Sunday, August 29, 2010

love is forever~ 01


Keindahan tasik ini menenteramkan jiwaku. Tersandar aku dipohon rendang ini. Mataku leka melihat cahya yang terbias dibalik dedaun hijau. Angin petang yang menghembus menyegarkan diri, seolah-olah membawa pergi segala resah di hati. Angin ini menampar lembut pipiku, sungguh nyaman. Alhamdulillah aku masih dapat merasai nikmat alam ini. Aku melepaskan keluhku perlahan. Sedari tadi tanganku ini mematahkan ranting-ranting pokok yang bertaburan, seolah-olah mematahkan segala debaran yang menyelubungi diriku. Sudah berjam-jam aku di sini, menantikan sebuah jawapan dari dia, insan yang aku sayangi.. suamiku Muhd Haikal Hazimi..

~ tunggu abg nanti abg datang..

Aku terpaksa menikahi dia secara tiba-tiba, tatkala aku masih belasan tahun. Entahlah, keadaan itu tidak dapatku tafsirkan antara paksa atau rela..berlaku tanpa aku duga,tatkala dirinya cuba ku lupa..

Aku mengenalinya selama hampir tiga tahun. Namun kami tidak pernah bersua atau berjumpa, hanya mengenali nama sahaja. Perkenalan yang bermula di dalam internet tidak di sangka kekal begitu lama. Dia menjadi abangku dalam tempoh itu. Dia lah tempat ku mengadu. Dengannya aku rasa bahagia, mudah untukku dekati. Selepas dua tahun perkenalan dia bawa khabar gembira dalam hidupnya. Dia akan mendirikan mahligainya tidak lama lagi. Aku rasai kegembiraannya walaupun ada rasa lain dalam hatiku. Selepas itu tiada lagi khabar berita darinya…


XxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxX

‘Tolonglah dik, abang dah buntu ni.” Rayu Haikal bersungguh-sungguh sedari tadi.
‘Tapi abang, adik baru 19, baru je habis matrik, adik…..”
“tolonglah dik,minggu depan dah majlis, ni semua maruah dik, semua pasal maruah…” rayu Haikal lagi sebelum sempat aku habiskan kata-kataku.
“Ok, abang dengar sini.. adik tak berani nak cakap apa-apa or bagi keputusan, abang datang rumah adik cakap sendiri dengan family adik.” Ujarku lalu aku matikan talian.

Malam itu aku buntu dan keliru. Aku terlalu muda untuk menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan. Patutkah aku khabarkan pada ibu?. Ya Allah, apakah semua ini? Bantulah aku. Bantulah aku untuk menyelesaikan dugaanmu ini.. amin…

Seperti yang dijanjikan dia datang bersama kedua-dua orang tuanya. Ayah dan ibu begitu terkejut dengan kehadiran mereka dan ditambah pula dengan hajat mereka yang begitu besar. Ibu mulanya tidak bersetuju dengan hajat mereka itu, ayah tetap tenang namun dari reaksinya, aku tahu ayah juga tidak bersetuju.. Aku hanya diam seribu bahasa, mana tidaknya, inilah kali pertama aku berjumpa dengan dia secara bersemuka. Pada hari pertama berjumpa dia membawa hajat yang begitu besar.

“ Zulaikha, apa semua ni?” ujar ibu tegas.
“Zu.. taktau la bu, abang Haikal telefon semalam, cakap pasal semua ni, Zu taktau nak buat keputusan, Zu suruh dia datang rumah, jumpa ibu jumpa ayah.”
“Habis, Zu nak la kahwin dengan dia?” soal ibu tegas
“Zu taktau bu, Zu dah anggap dia macam abang Zu, macam Along macam Angah.. Zu taktau..” jelasku dengan mata yang berair.
“ Dah tu, kenapa suruh dia datang rumah?”
“ Abang Haikal terlalu berharap ibu, Zu tak tau nak cakap apa malam tu..” kali ini aku sudah tersedu-sedu.
“ Dah ibu taknak dengar apa-apa lagi..”

Tak ku duga,air mataku mengalir perlahan. Hatiku terasa sayu. Sebelum ini ibu tidak pernah begini denganku. Berdosakah aku?

2 comments:

Sara aisha said...

OMG!!! awk penulis LIF rupenye. sy suke bace citer ni kt penulisan2u. best2!!! =)

Anonymous said...

salam....nampak best cter ni....nk baca sampai abis.....
actually, sy ada baca cter cinta skodeng, tak sangka awak penulisnya..

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders