Leka ku sendirian dibirai katil, merenung nasib aku yang tiba-tiba dirundung duka tatkala bahagia yang ku rasa. Aku lepaskan keluhku perlahan. Lantas aku bergerak mengambil wudhuk dan menunaikan solat dua rakaat. Tika ditikar sembahyang baru tenang yang aku rasakan. Tak ku sedar, ibu menghampiriku.
” Zu tak maafkan lagi Haikal? Bagilah dia peluang, sayang..” bisik ibu perlahan dan penuh kasih sayang. Aku tahu ibu juga bimbang dan sedih dengan keadaan aku sekarang. Perlahan ibu mengelus lembut jemariku. Air mataku tumpah lagi kala ini.
” Entahlah bu.. sakit hati ni.. Zu bagi 100 peratus kepercayaan Zu pada dia, tapi dia tak hargai pun.” jawabku keluh penuh kehampaan.
” cuba bagi ruang, bagi dia peluang, semua orang pernah buat salah, buat silap Haikal pun tak terkecuali kan.” pujuk ibu.
” Ibu, Zu bagi dia ruang, Zu bagi peluang tapi dia sekalipun tak pernah nak ambil semua peluang tu.. dia tak telefon Zu, dia tak datang jumpa Zu nak terang or nak bincangkan hal ni.. tak pernah bu..” air mataku kian menjadi-jadi. Esak yang ku tahan kini kian jelas.
Ibu menarikku ke dalam pelukannya. Aku sangat perlukan kekuatan. Aku perlukan!
” Haikal takut Zu marah kut..” ujar ibu
” memang patut Zu marahkan bu.. Zu nampak ibu, Zu nampak dengan mata Zu sendiri!” bentakku, penuh marah dan tangis.
” Zu dah besar, Ibu tahu Zu dapat fikir yang terbaik untuk diri Zu.” jawab ibu penuh kecewa. Ibu harap aku dapat melupakan apa yang jadi. Ibu harap anaknya ini bahagia kembali. Tapi hati anaknya ini sudah hancur dan luluh bagai tidak bisa dicantum kembali.
Perlahan ibu melepaskan pelukan dan keluar dari bilikku. Aku menangisi nasibku sendiri. Aku marah namun aku tetap rindu. Aku benci tapi aku tetap sayang. Aku tahu semua mengharapkan kemaafanku untuk Haikal, tapi hatiku terluka, sukar untuk diubati. Cinta dan sayang ku tidak dapat menyaingi sembilu yang tajam menusuk hati.
+++++++++++++++
”Assalamualaikum..” sapaan itu mengejutkan aku dari lamunan yang panjang.
”Waalaikummussalam..” jawabku seakan berbisik, terkejut dengan kehadirannya yang ku nanti sedari tadi.
”Dah lama tunggu?.. maaf.. tadi abang meeting..” ujarnya memulakan bicara antara kami, lalu mengambil tempat disisiku. Kami berdua duduk bersebelahan dibawah pohon yang rendang. Angin lalu lembut menyapa membawa pergi resah dihati kami berdua.
” sebelum sampai sini, Baba pun ada cakap abang meeting,” jawabku sekadar berbasa basi. Aku dengar keluhannya, perlahan tapi berat.
” takut betul abang dengan hari ni, keputusan abang yang akan tentukan corak perhubungan kita yang kabur ni,” ujarnya sambil pandangannya terus kedepan. Aku kerling wajahnya disisi.. penuh persoalan. Riak wajah penuh kerisauan.
Aku yang disampingnya tika ini makin berdebar-debar. Sungguh, apapun keputusan hari ini, itulah yang bakal mencorak hubungan kami.
” aku taknak kehilangan dia..” bisik hatiku
Haikal bangun dan berdiri memeluk tubuh. Pandangannya masih ke depan. Mungkin melontar jauh keresahan.
” Abang akui segala kesalahan abang. Abang taklah sempurna Zu. Tapi abang dah belajar dari kesilapan abang..” diraup wajahnya dengan kedua-dua tangannya, dan dilepaskan keluhan kecil.
” Rugi betul abangkan, kalau abang hilang Zu, abang terasa diri ni bodoh sangat, sia-siakan kasih dan sayang yang betul-betul depan mata. Abang sendiri tak faham kenapa abang buat semua tu terhadap Zu.. abang..”
Aku pintas bicaranya, hati ini tidak lagi sanggup mengenang semua yang telah berlaku.
” Cukuplah abang, tak perlu lagi nak kenang semua tu, luka yang sudah sembuh tak perlu nak tores semula..”
” Abang rasa kesal Zu. Allah dah hadirkan seorang isteri yang terbaik dan solehah tapi abang sia-siakan, I just can’t foegive myself!” ujarnya penuh kekesalan dan hampa.
” Semua dah berlalu, yang ada sekarang perlu kita hadapi dan sebab itulah Zu mahukan jawapan dari abang.. Zu taknak hidup dengan hubungan yang kabur.. cukuplah setahun Zu menderita, menanti abang...” tuturku perlahan.
“Jawapan abang mudah Zu.. abang akui abang sayangkan Zu.. abang taknak hilang Zu, tapi abang pun taknak Zu kecewa lagi.. abang tak cukup baik untuk Zu.. Zu.. you deserve better than me…”
“ maksud abang…?” aku buntu dengan jawapannya, dia menolak aku untuk hadir dalam kehidupannya lagi. Bukan ini yang aku mahukan..
” Setakat ini saja hubungan kita Zu.. Abang lepaskan Zu.. abang harap Zu dapat maafkan abang.. abang doakan zu mendapat lelaki yang lebih baik daripada abang..” Haikal telah membuat keputusan. Aku terpana. Lidah ini kelu tidak dapat lagi berkata-kata. Haikal terus berlalu meninggalkan aku dipohon itu. Awan kelabu mula berarak ke mari. Seakan mengetahui hatiku yang keliru dan bercelaru, air mata yang bergenang sedari tadi terus berlinang dipipi. Lain yang aku harapkan lain pula yang terjadi. Ya Allah.. kuatkanlah hambaMu.. Aku redha.. aku redha Ya Allah.. hujan turun membasahi bumi, bagai bersama menangisi nasibku ini. Pergilah cinta, pergilah rindu. Aku bukan lagi untuk dia, cinta hatiku.
3 comments:
mmg sakit perasaan tu hhuhuhu paham feel tu sob sob
huuu~~ sepanjang sy buat novel. mood sy dah serupa dengan Zulaikha =.="
uwaaa naper cerai...sob sob..
Post a Comment