlahan. Pandangan dilepaskan keluar tingkap teksi.
“Perempuan
tu? Perempuan mana?” Syafiqah melepaskan lagi lelahnya.
“Perempuan
yang hantar gambar dia dengan Adam, perempuan yang nakkan Adam.” Kak Ida
terkedu.
“Apa
yang jadi? Dia ada buat apa-apa?” Syafiqah tersenyum tawar dengan gelagat Kak
Ida yang mula kelam kabut.
“Jangan
risau. Dia cakap benda yang sama macam yang dia mesej dulu. Cuma, dia kata dia
akan minta Adam kahwin dengan dia sebagaimana Ika minta Adam kahwin dengan Ika.
Ika tak berapa faham yang tu, entahlah tak faham Ika. Ada juga perempuan macam
tu dalam dunia ni.” Syafiqah mula merungut.
“Ika,
kamu sedar ke tak ni?” Kak Ida bersuara tegas. Syafiqah mengerut dahi, sisa air
mata di sapu dengan belakang tangan.
“Kenapa?”
“Hei,
perempuan tu nakkan suami kamu. Kenapa kamu macam relax aje? Tak takut?”
Nyaring suara Kak Ida menyoal.
“Isteri
mana tak risau kak. Nama dia Hanisah. Cantik, anggun dan sangat elegen. Mana-mana
lelaki pun akan suka dengan dia. Ika takut, memang takut, lagi takut bila
nampak yang Adam dan dia sangat mesra dan rapat. Tapi apa yang Ika boleh buat
kalau mereka berdua memang saling suka satu sama lain?” Air mata yang sudah
berhenti sebentar tadi kini kembali. Terlalu banyak perkara yang bermain
difikiran Syafiqah. Sikap Adam, Hanisah dan bayi yang dikandungnya. Emosi
Syafiqah bercampur aduk.
“Ika…
jangan nangis ye dik. Sabar, akak minta maaf sebab cakap macam tu. Ika jangan
lemah, jangan putus asa. InsyaAllah, Adam hanya untuk Ika.” Syafiqah tersenyum
dalam tangis.
“Ameen…
Akak doakan ye, Ika takut Ika tak kuat dengan ujian ni. Terasa berat kak.” Syafiqah
mengesat air mata yang mengalir perlahan dipipinya.
“InsyaAllah.
Ika kuatkan semangat ye dik. Erm… baby macam mana? Tak meragam?” Kak Ida cuba
mengalih topik, tidak mahu lagi membuat Syafiqah terus menangis. Jika terus
menerus menangis, dia akan mudah menjadi lemah. Sudahlah kandungannya masih
baru. Tubuh Syafiqah masih belum biasa dengan perubahan yang berlaku.
“Alhamdulillah,
sepanjang perjalanan takde meragam. Mungkin dia pun teruja nak jumpa Ayah dia,
tapi… erm…” Kak Ida mengeluh lemah, ingatkan sudah boleh beralih topik tapi
makin ke dalam. Kak Ida menggigit bibir.
“Jangan
fikirkan sangat, Adam letih kut, balik karang okay la tu. Sabar ye.” Syafiqah
mengangguk perlahan biarpun Kak Ida tidak dapat melihat.
“Okay
akak, kirim salam family ye. Eh, Ika dah sampai rumah, nanti kita sambung ye.”
Sebaik memberikan salam, Syafiqah menamatkan talian. Tambang teksi dibayar dan
kemudian dia melangkah masuk ke rumah. Kunci rumah yang diberikan Adam
dikeluarkan daripada beg tangannya. Hati masih ragu-ragu, perlukah dia berada
di sini? Langkah Syafiqah mati dan kaku di depan pagar rumah sewa Adam. Masuk
atau tidak, itu yang bermain difikirannya. Kalau dia masuk, jadi dia harus
berdepan dengan Adam malam ini, mampukah? Kalau dia pulang ke semenanjung,
masalah antara dia dan Adam akan terus berlarutan, bilakah akan selesai?
Syafiqah mengeluh sendiri. Perut yang mula berkeroncong mengganggu Syafiqah
untuk membuat keputusan yang bernas. Langkah diatur semula, menjauhi rumah sewa
Adam.
+++++++++++
“Siapa
tu Adam?” Belum sempat melabuhkan duduk, Johan lebih cepat meluru dengan
soalan.
“His
wife la…” Celah Hanisah. Adam hanya menjungkit kening. Hatinya serba salah.
Bertindak sebelum berfikir. Terlalu gembira hingga terkejut dan terus sahaja
bertindak luar fikiran. Wajahnya diraup beberapa kali.
“Your
wife? Comel! Sebaya ke Adam?” Johan memuji, Adam memandang Johan dengan wajah
yang serius.
“Hey,
aku puji ikhlas, takde makna lain la. Sebaya?” Johan menangkas pandangan Adam
yang dari tafsirannya beriak cemburu.
“Nope.
Muda setahun. Terima kasih kerana memuji isteri aku ye, dia memang comel.” Ujar
Adam dengan senyuman yang melebar. Johan mencebik.
“Eleh,
menyampah.” Rungut Hanisah perlahan namun dapat juga didengari oleh Adam dan
Johan. Johan menjungkit kening, Adam mengerut dahi.
“Nisah,
you jealous ke?” Johan menempelak. Hanisah kalut sendiri.
“Kenapa
nak jealous? I lagi cantik dari dia. Am I right Adam?” Hanisah bersuara
membangga diri. Johan ketawa besar, Adam cuma tersengih dan menggeleng.
“Nothing
can defeat my wife. Walaupun dia sudah berkedut nanti, dia tetap yang paling
cantik di sisi I.” Ujar Adam sebelum melangkah ke bilik pengurusnya. Johan
bertepuk tangan dan Hanisah hanya mampu melopong.
Hari
ini merupakan hari terakhir Adam membuat latihan industrinya di Sarawak. Tempoh
selebihnya akan di sambung semula di cawangan syarikat di Johor Bahru. Itu yang
tertulis dalam perakuan perjanjian latihan industrinya dengan syarikat
tersebut. Disebabkan dia tidak pernah ponteng kerja, prestasi kerja yang
memuaskan dan hubungan baik dengan pengurus, Adam dapat pulang lebih awal pada
hari terakhirnya.
“Sepatutnya
hari last kena celebrate dengan kawan-kawan ofis tapi dia nak balik awal.”
Rungut Hanisah yang sudah terpacak di tepi meja Adam. Adam hanya mengangkat
bahu, malas untuk memberi sebarang komen. Hatinya berlagu resah, bersalah
dengan apa yang telah dilakukan kepada Syafiqah.
“Adam”
Panggil Hanisah. Adam hanya membisu, tangannya ligat mengemas meja kerjanya.
“Adam!”
Tempik Hanisah. Mengejutkan Adam, Johan dan beberapa pekerja yang lain.
“What?”
Suara Adam keras, rimas dengan sikap Hanisah yang mendesak.
“I
panggil you boleh buat pekak aje kan.” Rungut Hanisah.
“Apa
yang you nak Nisah?” Soal Adam. Tangannya masih ligat mengemas barangannya.
Lagi cepat dia kemas lagi cepat dia dapat pulang ke rumah.
“I
belanja you lunch hari ni, jom?” Adam mengerut dahi, tangan berhenti dari
mengemas. Pandangan pelik diberikan kepada Hanisah. Hanisah hanya tersengih.
“Nisah,
you tak faham eh? I kena balik cepat. Isteri I datang dari jauh sebab nak jumpa
I, so I kena balik terus rumah. I habis hari ni bukan bermakna I dah habis
praktikal, I kena sambung lagi tau, ada lagi tiga bulan. Jadi kalau you nak
celebrate juga my last day, tunggu lagi tiga bulan okay.” Ujar Adam tegas dan
jelas. Adam menyambung mengemas barangannya. Hanisah yang mulanya
tersengih-sengih kini merengus marah. Langkahnya diatur laju ke mejanya. Johan
yang melihat hanya mampu ketawa dan menggelengkan kepala.
“Semua
kau nak try Nisah…” bisik Johan perlahan, lalu menyambung kerja-kerjanya.
Setelah selesai mengemas mejanya. Adam
bersalaman dengan pekerja-pekerja yang ada. Setelah itu dia terus melangkah
keluar daripada pejabat. Tugasnya di Sarawak sudah selesai, selebihnya akan
disambung di Johor Bahru. Lusa dia bercadang untuk terus terbang ke Johor,
tetapi kehadiran Syafiqah mungkin akan mengubah rancangannya. Mungkin Sarawak
boleh jadi destinasi bulan madu mereka, fikir Adam sehingga membuahkan senyuman
dibibirnya.
