Syafiqah menghempas badan ke atas katil.
Tudung yang masih membaluti kepalanya, dicabut dengan kasar. Kak Farina yang
sedari tadi di meja belajar hanya memerhati dan menggeleng kepala. Syafiqah
mengambil telefon yang berdering untuk kesekian kalinya. Tidak diangkat
panggilan itu tetapi dipadamkan terus dan kemudian mencampakkannya ke atas meja
yang berada dibelakang kepala katil.
“Tangga
rumah bergoyang lagi ke?” Sindir Kak Farina yang sudah melangkah ke katilnya.
Syafiqah mengiring badan mengarah ke arah Kak Farina yang sudah duduk dikatil
sambil tangan ligat dengan telefon bimbitnya.
“Nak
roboh dah.”
“Choi!
Mintak simpang la, kenapa cakap macam tu?” Sergah Kak Ida yang baru melangkah
masuk.
“Akak
mesej Kak Ida eh…” Syafiqah menunding jari ke arah Kak Farina sambil
mengecilkan mata. Kak Farina hanya menjelir lidah.
“Kenapa?
Dah tak pandai nak share masalah dengan akak ke?” Kak Ida mengambil tempat di
sisi Syafiqah. Syafiqah bangun daripada pembaringan.
“Ika
pening la akak, serabut rasa kepala ni.” Kak Ida menggeleng kepala, Kak Farina
macam biasa, menjuih bibir sahaja. Syafiqah yang suka membesar masalah yang
kecil, itulah yang dikatakan daripada awal Syafiqah merungut dengan masalah
yang dihadapinya.
“Dah
discuss dengan Adam?” Sayfiqah menggeleng dengan soalan yang dikemukakan Kak
Ida.
“Jangan
kepala angin sangat….” Ujar Kak Farina sebelum melangkah keluar, Syafiqah
sekadar menjeling.
“Mana
ada kepala angin….” Syafiqah bersuara perlahan.
“Kepala
angin tu bukan asyik marah tak tentu pasal aje dik, merajuk tak tentu pasal pun
boleh jadik jugak. Kenapa tak discuss? Akak rasa tak masalah apa-apa pun. Adam
busy dengan praktikal dia, mana boleh datang selalu.” Kak Ida cuba menasihat
panjang lebar.
“Tapi
akak, janji tetap janji. Ini tahun pertama tau nak sambut birthday Ika dengan
dia, tapi tengoklah… dah lepas dua minggu, wish pun tak.” Kak Ida hanya
tersengih.
“Ika
ni… ingatkanlah dia… korang baru 6 bulan kahwin dik oi… kenal tak habis lagi.”
Syafiqah menjuih bibir.
“Waktu
birthday dia bulan lepas Ika dah ingatkan… nak ingatkan selalu, macam takde
feel la kak.” Kak Ida menepuk perlahan bahu Syafiqah yang erat memeluk bantal.
“Jadi
isteri kena sabar. Ini baru masalah kecik dah merajuk panjang. Tak elok tau
dik, sabar banyak-banyak. Adam sibuk tu, mungkin dia ingat tapi tak
berkesempatan. Dia call adik tak angkat, jangan buat suami awak tu susah hati.
Ingat, dia jauh awak pun jauh…” Syafiqah mengeluh perlahan, kata-kata Kak Ida
sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya. Syafiqah mengangguk perlahan.
“Jangan
lupa impian Ika tu… menjadi muslimah solehah kan?” Syafiqah mengangkat muka
memandang wajah Kak Ida yang berada dihadapannya.
“Hamba
Allah yang solehah, umat Muhammad yang solehah, anak yang solehah, isteri
solehah… ibu solehah… barulah jadi muslimah solehah…”
“Thanks
akak…. Ika terlalu ikut perasaan…” Syafiqah menarik lembut tangan Kak Ida dan
menggenggamnya. Tak dia nafi, kebelakangan ini dia sering sahaja marah-marah.
Hendak kata bulan mengambang, tidak pula. Dia sendiri tidak faham dengan sikapnya.
“Kejap
lagi, solat, doa banyak-banyak and then call Adam mintak maaf. Syurga awak
dengan dia Ika…” Syafiqah mengangguk perlahan.
