Saturday, July 20, 2013

Ajal itu Allah sahaja yang tahu!

Alhamdulillah.
Hari ke sebelas.
Tak lama lagi sudah dipertengahan ramadhan.
Moga kita diizinkan Allah untuk menyempurnakan ramadhan kali ini dengan baik.

Soal Jodoh, Ajal dan Maut itu
kita siapa untuk mempersoalkan?
Kuasa apa kita ada untuk tentukan?
Walaupun si pemegang ijazah perubatan dan kedoktoran 
menjangkakan tempoh hayat kita atas kajiannya.
dia tidak dapat menghalang, andai Allah memanjangkan usia kita
hingga ke seratus tahun lama.
kerana kita cuma MANUSIA BIASA.

Selepas kecoh isu Dayana dan Ashraf Muslim yang bernikah kali kedua
timbul pula, kisah si ibu yang merupakan seorang guru menyebabkan kematian anaknya.
Tegar kah seorang ibu membiarkan anak kecilnya mati dalam keseksaan?
Pinta diakah anaknya pergi sebegitu?
Ibu mana?
Jika ada, ibu itu sememang tidak layak dipanggil ibu, hanya meminjam rahim
dan melahirkan untuk menyeksa.

Kasihan ibu itu terus dipersalahkan.
dituduhnya dia CUAI dia ABAI
siapa kita untuk menuduh dia begitu?
Bukankah dia cuma manusia biasa, dan kita tentunya juga seorang manusia.
jadi mengapa menuduh menfitnah dia atas kematian anaknya yang telah Allah tentukan begitulah caranya.
terima.
Allah tidak lakukan saja-saja
Allah punya rencana.
maka siapa engkau mahu menuduh ibu itu sebegitu rupa??

Dia ibu
Dia guru

Tugasnya besar
Tugasnya mulia

atas salahnya yang terlupa
atas salahnya yang sibuk memikir kerja
dia ditindas kerana kematian anaknya

ajarkan ibu itu redha
ajarkan ibu itu sabar
ajarkan ibu itu terima

bukan menambah sakitnya menangis
bukan membeban menambah salah
bukan mencaci menambah tuduhan
bukan menuding mahu menjatuhkan hukuman!
BUKAN!

Jadikan ini satu teladan.
kembali kepada fasa satu langkah ke depan.
fikirkan.
salah ibu?
salah kerjaya ibu?
salah yang memberi kerja kepada ibu?
salah siapa?
bukan, bukan sesiapa.
sudah ketentuan.
jika anaknya tidak menemui Allah begitu.
mungkin cara lain.
telah gugur nama si kecil itu dari tangkai pohon di syurga.
maka tetap pergilah dia menemui Allah Yang Esa.

ingat, Ajal itu tidak LAMBAT sesaat
tidak CEPAT sesaat.
itu tepat dan ia PASTI. 

Wallahualam

Al fatihah.
Salam Takziah buat keluarga sikecil
Ibu, cikgu, teruslah bersabar, redha dengan ketentuan Allah.
anakmu sudah berbahagia di sana, insyaAllah

3 comments:

nurul syazwani Saliman said...

Betul2 iqa, adakalanya tugasan yang terlampau menyebabkan seorang guru terkejar-kejar dalam melaksanakan semua benda..dan ada sebilangan ibu bapa menyerahkan tanggungjawab menjaga anak mereka kepada guru..huhuhu

akubersamaCahya said...

kita terlalu banyak kerja, termasuk perkeranian :'(

Happy Mind said...

betul tu...boleh pulak masyarakat sesuka hati nak saman/hukum si ibu. jangan tambahkan kesedihan yang dia tanggung...