“Nakal
kau Adam” Bisik hati Adam. Motosikalnya dihidupkan, topi keledar dipakai kemas.
Gear dimasukkan, lalu terus bergerak laju ke rumahnya. Syafiqah sentiasa
bermain difikirannya.
+++++++++++++
Brek
ditekan. Topi keledar ditanggalkan. Rumahnya sunyi, tiada nampak seperti ada
orang di rumah. Hati Adam dipagut resah, mana Syafiqah? Kasut juga tiada. Pintu
pagar dibuka dengan kunci pendua, dengan berhati-hati Adam menolak masuk
motornya.
“Awal
kau balik hari ni Adam?” Sapa jiran Adam.
“Pak
Selamat, a’ah hari ni last kerja dekat situ, lagi pun isteri saya datang
harini.” Jawab Adam penuh sopan. Pak Selamat merupakan seorang pesara askar.
Orangnya berasal dari Perak, oleh kerana bertemu jodoh di Sarawak jadi dia
terus sahaja menetap di sini.
“Oh…
budak perempuan yang berdiri depan rumah kamu tu isteri kamu la?” Soal Pak
Selamat lagi.
“Pak
Selamat ada nampak dia? Ni macam takde kat rumah aje ni.” Soal Adam dengan riak
bimbang.
“Tu
la, pak cik tak sempat nak bertanya apa-apa, dia berdiri aje, lepas tu dia
tahan teksi yang kebetulan lalu kat sini. Tak tau la ke mana dia pergi.” Adam
menggigit bibir. Takkan Syafiqah pulang ke semenanjung?
“Takpe
la Pak Selamat. Terima kasih ye.”
“Ha...
yelah, kamu telefonlah dia nanti ye, adalah ke mana dia pergi tu.” Ujar Pak
Selamat lagi. Adam hanya mengangguk.
Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi
telefon bimbit Syafiqah namun tidak dapat dihubungi. Telefon Syafiqah seperti
dimatikan. Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Semua salah aku, bentak
hati Adam. Tubuhnya dihempas ke atas sofa, telefon bimbitnya dibelek lagi.
Entah bagaimana untuk menghubungi isterinya.
“Sayang…
janganlah merajuk.” Bisik Adam perlahan, matanya dipejam erat.
“Bila
pulak Ika merajuk.” Suara itu mengejutkan Adam sehingga membuatkan dia terus
berdiri tegak.
“Sayang?”
Soal Adam dengan wajah penuh persoalan dan hairan.
“Kenapa
tengok Ika macam tu? Kenapa? Tak suka Ika datang sini?” Sinis sahaja soalan
Syafiqah. Adam memandang Syafiqah atas bawah, kedua-dua belah tangan isterinya
penuh dengan beg plastik. Syafiqah ke pasaraya? Adam terus meluru ke arah
Syafiqah yang melangkah perlahan menghampirinya. Tubuh Syafiqah terus
dipeluknya erat. Syafiqah terkejut besar, dek kerana terkejut dan letih yang
teramat, semua beg plastik yang dipegang terlepas daripada genggaman.
“Abang
ni… pecah dah telur Ika beli. Eii… apa abang ni.” Syafiqah cuba meronta untuk
melepaskan diri.
“Sayang…
Abang minta maaf. Abang minta maaf sangat-sangat. Maafkan Abang.” Suara Adam
yang mula kendur dan berselang dengan esakan, mematikan rontaan Syafiqah.
Pelukan Adam dibalas.
“Kenapa
ni?” Soal Syafiqah. Adam melepaskan pelukan. Wajah isterinya dipandang. Ciuman
diberikan di dahi Syafiqah. Tangan Adam yang memegang wajahnya dicapai dan
digenggam lalu disalaminya.
“Abang….”
Belum sempat menghabiskan kata, Adam memandang wajah Syafiqah yang dilihatnya
pucat lesi.
“Sayang
sakit ke? Kenapa pucat sangat ni?” Syafiqah cuma tersenyum.
“Ika
letih aje, belum sempat rehat lagi sejak dari sampai.” Ujar Syafiqah bersahaja.