++++++++++++++++
Syafiqah
menarik kerusi meja belajar lalu melabuhkan duduk dikerusi itu. Dikemaskan
rambutnya yang makin panjang hingga ke pinggang. Adam suka dia berambut
panjang, jika dulu setiap bulan pasti dipotongnya rambut agar tidak panjang biar
hanya separas bahu, kini tidak lagi. Sikat yang ada digunakan untuk merapikan
rambut. Usai solat asar tadi, hatinya terus sahaja kuat merindui suaminya,
Adam. Telefon yang tercampak di tepi laptop di ambil dan dihidupkan semula.
“10
misscall….” Tutur Syafiqah perlahan. Ada nada sayu, Syafiqah dipagut rasa
bersalah. Lantas Adam dihubunginya. Lama sebelum talian dijawab oleh Adam di
sana.
“Sayang…”
“Abang…”
“Sayang
marahkan abang lagi?”
“Tak
marahlah, merajuk sikit aje…” Adam ketawa dihujung talian. Syafiqah selalu
sahaja menyenangi hatinya, cuma kebelakangan ini dirasakan Syafiqah berubah
sikap, kadang terlebih manja dan kadang kala terlalu pemarah, ada sahaja yang
tidak kena dimatanya.
“Abang
mintak maaf ye…” Syafiqah mengetap bibir.
“Ika
yang salah bang… maaf jugak ye…” Adam tersenyum di sana.
“Maaf
diterima… sayang…”
“Ye?”
Syafiqah menyambut panggilan Adam.
“Happy
belated birthday my wife, moga terus menjadi sayap kiri abang sehingga ke
syurga, insyaAllah.” Syafiqah memejam matanya rapat. Hatinya terus sahaja
dipagut rasa bersalah. Kenapa harus dia memarahi suaminya atas perkara kecil?
“Sayap
kiri abang ni, banyak sangat lemah dan kurangnya. Ika mintak maaf ye abang. Ika
terlalu ikut perasaan.” Adam dihujung talian hanya tersenyum, dalam hatinya dia
mengucap syukur.
“Abang
faham sayang. Kita sama-sama muda, kadang kala ada perkara yang kita belum
begitu matang dalam berfikir. Salah satunya, berjanji. Abang tak tepati janji
abang”
“Dan
Ika tidak fikir habis, abang belum kerja tapi sudah suruh abang ke sana ke
mari. Maaf ye abang.” Adam ketawa kecil mendengarkan bicara isterinya itu.
“InsyaAllah,
abang sentiasa maafkan isteri abang ni.” Syafiqah tersenyum lebar.
Alhamdulillah, hatinya kembali tenang. Tidak seperti sebelum ini, yang sentiasa
berombak tsunami!
++++++++++++++
Kak
An menggelengkan kepala, Kak Ida sudah mengeluh besar. Mereka semua pening
dengan sikap Syafiqah yang degil dan cepat sangat berangin.
“Orang
suruh pergi klinik, tak nak, degil. Bila dah sakit, Adam jadik mangsa. Apa lagi
yang kamu tak puas hati dengan Adam, Ika?” Kak Farina membebel. Sejak bila
entah mengambil alih tempat Kak Ida.
“Ika
tak sakit apa pun. Sakit hati aje.” Telefon ditangan ditekan-tekan punatnya. Gambar
yang diterima awal pagi tadi dilihat berulang kali.
“Akak-akak
ni sayang dengan kami Ika. Setiap hari kamu muntah-muntah, malam tidur awal.
Makan tidak pun, minum air pun dah muntah. Kamu tu dah kahwin, ingat sikit.”
Kak Ida bersuara lembut.
“Ika
serabut dengan Adam, akak tengok ni, entah siapa hantar gambar ni.” Syafiqah
menyerah telefonnya kepada mereka. Gambar Adam dan seorang perempuan yang
kelihatan sangat mesra.
“Dah
tanya Adam?” Kak An menyoal.
“Tak…
takut terlebih marah. Entahlah, Ika tak tau nak buat apa. Ingat nak diamkan
aje.” Kak Ida mencebik.
“Diam?
Diam apa kalau Adam call kamu tak angkat, mesej-mesej dia kamu bolayan aje. Tak
ke Adam dah tertanya-tanya kenapa?” Syafiqah menggigit bibir. Betul jugak,
detak hatinya.
“Better
kamu send gambar tu kat Adam dan selesaikan baik-baik. Kan senang?” Kak Farina
memberi cadangan, akak-akak yang lain juga bersetuju. Syafiqah hanya memandang
mereka dengan pandangan yang lemah. Hendak setuju atau tidak dia tak pasti.
Kalau hanya itu jalan yang terbaik…
“Okay,
nanti Ika bagi dia gambar ni.” Syafiqah bersuara perlahan. Gambar itu direnung
buat sekian kalinya. Moga apa yang berlaku tidak seperti yang apa aku fikirkan…
hati Syafiqah terus berdoa.
+++++++++++
Syafiqah
memegang kepalanya yang tidak berhenti-henti berdenyut. Sudah hampir lapan biji
panadol dan activefast ditelannya, namun sakit kepalanya tidak juga
berkurangan. Puas sudah Kak An dan Kak Ida memujuk supaya dia ke klinik, tapi
kedegilan yang bercampur dengan rajuk membuatkan Syafiqah enggan ke klinik.
“Degil.
Awak sakit macam ni, tak payah merajuk sangatlah. Suami awak tu jauh, takdak
dia nampak pun rajuk awak tu…” Kak Ida tak berhenti-henti berleter memarahi kedegilan
Syafiqah.
“Ika
stress dengan Adam aje ni. Kejap lagi okay la…” Ujar Syafiqah malas-malas.
Tangannya masih setia mengurut kepalanya.
“Ika
dah telan ubat macam nak lebih dos. Buatnya kamu tu mengandung, kan naya…” Ujar
Kak An, tegas! Syafiqah tersentak, terus bangkit dari pembaringannya.
“Tapi
period Ika memang selalu lambat pun, tapi…” Kak Ida dan Kak An menggeleng
kepala. Syafiqah memang degil dan banyak alasan!
+++++++++++
Berita
itu begitu menggembirakan! Segala sakit dan perit yang ditanggung selama ini
sebenarnya membawa kepada berita yang membahagiakan.
“Tahniah,
lagi lapan bulan kami dapat anak saudara la…” Ujar Kak Ida. Syafiqah yang
menyandar diri pada kepala katil hanya tersenyum lebar.
“So,
dah bagitau Adam?” Soal Kak Farina.
“Nak
bagitau apanya, Ika hantar gambar haritu pun, boleh dia slumber aje cakap,
kawan tempat LI dia. Sakit hati!” Adu Syafiqah.
“Lah,
apa yang nak sakit hatinya? Dah kawan tempat LI dia.” Syafiqah mencebik dengan
jawapan Kak An.
“Tak
la, macam takde benda serius. Kita punya curious gila.” Kakak-kakak hanya
ketawa dengan jawapan Syafiqah. Dasar manja!
“Awak
tu manja sangat la Ika. Jangan fikir sangat lah, jaga kesihatan awak tu.” Kak
Ida menasihati Syafiqah buat sekian kalinya. Tak pernah jemu.
“Jangan
lupa bagitau Adam, family semua berita gembira ni.” Celah Kak Farina. Syafiqah
hanya mengangguk perlahan, hatinya memikirkan hal lain. Ada perkara yang dia
sembunyikan, hal yang sukar untuk dia kongsikan dengan sesiapa. Syafiqah sangat
keliru!
+++++++
“Ika
ingat cuti semester minggu depan nak terbang ke Sarawak, nak buat surprise
dekat Adam.” Kak Ida terkejut sehingga terlopong mulutnya.
“Tudia…
mai dah romantika Syafiqah….” Usik Kak Ida. Syafiqah hanya ketawa.
“Rindu
tau, asyik bergaduh aje beberapa hari ni. Isu gambar pun jadik hal.” Kak Ida
mencebik dengan pernyataan Syafiqah, mungkin tidak terlayan dengan sikap
Syafiqah yang asyik berubah tiap minit.
“Tau
pun… ni Adam dah tau Ika pregnant?” Kak Ida menyoal. Syafiqah terdiam sendiri.
“Akak,
Ika cerita ni, akak rahsiakan boleh?” Kak Ida mengerut dahinya, pelik dengan
Syafiqah yang tiba-tiba berubah sikap dan topik.
“Apa
Ika? InsyaAllah, akak rahsiakan.” Syafiqah menarik nafas dalam-dalam sebelum
meneruskan bicaranya, yang membuatkan Kak Ida semakin diburu persoalan.
“Akak
ingat nombor yang hantar gambar perempuan dengan Adam tu?” Kak Ida mengangguk
laju.
“Kenapa?
Ada gambar lagi ke dia hantar?”
“Tak,
dia call. Dia lah perempuan tu.” Syafiqah bersuara perlahan. Ada suram
diwajahnya. Kak Ida menarik lembut tangan Syafiqah dan mengenggamnya erat.
“Dia
nak apa call Ika?”
“Adam.
Dia nak suami Ika.” Kak Ida beristighar perlahan. Syafiqah memandangnya dengan
mata yang berair.
“So,
Ika cakap apa dengan dia?” Syafiqah melepas lelah perlahan.
“Ika
terkejut sangat akak, takde angin, takde rebut, tiba-tiba dia call dan cakap
dia suka dan cintakan Adam, dan nak kan Adam. Ika hanya sempat tanya dia samada
Adam pun punya perasaan yang sama dengan dia. Dia just kata, dia akan pastikan
Adam rasa yang sama.” Kak Ida mengangguk perlahan.
“InsyaAllah,
Adam hanya untuk Ika. Syafiqah isteri Adam untuk selama-lamanya. Ika sabar, dan
banyak solat sunat. Akak akan cuba carikan jalan untuk Ika nanti.” Syafiqah
mengesat air matanya yang mula mengalir dipipi.
“Macam
mana kalau Adam ada rasa yang sama macam perempuan tu kak?” Syafiqah merenung
tepat kedua-dua anak mata Kak Ida.
“Ika,
akak belum kahwin tapi berdasarkan pengalaman orang sekeliling, dan mak akak
selalu cakap, bila dah kahwin, kita kena percaya suami kita. Bila ada kepercayaan
tu, insyaAllah bahagia rumah tangga. Tapi bila sudah diberikan kepercayaan,
suami dan isteri tu kena jaga betul-betul kepercayaan yang diberi tu.” Syafiqah
mengangguk perlahan. Betul, harus percaya. Kalau tidak, seminit tidak bersama
sudah macam-macam syakwasangka yang datang.
“Thanks
akak, doakan Ika dan Adam terus bahagia hingga ke syurga.” Kak Ida menggenggam
erat tangan Syafiqah dan menggangguk dalam senyuman.
“Buat
masa sekarang, sabar dan yakin. Ika ada call Adam tanya?” Soal Kak Ida.
“Ada,
tapi lately Adam sibuk sangat. Ika pernah tanya, hatinya di mana, akak tau dia
jawab apa?” Kak Ida menggeleng.
“Dalam
badanlah, kalau takde dah innalillah.” Kak Ida ketawa kecil.
“Akak
ni, dulu jawapan dia lain tau. Adam dah lain.” Rungut Syafiqah. Kak Ida
mencubit pipi Syafiqah kuat.
“Percayakan
dia Ika, baru senang hati, tenang fikiran.” Syafiqah mencebik dan akhirnya
mengangguk perlahan.
++++++++
Adam
merenung telefonnya berkali-kali. Hatinya resah seketika. Hari ini masuk hari
kedua Syafiqah langsung tidak menghubunginya, mesej pun tidak. Sebelum ini, ada
sahaja panggilan daripada Syafiqah, ada yang diangkat, ada yang tidak sempat
dijawab akibat terlalu sibuk dengan kerja-kerja ditempat latihannya. Ke mana
Syafiqah hari ini?
“Renung
telefon lama je. Tunggu panggilan siapa?” Hanisah menegur Adam yang dilihatnya
beberapa kali merenung telefon bimbit yang berada di atas meja kerja. Kadang
kala dia melihat Adam menekan-nekan punat telefonnya.
“Panggilan
dari yang tersayang.” Jawab Adam bersahaja. Bukan tidak mahu melayan Hanisah,
namun semenjak Syafiqah menghantar gambar Hanisah dan dirinya, Adam merasakan
sesuatu yang aneh. Tidak mahu perkara yang pernah berlaku dahulu yang
melibatkan Elina berlaku lagi dengan Hanisah, sudah hendak kawal!
“Oh…
isteri you ye. Adam, I tanya sikit boleh?” Hanisah mendekati meja Adam, dengan
lenggok jalan yang seolah-olah mahu menggoda.
“Boleh
aje selagi I ada jawapannya.” Ujar Adam dengan menjungkitkan sedikit keningnya.
“Kenapa
ye you kahwin awal? You baru 23 tahun kan?” Adam tersenyum dengan soalan
Hanisah.
“Isteri
I yang mintak I kahwin dengan dia, so I kahwin lah.” Hanisah mengerut dahinya
dengan jawapan ringkas Adam.
“Mudahnya?”
Adam ketawa kecil. Kisahnya dengan Syafiqah memang lucu, namun itulah jodoh mereka,
Adam menerimanya dengan hatinya terbuka. Syafiqah, gadis yang mencuri hati
remajanya, akan dia jaga hingga ke syurga.