Beg-beg plastik yang terjatuh dari tangan tadi di ambil semula, dan terus
sahaja mahu melangkah ke dapur.
“Kalau
dah letih, masuk bilik kat atas, mandi, solat dan tidur.” Ujar Adam. Semua beg
plastik bertukar tangan.
“Semua
ni abang bawak ke dapur. Okay?” Syafiqah tersenyum lagi.
“Eh,
sayang…. Mana beg baju?” Soal Adam, Syafiqah yang baru beberapa langkah ke
bilik ditingkat atas terhenti di tangga.
“A’ah,
beg Ika kat luar, lupa nak ambil.” Ujar Syafiqah dengan sengihan panjang.
“Takpe
kejap lagi abang bawak ke atas ye.” Adam bersuara lagi, Syafiqah hanya tersenyum.
Sudah tahu sikap Adam yang ini, kalau buat salah sikap baik dan romantik
seperti ini akan muncul. Tahu pun salah! Desir hati kecil Syafiqah.
+++++++++++
Adam
duduk di birai katil, duduk merenung isterinya yang sedang khusyuk berdoa.
Rindu. Rindu yang sentiasa bertapak dihati kini kembali mekar menampakkan
wajah. Mujur sahaja dia berwuduk kalau tidak, mahu sahaja dia memeluk isterinya
itu sekarang.
“Abang
nak solat?” Suara Syafiqah sebaik menanggalkan telekungnya.
“Abang
nak solat pulak. Ika hidangkan makanan ye. Abang dah siap masak semua.”
Syafiqah terpempan.
“La…
abang dah siap masak? Kenapa tak tunggu Ika aje?” Kain telekung diletakkan di
atas katil.
“Tak
susah pun, untuk isteri abang jugak. Sayang tolong hidang ye, kejapa lagi kita
makan sama-sama.” Syafiqah mengangguk perlahan. Marahnya pada Adam seolah sudah
terbang menghilang. Adam pandai mengambil hati.
+++++++++
Doa
Adam seusai solat Maghrib berjemaah dengan isterinya malam itu, lebih panjang
daripada biasa. Banyak yang dipohonnya daripada Allah, termasuklah
kesejahteraan hubungan mereka berdua.
“Maafkan
salah silap Ika sepanjang jadi isteri abang…” Ujar Syafiqah sewaktu menyalami
tangan Adam.
“Abang
maafkan. Abang pun minta maaf atas salah silap abang. Maafkan abang untuk sikap
kasar abang di pejabat siang tadi.” Ujar Adam, lalu ubun-ubun isterinya dikucup
penuh kasih. Dalam tangan yang masih berpaut antara satu sama lain, mereka
saling berpandangan sehingga termalu sesama sendiri.
“Abang
akan jelaskan tindakan kasar abang siang tadi, abang harap sangat sayang dapat
maafkan abang.” Adam bersuara lagi setelah beberapa ketika mereka berdiam diri.
“Ika
maafkan dan Ika memang nak abang jelaskan, sebab Ika terasa hati dengan apa
yang abang buat.” Ujar Syafiqah dengan nada merajuk. Adam menarik Syafiqah yang
masih bertelekung mendekatinya.
“Hari
ni, daripada awal pagi abang bangun. Hati abang rasa berbunga-bunga. Abang tak
tahu kenapa. Lepas tu asyik teringat yang sayang kata nak datang sini. Abang
cari baju baru nak pakai hari ni. Happy sangat. Abang sendiri tak tahu kenapa.”
Syafiqah mengerut dahi. Wajah Adam yang kelihatan bahagia bercerita itu
dipandang.
“Kalau
happy kenapa marah-marah waktu jumpa ika?” Adam mencuit hidung Syafiqah,
Syafiqah mencebik, jari Adam yang mencuit hidungnya digenggam.
“Abang
happy sampai semua kawan-kawan pun perasan. In
the middle of that, tiba-tiba nampak muka sayang ni, terpacul depan mata
abang. Abang terkejut sangat-sangat. Dalam fikiran abang yang tengah terkejut
tu, satu aje yang muncul. Bukan dah kata jangan datang ke?” Adam terus
menjelaskan. Syafiqah hanya mencebik. Tubuh yang tadi disandarkan ditubuh Adam
dijauhinya.