++++++++
“Assalamualaikum…”
Adam bersuara sebaik panggilannya dijawab.
“Erm…
Waalaikummussalam…” Syafiqah menjawab dengan payah. Adam yang mendengar resah.
“Sayang…
okay tak ni?” Soal Adam penuh bimbang.
“Boleh
la… pening sikit….” Syafiqah membetulkan pembaringannya. Beberapa hari ini,
selera makannya hilang terus. Kalaupun dia mengambil makanan hanya sebagai
lapik perut untuk mengambil ubat, tapi selepas itu semuanya akan keluar semula
seolah-olah badannya tidak dapat menerima apa-apa makanan.
“Abang
dengar macam teruk sangat aje. Dah pergi klinik?” Adam diburu resah. Syafiqah
kedengaran amat tidak bermaya.
“Dah,
Ika okay aje. Jangan risau ye.”
“Doktor
cakap apa?” Syafiqah mengeluh lemah. Belum masa untuk memberitahu Adam berita
bahagia dibalik kesakitannya.
“Nothing,
demam biasa aje… abang jangan risau ye.” Bohong Syafiqah.
“Macam
mana tak risau, dua hari sayang senyap aje. Kenapa tak bagitau kat abang?”
Syafiqah tersenyum sendiri dengan kata-kata Adam, yang amat senang
didengarinya.
“Tak
nak abang risau. Abang jauh Ika jauh, demam biasa aje.” Ujar Syafiqah, Adam
mengeluh perlahan.
“Abang,
Ika nak pergi sana jumpa abang boleh?” Soal Syafiqah sebelum menamatkan
perbualan mereka.
“Kenapa?
Jauhkan sayang, kos pun tinggi. Tunggu nantilah, kita jumpa dekat Pahang aje
eh?” giliran Syafiqah untuk mengeluh. Adam menyepi, tahu Syafiqah terasa hati.
“Sayang
fahamkan?” Soal Adam lagi.
“Kalau
Ika pergi juga macam mana?” Syafiqah menyoal lagi. Adam sudah terlalu biasa
dengan kedegilan isterinya itu.
“Sayang
datang jugak sini, abang tak nak kawan. Okay?” Ujar Adam, tegas dalam gurau.
“Okay,
tak kawan sudah… Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
Adam menamatkan perbualan. Tidak mahu melayan degil isterinya dalam keadaan
isterinya itu tidak sihat. Adam resah, kejauhan membuatkan dia sukar untuk
menjaga isteri kesayangannya itu. Kejauhan ini juga banyak menduga mereka
berdua.
Syafiqah
merenung telefonnya. Sakit kepala dan lemah badannya seolah-olah hilang dek
terasa hati dengan Adam. “No matter what will happen, Ika akan pergi sana!”
bentak Syafiqah penuh geram!
++++++++++++++
Syafiqah
menarik nafas dalam-dalam. Angin bumi Sarawak mendinginkan tubuhnya. Cuaca agak
mendung di sini, berbeza dengan cuaca di Johor sewaktu dia berlepas sebentar
tadi. Syafiqah menekup tangannya di dada, degupan jantung yang berdetak laju
membuatkan dia resah seketika. Kenapa perasaan diulit bimbang? Adakah salah
keputusan yang dibuat untuk berjumpa Adam di Sarawak? Marahkah Adam? Persoalan
itu kerap kali berlegar dimindanya.
Langkah
diatur ke arah teksi yang sedia menanti penumpang. Alamat tempat kerja Adam
diserahkan kepada pemandu teksi yang dinaikinya. Dalam hati, Syafiqah terus
berdoa, agar Adam dapat menyambut kedatangannya yang tiba-tiba ini dengan
pelukan dan senyuman.
“Dari
mana ya dik?” Pemandu teksi itu menyoal, masih ada dialek Sarawaknya.
“Johor.”
Jawab Syafiqah ringkas dengan senyuman.
“Mau
jumpa siapa di sini?” Syafiqah yang sedang menghantar mesej kepada Kak Ida
untuk memaklumi ketibaannya di Sarawak mengalih wajahnya ke arah cermin pandang
belakang teksi yang menampakkan wajah pemandu teksi tersebut.
“Suami
saya, sudah lama tak jumpa.” Jawab Syafiqah mesra.
“Oh…
belajar ka kerja di sini?”
“Dia
buat praktikal di sini.”
“Oh…
selamat berjumpa ya.” Ujar pemandu teksi sebelum Syafiqah turun daripada
teksinya.
“Terima
kasih pak cik.” Pintu teksi ditutup sebelum ia meluncur laju. Basmallah dibisik
perlahan, supaya mengiringi pertemuannya dengan Adam. Debaran kian terasa,
kenapa? Luar daripada kebiasaannya.
+++++++++
“Luar
biasa? Ala harini kan last I praktikal dekat sini, so nak la hensem-hensem
sikit.” Adam bersuara sambil menggayakan baju kemejanya. Jarang-jarang dia nak
‘melawa’ datang ke pejabat, kerana hampir keseluruhan waktunya dia akan turun
ke tapak kerja syarikatnya. Jadi tidak perlu hendak terlalu bergaya.
“Patutlah…
nak try market sebelum chow kan?” Usik Johan rakan sekerja Adam. Adam hanya
ketawa diusik rakannya itu. Entah kenapa hatinya terlalu gembira hari ini, jauh
berbeza dengan hari-hari sebelumnya.
“Wah…hensemnya,
sesuaikan warna merah dengan kulit you Adam.” Entah dari mana munculnya
Hanisah. Dengan lenggok gayanya dia melangkah menghampiri Adam.
“Wait,
you yang bagi Adam baju ni Nisah?” Johan meneka. Adam hanya tersengih sambil
menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Hanisah tersenyum penuh makna.
“Oh…
Nisah, I punya mana?” Usik Johan.
“You
beli sendiri la… eh Adam, lupa pula I, tadi ada orang nak jumpa you, I think…”
Hanisah mematikan bicaranya bila Syafiqah sudah pun menampakkan dirinya.
“Assalammualaikum…”
Adam yang masih dalam sisa tawa berpaling apabila mendengar suara yang amat
dikenalinya. Ketawa yang tersisa terus sahaja mati apabila terpandangkan wajah
Syafiqah.
“What
are you doing here?” Salam tidak dijawab, malah persoalan dilontarkan. Johan
hanya memerhati keadaan yang agak tegang dirasakan itu. Tanpa menunggu
soalannya dijawab, Adam melangkah laju ke arah Syafiqah lalu menarik tangannya
supaya melangkah keluar daripada pejabatnya. Syafiqah yang masih terkaku hanya
menuruti langkah suaminya itu.
“Kenapa
ke sini?” Soal Adam tegas. Syafiqah terkedu. Bukan ini yang diharapkannya
daripada Adam.
“Ika…
saya datang…” tergagap Syafiqah untuk menjawab. kata-katanya lantas dipintas oleh Adam.
“Enough,
sekarang ambil teksi dan pergi alamat rumah ni.” Adam mengeluarkan kad nama
daripada dompetnya. Syafiqah tanpa kata mengambil kad nama tersebut.
“Tapi…
Ika…” Syafiqah berusaha mencari peluang untuk bersuara. Sedari tadi kata-katanya
terhalang oleh Adam.
“Cukup
Ika, balik tunggu saya dekat rumah, kita discuss dekat rumah.” Ujar Adam tegas,
dan menolak badan Syafiqah supaya melangkah pergi. Kerna terpaksa Syafiqah
hanya menurut tanpa kata. Sebak di hati hanya dia yang rasa. Ini jauh daripada
yang diharapkan.
++++++
END OF CIA PART 1
sorry.
maaf.
bianne.
sumimasen.
akibat daripada tak menulis lebih sebulan.
ayat sudah jadi tunggang langgang.
okeh, part 1 dulu.
abc nak korang fikir-fikirkan apa yang berlaku selepas ni.
kalau komen lebih daripada 5 esok pagi.
petang esok abc post FULL cerita CIA ^^v
miss u'ols
much love readers!
9 comments:
kenapa saya dan bukan abang ? adam. adam. dalam teleon lain. depan mata lain pulak. geram je.
uihhhh..pas ni perang la..agak2 si ika tu ngajuk kot..lari balik semanjung x smpt g tau kat laki dia.. x sabar nk tau ni...:)
Nak lgi....
grrrrrr..geramnya dgn adam!!ABC, sambung2..ai memang minat dgn cerpen2 u..
adam ni syg x dgn is3 die.dah lah tengah peggy.ika xyah blk umah adam tu, blk semenanjung terus!huhhh!!
what the??????adam adam.
jap nie cerpen or novel???
adam xreti hargai ika betul la.. da la org 2 mengandung sngp pegi ke sarawak...
cepat sambung..penat ler nak tunggu dok asyik pk apa jadi1
kecian ika..:(
Post a Comment