“Ika
rindu. Abang asyik busy, kadang mesej tak balas. Lately, macam-macam mesej dan
call yang Ika dapat. Jadi, abang fikir Ika nak dudukk diam dekat Johor and buat
tak tahu. Hati Ika ni meronta-ronta nak cari jawapan. Ika ikut hati Ika, sebab
tu Ika sampai sini. Ika ingat abang happy tapi lain pula jadi.” Syafiqah
merungut dalam rajuknya.
“Abang
minta maaf ye. Abang ada alasan kenapa tak bagi ika datang sini… abang dah..”
belum sempat menghabiskan kata, Syafiqah mencelah.
“Sebab
abang dah suka dekat Hanisah tu?” Adam terpempan.
“Aik?
Apa kaitan Hanisah pula?” Adam menyoal dengan kerutan di dahi.
“Kaitan
la, dia suka dekat abang. Abang pun siap pakai lagi baju yang dia bagi.”
Syafiqah bersuara lagi. Adam hanya ketawa kecil dengan rungutan Syafiqah.
“Sayang…
kalaulah semudah itu Abang dapat Syafiqah ni, mungkin semudah tu abang nak
terima orang lain dalam hidup abang. Sayang lupa payahnya abang nak kenal
sayang, payah nak dapat. Mujurlah sayang sendiri yang merayu abang kahwin
dengan abang, kalau tak takde la kita sekarang ni.” Adam menggenggam erat
jemari isterinya.
“Ye
la tu…Siap pakai baju dia bagi lagi” Syafiqah mencebik lagi.
“Ala…
dah orang bagi abang ambil la, rezeki jangan ditolakkan.” Adam cuba bergurau
tetapi tiada respon.
“Sayang
tak percaya abang?” Adam menyoal penuh gusar.
“Percaya,
tapi satu syarat untuk bagi Ika percaya untuk selama-lamanya.” Syafiqah
memandang Adam dengan matanya dikecilkan.
“Apa
dia sayang?”
“Jangan
marah Ika macam siang tadi. Bila-bila pun Ika buat surprise abang jangan marah
macam tu, boleh?” Adam ketawa kecil.
“Sayang
ni… abang marah sebab abang dah cakapkan jangan datang, tapi Ika degil, datang
juga. Tak bagitau langsung dekat abang pula tu.”
“Kan
dah cakap, Ika rindu and nak buat surprise.” Syafiqah membela diri.
“Tahu
kenapa abang tak bagi datang?”
“Sebab
Hanisah” Syafiqah menjawab ringkas. Adam menggeleng, hidung Syafiqah dipicit.
“Bukan.
Sebab lusa abang dah balik semenanjung. Abang sambung praktikal dekat Johor.” Syafiqah
menggigit bibir. Hidung yang dipicit Adam disapu perlahan. Bila Adam buat
begitu tandanya dia dihukum.
“Kenapa
abang tak cakap dekat Ika? Sorry…”
“Dah…
abang pun buat salah. Kosong kosong ye. Sayang pun dah kena picit hidung. Dah,
meh sini…” Adam menarik Syafiqah supaya kembali ke dalam dakapannya. Syafiqah
hanya menurut.
“Jadikan
ini ujian perkahwinan kita. Moga di masa akan datang, kita akan terus kuat
walau apa pun yang mendatang.” Ujar Adam.
“Kalau
ada yang menggoda, abang janji untuk tak tergoda?” Adam ketawa dengan soalan
Syafiqah. Isterinya cemburu, Adam begitu pasti.
“Kalaupun
ada Syafiqah nombor dua, tak dapat dia nak tandingi Syafiqah yang telah curi
hati abang ni.” Syafiqah tersenyum.
“Abang…
hati abang dekat mana?” Adam ketawa lagi. Syafiqah kini terlalu manja.
“La…
kan sayang simpan, sayang dah buang ke?” Syafiqah ketawa, jawapan yang ditunggu
dulu, kini dia dengari lagi. Syafiqah bersyukur, doanya dimakbulkan. Walaupun
mulanya dia menangis, kini dia tidak henti-henti tersenyum gembira.
+++++++++++
Syafiqah mengambil plastik yang mengandungi
ubat-ubatannya daripada beg tangan. Adam yang sedang menikmati nasi lemak air
tangan isterinya hanya memerhati. Jumlah ubat yang banyak membuatkan Adam
memandang pelik.
“Banyaknya
ubat? Sayang sakit apa sayang.” Syafiqah hanya tersenyum.
“Takde
apa-apalah. Kita nak keluar pukul berapa ni?” Syafiqah mengalih topik, niatnya
untuk memberitahu Adam malam nanti.
“Lepas
makan ni kita keluar ye. Sayang cuba cakap betul-betul, semacam aje abang
tengok ubat-ubat ni. Sayang sakit eh?” Adam membelek setiap satu ubat-ubatan
yang diambil Syafiqah.
“Abang
la, dulu dalam Cinta Skodeng doakan Ika sakit, sekarang Ika dah sakit la.”
Syafiqah sengaja mengeruhkan raut wajahnya. Adam terperanjat, apa yang di
doakan?
“Abang
doakan? Bila? Takkan abang doakan isteri abang sakit?” Adam cuak.
“Ala…
doa Ika sakit, mual-mual, muntah-muntah… lupa?” Adam terlopong.
“Sayang…
are you pregnant?” Syafiqah hanya tersenyum.
“Sayang…
tell me…” Syafiqah ketawa akhirnya.
“Ala…
Ika baru nak buat surprise… Ika mengandung almost two month.” Adam mengucap
syukur yang tak terhingga. Berkali-kali ucapan Alhamdulillah diucapkannya.
“Sayang
demam tu sebab perkara ni la? Kenapa tak bagitau abang?” Syafiqah cuma tersenyum.
“Nak
bagi surprise la, surprise tak?” Gurau Syafiqah.
“Sangat!
Thank you sayang.” Adam memeluk erat isterinya. Syafiqah tersenyum bahagia. Pelukan
Adam dibalas dengan pelukan yang lebih erat. Betullah kata orang, anak pengikat
kasih sayang antara suami dan isteri.
++++++++
Syafiqah
memeluk tubuh. Sebaik melangkah masuk rumah, beg tangan dan beg plastik
barangannya semua dibuang ke lantai. Dia marah dan geram! Adam mungkir janji.
“Ika…
apa ni?” Adam menggeleng-gelengkan kepala, semua barangan Syafiqah dikutipnya. Syafiqah
didepaninya.
“Tell
me…” Adam bersuara, wajah Syafiqah disentuh dengan jemarinya.
“Kata
nak jalan-jalan…” Adam melepas nafasnya perlahan.
“Sayang,
tengok muka sayang… pucat lesi. Sayang kena banyak rehat. Sayang tak makan apa
pun lagi, macam mana nak jalan.” Syafiqah menepis tangan Adam yang memegang
dagunya.
“Kan
Ika cakap Ika okay. Tak letih pun.” Adam menarik tangan Syafiqah supaya duduk
di sofa.
“Sayang
jangan paksa diri. Abang tengok pun tahu sayang tak larat, kasihankan baby
kita. Boleh?” Mendengarkan perkataan ‘baby’ Syafiqah mula mengalah tapi rajuk
hatinya belum dipujuk.
“Tapi
esok dah nak balik, bila nak jalan-jalan lagi. Bukan selalu kita boleh datang
sini.” Syafiqah bersuara lagi. Dia begitu teringin hendak berjalan-jalan di
Sarawak, ini pertama kali dia ke mari.
“Okay
macam ni. Habis semester ni kita datang sini, abang janji. Boleh?” Syafiqah
terpancing dengan kata-kata Adam.
“Betul?
Janji? Masa tu baby dalam empat bulan.” Adam mengangguk dengan senyuman.
“Empat
bulan boleh naik flight lagi. Abang janji habis aje semester ni kita datang
honeymoon dengan baby dekat sini.” Adam mengangkat tangan kanan seolah-olah
mengangkat sumpah. Syafiqah tersenyum gembira.
++++++++++++
“Abang,
kenapa eh Hanisah cakap dia nak mintak abang kahwin dengan dia, macam Ika
jugak. Ika tak faham lah…” Soal Syafiqah sewaktu mereka dalam kapal terbang menuju
ke Lapangan Terbang Senai, Johor. Syafiqah kembali mengingati kata-kata Hanisah
sewaktu dia ke pejabat tempat kerja Adam tempoh hari. Adam ketawa kecil.
Syafiqah memandang pelik.
“Don’t
tell me, abang suka dia eh?” Adam membulatkan matanya. Syafiqah menjelir manja.
Kepalanya yang dilentokkan ke bahu Adam dibetulkan.
“Sayang
ni… tak la, dia cakap macam sebab dia pernah tanya abang kenapa kahwin muda. Jadi
abang jawablah, sebab sayang yang mintak abang kahwin dengan sayang.” Syafiqah
terlopong.
“Haaa…
abang bocorkan rahsia!” Syafiqah bersuara tertahan menahan geram. Adam terkekek
ketawa.
“Alah,
dia bukan tau pun. Mungkin sebab tu dia cakap macam tu dekat Ika. Jangan
risaulah sayang, isteri abang akan kekal satu sampai bila-bila, insyaAllah.”
Syafiqah mengangkat tangan seperti berdoa lalu meraup muka.
“Amboi…
kuat ameen dia…” Syafiqah ketawa kecil.
“Hanisah
tu cantik, tapi kenapa perangai macam tu eh?” Syafiqah bertanya lagi.
“Tepuk
dada tanya iman. Waktu abang mula masuk situ, Johan dah bagi warning pasal
Hanisah. Dari awal abang dah bagitau semua yang abang dah ada isteri.
Alhamdulillah, dengan cara tu kurang sikit gangguan.” Syafiqah mengangguk, dia
sendiri sedar. Suaminya bukan calang-calang, waktu di Universiti pun ‘popular’
ini pula ditempat kerja.
“Nasib
badan dapat suami handsome…” Suara Syafiqah, namun masih dapat didengari oleh
Adam.
“Handsome
ke abang?” Soal Adam kembali.
“Nak
perasan la tu.” Adam ketawa, Syafiqah menjuih bibir.
“Tak
perasaan, dah tau lama dah…”
“Eleh…
perasannya…”
“Kalau
abang tak handsome, tentu Ika tak mintak abang kahwin dengan Ika dulukan?”
“Haa…
macam mana abang tau?” Adam terkejut. Dari ingin mengusik, kini dia terkena
sendiri.
“Sayang!”
Syafiqah ketawa.
Betullah kata Hanisah, lelaki sebaik Mohd Adam
Asyaaf siapa yang akan lepaskan? Syafiqah mengucap syukur pada Allah,
dikurniakan lelaki sebaik Adam untuk dia dan bakal anak-anaknya. Kiranya pilihan
yang dibuat dalam keterpaksaan membuat keputusan dahulu adalah pilihan yang
terbaik. Kini, dia hanya mampu untuk terus berdoa, agar hubungan dia dan
suaminya akan terus bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah.
Betullah kata Ustaz Ismail dahulu, “lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tetapi janganlah berkata, dia terlalu baik iaitu tidak
sesuai untuk diriku sebaliknya berusahalah untuk menjadi baik agar dikurniakan
pasangan yang baik.” Terima kasih Allah, Syafiqah kurniaanMu yang terbaik yang
akan sentiasa disyukuri. Adam terus bersyukur dan berdoa. Syafiqah yang sudah
terlena dalam dakapannya, dipeluk erat.
”Terima kasih sayang,
kerana menerima abang dan sudi untuk mengandungkan zuriat abang. Abang akan
terus menjaga sayang dan anak-anak semampu abang. InsyaAllah...” Bisik Adam
perlahan di telinga Syafiqah. Adam turut memejamkan mata, kurang berapa jam
lagi mereka akan tiba ke destinasi, dan meneruskan kehidupan mereka
bersama-sama. Apa yang menanti di depan, mereka tidak pasti. Tetapi, mereka
sentiasa ingat untuk saling percaya dan saling berkongsi kasih dan sayang. Moga
bahagia milik mereka selamanya.
MOGA BAHAGIA MILIK
MEREKA
nurwateeqa
7 comments:
Best! Adam sweet..
Sweet sgt cite nie.....
baru realize rupanye sambungan cite cinta skodeng..hahaha patut ler.. saya suka!!!
nak cerpen lagi.. suka sgat bca cerpen kat sini. :D
thumbs up.!!
sweetttnya..!! :)
thumb up!
Post a Comment